You are on page 1of 10

KULIYYAH OF EDUCATION

EDP 6102: ADOLESCENCE

KAJIAN KUALITATIF: PERSEPSI GURU KAUNSELING


MENGENAI PUNCA – PUNCA MASALAH PONTENG DI
KALANGAN PELAJAR SEKOLAH.

LECTURER:
DR. HANIZA

NAME:
MOHANA MUTHAIAH (G1817160)
THANGAMANY A/P SUPRAMANIAM G1816506
PERSEPSI GURU KAUNSELING MENGENAI PUNCA – PUNCA MASALAH PONTENG DI
KALANGAN PELAJAR SEKOLAH.

PENGENALAN
Pada era globalisasi ini, masalah disiplin di kalangan pelajar semakin meningkat. Masalah
disiplin dalam kalangan murid -murid sekolah sebenarnya bukan fenomena baharu, ianya telah lama
wujud yang tiada kesudahannya iaitu semenjak sistem persekolahan mula diperkenalkan. Masalah
disiplin dalam kalangan murid di Negara kita telah pun wujud semenjak kewujudan sistem pendidikan
itu sendiri iaitu sebelum negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 (Musa, 1978). Antara
masalah disiplin yang menonjal ialah masalah ponteng.

Ponteng sekolah adalah salah satu kes salah laku murid yang berlaku di semua peringkat
sekolah sama ada rendah atau menengah. Isu ini mendapat perhatian semua golongan terutama
pemimpin dan warga pendidik. Namun ia adalah masalah yang serius membabitkan pihak sekolah, guru,
ibu bapa dan masyarakat sekeliling. Ia berlaku tidak kira di sekolah luar bandar atau pun di bandar dan
bertambah dari hari ke hari. Masalah ini bukan berlaku di negara ini sahaja, malah masalah ini berlaku di
seluruh dunia sama ada di negara maju atau mundur.Masalah ini juga sering diterbitkan di dalam
akhbar contohnya pada 4 dan 5 April 2001 dilaporkan melibatkan murid yang melakukan salah laku
ponteng secara berturut-turut. Perkara ini jelas menampakkan masalah ponteng perlu diberi perhatian
yang lebih agar generasi yang akan datang mempunyai sikap dan nilai yang terpuji dan tidak terjejas
kecemerlangan akademiknya.

Pelanggaran salah laku ponteng sekolah adalah merupakan kes yang sentiasa berlaku di semua
sekolah dan ia menjadi masalah yang besar kepada semua pihak terutamanya kepada kementerian dan
warga pendidik. Murid yang terlibat dalam masalah ini ketinggalan dalam pelajaran dan juga
pencapaiannya dalam akademik akan terjejas. Masalah ini juga sering diterbitkan, Bulatin utama (20
Julai 2006) melaporkan seramai 63 orang pelajar Sri Petaling ponteng sekolah. Mereka berpelesiran di
premis – premis siber kafe. Ini jelas menunjukkan masalah ponteng perlu diberi perhatian yang lebih
agar generasi yang akan datang mempunyai sikap dan nilai yang terpuji. Memandangkan masalah
ponteng sekolah ini semakin serious dan dikaitkan dengan aktiviti yang tidak sihat,ia patut diambil
perhatian berat oleh semua pihak. Senario ponteng sekolah bukan masalah sosial yang baru di kalangan
murid sekolah di Malaysia. Masalah ponteng sekolah ini bukan sahaja berlaku di negara kita malah di
luar negara pun mengalami masalah ini. Kenyataan ini dapat dilihat malalui kajian Mardzelah Makhsin
dan Mohamad Fadhli Ilias (2004), menyatakan kajian yang dibuat oleh Universiti Chicago mendapati
purata masa yang dikongsi oleh remaja dengan ibu bapa mereka hanya 12 jam seminggu, yang mana
kebanyakan daripada masa itu ialah ketika waktu malam dan menonton televisyen. Akibatnya, remaja
merasa kesunyian dan kurang motivasi diri. Remaja lebih senang mendampingi rakan sebaya daripada
keluarga sendiri, kerana ibu bapa tidak ada masa untuk menasihat anak-anak supaya mengulangkaji
pelajaran, jarang melihat prestasi anak-anak, meneliti siapakah teman-teman anak mereka, pergerakan
anak-anak dan sebagainya. Mereka menyerahkan hal-hal ini semata-mata kepada guru ataupun
pembantu rumah untuk diuruskan. Seterusnya masalah ponteng ini juga berlaku kerana faktor diri
sendiri. Menurut Bachman dan Green (1971), melalui kajiannya mendapati masalah persekolahan
seperti tiada minat dalam hal-hal sekolah dan kesulitan pembelajaran merupakan sebab utama pelajar-
pelajar tidak hadir ke sekolah dan tercicir. Kebanyakan pelajar kurang mempunyai semangat untuk
belajar dan hanya mementingkan keseronokan waktu remajanya dengan berpoya-poya. Menurut
Vijayan (2000), dalam kajiannya mendapati sepertiga daripada pelajar benci untuk pergi ke sekolah
tetapi lebih suka bekerja.

Masalah ponteng sekolah menjadi masalah disiplin yang tinggi peratusnya berbanding dengan
masalah disiplin yang lain. Perkara ini diakui dalam laporan Disiplin Tahunan 2010 Bahagian Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia. Jadi, di dalam penyelidikan ini kita akan menilai dan mengukur
apakah faktor yang menyebabkan masalah ponteng sekolah rendah ini terjadi. Dan langkah seterusnya
adalah tertumpu kepada Guru – Guru Bimbingan Dan Kaunseling bagaimana intervensi yang difikirkan
sesuai kepada permasalahan ini, dengan harapan intervensi yang dibuat itu akan membuahkan hasil
dengan mengubah tingkah laku negatif ponteng sekolah ini kepada tingkah laku yang positif.

PERNYATAAN MASALAH
Masalah yang ingin di kaji adalah persepsi guru kaunseling mengenai punca – punca masalah
ponteng. Satu kajian di zon sekolah endau. Jika masalah ini tidak dibendung dengan kedah yang betul
dan konsisten, ini akan memberikan kesan buruk kepada sistem pendidikan Negara kita. Kesan –
kesannya ialah pelajar terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat, merugikan diri sendiri dan
sebagainya. Dari sudut kurikulum sekolah, pelajar yang terlibat dengan ponteng akan ketinggalan dalam
pelajaran, mundur atau mempunyai pencapaian yang rendah dan akhirnya menghadapi masalah
keciciran (kementerian pendidikan Malaysia, panduan mengatasi ponteng). Menurut muztaza (1994),
hamidah (1999) dan ropiah (2005) pula, kajiannya telah meneliti beberapa faktor yang mendorong
kepada salah laku ponteng iaitu faktor individu dan keluarga, faktor persekolahan dan faktor
persekitaran sekolah. Manson dan edie (1998) menyatakan bahawa, sikap guru adalah satu faktor yang
menyumbang kepada masalah ponteng pelajar.
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini bertujuan mengkaji persepsi pelajar mengenai punca – punca masalah ponteng
sekolah seperti berikut:
a) Mengenal pasti samada faktor diri sendiri menyebabkan pelajar ponteng sekolah.
b) Mengenal pasti samada faktor hubungan keluarga menyebabkan pelajar ponteng sekolah.
c) Mengenal pasti samada faktor pergaulan rakan menyebabkan pelajar ponteng sekolah.
d) Mengenal pasti samada faktor sikap guru menyebabkan pelajar ponteng sekolah.
e) Mengenal pasti samada faktor prasarana sekolah menyebabkan pelajar ponteng sekolah.

PERSOALAN KAJIAN

Persoalan-persoalan di dalam kajian ini menyentuh aspek-aspek yang difikirkan


perlu seperti
a) Adakah faktor diri sendiri yang menyebabkan pelajar terlibat dengan kes ponteng sekolah?
b) Adakah faktor hubungan keluarga menyebabkan pelajar ponteng sekolah?
c) Adakah faktor pergaulan rakan menyebabkan pelajar ponteng sekolah?
d) Adakah faktor sikap guru menyebabkan pelajar ponteng sekolah?
f) Adakah faktor prasarana sekolah menyebabkan pelajar ponteng sekolah?

TEORI
Menurut Amir Hassan Dawi (2002), teori tingkahlaku merupakan satu jenis kaunseling yang
berorientasikan tingkahlaku. Ia bertujuan untuk membasmi tingkahlaku yang tidak betul dan membantu
klien untuk menguasai tingkahlaku baru. Franks (1969), menyatakan bahawa pendekatan teori
tingkahlaku kepada kaunseling adalah semata-mata ubahsuaian gerak balas yang melibatkan
penggunaan teori pembelajaran. Ia mendefinisikan kaunseling tingkahlaku sebagai pengubahsuaian
tingkahlaku bersesuaian dengan dengan prinsip individu. Tidak ada satu teori pembelajaran khusus yang
dinyatakan dan diterima oleh semua kaunselor tingkahlaku, walaupun boleh dikatakan yang semua
kaunselor percaya akan prinsip umum pembelajaran. Dalam kajian ini teori tingkah laku dilihat amat
sesuai dan dilihat selari dengan masalah yang hendak dikaji. Diantara tokoh yang mempelopori teori ini
antaranya B.F.Skinner, J.B.Watson dan Thorndike. Teori tingkah laku ini menerangkan bahawa
personaliti adalah hasil daripada pembelajaran melalui interaksi dengan individu lain. Sebagai contoh
tingkah laku yang menyimpang seperti ponteng adalah disebabkan hasil daripada pembelajaran melalui
pemerhatian. Menurut Ramlah Jantan & Mahani Razali (2002), dalam Mohammad Aziz Shah (2004),
menurutnya pembelajaran adalah satu perubahan yang berlaku dalam diri seseorang individu
disebabkan oleh pengalaman. Teori ini juga berpendapat tabiat dan tingkah laku menusia terbentuk
daripada proses pembelajaran dan perubahan persekitaran. Tabiat manusia yang menjadi masalah
adalah apabila mereka menerima pembelajaran dan persekitaran yang salah. Sebagai contoh
pembentukan sikap negatif seperti ponteng adalah hasil daripada pembelajaran dan tindak balasnya
terhadap rangsangan yang diterima daripada persekitaran seperti rakan sebaya. Sikap ponteng yang
pelajar tunjukkan merupakan suatu pembelajaran yang diperoleh daripada rangsangan dan peneguhan
dan akhirnya ia akan membentuk gerak balas iaitu:

a) Rangsangan – Malas belajar, bosan dengan cara guru mengajar dan tidak minat mata pelajaran
tertentu.

b) Peneguhan – Diterima oleh rakan-rakan yang turut po nteng, lalu ia merasa puas dengan apa
tindakan yang dilakukannya dan dianggap hebat oleh segelintir pelajar yang tertentu.

c) Gerak Balas – Ponteng ke sekolah atau ke kelas.

Akhirnya ia akan menyebabkan pelajar tersebut ponteng dan seterusnya membuat suatu gerak balas
yang berupa generalisasi dan ia mengarah kepada proses pembentukan sikap atau dikenali sebagai
shaping (kerap ponteng sekolah).

REKA BENTUK KAJIAN

Objektif kajian ini bertujuan mengkaji persepsi pelajar mengenai punca – punca masalah
ponteng sekolah. Kajian ini menggunakan rekabentuk kualitatif dalam mengenalpasti punca – punca
masalah ponteng sekolah. Instrumen kajian yang menggunakan kaedah temu bual merupakan satu
kaedah yang boleh dikatakan penting dan mempunyai kesahan yang tinggi. Ini kerana, penyelidik dapat
memperoleh informasi dan maklumat terus daripada responden kajian. Justeru, dalam penyelidikan
yang dilakukan ini, kaedah temu bual menjadi antara kaedah yang digunakan oleh penyelidik sebagai
cara untuk mendapatkan data dan maklumat daripada responden kajian. Temubual yang dijalankan
untuk mengetahui punca – punca yang berlaku masalah ponteng. Maklumat-maklumat yang diinginkan
oleh penyelidik dapat diperolehi melalui soalan-soalan yang disediakan oleh penyelidik dalam sesi temu
bual ini. Seterusnya maklumat-maklumat ini dijadikan data untuk dimasukkan ke dalam kajian oleh
penyelidik ini. Pada hakikatnya, instrumen ini (temu bual) mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
Antaranya ialah, kaedah ini membenarkan penyelidik memberi penjelasan jika terdapat soalan yang
kabur. Selain daripada itu, responden juga dapat memberi keterangan lanjut kepada soalan-soalan yang
penting. Batasan masa pula tidak menjadi masalah dalam sesi temu bual ini. Ia kerana, penyelidik
mahupun responden mempunyai ruang masa yang cukup luas untuk memberikan sebarang pendapat
ataupun kenyataan. Selain kaedah yang dilihat agak santai ini, secara tidak langsung, ianya dapat
mempereratkan hubungan antara penyelidik dan responden kajian dalam memperoleh sebanyak
mungkin maklumat yang dikehendaki. Analisis data kualitatif memerlukan penelitian dan
komitmen pengkaji untuk memahami secara mendalam pernyataan responden sama ada yang
tersurat mahupun yang tersirat.

ANALISIS DAN DATA KEPUTUSAN


Bab ini, menghuraikan hasil analisis data kualitatif yang diperoleh melalui rekod ponteng pelajar dan
transkripsi temu bual bersama peserta kajian. Hasil dapatan kajian ini dilaporkan dalam bentuk naratif
dan deskriptif.

Hasil daripada penganalisan data ini dapat membuat dapatan tentang maklumat untuk
rumusan,cadangan dan perbincangan pada bab seterusnya

Profil Peserta Kajian

Kajian ini melibatkan 2 orang guru yang berkhidmat di Zon Endau. Profil peserta kajian


dibentangkan dengan menggunakan kod peserta kajian GB1 dan GB2 iaitu Guru Bimbingan 1 dan Guru
Bimbingan 2. Kod ini dilakukan bagi melindungi identiti sebenar peserta kajian. Ringkasan profil peserta
kajian dipaparkan dalam Jadual di bawah.

Jadual : Ringkasan Profil Peserta Kajian

Peserta Kajian Jantina Tahap pendidikan yang Pengalaman


tertinggi Mengajar
Guru Bimbingan Perempuan Sarjana Muda 25 tahun
(GB 1)
Guru Bimbingan Perempuan Sarjana Muda 30 tahun
(GB2)
Dapatan Kajian

Kes Ponteng Pelajar

Di sekolah yang dikaji, pengkaji mendapati kes ponteng sekolah yang berlaku adalah terkawal
dimana kekerapan untuk mengulangi kes ponteng pelajar adalah rendah. Ini disebabkan oleh guru
disiplin dan guru penolong kanan HEM yang tegas dan terus memberi surat amaran kepada ibu bapanya
mengenai ketidakhadiran anaknya.

Dapatan kajian daripada peserta kajian GB1, menunjukkan kes ponteng sekolah pelajar yang
paling utama ialah pengaruh rakan sebaya. Hal ini dikatakan demikian kerana tempoh masa bersama
dengan rakan sebaya adalah lebih lama berbanding bersama dengan ibu bapa di rumah, Selain itu,
ajakan daripada rakan sebaya juga mendorong individu tersebut untuk ponteng sekolah. Kebanyakkan
remaja /pelajar suka menurut ajakan dan pelawaan rakan sebaya tanpa berfikir panjang.

Beliau sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling juga memberi kenyataan bahawa peraturan di
sekolah yang terlalu ketat juga merupakan salah satu sebab untuk pelajar ponteng sekolah. Terdapat
juga para pelajar ponteng sekolah kerana takut dimarahi ataupun didenda oleh gurunya. Contohnya,
jikalau mereka tidak sempat menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru, maka mereka akan
pilih cara ponteng sekolah supaya mereka tidak dapat didenda oleh guru. Beliau juga menyambung
kenyataannya bahawa kumpulan pelajar ini juga menyalahkan pihak sekolah yang mengamalkan
peraturan yang terlalu ketat dan mengenakan hukuman pada kesalahan yang kecil.

Kajian peserta GB1 juga memberi kenyataan bahawa pengaruh teknologi juga merupakan salah
satu punca utama pelajar ponteng sekolah. Menurutnya,,impak media elektronik terhadap pelajar amat
tinggii. Dengan perkembangan teknologi seperti telefon pintar, permainan video dan internet, pelajar
semakin ketagih dengan video dan internet menyebabkan mereka sanggup meluangakan masa dengan
pergi ke siber untuk melayari internet berbanding ke sekolah.

Dapatan kajian daripada peserta kajian GB2 pula, Sikap malas pelajar sendiri, dorongan rakan
sebaya dan kelalaian ibu bapa menjaga anak merupakan punca punca yang mempengaruhi pelajar
pelajar terlibat dengan kes ponteng sekolah. Ibu bapa juga menjadi faktor penyebab pelajar ponteng
sekolah. Ibu bapa yang sentiasa sibuk bekerja menyebabkan kebajikan anak-anak terabai. Anak-anak
berasa tersisih dan kurang kasih sayang serta perhatian. Oleh itu, anak-anak akan cuba mencari
alternatif lain untuk mendapatkan perhatian dan salah satunya adalah dengan ponteng sekolah.. Beliau
juga memberi kenyataan bahawa punca suasana dan persekitaran sekolah juga mungkin menjadi
penyebab kepada masalah pelajar ponteng. Mengikut “Hussein (1993) pembelajaran yang berkesan
datangnya dari suasana sekolah yang tenteram, kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi melahirkan
pencapaian yang baik di kalangan pelajar. Suasana sekolah yang kondusif seperti adanya kemudahan
dan prasarana yang mencukupi, suasana pengajaran guru yang positif serta peraturan sekolah dan
pelaksanaan disiplin yang efektif dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan mencapai
kecemerlangan akademik. Guru juga berperanan penting dalam mewujudkan suasana yang harmoni di
dalam kelas.

Semasa pengkaji menjalankan sesi temubual dengan GB1 dan GB2, didapati kes ponteng
sekolah dan ponteng kelas dikategorikan sebagai kes sederhana dibandingkan dengan kes disiplin yang
lain. Kesalahan ini tidak direkodkan dalam fail rekod disiplin pelajar. Namun tetap diambil tindakan
mengikuti sesi kauseling oleh guru kauseling bagi mengelak kes ini berulang. Hal itu dapat dibuktikan
dari pengakuan temubual peserta kajian GB2,

“ Selama saya berkhidmat di sekolah ini, kes yang sering dirujuk ialah masalah
ponteng sama ada ponteng kelas ataupun ponteng sekolah”Ponteng sekolah diambil
kira jika pelajar tidak hadir ke sekolah tanpa sebab. Terdapat juga pelajar yang ponteng
satu atau dua minggu berturut turut tanpa bersebab’.

Ini disokong oleh peserta kajian GB1 dalam kenyataan temubualnya iaitu,apabila menyebut tentang
masalah ponteng yang melibatkan pelajar sekolah menengah, kes yang kerap saya hadapi di sini ialah
kes yang tidak begitu serius seperti pelajar ponteng sekolah,dan ponteng kelas ‘. Namun demikian,
pada akhir-akhir ini kadar peratus ponteng amat tinggi yang mana sukar untuk mencapai KPI yang
ditetapkan. Kadang-kala kehadiran turun mendadar. Ini bermakna dalam sehari lebih kurang 35 orang
pelajar tidak hadir ke sekolah.

Punca Masalah Ponteng Pelajar

Apabila pengkaji menganalisis transkripsi temu bual didapati masalah ponteng yang telah
dikenalpasti mengikut pandangan peserta kajian dari hasil temu bual terdiri daripada punca diri sendiri,
rakan sebaya, keluarga, sekolah dan persekitaran di sekolah yang dikaji.

Pada keseluruhan hasil temu bual ke dua dua peserta kajian, faktor rakan sebaya mencatatkan punca
masalah ponteng pelajar yang paling kerap atau tertinggi menjadi di sekolah menengah diikuti dengan
punca ibu bapa. Kedua-dua peserta kajian memberi kenyataan yang sama dalam temu bualnya.
Antaranya peserta kajian GB1 dalam kenyataan temu bualnya berikut.
“Pada pendapat saya kes ponteng disebankan oleh pengaruh rakan sebaya.Kebanyakan
murid melakukan kesalahan secara berkumpulan. Contohnya kes ponteng kelas yang akan
melibatkan tiga atau empat orang pelajar. Mereka tidak melakukan salah laku itu berseorangan.
Jika semua ibu bapa,guru dan masyarakat membantu membimbing pelajar pelajar ini dengan
persekitaran yang baik, maka gejala ponteng sekolah ini dapat ditenangi “.

KESIMPULAN

Ponteng sekolah merupakan satu masalah disiplin yang semakin serius dikalangan pelajar
sekolah menengah. Punca-punca pelajar ponteng ini akan memberi impak yang negatif terhadap diri,
agama, bangsa, negara, masyarakat, keluarga dan masa depan pelajar itu sendiri. Masalah-masalah
disiplin yang lain akan timbul sekirannya masalah ponteng ini tidak dibendung dan dikawal. Oleh itu,
sudah menjadi kemestian untuk memastikan golongan muda ini dibentuk supaya mempunyai tahap
intelek dan sahsiah yang cemerlang agar dapat memberi manfaat kepada negara pada masa hadapan.
Daripada perbincangan yang telah dibuat didapati punca rakan sebaya dan kelalaian ibu bapa menjaga
gerak geri pelajar adalah merupakan faktor utama yang mempengaruhi pelajar terlibat dalam masalah
ponteng sekolah. Untuk menangani masalah ini pihak-pihak tertentu seperti Kementerian pendidikan,
sekolah, guruguru dan ibu bapa serta masyarakat perlu bekerjasama untuk bertindak dengan
mewujudkan program program yang terancang dan sistematik untuk mengurangkan kes ponteng
sekolah ini.

Golongan muda merupakan asset negara di mana mereka bakal menjadi pelapis tampok
kepimpinan negara kelak. Sekiranya golongan ini gagal dibentuk untuk menjadi insan yang berkualiti,
negara Malaysia akan menghadapi masalah yang besar pada masa akan datang.

IMPLIKASI DAN CADANGAN


Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar sedar akan faktor-faktor yang mendorong
mereka ponteng sekolah. Mungkin kerana mereka tidak pandai dalam menangani masalah yang
dihadapi, maka ponteng sekolah menjadi jalan pintas bagi mereka mengelakkan diri daripada masalah.
Akan tetapi, pelajar tahu menahu tentang cara yang berkesan dalam menyelesaikan masalah ponteng
sekolah. Melalui kajian ini dapat mengetahui sedikit sebanyak suara hati atau masalah yang dihadapi
oleh pelajar dan seterusnya dapat mengetahui di manakah kelemahan sistem pengurusan dan
pentadbiran di sekolah. Dalam membendung masalah disiplin seperti ponteng kelas saya percaya daya
kepepimpinan seseorang pengetua yang berkesan ‘can make an difference’.
Keputusan kajian dapatan diharapkan dapat dilanjutkan kelak. Begitu juga dengan hasil
kajian ini dapat memberi cadangan kepada pihak sekolah agar:
1. Lebih bijak semasa mengambil tindakan disiplin.
2. Guru perlu mempelbagaikan keadah pengajaran dan pembelajaran semasa mengajar.
3. Profesionalisme perguruan perlu dihargai oleh semua pendidik dan menjalankan
amanat mendidik dengan cemerlang.
4. Pihak pentadbir sekolah perlu lebih peka terhadap masalah yang dihadapi oleh pelajar
dan guru.
5. Keceriaan bilik darjah perlu dijaga.

RUJUKAN

Amin Husin. (1972). Ponteng. Dalam Konvensyen Nasional Pertama Mengenai Pendidikan,
Pendidikan Untuk Pembangunan Nasional. Kuala Lumpur.
Azizah Lebai Nordin. (1998). Masalah Disiplin Pelajar dan Penyelesaiannya dari Perspektif Pengetua
Sekolah.
Bachman, J. G. Green, S. (1971). Youth In Transition : Dropping Out – Problem On Symptom? New
York : University of Michigan Press.
Claes, E., Hooghe, M., & Reeskens, T. (2009). Truancy as a contextual and schoolrelated problem: A
comparative multilevel analysis of country and school characteristics on civic knowledge
among 14 year olds. Educational Studies
Habibah Elias dan Noran Fauziah Yaakub. (2002). Psikologi Personaliti. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Ismail Yusof(1983). Disiplin Di Sekolah: Ponteng Sekolah.Laporan Persidangan Nasional Menengah
Kaum Remaja Di Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Kamus Dewan, edisi-4 (2005), Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur, Malaysia.
Hunt, M. K., & Hopko, D. R. (2009). Predicting high school truancy among students in the
Appalachian South. Journal of Primary Prevention.

You might also like