You are on page 1of 9

Punca-punca

Punca utama budaya melepak berlaku dalam kalangan pelajar ialah disebabkan oleh
ibu bapa yang tidak memberikan perhatian kepada mereka. (Megat Ayob Megt Arifin, 2008)
Kegagalan memberikan perhatian ini disebabkan oleh ibu bapa terlalu sibuk bekerja mencari
nafkah keluarga. Akibatnya, anak melepak kerana mereka sedar ibu bapa tidak akan
menyedari ketiadaan mereka di rumah dan untuk mendapatkan ketenangan jiwa mereka.

Masalah keluarga turut mendorong pelajar keluar dari rumah untuk menghiburkan
hati mereka. (Megat Ayob Megt Arifin, 2008) Pelajar berasa tertekan dan keliru apabila
sering mendengar ahli keluarga mereka bergaduh setiap hari dan berhadaapan dengan
masalah keluarga mereka. Maka, lepak dilihat jalan keluar atau sebagai ‘escapisme’
daripada koflik keluarga atau kenyataan oleh pelajar itu.

Tambahan pula, pengaruh rakan sebaya juga menjadi salah satu faktor berlakunya
budaya lepak ini dalam kalangan pelajar sekolah. Pelajar lebih mudah dipengaruhi oleh atau
mengikuti ajakan rakan mereka kerana perbezaan umur yang hampir serupa. Mereka juga
mengikuti ajakan rakan mereka kerana menginginkan mereka diterima sebagai sebahagian
daripada rakan dalam sesuatu kumpulan itu.

Kesan kepada
individu dan sekolah

Kesan kepada individu

Kesan budaya lepak kepada individu ialah masalah ini akan merosakkan akhlak
murid-murid. (Ahmad Mahmud, 2016) Para murid akan bergaulan bebas antara lelaki dan
perempuan tanpa batasan. Ini akan mendorong kepada terjadinya perkara yang tidak baik
serta dapat meruntuhkan nilai moral seperti pembuangan anak dan jangkitan penyakit AIDS.

Masalah budaya lepak akan menjatuhkan imej diri dan merosakkan masa depan
murid. Masyarakat akan memandang serong terhadap murid yang suka berlepak kerana ini
merupakan budaya yang tidak sihat dan bertentangan dengan norma masyarakat kita.
Selain itu, murid yang suka menghabiskan masa mereka dengan melepak akan gagal
mecapai kecemerlangan dalam akademik dan ini akan menyebabkan mereka tidak berjaya
untuk merealisasikan cita-cita mereka. Masa depan murid akan terjejas.

Kesan kepada sekolah

Kesan budaya lepak kepada sekolah ialah masalah ini akan menjatukan imej
sekolah. (Ahmad Mahmud, 2016) Jika murid-murid sesuatu sekolah suka melepak, orang
lain akan beranggapan bahawa sekolah murid-murid itu bermasalah. Mereka juga akan
menganggap pihak pengurus dan para guru tidak menjalankan tugas mereka dengan baik.
Ini secara langsung akan menjatuhkan imej sekolah tersebut.

Masalah budaya lepak juga akan menjatuhkan prestasi sesuatu sekolah. Ini adalah
kesan daripada kemerosatan prestasi murid dalam peperiksaan. Murid-murid yang suka
melepak akan gagal mendapat prestasi yang cemerlang. Kesannya, kemerosatan prestasi
murid akan turut menjejaskan prestasi sekolah.

Langkah-langkah

mengatasi
Langkah-langkah untuk mengatasi masalah budaya lepak ini ialah ibu bapa harus
memberikan didikan agama yang secukupnya. (Zulkifli Yusuf, 1990) Melalui didikan agama
seseorang akan dapat membetulkan perspektif dan pemikiran. Setiap ajaran agama
mengajar mereka bagaimana untuk tidak meluangkan masa dengan kegiatan yang haram
atau bertentangan dengan agama dan budaya. Selain itu, perhubungan dengan ibu bapa
mereka dapat dipulihkan dan dapat melahirkan satu keluarga yang baik dan sihat. Dengan
ini masalah ini dapat dibendung.

Langkah kedua ialah ibu bapa harus memberikan perhatian yang serius terhadap
anak-anak mereka. (Azizi Yahaya, 2008) Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-
geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan
mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak serta sanggup meluangkan masa untuk
mengatasi masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak
mereka dan sentiasa memastikan bahawa mereka berkawan dan bergaul dengan mereka
yang mempunyai kedudukan moral. Dengan ini, masalah budaya lepak dalam kalangan
pelajar sekolah diselesaikan.

Langkah seterusnya yang boleh diambil ialah melalui pendekatan akademik. Ini
boleh dilakukan dengan menambah aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa
akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-
perubahan teknik-teknik pengajaran seperti pengunaan komputer, video, bantuan alat
pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas supaya murid tidak bosan untuk mengikuti
proses PdP. (Azizi Yahaya, 2008) Kebosanan mengikuti proses PdP akan mengundang
untuk murid ponteng kelas dan berlepak.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa masalah melepak yang berlaku


di negara kita sekarang ini memanglah suatu gejala yang diakui mengancam masa depan
pelajar serta boleh memburukkan murid dan sekolah sekiranya tidak dicegah segera.
Kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan untuk menangani masalah ini.

Budaya Lepak

Menurut Noresah Baharom (2007) budaya lepak ialah amalan berkumpul tanpa arah
tujuan, matlamat, objektif, hala tuju, misi dan visi, biasanya oleh golongan remaja. Mereka
memerhati orang ramai yang lalu-lalang di situ, kadang-kadang sambil bermain lagu atau
menghisap rokok. Adakalanya mereka mengusik gadis-gadis yang lalu dengan bersiul atau
gelak ketawa yang berlebihan dengan keadaan yang tidak menentu. Budaya lepak ini juga
sering dikaitkan dengan kegiatan jenayah.

Melepak bolehlah ditakrifkan sebagai suatu aktiviti berehat di kawasan-kawasan


tertentu tanpa sesuatu tujuan yang berfaedah. (Samsudin Rahim, 1994) Sejak akhir-akhir ini
masalah melepak sering disiarkan melalui media massa di negara kita, dan keadaan ini
telah membimbangkan semua pihak terutamanya pihak sekolah dan ibu bapa. Sejak
belakangan ini gejala ini didapati semakin serius sehingga terdapat ramai pelajar yang
sanggup ponteng sekolah kerana ingin melepak.
Bahan Bukti
Rujukan

Buku

Samsudin Rahim (1994). Tingkah laku lepak di kalangan remaja. Kementerian Belia  dan
Sukan.
Zulkifli Yusuf. (1990). Panduan Khidmat Bimbingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
Noresah Baharom. (2007). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

Jurnal

Azizi Yahaya. (2008). Cara Mengatasi Gejala Lepak Di Kalangan Remaja. Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 4-7.

Megat Ayob Megt Arifin. (2008). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Murid Terlibat Dalam
Budaya Lepak. Universiti Teknologi Malaysia, 2-6.

Internet

Ahmad Mahmud. (2016, September 2). Budaya Lepak Dalam Kalangan Murid. Retrieved
From Scribd: Https://Www.Scribd.Com/Doc/6125022/Budaya-Lepak-Dalam-
Kalangan-Murid.

You might also like