You are on page 1of 8

Ponteng sekolah dalam kalangan pelajar

1.0 Pengenalan

Ponteng adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri
kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Menurut Kamus Dewan
(2007), ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa
kebenaran. Istilah tersebut digunakan bagi kes ketidakhadiran yang berpunca daripada
keinginan pelajar itu sendiri, dan bukannya kes-kes yang "dimaafkan" seperti sakit,
kemalangan dan sebagainya. Definisi sebenar mungkin berbeza mengikut sekolah, tetapi
biasanya diterangkan secara jelas di dalam peraturan sekolah.

Menurut Khalim Zainal Wan Zulkifli Wan Hassan (2009), menganalisis satu kajian kes iaitu
Pendekatan Islam dalam menangani masalah disiplin tegar dalam kalangan pelajar sekolah.
Masalah disiplin dalam kalangan pelajar merupakan sesuatu yang lumrah dalam dunia
pendidikan. Walaupun begitu, masalah disiplin tidak boleh dipandang ringan kerana sekolah
merupakan tempat proses pengajaran dan pembelajaran berlaku serta memerlukan suasana
yang kondusif supaya keberkesanan kedua-dua proses tersebut berjaya dimanfaatkan oleh
pelajar.

2.0 Aplikasi teori psikoanalisis

Teori psikoanalisis diperkenalkan oleh Sigmund Freud iaitu seorang pengasas psikoterapi
moden.Psikoanalisis merupakan satu teori personaliti dan juga satu kaedah terapi.Kaedah
yang akhirnya dibentuk dalam teori ini ialah untuk menyelidik sebab-sebab tersembunyi
tentang tingkah laku manusia telah didahului oleh minatnya dalam penggunaan teknik-teknik
hinopsis.Teori struktural dengan memberi fokus kepada interaksi sistem dalaman individu iaitu
id,ego dan superego. Ponteng sekolah id yang dipengaruhi banyak berbanding superego dan
ego. Id merupakan komponen utama dalam keperibadian. Id adalah satu-satunya komponen
keperibadian yang hadir sejak lahir, aspek keperibadiannya sedar dan termasuk dari perilaku
naluri dan primitif. Id mendesak dan memaksa diri serta tidak matang. Id sangat
mementingkan keseronokan dan kepuasan. Misalnya,pelajar yang bertindak tanpa berfikir
seperti pelajar ponteng sekolah. Mereka tidak berfikir masa hadapan mereka kalau
memonteng sekolah akan membawa masalah yang besar. Apabila id dipenuhi ia kembali
menjadi tenang. Jika tidak dipenuhi akan membawa menyebabkan ketegangan.

Faktor sikap pelajar merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan pelajar-pelajar
terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Melalui dapatan kajian yang telah dibuat dan telah

1
dipamerkan pada bab 4 kajian ini menunjukkan peratusan faktor sikap pelajar agak tinggi
dengan nilai min sebanyak 3.68. Pelajar- pelajar yang ponteng adalah terdiri daripada mereka
yang mempunyai sikap yang negatif terhadap sekolah dan pelajaran. Mereka tidak
mempunyai motivasi untuk belajar kerana menganggap belajar itu tidak penting dan mereka
lebih rela tidur daripada bangun awal pagi untuk ke sekolah atau mengulangkaji
pelajaran.Punca berlakunya ponteng di kalangan pelajar sekolah mungkin kerana perasaan
ingin mencuba sesuatu yang tidak pernah mereka lakukan tanpa mengira kesan baik atau
buruknya daripada perbuatan tersebut.

Selain itu, faktornya ialah pengaruh rakan sebaya kerana sesuatu perbuatan yang baru bagi
seseorang pelajar biasanya mempunyai kaitan dengan perbuatan kawan yang lain. Sekiranya
seseorang pelajar tidak mengikut perlakuan kawan, pelajar tersebut akan berasa bimbang
dan kemungkinan tidak mendapat kawan yang ramai. Jadi menganggotai sesuatu kumpulan
merupakan jalan untuk mencapai objektif pelajar tersebut.Dapatan daripada kajian ini
menunjukkan pelajar-pelajar tidak datang sekolah disebabkan ajakan kawan dan terpengaruh
dengan rakan yang tidak hadir. Pendapat ini telah disokong oleh Manja Mohd Ludin (1990)
dan Jaafar Abdul Rahim (1977). Pengaruh rakan sebaya pada peringkat remaja amat ketara
kesannya kerana pada peringkat ini remaja cuba memilih rakan-rakan yang sehaluan dengan
hobi dan minat mereka.

Peringkat perkembangan personaliti berkaitan kajian kes ini ialah oral incorporative. Bagi
mendapat penyusuan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit. Tingkah laku oral incoperative
merupakan tingkahlaku meransang keseronokan daripada golongan dewasa yang
mempamerkan keperluan oral yang berlebihan seperti makan berlebihan, merokok dan
meminum minuman keras mungkin mengalami lekatan oral. Penafian kepuasan oral yang
sepatutnya dinikmati semasa bayi menyebabkan apabila mereka dewasa kelak mereka akan
mengulangi tingkah laku semasa peringkat oral. Begitulah, pelajar ponteng sekolah untuk
kepuasan diri mereka.

3.0 Strategi

Kaunseling secara psikoanalisis juga tertumpu pada kaedah penerokaan dan pendedahan.
Kaunselor akan membantu klienya dengan mendedahkan sebab sebenar masalah yang
dihadapinya.Selain itu, percubaan untuk mendedahkan sebab atas masalah ini akan
rintangan kerana wujudnya mekanisma bela diri klien. Klien akan sedaya upaya menghalang
sebab masalahnya itu didedahkan. Melalui pentafsiran seseorang kaunselor dapat
bersemuka dengan makna yang sebenarnya disebalik huraian komunikasi yang dibuat oleh
klien. Pentafsiran merupakan elemen terapi yang kuat dalam pendekatan psikoanlisis. Selain

2
itu, struktur personaliti juga mempengaruhi iaitu superego.Superego adalah menggambarkan
penghayatan nilai-nilai moral dalam masyarakat.Ia ditanamkan ibu bapa sejak kecil
lagi.Superego adalah pegangan moral yang menghalang kehendak id. Oleh itu, pelajar-
pelajar menhayati ajaran agama yang secukupnya mereka tidak terlibat dalam gejala sosial
seperti ponteng sekolah.Kalau mereka mempunyai ajaran agama yang secukupnya apabila
mereka melakukan kesalahan,suara hati akan membuatkan tercetusnya rasa bersalah. Jika
seseorang mentaati ibu bapa dan berlakuan baik.Tugasan utama superego adalah menahan
desakan id.

Sebagai guru bimbingan dan kaunseling perlulah menolong pelajar untuk memahami dirinya
dalam hubungannya dengan dunia sosial dan psikologi di tempat dia berada.Ia juga
membawa maksud seseorang kaunselor berperanan membantu pelajar agar pelajar mampu
mengenali siapa dirinya yang sebenar serta dapat membuat hubungan yang bermakna
dengan dunia sekelilngnya dari sudut sosialisasi dan psikologi di mana ia berada. Selain itu,
menolong pelajar mencapai keperluan untuk mengembangkan keupayaan membuat
keputusan sendiri. Dalam perkara ini,seseorang kaunselor perlu membimbing pelajar untuk
mencapai ke arah berani berdikari dengan mengambil risiko dan sanggup bertanggungjawab
terhadapa apa yang difikirkannya dan apa sahaja keputusan yang bakal diambilnya.Perkara
ini akan menjadikan seseorang pelajar itu tidak akan teragak-agak dalam membuat keputusan
yang peting dalam hidupnya sendiri.

4.0 Isu dan Trenda

Puncanya berlaku ponteng sekolah ialah kurang atau tidak berminat terhadap pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan
pelajaran yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan
pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah, matematik, sains, geografi dan
sebagainya.Di samping itu, pelajar kurang berminat terhadap sekolah kerana mereka
mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat
kelemahan diri mereka sendiri. Alasan ini juga yang menyebabkan berlakunya kes ponteng
yang banyak di kalangan pelajar. Selain itu, puncanya ialah mencari keseronokan. Pelajar
ponteng sekolah berkemungkinan adalah kerana mereka lebih mementingkan keseronokan
daripada pelajaran. Hal ini jelas kerana terdapat di kalangan pelajar yang ponteng dengan
tujuan untuk melepak atau berkumpul di suatu tempat terutamanya pusat-pusat membeli-
belah, pusat permainan video, dan taman-taman rekreasBagi mereka, belajar di sekolah
adalah sesuatu yang membosankan kerana tidak ada unsur-unsur hiburan.

3
Kesannya yang akan dihadapi adalah pelajar tersebut adalah mereka akan ditertawakan oleh
rakan-rakan lain sekiranya mereka gagal dan masa depan pelajar ini akan hancur kerana
mereka tidak lagi dapat dipercayai oleh masyarakat dan negara akan kekurangan bakal
peneraju yang berwawasan. Kesan kedua yang dihadapi adalah masyarakat akan
memandang rendah ataupun hina kepada mereka dan ini secara tidak langsung mereka akan
memalukan maruah keluarga. Sebagai contoh, apabila seseorang ternampak sekumpulan
pelajar tengah ponteng sekolah, satu-satunya pendapat mereka terhadap pelajar tersebut
adalah mereka adalah “sampah” masyarakat kerana mereka tidak dapat memberi
perkhidmatan kepada masyarat pada masa depan. Masyarakat juga akan memarahi ibu bapa
mereka kerana mereka tidak dapat mendidik anak-anaknya dengan baik dan mengabaikan
tanggungjawab mereka sebagai penjaga.

Cara-cara mengatasi melalui pendekatan kaunseling iaitu pendekatan perkembangan,


pencegahan.pemulihan dan krisis. Pendekatan pencegahan adalah mengambil kira andaian
sebelum sesuati isu ataupun masalah itu timbul dan meruncing,usaha perlu dijalankan bagi
menghalang. Contohnya, mengadakan kempen ‘Membanteras Ponteng Sekolah’.
Seterusnya, pendekatan pemulihan merupakan memberikan tumpuan pada masalah ataupun
kekurangan yang dapat dikenal pasti ataupun berlaku dari semasa ke semasa.

5.0 Penutup

Ponteng sekolah merupakan satu masalah disiplin yang semakin serius dikalangan pelajar
sekolah menengah. Masalah-masalah disiplin yang lain akan timbul sekirannya masalah
ponteng ini tidak dibendung dan dikawal. Hal sedemikian akan berlaku disebabkan pelajar
yang ponteng akan menggunakan masa tersebut dengan melibatkan diri dalam perkara-
perkara yang tidak senonoh. Mereka akan diperalatkan oleh kumpulan anasir-anasir yang
jahat seperti kumpulan Mat Rempit. Apabila mereka telah terjebat dalam kumpulan ini mereka
akan melibatkan diri dalam kes curi motosikal dan lumba haram. Perlaksanaan rancangan
program pendidikan negara akan terganggu sekiranya masalah disiplin pelajar ini terus
berlaku. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan pelajar terlibat dengan gejala ponteng
sekolah diantaranya ialah faktor sikap pelajar, faktor rakan sebaya, faktor ibu bapa dan faktor
guru. Faktor-faktor lain juga yang telah dikenalpasti ialah seperti faktor persekitaran sekolah,
faktor pengurusan sekolah dan banyak lagi. Dapatan kajian telah menunjukkan faktor guru
yang menjadi faktor utama yang menyebabkan pelajar-pelajar terlibat dengan gejala ponteng
sekolah..Untuk menangani masalah ini pihak-pihak tertentu seperti Kementerian pendidikan,
sekolah, guru- guru dan ibu bapa serta masyarakat perlu bekerjasama untuk bertindak dengan
mewujudkan program- program yang terancang dan sistematik untuk mengurangkan kes
ponteng sekolah ini.

4
6.0 Rujukan

Abdul Mutalib Osman (1986), “Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Sekolah


Menengah Melakukan Ponteng – Satu Kajian Kes.” Universiti Kebangsaan
Malaysia:Tesis Sarjana Muda.

Awang Ahmad Awang Husin (1986). “Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Berlakunya Ponteng

Sekolah Dikalangan Para Pelajar Sekolah Menengah – Satu Kajian Kes Di Sekolah

Menengah Seri Ampang, Kuala Lumpur.” Universiti Pertanian Malaysia: Tesis Sarjana

Muda.

Azhar bin Hamzah (2003), “Faktor, Aktiviti Dan Kesan Ponteng Sekolah Terhadap Akhlak

Pelajar Di Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Tanah Merah, Kelantan.”Universiti

Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Hasnan Kasan. (2008). Akhlak pelajar cemerlang. Kuala Terengganu: Majlis Agama Islam

dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Hj Khalid, M., & Md Johan, O. (2007). Tingkah Laku Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama di Sarawak (Doctoral dissertation, Universiti Teknologi
Malaysia).
How, L. C., & Yahaya, A. (2007). Faktor faktor Yang Mempengaruhi Gejala Ponteng Di
Kalangan Pelajar Sekolah Menengah (Doctoral dissertation, Universiti Teknologi
Malaysia).

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1981). Panduan Am Disiplin Sekolah-Sekolah. Kuala

Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1988). Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk

Guru Besar dan Guru. Kementerian Pendidikan Malaysia: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Sharif, Z., & Mohamad Roslan, N. (2011). Faktor-faktor yang mempengaruhi remaja terlibat
dalam masalah sosial di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka. Journal of
Education Psychology & Counseling, 1(7), 115-140.

5
6
ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan..................................................................................................................................... 1
2.0 Aplikasi teori ..................................................................................................................................... 1
3.0 Strategi .............................................................................................................................................. 2
4.0 Isu dan Trenda................................................................................................................................... 3
5.0 Penutup ............................................................................................................................................. 4
6.0 Rujukan ............................................................................................................................................. 5

7
1

You might also like