You are on page 1of 6

Punca berlakunya permasalahan rasis di Malaysia

 POLITIK
Perkauman antara etnik ini boleh dilihat secara tidak langsung melalui politik mengikut etnik
contohnya, UMNO, MCA dan MIC, akhbar dan rancangan televisyen berlainan bahasa
mengikut etnik masing-masing. Politik mengikut kaum ini lebih menjurus untuk
mempertahankan dan memperjuangkan hak untuk kaum masing-masing. Walaupun terdapat
juga politik bukan berasaskan perkauman, tetapi jika dilihat kepada masyarakat berbilang kaum,
mereka lebih cenderung untuk mengekalkan identiti masing-masing serta mempertahankan
nilai, budaya dan idea yang berbeza di antara kelompok masyarakat.

Punca yang menyebabkan berlakunya isu perkauman dalam politik antara sebab utama
adalah ketidakseimbangan pembangunan ekonomi dan pengagihan kuasa. Jika kita lihat
keadaan di Malaysia, ekonomi kebanyakan dipegang oleh orang cina manakala politik banyak
didominasikan oleh orang melayu. Hal ini disebabkan pada zaman penjajahan British di Tanah
Melayu, masyarakat dipisahkan dari sudut ekonomi dan penempatan mengikut kaum-kaum
masing. Sebagai contoh, orang cina bekerja sebagai peniaga dan tinggal di Bandar, manakala
orang melayu tinggal di kawasan perkampungan dan melakukan aktiviti pertanian dan orang
India pula ditempatkan di kawasan ladang bagi menguruskan kelapa sawit dan getah. Selepas
kemerdekaan, disebabkan orang cina mempunyai modal yang banyak serta berpengalaman
dalam perniagaan, mereka terus memonopolikan ekonomi di Malaysia sehingga sekarang.
Pengasingan ini wujud di antara etnik disebabkan kesan negatif dasar-dasar yang terbentuk
semenjak zaman penjajahan.
 SISTEM PENDIDIKAN YANG TERASING.

Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini
adalah, pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan
bahasa Melayu, pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa
Mandarin sebagai bahasa perantaraan, manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan
menggunakan bahasa Tamil. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa
ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk
integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Situasi hanya akan menyebabkan
interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja. Implikasi bagi hubungan etnik
ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia. Semua etnik masing-
masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan menerima bahasa ibunda
kaum yang lain. Ini adalah mereka akan menganggap adalah tidak wajar dan tidak penting
untuk mempelajari bahasa kaum yang lain. Selain itu, adalah menjadi satu kemestian di mana
setiap sekolah mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Ianya akan memberikan impak
yang kurang elok kepada penstrukturan negara kerana mempunyai corak pendidikan yang
berbeza-beza. Tidak juga dilupakan bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu juga akan
terlahirnya para pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu hari kelak. Sekiranya
pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah pasti Malaysia tidak akan
berada dalam keadaan yang aman.
 PROPAGANDA PERKAUMAN DI MEDIA SOSIAL
Pembangunan media sosial sejak kebelakangan ini telah memberi kesan kurang sihat
terhadap perpaduan negara. keselamatan negara telah terbuka dengan pelbagai ancaman,
meningkatkan ketelusan (transparency) tentang pemerintah dan ia turut membuka ruang
kepada rakyat Malaysia bagi membincangkan isu-isu politik sama ada penyokong kerajaan atau
pembangkang. walaupun media sosial turut menjadi saluran alternatif maklumat dalam
mempromosikan nilai demokratik, ramai pengguna kurang berhati-hati apabila melemparkan
tuduhan.
Hasil kajian yang dilakukan baru-baru ini mendapati pengguna media sosial bimbang, berhati-
hati dan tidak yakin apabila berhadapan dengan isu-isu etnik dan perkauman yang berlegar
dalam media sosial dan mereka juga belum bersedia untuk menghalang atau mencegah
penyebaran isu-isu etnik dan perkauman dalam media social. masyarakat dan pihak berkuasa
perlu memainkan peranan dalam menangani isu etnik dan perkauman yang semakin berleluasa
di media sosial. Masyarakat juga perlu meningkatkan kesedaran kebertanggungjawaban dan
bertindak berdasarkan undang-undang. Jika merasakan sesuatu info yang tersebar di media
sosial adalah tidak betul dan menjatuhkan maruah seseorang, buatlah aduan kepada pihak
berkuasa atau melakukan demo secara aman supaya wujud suasana positif dan memberi
manfaat kepada masyarakat

 KURANGNYA INTERAKSI ANTARA KAUM

Secara umumnya,sesuatu kaum lebih cenderung untuk berkawan dan bergaul dengan orang
daripada kaum sendiri.Ini boleh memudahkan pergaulan mereka kerana menggunakan bahasa
yang dapat difahami oleh kedua-dua pihak.Hal ini demikian,sesetengah masyarakat tidak tahu
bercakap dalam Bahasa Melayu dan mereka akan mengalami kesukaran untuk
berinteraksi.Keadaan ini akan menimbulkan pergaulan seperti itik dengan ayam yang tidak
dapat difahami oleh kedua-dua pihak.Sesuatu kaum juga sukar untuk menerima perbuatan
kaum lain berdasarkan kepercayaan.Mereka yang tidak bersikap toleransi akan menentang
perbuatan mereka dan menimbulkan perselisihan.

 BAHASA

Setiap kaum mengamalkan budaya dan cara hidup masing-masing.Sebagai contohnya,umat


Islam akan bersembahyang lima kali sehari dan orang Cina akan membakar ‘kertas kuning’
untuk menghalau roh semasa ‘bulan hantu mengikut kepercayaan.Sesetengah budaya ini tidak
dapat diterima oleh kaum yang lain.Sebagai contoh,pembakaran ‘kertas kuning’ menyebabkan
sesetengah masyarakat yang berpenyakit respirasi seperti asma mengalami kesukaran dan
pembakaran tersebut juga mengotorkan halaman rumah jiran-jiran yang terdekat.Selain
itu,setiap kaum juga menggunakan bahasa sendiri untuk bergaul antara sama lain.Perbezaan
bahasa ini akan menimbulkan prasangka antara kaum.Penganut Islam dilarang makan daging
babi dan penganut Hindu dilarang makan daging lembu.Amalan pemakanan ini akan
menyebabkan masalah jika terdapat jiran yang tersalah beri makanan tersebut.Perselisihan
faham ini akan kemudiannya mencetuskan pergaduhan.
Langkah penyelesaian bagi memupuk perpaduan antara kaum secara harmoni

 Meningkatkan aktiviti kemasyarakatan

Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan
setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat
memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan
menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini.
Namun, sikap negative masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang
hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha
memupuk semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan
kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan
setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum
dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang
terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat
seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu
walaupun berlainan bangsa mahupun agama.

 Mengadakan program yang melibatkan masyarakat

menganjurkan program Hari Keluarga, semangat muhibah antara kaum yang berbeza di
Malaysia dapat disemarakkan. Agenda program ini bertujuan untuk mewujudkan nilai
keakraban dan membendung sikap diskriminasi. Serentak dengan itu, menerusi
program hari keluarga ini, pelbagai lapisan masyarakat yang hadir dapat berkomunikasi
serta bertukar-tukar idea dan pendapat berkaitan dengan sesuatu isu. Sebagai contoh,
sekolah-sekolah di seluruh pelosok negara juga dapat melibaatkan diri dalam sambutan
Hari Keluarga. Di samping itu, kerajaan juga boleh mengadakan sambutan ini khas
untuk kakitangan kerajaan. Jelaslah bahawa usaha-usaha dalam membentuk
perpaduan kaum di Malysia boleh direalisasikan dengan program Hari keluarga yang
berpotensi untuk memperkasakan hubungan antara kaum di negara kita.

 Penerapan nilai-nilai budaya

penerapan nilai-nilai budaya dan warisan juga merupakan salah satu langkahh dalam
mendekati matlamat dan harapan para pemimpin kita dalam mencapai perpaduan
kaum. Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yakni Melayu, Cina dan India.
Rakyat boleh mengaplikasikan budaya kaum mereka dari aspek pemakanan,
pemakaian, dan peradaban serta berkongsi dengan kaum-kaum lain. Sebagai contoh,
semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju tradisional orang Melayu iaitu
baju kurung ke majlis-majlis dan kuliah-kuliah. Makanan India seperti roti canai dan tose
juga semakin diminati oleh kaum yang lain. Oleh itu, kemasukan nilai-nilai budaya dan
warisan berbilang kaum ini dapat menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan
seterusnya mengeratkan lagi perpaduan kaum dalam negara

 Peranan media massa

media massa merupakan rangkaian perhubungan yang banyak digunakan dalam era
globalisasi ini. Dalam konteks mengukuhkan perpaduan kaum, media massa
seharusnya digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyebarkan mesej dan informasi
positif tentang kepentingan bersatu padu. Sebagai analoginya, stesen penyiaran
tempatan boleh menyiarkan program yang berunsur perpaduan dan mempunyai pelakon
yang berbilang pelbagai bangsa. Siaran program sudah pasti dapat menerapkan nilai
perpaduan dalam jiwa masyarakat secara berunsur-unsur terutamanya jika unsur
hiburan turut diselitkan dalam program tersebut. Sesungguhnya, perpaduan kaum akan
tercapai dengan lebih mudah melalui peranan media massa.

You might also like