You are on page 1of 27

UITM SHAH ALAM

DIPLOMA PENGAJIAN SUKAN (SR113)


FAKULITI SAINS SUKAN & REKREASI

KOD KURSUS : CTU 101


ISU KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA MUSLIM
(ANALISIS PUNCA DAN SOLUSI MENURUT ISLAM)

PENSYARAH :

MAKLUMAT AHLI KUMPULAN (1)


NO NAMA NO PELAJAR KUMPULAN
1. FARIDAH BINTI 2023433184 NSRDB1B (OKT 2023)
ABDULLAH
2. RUZAIDI BIN ABDUL 2023279544 NSRDB1B (OKT 2023)
RAZAK
NO TELEFON BIMBIT (KETUA KUMPULAN) 010-424 8204

MARKAH
Pengenalan / Pendahuluan
Objektif Kajian
Kajian Literatur
Metodologi / Dapatan / Perbincangan Markah Diperolehi
Rumusan / Kesimpulan & Etika
Rujukan (Footnote / Endnote &
Bibliografi
Jumlah Markah Keseluruhan

ISI KANDUNGAN
PERKARA
HALAMAN

1.0 PENDAHULUAN

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.0 KAJIAN LITERATUR

3.1 PUNCA BERLAKUNYA ISU KERUNTUHAN AKHLAK DALAM


KALANGAN REMAJA
3.1.1 KELUARGA YANG BERMASALAH
3.1.2 PENGARUH MEDIA MASSA
3.1.3 PENGARUH RAKAN SEBAYA

3.2 SOLUSI MEMBENDUNG ISU KERUNTUHAN AKHLAK DALAM


KALANGAN
3.2.1 SOLUSI IBU BAPA
3.2.2 SOLUSI MEDIA MASSA
3.2.3 SOLUSI RAKAN SEBAYA
3.2.4 SOLUSI MENANGANI/MEMBANTERAS KRISIS AKHLAK
DIKALANGAN REMAJA.

4.0 METODOLOGI KAJIAN / DAPATAN / PERBINCANGAN


5.0 RUMUSAN / KESIMPULAN & ETIKA
6.0 RUJUKAN ( Footnote / Endnote & Bibliografi )
1.0 PENDAHULUAN

Remaja merupakan tunjang akar kepada pembangunan sesebuah negara


secara menyeluruh seperti aspek ekonomi, politik dan sosial. Bagi memastikan
sesebuah negara itu sentiasa stabil pembangunannya, amat penting untuk
pemimpin negara memastikan akhlak remaja sentiasa berakhlak mulia. Sekiranya
sesebuah negara mempunyai jumlah besar kelompok remaja yang bermasalah
maka negara tersebut akan semakin merundum. Di Malaysia, trend isu keruntuhan
akhlak remaja semakin meningkat apabila kita melihat di dada akhbar. Remaja
merupakan individu yang berumur di antara 13 hingga 17 tahun iaitu kelompok yang
berada di bangku sekolah dan mereka memerlukan bimbingan yang penuh dari ibu
bapa dan penjaga. Setiap anak yang dilahirkan ke dunia ini merupakan anugerah
tuhan yang tidak ternilai dan amanah Allah S.W.T. kepada setiap ibu bapa agar anak
tersebut menjadi insan yang berguna dan berbudi pekerti dengan akhlak yang mulia.
Kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak-anak akan menjejaskan masa depan
mereka yang menyebabkan mereka terjerumus kepada keruntuhan ahklak dan tidak
mampu untuk membentuk diri mereka menjadi orang yang berguna dan
berwawasan.

Akhlak menurut Imam Ghazali di dalam buku Ihya ‘Ulumuddin yang


mengatakan bahawa akhlak berasal daripada perkataan khalaqu (kejadian) dan
khuluqu (akhlak dan tingkah laku).Manakala menurut Ibnu Miskawaih akhlak ialah
kondisi jiwa yang timbul dari sifat diri seseorang yang bermaksud sekiranya akhlak
seseorang itu adalah buruk maka bermaksud jiwa seseorang itu adalah sayyi’ah
manakala jika akhlak seseorang itu hasanah maka jiwa seseorang itu adalah
baik.Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja semakin hari semakin berleluasa
akibat ibubapa yang kurang menerapkan ajaran agama Islam dalam diri anak-
anak,sikap masyarakat sekeliling yang tidak mengambil berat tentang persekitaran
dan pengaruh rakan sebaya yang negatif. Oleh itu, kita perlu mencari solusi yang
bersesuaian supaya masalah keruntuhan akhlak ini dapat diatasi dari setiap punca
yang telah dikenalpasti. Kesimpulannya, diharapkan masalah keruntuhan akhlak ini
dapat diatasi agar negara kita kembali maju dan remaja dapat menjadi peneraju
kepada pembangunan negara.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan utama kajian ini adalah untu menganalisis punca dan solusi isu keruntuhan
akhlak dalam kalangan remaja di Malaysia.Secara lebih khusus,kajian ini berasakan
kepada objektif-objektif berikut :

2.1 Mengenalpasti punca berlakunya keruntuhan akhlak disebabkan keluarga yang


bermasalah.

2.2 Mengkaji sejauhmana media massa dan rakan sebaya memberikan pengaruh
yang besar dalam akhlak remaja.

2.3 Menghuraikan solusi untuk membendung keruntuhan akhlak dari sudut ibu bapa.

2.4 Menjelaskan peranan media massa dan rakan sebaya dalam membentuk akhlak
yang mulia.

2.5 Menjelaskan solusi untuk membanteras krisis akhlak dalam kalangan remaja.

3.0 KAJIAN LITERATUR

3.1 PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK


3.1.1 KELUARGA YANG BERMASALAH

Dalam kajian ini telah dikumpulkan beberapa faktor dan punca keruntuhan
akhlak dalam kalangan remaja Islam. Kepincangan keluarga adalah faktor terbesar
yang menyumbang kepada peningkatan dalam permasalahan akhlak 1 kerana
remaja terdorong untuk melakukan perkara yang berada di luar landasan Islam
sebenar seperti terlibat dengan aktiviti perzinaan atau salah laku seksual.

1
Wan Abdul Fattah Wan Ismail,Lukman Bin Abdul Mutalib,Nik Salida Suhaila Nik Salleh,Ahmad Syukran
Baharuddin.Universiti(USIM). Permasalahan Keruntuhan Akhlak Dalam Kalangan Remaja Muslim Di
Malaysia:Isu,Cabaran Dan Cadangan Penyelesaian. Diambil pada 23 Disember 2023 dari Laman Sesawang
https://www.researchgate.net/publication/361560133_Permasalahan_Keruntuhan_Akhlak_dalam_Kalangan_
Remaja_Muslim_di_Malaysia_Isu_Cabaran_dan_Cadangan_Penyelesaian
Kurangnya penekanan agama yang berpunca daripada kejahilan ibu bapa
menyebabkan remaja mudah terpedaya dengan gejala yang tidak sihat. Ajaran
ilmu kerohanian seperti mengenal tuhan, siapakah diri kita sebagai hambaNya,
dan tanggungjawab kita dimuka bumi, cara bertoleransi sesama manusia, cara
menghormati orang yang lebih dewasa dan guru-guru, adab sopan santun yang
disemai dan pendidikan akhlak yang mulia sering diabaikan sedangkan menurut
kajian Mitchelle et. al (1989) menyatakan bahawa ajaran agama boleh
dijadikan pelita ataupun satu regangan moral dalam diri remaja agar mereka
dapat berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara yang tidak bermoral.

Selain itu, hal ini turut berlaku disebabkan keruntuhan institusi


kekeluargaan atau ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja sehingga mengabaikan kasih
sayang dan kemerosotan dari segi asuhan dan bimbingan dilihat sebagai salah satu
puncanya. Begitu juga alam rumah tangga yang tidak teratur seperti perpisahan ibu
bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi
yang sempit, ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk
bercakap, berbincang, dan berdamping antara satu sama lain malah ada yang
jarang bersua muka serta suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram
boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral.

Tambahan pula, keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga


menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu
memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang terlalu banyak.
Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain untuk
tujuan bersuka-suka. Kesannya pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan-
rakan sebaya yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan.

3.1.2 PENGARUH MEDIA MASSA


Media sosial masa kini telah memberi impak besar terhadap pembentukan
tingkah laku dan keperibadian remaja. Perkembangan zaman yang pesat
menyebabkan masyarakat khususnya remaja berlumba- lumba untuk menggunakan
media sosial seperti facebook, twitter, instagram dan sebagainya. Hal demikian
adalah kerana medium media sosial memberikan info atau maklumat terkini
mengenai berita semasa mahupun apa yang sedang berlaku.

Penyalahgunaan media sosial adalah kesan utama remaja mudah terikut dengan
perkara yang melalaikan serta mengikut budaya barat untuk keseronokan semata-
mata. Tambahan lagi, dengan kepelbagaian media sosial elektronik seperti
perkakasan (gadget) yang dibekalkan dengan kemudahan internet tanpa had,
secara tidak langsung memberi impak yang besar kepada akhlak remaja. Hasilnya,
berlaku perubahan budaya asing melalui pelbagai rancangan Yahudi yang berusaha
untuk merosakkan akhlak dan gaya hidup generasi muda hari ini, agar hidup dalam
budaya hindonisme dan humanisme bagi memenuhi keseronokan tanpa matlamat di
masa hadapan.

Budaya hindonisme ini menyebabkan para pelajar banyak membuang masa


dengan permainan atas talian seperti PUBG, Dota dan sebagainya. Malah pelajar
juga mudah terikut dengan trend budaya barat seperti budaya yang di bawa dalam
industri perfileman dan muzik, yang mana unsur-unsur humanisme ditonjolkan
seperti filem yang diadaptasi daripada komik-komik yang memperlihatkan kehebatan
manusia melangkaui kekuasaan Allah.

Di samping itu juga, remaja hari ini terkesan dengan era globalisasi dalam
perkembangan teknologi telekomunikasi dan media sosial yang memberi liputan di
setiap pelusuk dunia tanpa sempadan dan tiada pemantauan yang sewajarnya
daripada pihak yang bertanggungjawab, ini menyebabkan antara faktor pelajar-
pelajar terdedah kepada pengaruh negative seperti realiti televisyen banyak
mengandungi unsur-unsur yang ditiru dari budaya asing, program dan drama
memaparkan pergaulan bebas, cerita ganas yang berbentuk kekerasan serta
rancangan yang bersifat hiburan semata-mata. Kesannya banyak mempengaruhi
pelajar terhadap penampilan akhlak yang bertentangan dengan syariat Islam.2

3.1.3 PENGARUH RAKAN SEBAYA

2
Nurul Izzah Noor Zainan.Nurul Hidayah Awang.,Mohd Khairul Anuar Ismail,Nor Asmira Mat Jusoh.Zanirah
Mustafa @ Busu, Zurkarnain Yusoff.UniversitiTeknolgiMara.IMPAK MEDIA SOSIAL TERHADAP AHKLAK REMAJA
Diambil pada 23 Disember 2023 dari Laman Sesawang https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/45207/1/45207.pdf
Rakan merupakan insan yang penting bagi remaja sehingga taraf rakan
diletakkan melebihi keluarga mereka sendiri. Perkara yang dilakukan oleh rakan
mereka dirasakan amat menyeronokkan dan harus diikuti walaupun ia merupakan
perilaku yang salah. Dalam kajian Zainudin dan Roslan (2011), pengiktirafan
daripada rakan sebaya sangat menyumbang kepada penglibatan remaja dalam
masalah akhlak. Mereka akan melakukan apa sahaja yang mereka mahu asalkan
ianya diiktiraf dan diketahui oleh rakan sebaya mereka dan mereka lebih cenderung
melakukan tingkah laku yang serupa dengan rakan sebaya. Ini akan membuatkan
mereka membentuk kumpulan mereka sendiri, yang akan mempunyai peraturannya
sendiri. Kesannya, remaja bebas melakukan apa sahaja yang diinginkan asalkan
mereka diterima sebagai ahli kumpulan.3

Pertemuan dengan rakan sebaya yang bermasalah dan suka melakukan


aktiviti yang negatif telah menyebabkan remaja yang mempunyai sifat ingin tahu
yang tinggi dan didikan agama yang kurang melakukan perkara diluar Batasan
keagamaan dan norma. Misalnya,berkunjung ke kelab hiburan, penyalahgunaan
dadah dan seks bebas.4

Pemilihan rakan sebaya yang tidak baik juga menjadi punca peningkatan
isu keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Hal ini demikian kerana pergaulan
remaja dalam lingkungan yang salah berkemungkinan boleh merosakkan hidup
remaja tersebut. Remaja mudah cenderung untuk mengikuti nilai-nilai dan budaya
hidup yang baik mahupun yang buruk. Kecenderungan ini boleh menyebabkan
mereka mempengaruhi rakan-rakan mereka yang lain. Malah ada pula teman

3
Abdul Munir Ismail. JabatanPengajian Islam.Fakulti Sains Kemanusiaan.Universiti Pendidikan Sultan
Idris.PENGARUH MEDIA MASSA TERHADAP AKHLAK REMAJA.Diambil pada 23 Disember 2023 dari Laman
Sesawang
https://www.researchgate.net/publication/305474305_PENGARUH_MEDIA_MASSA_TERHADAP_AKHLAK_PEL
AJAR

4
Alinah Abdul Majid.Artikel 10 Ogos 2019.PENGARUH RAKAN SEBAYA:KESAN MORAL TERHADAP REMAJA.
Diambil pada 24 Disember 2023 dari Laman Sesawang https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-
borneo-sabah/20190810/281861530133566
sebaya yang memaksa rakan mereka yang lain untuk menyertai mereka dengan
ugutan dan paksaan. Lalu ada pula remaja yang mengikuti perlakuan yang negative
ini kerana takut dibuli dan dipulau oleh rakan sekelas.5

Menurut Santrock (2002), rakan sebaya merupakan seorang yang boleh


dipercayai dan dianggap sebagai sumber informasi. Biasanya, persahabatan yang
dibina mengambil masa yang agak lama untuk mewujudkan satu kepercayaan dan
kefahaman yang sama. Remaja mula mencari rakan baik semasa berada di sekolah
untuk berkongsi cerita dan masalah yang dihadapi. Apabila remaja sudah biasa
dengan seseorang rakan, maka rakan itu akan dianggap sebagai ahli keluarga yang
akan bersama-sama memahami dan meneroka diri masing-masing. Rakan juga
merupakan tempat yang sentiasa membantu remaja semasa tertekan dan lebih
dipercayai daripada keluarga masing-masing.6

Walau bagaimanapun, remaja tidak mempunyai keupayaan untuk menolak


pengaruh rakan sebaya demi menjaga hubungan baik dengan rakan. Keupayaan
untuk menolak ajakan yang negatif merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai
agar remaja sentiasa menjaga perilaku mereka. Kebanyakkan remaja tidak tahu
cara untuk berkata ‘tidak’ kepada rakan mereka sehingga sanggup mengikuti apa
jua perilaku yang dilakukan. Hal ini kerana, remaja risau jika pendapat mereka
bercanggah sehingga boleh membawa kepada pergaduhan. Keberanian remaja
untuk mengatakan ‘tidak’ atau tidak bersetuju perlu disuarakan agar rakan sebaya
tidak berani untuk mendesak melakukan perkara yang bertentangan dengan
undang-undang. Remaja sentiasa berasa tidak yakin terhadap diri sendiri dan lebih
mudah mengalah terhadap tekanan rakan sebaya.

3.3.1 SOLUSI IBU BAPA

5
Utusan Online.Ahmad Ali A. Karim.PENGARUH RAKAN SEBAYA DALAM PEMBENTUKAN SAHSIAH REMAJA.
Diambil pada 24 Disember 2023.Dari Laman Sesawang
https://ahmadalikarim.wordpress.com/2019/07/31/pengaruh-rakan-sebaya-dalam-pembentukan-sahsiah-
remaja/

6
Nor Hasimah Ismail 1*, Dayang Nur Amirah Awang Halifah2, Mardzelah Makhsin3. Pusat Pengajian Pedidikan,
Universiti Utara Malaysia, FAKTOR MASALAH SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR. Diambil pada 24 Disember
2023 dari Laman Sesawang https://web.archive.org/web/20220810113250id_/http://www.ijepc.com/PDF/
IJEPC-2022-46-06-58.pdf
Ibu bapa hendaklah memainkan peranan yang penting untuk melaksanakan
tanggungjawab mendidik, memelihara, mengasuh, memberikan perhatian dan kasih
sayang kepada anak-anak. Anak-anak diibaratkan bagai kain putih yang akan
dicorakkan dengan pelbagai warna oleh ibu bapa. Sabda Rasulullah s.a.w
bermaksud: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci, maka kedua ibu
bapanyalah yang menjadikan Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

Ibu bapa perlu melakukan sesuatu perkara yang baik, ia akan dijadikan
sebagai contoh dalam kehidupan seharian anak-anak sehingga pada masa akan
datang.7 Ibu bapa perlu menjadikan akhlak Rasulullah s.a.w sebagai ‘role model’
dalam mendidik anak-anak dengan menggunakan pendekatan al-Quran kerana
setiap bait-bait kata Rasulullah s.a.w melalui al-Quran itu disampaikan daripada satu
generasi ke generasi yang lain.8

Hubungan antara ibu bapa dan anak memainkan peranan yang penting bagi
memastikan anak-anak tidak mudah terpesong dan tidak melakukan perkara-
perkara negatif dalam kehidupan seharian mereka. Pendidikan yang cukup dan betul
perlu diterapkan dalam diri anak-anak supaya anak-anak kita cukup dengan ilmu
untuk digunakan sebagai panduan masa hadapan mereka.Ibu bapa perlu ada
kekuatan ilmu untuk membentuk keluarga dari segi mempunyai matlamat keluarga
yang jelas, mendisplinkan anak-anak agar dapat berfungsi sebagai sebuah keluarga
dan memberikan ilmu yang mencukupi kepada anak-anak.

Selain itu,kemahiran komunikasi yang baik antara ibu bapa dan anak adalah
satu asas utama untuk mewujudkan sebuah keluarga yang berjaya pada zaman
kini.Komunikasi berkesan dan menggunakan kata-kata yang baik daripada ibu bapa

7
Rohayati binti Derani (Persepsi ibu bapa terhadap faktor-faktor keruntuhan akhlak remaja islam masa kini.
https://www.academia.edu/download/53180347/rohayatiap000467d04ttp.pdf
8
Nasarudin Desa @ Man, Tengku Intan Zarina Tengku Puji, Sabri Mohamad (Menangani Keruntuhan Akhlak
Masa Kini Menurut Islam ) Jurnal al-Turath; Vol. 3, No. 1; 2018
https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/article/view/62
perlu diterapkan dalam mendidik anak-anak agar menjadi satu contoh dan ikutan
yang positif dalam kehidupan harian mereka.9

Di samping itu,ibu bapa berfungsi utama sebagai pelindung dalam segala hal
sepanjang kehidupan anak-anak. Sememangnya diakui untuk membentuk akhlak
yang baik memang sukar namun setiap manusia perlu membentuk kesempuranaan
akhlak seperti dituntut oleh agama Islam.Hubungan keluarga tanpa menunjukkan
kasih sayang yang erat di antara anak-anak dan ibu bapa akan menggangu
perkembangan kehidupan seharian anak-anak. Anak-anak yang kurang mendapat
kasih sayang dan komunikasi daripada ibubapa mereka cenderung untuk mengisi
kekosongan yang wujud di dalam hati mereka sendiri melalui persekitaran yang
terdapat di luar kerana rasa pengabaian yang terbit di dalam hati mereka. Oleh itu,
pemantapan institusi kekeluargaan merupakan salah satu penyelesaian utama
kepada masalah keruntuhan akhlak remaja pada masa kini kerana kebanyakan
masalah keruntuhan akhlak ini adalah berpunca daripada institusi keluarga yang
goyah.10

3.3.2 SOLUSI MEDIA MASSA

Kegusaran ibu bapa semakin meningkat apabila banyak perkara negatif


dalam media massa terutamanya melalui media elektronik semakin mudah didapati
terutamanya berkaitan dengan pergaulan bebas, adegan ganas, hiburan yang
melampaui batas dan budaya yang liberal. Kesan dari penggunaan media massa
yang tidak terkawal ini menyebabkan nilai-nilai budaya yang baik kian pudar
sehingga masalah keruntuhan akhlak semakin meningkat.

9
Prof.Madya Dr.Azizi Hj Yahya (pembentukan keluarga yang bahagia:Cara membuat keputusan dan cara
mengatasi masalah untuk kecemerlangan keluarga.)
https://core.ac.uk/download/pdf/11782141.pdf
10
Azizi Yahaya,Mohd Najib Ab. Ghaffar & Badrulzaman Baharom, (Persekitaran Keluarga Dan Kesannya
Terhadap Tingkah Laku Devian Remaja, Jabatan Asas Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia) chrome-extension://efaidnbmnnnibpcajpcglclefindmkaj/https://core.ac.uk/download/pdf/
11785987.pdf
Kita seharusnya mendidik atau menggunakan media massa sebagai satu alat
motivasi yang berkesan.11 Penyebaran dakwah dan ilmu melalui media massa boleh
menjadi mudah kerana ruang lingkup yang luas dan mudah diakses oleh pelbagai
pihak dan peringkat umur remaja. Penyebaran ilmu boleh dilakukan melalui mesej
yang disampaikan menerusi drama, dokumentari dan iklan yang mempunyai unsur-
unsur teguran dan nasihat. Melalui cara ini, remaja dapat menganalisis dan berfikir
mengenai paparan yang dipaparkan supaya mendapat mesej yang ingin
disampaikan.

Sebagai manusia yang mengalami zaman teknologi, kita perlu mengakui


peranan dan perkembangan media sebagai alat komunikasi adalah wajib dan
bersesuaian dengan peredaran zaman. Oleh itu, media massa berperanan untuk
menyalutkan informasi tentang keadaan sekitar yang baik sama ada di dalam
persekitaran mereka mahupun di luar persekitaran. Semua komunikasi dan
penyaluran maklumat melalui media massa perlu terikat dengan nilai yang baik dan
menurut agama. Dalam erti kata lain, penggunaan media massa perlu mempunyai
nilai etika yang tinggi agar akhlak remaja yang menggunakan sentiasa terjaga.12

3.3.3 SOLUSI RAKAN SEBAYA.

Salah satu faktor yang menyebabkan keruntuhan akhlak anak-anak adalah


disebabkan pengaruh rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan individu yang dekat
dengan diri anak-anak selepas ibu bapa dan memberikan pengaruh yang besar
dalam kehidupan mereka.

11
Abdul Munir Bin Ismail ( Pengaruh Media Massa Terhadap Akhlak Pelajar ) Jabatan Pengajian Islam, Fakulti
Sains Kemanusiaan, UPSI.
https://www.researchgate.net/publication/305474305_PENGARUH_MEDIA_MASSA_TERHADAP_AKHLAK_PEL
AJAR
12
Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar (Peranan Media Dalam Dakwah Islamiah),
chrome-extension://efaidnbmnnnibpcajpcglclefindmkaj/https://muafakatmalaysia.files.wordpress.com/
2012/10/sdn2012-latif-peranan-media.pdf / https://muafakatmalaysia.wordpress.com/2012/10/22/abdul-
latif-abu-bakar-peranan-media-dalam-dakwah-islamiah/
Pemilihan rakan sebaya yang betul dan tepat memainkan peranan dalam
perkembangan akhlak anak-anak kita. Ibubapa perlu mengawal kitaran rakan
sebaya yang dipilih anak-anak bagi memastikan anak-anak kekal positif dan teguh
terhadap pagangan agama dalam kehidupan seharian mereka. Hubungan rakan
sebaya ini boleh terjadi dalam 4 bentuk iaitu hubungan timbal balik berasaskan
kepercayaan, hubungan romantik yang berlaku apabila menjadi teman setia yang
mendengar dan memahami, berinteraksi dengan kumpulan yang mampu
mewujudkan rasa hormat-menghormati dan rakan sebaya yang dipengaruhi oleh
media.13 Rakan sebaya mempunyai hubungan signifikan dengan minat anak-anak
terutama dari segi hobi, minat dan kegembiraan hidup kerana rakan sebaya menjadi
agen sosialisasi untuk pembentukan akhlak anak-anak. Oleh itu, pemilihan rakan
sebaya yang positif akan membantu membentuk akhlak yang positif terhadap anak-
anak dan sebaliknya.

Melalui pemerkasaan pendidikan dengan memperkenalkan program


pementoran Islam melalui rakan sebaya ia secara tidak langsung dapat membina
keseimbangan jasmani dan rohani dalam diri anak-anak kita. 14 Pelaksanaan
program pementoran Islam dalam kalangan anak-anak adalah bagi mengenal pasti
masalah utama yang melanda anak-anak kita dan sebagai langkah pendekatan
pemulihan kepada punca utama masalah. Pelaksanaan pementoran Islam ini juga
boleh dikenali sebagai usrah iaitu satu lingkungan kecil yang terdiri daripada muslim
yang berkumpul secara bersama-sama untuk menghayati dan mempelajari nilai-nilai
dan ajaran Islam secara rutin. Program pementoran Islam oleh rakan sebaya ini
perlu dilaksanakan sejak di bangku sekolah lagi terutama di sekolah menengah.
Pentingnya program ini kerana rakan sebaya merupakan individu yang paling rapat
dengan anak-anak terutamanya bertindak sebagai tempat meluahkan masalah dan
mendapatkan nasihat. Oleh itu, rakan sebaya yang mengajak kepada perkara-
perkara positif secara tidak langsung dapat membina semula akhlak anak-anak kita.

13
Siti Raba’ah Hamzah, Turiman Suandi, Azimi Hamza & Ezhar Tamam ( Pengaruh Rakan Sebaya ke atas
Tingkah laku Hedonistik Belia IPT di Malaysia )
https://sainshumanika.utm.my/index.php/sainshumanika/article/view/140/140
14
Noraini Ismail, Mardzelah Makhsin, Afiffudin Mohammed Noor, Ummi Syarah Ismail, Wan Mohd Amjad Wan
Halim ( PROGRAM PEMENTORAN ISLAM RAKAN SEBAYA SEBAGAI MEDIUM PENDIDIKAN ADAB DI ERA SOCIETY
5.0) chrome-extension://efaidnbmnnnibpcajpcglclefindmkaj/http://www.ijepc.com/PDF/IJEPC-2022-46-06-
45.pdf
Bagi mengatasi di peringkat sekolah, solusi rakan sebaya ini memainkan
peranan yang penting dalam mengawal disiplin dan akhlak anak-anak di bangku
sekolah iaitu melalui Pembimbing Rakan Sebaya(PRS). PRS ini membantu anak-
anak yang mempunyai masalah tetapi segan untuk meluahkan dapat berkongsi
masalah yang dihadapi.15 Hal ini kerana, masalah yang dipendam akan menjadi
punca kepada keruntuhan akhlak kerana anak-anak merasa tiada pihak yang peduli
kepada mereka termasuk ibu bapa.

3.3.4 SOLUSI MENANGANI/MEMBANTERAS KRISIS AKHLAK DALAM


KALANGAN REMAJA.

Hukuman wajar dilihat sebagai satu alat pencegahan daripada terus


menerus melakukan sesuatu kesalahan kerana perundangan merupakan nilai
kekuatan yang utama bagi sesebuah masyarakat. Sesebuah kelompok masyarakat
memerlukan undang-undang untuk mengatur dan sebagai garis panduan dalam
masyarakat bagi membendung masyarakat dari terus melakukan kesalahan. 16
Seandainya masyarakat mengetahui zina itu merupakan satu jenayah yang berat
tetap hukuman sedia ada tidak mampu memberikan kesedaran kepada masyarakat
maka kerajaan perlu menggubal undang-undang yang lebih tegas supaya masalah
keruntuhan akhlak ini dapat dibanteras dengan besar-besaran.

Seperti yang telah termaktub di dalam pengasingan kuasa dalam


Perlembagaan Malaysia, undang-undang Islam adalah terletak di bawah senarai
kuasa Kerajaan Negeri yang dikendalikan oleh Mahkamah Syariah Negeri. Sebagai
contoh bagi undang-undang Islam di negeri Selangor mengikut Seksyen 22 telah
menyatakan mana-mana orang yang melakukan perbuatan sumbang mahram
adalah melakukan sesuatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh

15
Abdullah Sani Bin Yahaya. 2005. Mengurus Disiplin Pelajar. PTS Professional.
16
Azizah Binti Mat Rashid, Nor 'Adha Binti Abdul Hamid & Norul Huda Binti Bakar ( Krisis Akhlak:
Penguatkuasaan Undang-Undang Sebagai Benteng Menanganinya ) hal 154
chrome-extension://efaidnbmnnnibpcajpcglclefindmkaj/http://rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/
2014/12/031-KRISIS-AKHLAK-PENYELESAIAN-MELALUI-PENDEKATAN-UNDANG-UNDANG.pdf
didenda tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau
dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman tersebut. 17 Undang-undang Islam
yang termaktub dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri perlu dipinda agar ia selari
dengan peredaran dan masalah keruntuhan akhlak yang berlaku pada masa kini
bersesuaian dengan keperluan masyarakat terutama dalam membentuk akhlak
anak-anak.

Penguatkuasaan undang-undang yang tegas daripada pihak berkuasa perlu


dilakukan bagi mengatasi keruntuhan akhlak yang berlaku dalam kalangan anak-
anak. Pihak Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) perlu menyelaraskan tugas-tugas
berkaitan pemantauan dan penguatkuasaan kepada sistem yang lebih sistematik.
Pihak berwajib perlu menunjukkan usaha yang tegas dalam membanteras masalah
sosial yang kian meningkat agar undang-undang yang telah digubal bukan sekadar
undang-undang yang hanya termaktub.

4.0 Metolodogi Kajian

Metodologi mempunyai maksud yang luas berkaitan prosedur dan cara


untuk mengolah data bagi menjawab persoalan yang dinyatakan oleh pengkaji di
dalam objektif kajian. Metodologi kajian memberikan panduan dalam pelaksanaan
serta panduan untuk penulisan bergantung kepada jenis data yang dikumpulkan dan
data yang diperoleh.18 Hasil dapatan metodologi akan dibincangkan menerusi setiap
data yang diterima. Metodologi kajian yang digunakan bagi isu ini adalah bersifat
kuantitatif dan kualitatif.

4.1 Dapatan Kajian

4.1.1 Kaedah Analisis Dokumen

17
Ibid
18
Azizi Yahaya ( Menguasai penyelidikan dalam pendidikan ). 2007. PTS Professional
Kaedah analisis dokumen melalui petikan atau keseluruhan dokumen, jurnal
dan artikel telah dipilih oleh pengkaji bagi mengenalpasti punca dan langkah
mengatasi isu yang telah dipilih. Pengumpulan data melalui analisis dokumen
mampu untuk memberikan maklumat yang relevan dan sahih kepada isu dan
masalah yang dikaji. Disamping itu, dokumen ini merupakan sumber yang paling
mudah kepada penulis kerana maklumat yang diperlukan merupakan maklumat
yang telah diterbitkan dan sukar untuk ditipu.19

4.1.2 Kaedah Soal Selidik

Pengkaji telah mengedarkan soal selidik kepada responden yang terlibat


dalam pelbagai kategori. Kaedah soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian.
Melalui penggunaan soal selidik dapat menjimatkan masa dan tenaga serta dapat
mengurangkan kos perbelanjaan jika dibandingkan dengan instrumen kajian yang
lain. Setiap soalan soal selidik mengandungi arahan soalan-soalan jenis tertutup
untuk dijawab oleh responden yang terlibat dalam kajian ini. Semua maklumat yang
diperolehi akan diklasifikasikan mengikut aspek yang telah ditentukan dan dianalisis
secara kuantitatif. Walau bagaimanapun, pengkaji telah berjaya mengedarkan soal
selidik ini dan menyempurnakannya.

Borang soal selidik ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu bahagian A adalah
untuk latar demografi responden, Bahagian B pula soalan isu keruntuhan akhlak
dalam kalangan remaja Malaysia menurut individu, Bahagian C pula adalah soalan
mengenai isu menurut ibu bapa dan Bahagian D pula adalah isu keruntuhan akhlak
dalam kalangan remaja Malaysia dari aspek masyarakat. Skala yang digunakan
adalah ya atau tidak dan terdapat soalan subjektif berupa cadagangan atau
pendapat.

4.2.1 Dapatan Kajian Demografi Responden

Jadual 1 Taburan Tempat Tinggal Responden


Negeri Bilangan Peratus

19
Kamarul Azmi Jasmi ( Metodologi Pengumpulan Data Dalam Penyelidikan Kualitatitif ) Faculty of Islamic
Civilization, Universiti Teknologi Malaysia
Selangor 6 11
Putrajaya 2 4
Negeri Sembilan 16 28
Melaka 28 49
Kelantan 1 2
Kedah 2 4
Johor 2 4

Jadual 2 Taburan Jantina Responden


Jantina Bilangan Peratus
Lelaki 43 75
Perempuan 14 25

Jadual 3 Taburan Umur Responden


Umur Bilangan Peratus
13 hingga 17 tahun 23 40
18 tahun hingga 30 21 37
tahun
31 tahun ke atas 13 23

Jadual 4 Taburan Kaum


Kaum Bilangan Peratus
Melayu 56 98
Cina 1 2

Jadual 5 Taburan Status Perkahwinan


Status Bilangan Peratus
Perkahwinan
Bujang 37 65
Perkahwinan 20 35
Others - -

Berdasarkan dapatan kajian pada Jadual 1, jumlah responden yang telah


berjaya dikumpul adalah sebanyak 57 orang individu. Taburan demografi responden
menunjukkan peratus besar responden adalah terdiri daripada individu yang
menetap di negeri Melaka dengan kadar responden adalah sebanyak 49%.
Peratusan kedua tertinggi responden adalah individu yang menetap di Negeri
Sembilan dengan kadar responden sebanyak 28% sahaja. Manakala peratusan
responden yang paling sedikit adalah individu yang menetap di Kelantan dengan
kadar peratusan sebanyak 2%. Peratusan demografi tempat tinggal responden
menunjukkan bahawa pengkaji memberikan tumpuan kepada kawasan Negeri
Sembilan dan Melaka untuk mendapatkan data. Hal ini logik, berdasarkan tempat
tinggal pengkaji. Manakala bagi dapatan kajian berdasarkan Jadual 2, data
menunjukkan kebanyakan responden merupakan mereka yang berjantina lelaki
dengan kadar peratusan yang tinggi sebanyak 75%. Bagi responden perempuan
pula, kadar peratusan responden adalah sebanyak 25%.

Berdasarkan Jadual 3 pula, taburan data menunjukkan pengkaji berjaya


mengumpul data daripada kalangan mereka yang berumur 13 hingga 17 tahun.
Bersesuaian dengan isu yang dikupas di dalam kajian ini yang memfokuskan tajuk
kepada mereka golongan remaja. Hal ini kerana golongan remaja merupakan
mereka yang berumur 13 hingga 17 tahun. Manakala peringkat umur 18 hingga 30
tahun pula menunjukkan mereka telah bekerjasama memberikan respon dengan
peratusan sebanyak 37%. Seterusnya berdasarkan Jadual 4, peratus menunjukkan
bahawa kaum Melayu telah menjadi responden terbanyak dengan peratus sebanyak
98%. Bersesuaian dengan tajuk kajian yang menekankan konsep akhlak sebagai
fokus utama kajian kerana konsep akhlak merupakan konsep yang dekat dengan
individu yang beragama Islam. Hal ini dapat mengkaji sejauhmanakah responden
faham mengenai konsep akhlak. Hasil dapatan yang terakhir bagi bahagian
demografi adalah status perkahwinan merujuk kepada Jadual 5. Status
perkahwinan menunjukkan kebanyakan responden merupakan individu yang bujang
dengan peratus sebanyak 65%, manakala responden bujang pula adalah sebanyak
35%.

4.2.2 Dapatan Keruntuhan Akhlak Di Kalangan Remaja Malaysia ( Individu )

Jadual 6 Soalan : Adakah remaja kini perlu diberikan perhatian


sepenuhnya oleh ibu bapa?
Perkara Bilangan Peratus
Ya 53 93
Tidak 4 7

Jadual 7 Soalan : Adakah keruntuhan akhlak di kalangan remaja ini berpunca


daripada keluarga yang bermasalah?
Perkara Bilangan Peratus
Ya 42 74
Tidak 11 19

Jadual 8 Soalan : Adakah daripada media massa akan mempengaruhi di


kalangan remaja di Malaysia?
Perkara Bilangan Peratus
Ya 54 95
Tidak 3 5

Jadual 9 Soalan : Rakan sebaya merupakan yang terdekat dengan diri anak-
anak selepas ibu bapa,adakah rakan sebaya mempengaruhi di kalangan
remaja di Malaysia?
Perkara Bilangan Peratus
Ya 53 93
Tidak 4 7
4.2.4 Dapatan Keruntuhan Akhlak di Kalangan Pelajar (Ibu bapa)

Jadual 10 Soalan : Ibu bapa memainkan peranan yang penting bagi


memastikan akhlak anak-anak terjamin.
Perkara Bilangan Peratus
Ya 57 100
Tidak - -

Jadual 11 Soalan : Kemahiran komunikasi ibu bapa dan anak-anak yang baik
adalah satu asas utama untuk mewujudkan sebuah keluarga yang berjaya
pada zaman kini.
Perkara Bilangan Peratus
Ya 56 98
Tidak 1 2

Jadual 12 Soalan : Adakah gajet ( telefon ) menjadi salah satu punca


kurangnya komunikasi yang baik di antara ibu bapa dan anak-anak?
Perkara Bilangan Peratus
Ya 50 88
Tidak 7 12

4.2.5 Dapatan Keruntuhan Akhlak di Kalangan Pelajar ( Masyarakat )

Jadual 13 Soalan : Adakah masyarakat peka dengan isu keruntuhan akhlak di


kalangan remaja Malaysia?
Perkara Bilangan Peratus
Ya 40 70
Tidak 17 30

Jadual 14 Soalan : Jika seseorang remaja melakukan kesalahan di hadapan


anda.Adakah anda menegur remaja tersebut?
Perkara Bilangan Peratus
Ya 54 95
Tidak 3 3
Jadual 15 Soalan : Anda seorang yang mematuhi setiap undang-undang di
Malaysia?
Perkara Bilangan Peratus
Ya 37 65
Tidak 2 4
Mungkin 17 30

Jadual 16 Adakah anda faham tentang isu ini?


Perkara Bilangan Peratus
Ya 51 89
Tidak 6 11

4.3 PERBINCANGAN

4.3.1 Kajian individu

Berdasarkan dapatan kajian mengenai keruntuhan akhlak dalam kalangan


remaja menurut faktor individu,dapat disimpulkan bahawa responden bersetuju
remaja yang bermasalah berpunca daripada remaja yang mempunyai persekitaran
keluarga yang bermasalah disebabkan kurangnya perhatian dari ibu bapa kepada
remaja. Berdasarkan Jadual 6 dan 7, sebanyak 93% dan 74% responden telah
bersetuju remaja bermasalah adalah berpunca daripada ibu bapa yang tidak
mengendahkan anak-anak.

Punca ibu bapa ini telah diakui oleh Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang
telah menyatakan sebilangan ibu bapa kini terlalu sibuk dengan kerjaya masing-
masing sehingga menyebabkan anak-anak terasa terabai dan memberi kesan yang
negatif terhadap emosi anak-anak.20 Menurut beliau, kebanyakan remaja yang telah
ditemui oleh beliau mengakui mereka sering menuntut masa dari ibu bapa mereka
untuk diluangkan bersama sehingga mereka telah meminta pelbagai cadangan cara
supaya mereka dapat meluangkan masa bersama ibu bapa mereka.

20
Ahmad Albab ( Kurang Kasih Sayang Faktor Masalah Sosial Remaja ) BERNAMA.
https://www.mynewshub.tv/2017/11/kurang-kasih-sayang-faktor-masalah-sosial-remaja/
Rakan sebaya juga merupakan individu yang terdekat selain ibu bapa di
dalam kehidupan seharian remaja. Kebanyakan responden bersetuju bahawa rakan
sebaya memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan remaja. Hal ini dapat
kita lihat berdasarkan Jadual 9 iaitu sebanyak 93% telah bersetuju bahawa rakan
sebaya telah memberikan kesan yang besar dalam kehidupan seharian remaja.
Ketika remaja di rumah, remaja akan berinteraksi dengan keluarga manakala ketika
remaja di luar remaja akan berinteraksi dengan rakan sebaya. Pengaruh rakan
sebaya boleh memberikan kesan dari segi cara bercakap, bertingkah laku mahupun
berfikir. Kemungkinan remaja ingin berhenti dari terpengaruh dengan rakan sebaya
yang tidak baik namun banyak halangan yang menyebabkan remaja semakin hanyut
dengan pengaruh rakan sebaya.

Selain ibu bapa dan rakan sebaya, media massa juga telah diakui
memberikan kesan yang negatif kepada remaja. Hal ini dapat dirujuk di dalam
Jadual 8 iaitu sebanyak 95% responden telah bersetuju media massa memberikan
pengaruh kepada remaja. Perkara ini turut disokong apabila remaja kini terdedah
dengan media massa cetak dan elektronik yang boleh didapati melalui hujung jari
dengan mudah. Selain rakan sebaya yang sentiasa dengan remaja, media massa
yang boleh diakses melalui gajet turut sentiasa dekat dengan diri remaja.
Pendedahan yang meluas remaja terhadap media massa ini turut mempengaruhi
remaja dari aspek gaya hidup, fesyen, identiti dan ideologi.

Secara kesimpulannya dari sudut individu, responden telah menyetujui


bahawa ibu bapa, rakan sebaya dan media massa telah memberikan pengaruh yang
besar terhadap remaja dalam membentuk akhlak mereka. Seandanya pengaruh
tersebut positif maka positiflah ia dan sebaliknya.

4.3.2 Kajian ibu bapa

Berdasarkan Jadual 10, 100% responden telah bersetuju bahawa ibu bapa
memainkan peranan yang penting dalam memastikan akhlak remaja terjamin positif.
Ibu bapa berperanan untuk memberikan nasihat, teguran dan tunjuk ajar kepada
anak-anak. Hal ini kerana ibu bapa merupakan individu yang dihormati oleh anak-
anak oleh itu ibu bapa boleh memberikan nasihat dan teguran.

Terdapat responden yang bersetuju ibu bapa seharusnya memberikan


didikan agama yang mencukupi selain dari pendidikan akademik semata-mata.
Penerapan ilmu agama dan al-Quran sangat penting dalam membentuk akhlak
remaja tersebut. Pendidikan akhlak seharusnya bermula semejak anak-anak kecil
lagi terutama pendidikan solat yang disarankan oleh agama Islam bermula dair umur
7 tahun. Sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, Perintahkanlah anak kamu
sembahyang semasa umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka semasa umur 10
tahun serta asingkanlah tempat tidur mereka”.21 Akhlak yang baik sebenarnya
bermula dari rumah dan bukanlah sekolah kerana ibu bapa merupakan individu yang
terawal bersama anak-anak. Oleh itu, ibu bapa perlu mendidik anak-anak dengan
memberikan contoh tingkah laku yang baik, memupuk sifat menghormati dalam diri
mereka semenjak mereka kecil dan mengikut peraturan agama seperti yang
diperintahkan oleh Allah swt.

Seterusnya, berdasrkan Jadual 11 sebanyak 98% responden bersetuju


bahawa komunikasi yang baik di antara ibu bapa dan anak mampu mewujudkan
sebuah keluarga yang berjaya pada masa kini.Sikap ibu bapa kini yang tidak banyak
meluangkan masa bersama anak-anak telah menyebabkan tekanan perasaan
terhadap anak-anak. Hal ini sehingga menyebabkan wujudnya simptom kemurungan
atau tekanan yang buruk terhadap diri anak-anak tersebut. Ibu bapa perlu
mengenalpasti perubahan sikap anak-anak agar ibu bapa sedar bagaimana
komunikasi yang terbaik bersama anak-anak. Ibu bapa disarankan untuk memahami
setiap perkembangan anak-anak dan bergaul bersama anak-anak mengikut tahap
yang disarankan oleh pakar motivasi.

21
Majalah Wanita ( Kena didik anak solat pada usia 7 tahun. Ini sebab utama kena turut perintah Rasulullah
SAW) https://utusantv.com/2022/01/27/kena-didik-anak-solat-pada-usia-7-tahun-ini-sebab-utama-kena-turut-
perintah-rasulullah-saw/
Pada peringkat pertama, remaja yang berumur 12 hingga 15 tahun remaja
kebiasaanya akan mengalami perubahan dari segi jasmani dan perkembangan
intelektual. Pada peringkat umur ini, ibu bapa perlu memberikan perhatian yang lebih
kerana ketika ini remaja sering mengalami perasaan sunyi, ragu-ragu dan tidak
stabil emosi. Pada peringkat kedua, remaja yang berumur 15 hingga 18 tahun
mereka sudah boleh menilai sedikit demi sedikit perkara yang terbaik menurut sudut
pandangan mereka. Mereka sudah mengetahui perkara yang betul atau salah.
Kemudian pada peringkat ketiga dan terakhir iaitu umur 18 hingga 21 tahun remaja
sudah mempunyai emosi yang stabil dan mantap kerana mereka sudah mengetahui
kemana arah tuju matlamat hidup mereka.22

Seterusnya, sebanyak 88% responden telah bersetuju gajet telah menjadi


penyebab kepada hubungan yang renggang di antara ibu dan bapa. Perhubungan
alam maya sebenarnya mampu merapatkan hubungan yang jauh namun hakikatnya
ia juga mampu meregangkan hubungan yang dekat di antara satu keluarga yang
tinggal serumah. Kebergantungan terhadap gajet telah menyebabkan ibu bapa dan
anak-anak kurang berinteraksi di antara satu sama lain kerana kurangnya interaksi
bersemuka. Satu kajian telah dilakukan menunjukkan bahawa sebanyak 30% bayi
berusia satu tahun di Amerika telah terbiasa menggunakan gajet secara sendiri. 23
Kebergantungan remaja terhadap gajet pada ketika ini menyebabkan seolah-olah
gajet ini merupakan nyawa kepada diri mereka. Hal ini telah menyebabkan remaja
lebih pandai meluahkan menggunakan gajet berbanding bercakap atau berinteraksi
menggunakan kata-kata dari mulut mereka.

Manakala 12% pula tidak bersetuju gajet ini merosakkan hubungan di


antara ibu dan bapa kerana mereka mampu untuk mengetepikan gajet dan
melakukan aktiviti bersama keluarga apabila mereka berkumpul. Responden juga
bersetuju bahawa gajet ini mampu merapatkan hubungan di antara keluarga, lebih-
lebih lagi sekiranya mereka tinggal jauh di antara satu sama lain.

22
Abdul Aziz latif ( Ibu bapa Perlu Jadi Rakan kepada Anak-anak ) https://news.usm.my/index.php/berita-
mutakhir/3805-ibu-bapa-perlu-jadi-rakan-kepada-anak-anak
23
Alzahrin Alias dan Mohd Nasaruddin Parzi ( Gajet Rosakkan Hubungan anak, ibu bapa ) Berita Harian
https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/04/50332/gajet-rosakkan-hubungan-anak-ibu-bapa
4.3.3 Kajian masyarakat

Berdasarkan Jadual 13, sebanyak 70% responden bersetuju bahawa


masyarakat peka dengan isu keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja di Malaysia.
Manakala 30% lagi tidak bersetuju bahawa masyarakat peka dengan keadaan isu
remaja kini. Masyarakat dahulu dan kini mempunyai perbezaan yang sangat nyata
dari segi tahap kepedulian masyarakat. Memang benar, masyarakat perlu dipupuk
dengan sikap menghormati namun kebanyakan masyarakat pada zaman kini lebih
ke arah sifat mementingkan diri dan bersifat individualistik. Disebabkan ini remaja
pada zaman kini kurang mempunyai aktiviti komuniti dan sosial sehingga
menyebabkan mereka kurang mengenali di antara satu sama lain. Perlu kita akui,
kebanyakan kawasan kejiranan kini kurang mengenali di antara satu sama lain
sehingga masalah sosial yang berlaku di dalam rumah jiran mereka juga tidak dapat
dikesan.

Seterusnya, 95% responden bersetuju mereka akan menegur remaja yang


melakukan kesalahan di hadapan mereka berdasarkan Jadual 14. Responden
bersetuju untuk sentiasa bersedia menegur kesilapan para remaja. Namun
selebihnya responden bersifat untuk mendiamkan diri dan tidak menegur kesilapan
yang dilakukan. Bagi Jadual 15, seramai 65% responden bersetuju bahawa mereka
adalah individu yang sentiasa mematuhi undang-

5.0 KESIMPULAN

Kekuatan jati diri dalam kalangan umat islam terutamanya remaja kini
berada di tahap yang rendah.Perkara ini memudahkan kemasukan nilai-nilai negatif
dan telah meracuni budaya masyarakat kita.Sekiranya perkara ini tidak ditangani
dengan bijaksana serta teratur ia pasti akan mengancam keselamatan negara.Hal ini
kerana keruntuhan akhlak ini boleh mengheret seseorang ke arah
kehancuran.Kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan
ekonomi negara semakin merunduk kerana wujudnya keruntuhan akhlak dan
masalah gejala sosial yang tinggi dalam kalangan masyarakat.Dari petikan teks
ucapan Perdana Menteri,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,2005 “Rakyat
Malaysia mempunyai modal insan iaitu personality yang tinggi hemahnya,tinggi
budinya,tinggi pengajiannya,tinggi kejayaannya dalam apa juga bidang yang
diceburi,hatta menjadi seorang yang gemilang.Ini kerana ,anak kunci
kecemerlangan iailah displin dan jati seseorang individu.Ini akan mendorong
kecemerlangan diri,keluarga,masyarakat dan negara”.

6.0 RUJUKAN (Footnote / Endnote & Bibliografi)

Buku

Abdullah Sani Bin Yahaya. 2005. Mengurus Disiplin Pelajar. PTS Professional.

Azizi Yahaya. 2007. Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. PTS Professional

Akhbar

Ahmad Albab. Kurang Kasih Sayang Faktor Masalah Sosial Remaja. BERNAMA.

Ahmad Ali A. Karim.Pengaruh Rakan Sebaya Dalam Pembentukan Sahsiah Remaja.


Utusan Online
Majalah Wanita. Kena didik anak solat pada usia 7 tahun. Ini sebab utama kena
turut
perintah Rasulullah SAW.

Alzahrin Alias dan Mohd Nasaruddin Parzi. Gajet Rosakkan Hubungan anak, ibu
bapa.
Berita Harian

Jurnal

Nasarudin Desa @ Man, Tengku Intan Zarina Tengku Puji, Sabri Mohamad.
Menangani Keruntuhan Akhlak Masa Kini Menurut Islam. Jurnal al-Turath;
Vol. 3, No. 1; 2018

Artikel

Abdul Munir Ismail. JabatanPengajian Islam.Fakulti Sains Kemanusiaan.Universiti


Pendidikan Sultan Idris.Pengaruh Media Massa Terhadap Akhlak Remaja

Abdul Aziz Latif. Ibu bapa Perlu Jadi Rakan kepada Anak-anak .

Alinah Abdul Majid.Pengaruh Rakan Sebaya:Kesan Moral Terhadap Remaja. Artikel


bertarikh 10 Ogos 2019

Azizah Binti Mat Rashid, Nor 'Adha Binti Abdul Hamid & Norul Huda Binti Bakar.
Krisis
Akhlak: Penguatkuasaan Undang-Undang Sebagai Benteng Menanganinya

Azizi Yahaya,Mohd Najib Ab. Ghaffar & Badrulzaman Baharom. Persekitaran


Keluarga Dan Kesannya Terhadap Tingkah Laku Devian Remaja. Jabatan
Asas Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
Kamarul Azmi Jasmi. Metodologi Pengumpulan Data Dalam Penyelidikan
Kualitatitif. Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia
Nor Hasimah Ismail, Dayang Nur Amirah Awang Halifah, & Mardzelah Makhsin.
Pusat
Pengajian Pedidikan, Universiti Utara Malaysia, Faktor Masalah Sosial
Dalam Kalangan Pelajar.

Noraini Ismail, Mardzelah Makhsin, Afiffudin Mohammed Noor, Ummi Syarah Ismail,

Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar. Peranan Media Dalam Dakwah Islamiah

Prof.Madya Dr.Azizi Hj Yahya. Pembentukan keluarga yang bahagia:Cara membuat


keputusan dan cara mengatasi masalah untuk kecemerlangan keluarga.

Rohayati binti Derani . Persepsi Ibu Bapa Terhadap Faktor-Faktor Keruntuhan


Akhlak
Remaja Islam Masa Kini.

Siti Raba’ah Hamzah, Turiman Suandi, Azimi Hamza & Ezhar Tamam. Pengaruh
Rakan Sebaya ke atas Tingkah laku Hedonistik Belia IPT di Malaysia.

Wan Abdul Fattah Wan Ismail,Lukman Bin Abdul Mutalib,Nik Salida Suhaila Nik
Salleh,Ahmad Syukran Baharuddin.Universiti(USIM). Permasalahan
Keruntuhan Akhlak Dalam Kalangan Remaja Muslim Di
Malaysia:Isu,Cabaran Dan Cadangan Penyelesaian

Wan Mohd Amjad Wan Halim. Program Pementoran Islam Rakan Sebaya Sebagai
Medium Pendidikan Adab Di Era Society

You might also like