You are on page 1of 12

Tajuk : Disiplin Pelajar : Keruntuhan Institusi Keluarga Dan

Pengaruh Rakan Sebaya.


Bab Satu
Pengenalan
1.1
1.2
1.3
1.4
1.5
1.6
1.7
1.8
1.9

Pengenalan.
Penyataan Masalah.
Objektif Kajian.
Soalan Kajian.
Hipotesis Kajian.
Kerangka Kajian.
Kepentingan Kajian.
Definisi Operasional.
Batasan Kajian.

Bab Dua
Metode Kajian

Pengenalan.

Disiplin dan institusi pengajian merupakan dua aspek yang penting


dan tidak dapat dipisahkan dalam sistem pendidikan. Ia saling berkaitan
antara satu sama lain dalam institusi pengajian.
Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran,
disiplin ialah Kesanggupan seseorang individu itu dikenakan dari luar
atau dengan kerelaan sendiri Kesanggupan seseorang itu bekerja atau
membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak
orang lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak
menggangu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat-menghormati di
antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong menolonh dan
kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang
membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.
Menurut Maslow (1968), setiap manusia mempunyai keperluan yang
sedia ada dalam dirinya. Beliau menyatakan terdapat lima peringkat
keperluan dalam diri individu. Berkaitan dengan perhatian positif yang
dinyatakan di atas, Maslow menyatakan bahawa pada tahap ketiga adalah
peringkat di mana manusia membina hubungan yang bermakna dengan
orang lain. Pada tahap ini manusia memenuhi keperluan disayangi dan
menyayangi serta mempunyai dan dipunyai. Merujuk kepada interaksi
dalam

keluarga,

pengalaman

yang

positif

dan

mesra

akan

menyumbangkan kepada hubungan yang bermakna dengan orang lain,


seterusnya memainkan peranan penting dalam pembentukan konsep
kendiri individu.

Sesetengah remaja atau pelajar tidak mampu memilih pengalaman


dan rakan yang bersesuaian dengan diri masing-masing. Bachanas dan
Kaslow (2001), menyatakan bahawa perbuatan remaja yang melanggar
disiplin menggambarkan ketidakupayaan mereka mengatasi masalah atau
tekanan seperti tekanan sosial, psikologikal, ekonomi dan juga bentuk
interaksi dalam keluarga yang boleh mewujudkan pandangan negatif
tentang diri mereka sendiri. Faktor-faktor tersebut boleh memberi
pengaruh

tertentu

terhadap

pembentukan

konsep

kendiri

remaja

berkenaan.
Penyataan Masalah
Menurut satu kajian yang telah dijalankan oleh Rokiah Hj Ismail
(2000a: 461-497) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang
bertajuk Salah Laku di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah: Pengalaman
Bersama Keluarga, Rakan Sebaya dan Sekolah. Kajian yang dijalankan ke
atas 355 orang pelajar sekolah menengah di bandar ini menunjukkan
bahawa secara umumnya penglibatan pelajar dalam salah laku berat
seperti memeras ugut, mencuri, membuli dan berjudi adalah rendah iaitu
kurang daripada 10%. Kebanyakan pelajar hanya terlibat dalam salah laku
ringan seperti ponteng kelas, merokok, datang lewat, menconteng meja
dan dinding. Penemuan menarik dalam kajian ini ialah dari segi punca
salah laku pelajar, faktor situasi khusus di sekolah sangat penting
berbanding dengan peranan ibu bapa atau rakan sebaya. Para pelajar
umumnya tidak menunjukkan sikap anti sekolah tetapi beberapa keadaan
tertentu di sekolah didapati mempengaruhi tingkah laku yang dianggap

negatif terutamanya suasana belajar yang membosankan, sikap dan


peranan guru yang hanya berperanan sebagai penyampai maklumat,
hubungan dengan guru yang lebih bersifat formal serta authoritarian dan
peraturan sekolah yang terlalau banyak dan ketat.
Objektif Kajian.
Menyedari tugas dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh pihak
pendidik adalah berat, maka satu kajian telah dijalankan dengan memberi
fokus utama kepada penelitian terhadap sikap guru Program Khas
Penijazahan Guru (PKPG) terhadap pengajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kajian
seperti ini adalah perlu supaya cita-cita murni dan unggul dalam
matlamat pendidikan Sains dan Matematik KBSR yang berlandaskan
hasrat Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dapat dicapai. Kajian ini
dijalankan bagi
1.3.1 Mengenalpasti perbezaan antara jantina dengan disiplin pelajar.
1.3.2 Mengenalpasti hubungan antara institusi keluarga dengan disiplin
pelajar.
1.3.3 Mengenalpasti hubungan antara rakan sebaya dengan disiplin
pelajar.

Soalan Kajian.
1.4.1 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina
dengan disiplin pelajar?
1.4.2 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara institusi
keluarga dengan disiplin pelajar?

1.4.3 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara rakan sebaya


dengan disiplin pelajar?
Hipotesis Kajian.
HO1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan
disiplin pelajar.
HO2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara institusi
keluarga dengan disiplin pelajar.
HO3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara rakan sebaya
dengan disiplin pelajar.
Kerangka Kajian.

Kepentingan Kajian.
Segala maklumat dan hasil kajian ini diharapkan dapat memberi
maklum balas yang berguna dan seterusnya menyumbangkan sesuatu
yang berfaedah kepada semua pihak yang terlibat secara lansung dan
tidak langsung iaitu kepada pihak institusi pengajian tinggi, masyarakat,
ibu bapa atau institusi keluarga serta semua golongan muda.
Dapatan kajian ini dapat menyedarkan ibu bapa tentang betapa
pentingnya peranan yang dimainkan oleh mereka dalam tugas mendidik
anak dan melengkapkan generasi muda bukan sahaja dengan ilmu
pengetahuan,

tetapi

juga

nilai-nilai

murni.

Pendedahan

sebegini

diharapkan dapat menyedarkan golongan ibu bapa tentang betapa


pentingnya amalan kekeluargan yang efektif perlu dipraktikkan dalam

sesebuah institusi keluarga. Sehubungan dengan itu, pembentukan dan


pengekalan

institusi

keluarga

yang

harmoni

dan

sejahtera

dalam

masyarkat sosial dapat diwujudkan. Memandangkan institusi keluarga


merupakan asas untuk

membentuk

sesebuah masyarakat, amalan

kekeluargaan yang efektif yang dipraktikkan oleh ibu bapa tentu sekali
berhubungkait dengan pembentukan sesebuah masyarakat sosial yang
harmoni dan selamat berlandaskan norma dan adab masyarakat yang
diterima umum. Ini seterusnya dapat mengurangkan pengabaian sumber
manusia dan sumber keewangan dalam mengatasi masalah sosial yang
sentiasa berterusan ini.

Definisi Operasional.
Institusi Kekeluargaan
Sering kali dinyatakan ibu bapa yang menentukan kejayaan anakanak dalam pelajaran. Ini kerana ibu bapa yang sentiasa memberi
galakan

dan

semangat

perangsang

ketekunan

dan

sehingga
keyakinan

anak-anak
diri

timbul

dalam

minat,

menghadapi

pelajaran (Jamal Darus, 1989). Ibu bapa juga yang menentukan


pola-pola tingkah laku anak. Faktor-faktor berikut mempunyai kesankesan tertentu ke atas pembentukan personaliti, motivasi dan
pencapaian

akademik

pelajar-pelajar.

Faktor-faktor

itu

adalah

dorongan dan galakan, disiplin di rumah, hubungan mesra antara


ibu bapa dan anak dan keluarga yang utuh. Namun salah satu faktor
yang menjadi penyumbang kepada salah laku pelajar ialah nilai

kekeluargaan

yang

semakin

pudar

dan

rapuh

dikalangan

masyarakat kita hari ini. Nilai kekeluargaan ini amat penting untuk
pembesaran dan perkembangan emosi kanak-kanak. Perubahan
cara hidup hari ini menyebabkan ibu bapa terpaksa membiarkan
anak-anak membesar di tangan orang lain tanpa perhatian yang
sewajarnya.
Rakan Sebaya
Ahli sosiologi mengistilahkan rakan sebaya sebagai kumpulan
kanak-kanak

ataupun

kumpulan

remaja

yang

mempunyai

lingkungan umur yang sama (Hazil Abdul Hamid: 1990; 89).


Kumpulan rakan sebaya ini mempunyai peranan dalam aktiviti
sosial. Ia adalah agensi tidak formal yang memberikan pengalaman
yang tidak dapat diperolehi daripada keluarga dan juga di sekolah.
Bagi

para

pelajar,

rakan

sebaya

adalah

tempat

mereka

mencurahkan masalah dan pengganti ibu bapa, terutamanya bagi


golongan yang mempunyai masalah di rumah. Remaja biasanya
akan memilih rakan sebaya yang mempunyai persamaan tingkah
laku, sikap dan identiti dengan mereka (Akers, Jones & Coyle, 1998;
Hogue

&

Steinberg,

1995).

Selain

dipengaruhi

didominasi oleh rakan sebaya (Brown, 1990).

Batasan Kajian.
Metode Kajian

mereka

juga

Lokasi kajian hanya bertumpu di Politeknik Sultan Abdul Halim


Muadzam Shah, Jitra Kedah. Responden dipilih dalam kalangan pelajar
bagi semua program iaitu pelajar daripada Diploma Kejuruteraan Elektrik,
Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Kejuruteraan Awam, Diploma
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Diploma Perakaunan. Pemilihan
lokasi dibuat berdasarkan lokasi kajian adalah ditempat pengkaji bertugas
dan

mempermudahkan

penyelidik

untuk

mengumpul

data

memandangkan kajian akan dijalankan mengikut beberapa fasa.


Sampel bagi kajian ini terdiri daripada pelajar sepenuh masa di
POLIMAS, Jitra. Bilangan sampel yang diambil adalah seramai 361 orang.
Pelajar POLIMAS dipilih kerana mereka merupakan responden di institusi
kajian. Penentuan saiz sampel adalah berdasarkan populasi Krejcie
Morgan (1970) di mana menurut Krejcie Morgan (1970) sampel untuk
populasi berjumlah 6000 orang adalah seramai 361 orang responden.
Oleh itu, faktor yang mempengaruhi masalah disiplin pelajar POLIMAS
berdasarkan jantina dapat dikenalpasti.
Dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan borang soal selidik
sebagai instrumen kajian.
dalam

Soal selidik adalah alat ukur yang sering

digunakan

di

penyelidikan

sekiranya

kaedah

persampelan

digunakan.

Instrumen kajian yang digunakan ini adalah penting dalam

pengumpulan data dan maklumat berkaitan kajian. Maklum balas yang


diperoleh menerusi kaedah soal selidik akan dianalisis mengikut turutan
soalan secara kuantitatif yang mana setiap item akan dianalisis bagi
menjawab setiap soalan kajian.

Kesemua data akan dipindahkan dan

dimasukkan ke dalam perisian SPSS 21.0 for Windows (Statistical


Packages for Social Science) bagi menganalisis data.
Sampel Kajian
Menurut Webster (1985), sampel adalah bahagian set responden
yang dipilih daripada populasi yang lebih besar untuk tujuan kajian.
Manakala menurut Portney dan Walkin (1993), sampel adalah subset
populasi yang dipilih untuk dikaji. Penggunaan saiz sampel menurut Majid
(1998) perlu digalakkan melebihi 30 unit kerana andaian bahawa taburan
normal biasanya dipenuhi apabila saiz sampel melebihi 30 unit. Dengan
pertambahan

saiz

sampel

akan

lebih

mewakili

populasi

dan

mengurangkan ralat persampelan. Menurut Krejcie dan Morgan (1970),


tatacara untuk menentukan persampelan yang betul seperti Jadual 1.
Jadual 1: Jadual penentuan saiz sampel, Krejcie, R.V. & Morgan,
D.W. (1970). Determining sample size for research. Educational and
Psychological Measurements, 30, 607-610.

Sumber : Krejcie & Morgan. 1970. Determining sample size for research
activities. Educational and Psychological Measurement. 30, 607-610.
PETUNJUK
N = Populasi
S = Sampel

Instrumen kajian
Soal selidik dipilih sebagai instrument kajian kerana ia mudah
ditadbir setelah dibina dengan baik. Selain itu data yang diperolehi
melaluinya senang diproses untuk di analisis. Soal selidik juga selalu
digunakan untuk mengukur konsep yang berkaitan dengan sikap, persepsi
dan pandangan yang boleh dirangkumkan sebagai nilai afektif (Mohd
Najib 1999) penyelidikan mengeni persepsi guru-guru PKPG terhadap
tahap kesediaan mereka termasuk dalam kategori pengukuran afektif, di
mana ia berasaskan satu set ciri yang mewakili pendapat responden
seperti yang ditentukan dalam konteks kajian. Soal selidik yang digunakan
adalah soalan yang telah diubah suai daripada kajian Persepsi bakal guru
lepasan UTM terhadap kesediaan mereka mengajar mata pelajaran Sains
dam Matematik dalam bahasa Inggeris (Sabariah Bt Sarigan, 2004)
mengikut keperluan penyelidik. Dalam kajian ini, sikap responden yang
ingin diketahui dengan membuat tanggapan bahawa pemikiran dan
perasaan seseorang mempengaruhi tingkah lakunya. Soal selidik ini
terbahagi kepada tiga bahagian iaitu , Bahagian A, Bahagian B dan
Bahagian C seperti berikut :
Bahagian A: Maklumat diri

Bahagian A adalah soal selidik yang berkaitan dengan maklumat diri


responden. Ia dibentuk sendiri oleh penyelidik dan bertujuan untuk
mendapatkan latar belakang responden. Maklumat yang dimuatkan untuk
mendapatkan data peribadi subjek adalah, seperti bidang pengajian,
jantina, umur. Pilihan jawapan untuk soalan-soalan dalam bahagian ini
direka bentuk menggunakan soalan nominal dimana responden hanya
perlu mengisi ruang kosong dan menandakan () pada petak kosong yang
disediakan.
Bahagian B: Institusi Kekeluargaan
Bahagian B ini mengandungi empat soalan berkenaan pengatahuan
dan kemahiran Bahasa Inggeris responden. Responden dikehendaki
menyatakan

peringkat

dikemukakan

dengan

persetujuan
menandakan

terhadap
()

pada

soalan-soalan
petak

jawapan

yang
yang

disediakan. Pengukuran dan penilaian dibuat dengan menggunakan skala


lima mata bagi memudahkan responden membuat pilihan yang tepat
terhadap setiap persoalan yang dikemukakan. Klasifikasi skala lima mata
tersebut dalam bahagian ini adalah seperti berikut :
Jadual 2 : Skala Lima Mata Untuk Soalan Bahagian B.

Skor

Sangat

Tidak

Tidak Pasti

Setuju

Sangat

Tidak

Setuju

(TP)

(SU)

Setuju

Setuju

(TS)

(STS)

(SS)

Bahagian C: Rakan Sebaya


Bahagian C ini mengandungi empat soalan berkenaan pengatahuan
dan kemahiran Bahasa Inggeris responden. Responden dikehendaki
menyatakan

peringkat

dikemukakan

dengan

persetujuan
menandakan

terhadap
()

pada

soalan-soalan
petak

jawapan

yang
yang

disediakan. Pengukuran dan penilaian dibuat dengan menggunakan skala


lima mata bagi memudahkan responden membuat pilihan yang tepat
terhadap setiap persoalan yang dikemukakan. Klasifikasi skala lima mata
tersebut dalam bahagian ini adalah seperti berikut :
Jadual 3 : Skala Lima Mata Untuk Soalan Bahagian C.

Skor

Sangat

Tidak

Tidak Pasti

Setuju

Sangat

Tidak

Setuju

(TP)

(SU)

Setuju

Setuju

(TS)

(STS)

(SS)

You might also like