You are on page 1of 3

Latar belakang Alfred Adler

Alfred Adler telah dilahirkan pada 7 Februari 1870 di Vienna, Austria. Beliau
berasal dari keluarga Jewish kelas pertengahan (keluarga berstatus sosial kelas
menengah) dan berbangsa Yahudi. Namun begitu beliau tidak dibesarkan di dalam
kebudayaan masyarakat Yahudi kerana beliau menganuti kepercayaan Protestant.
Adler merupakan anak kedua daripada enam adik beradik. Sejak dari kecil beliau
sering dibezakan dengan abang sulungnya itu. Adler selalu rasa cemburu terhadap
abangnya. Ini disebabkan abang beliau sering menjadi kebanggaan di dalam bidang
sukan sedangkan beliau tidak aktif seperti abangnya, Sigmund. Sebagai seorang
kanak-kanak, Adler telah menghidapi pelbagai penyakit antaranya ialah penyakit
riket iaitu sejenis penyakit tulang, Pneumonia (radang paru-paru) dan juga beberapa
kemalangan hingga hampir meragut nyawa beliau. Bermula dari situlah Adler telah
menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang doktor apabila beliau telah dewasa dan
beliau telah berjaya mendapatkan ijazah dalam bidang kedoktoran pada usia 25
tahun di sebuah universiti yang terletak di Vienna pada tahun 1895.

Di dalam sistem kekeluargaan, hubungan Adler dengan ibunya amat rapat


malah amat dimanjakan oleh ibunya. Tetapi apabila ibunya melahirkan seorang lagi
anak perempuan, secara tidak langsung perhatian yang selama ini diberikan hanya
kepada beliau telah beralih arah kepada adik beliau yang baru dilahirkan itu. Ini
menyebabkan Adler beralih kepada bapanya dan semenjak dari itu hubungan Adler
dengan bapanya semakin rapat.

Semasa di sekolah rendah beliau berada dalam golongan pelajar yang


bermasalah dari segi pembelajaran. Beliau pernah diherdik oleh oleh guru kelas
beliau kerana perstasi beliau di dalam lekas adalah sangat lemah. Beliau sering
gagal di dalam peperiksaan terutama sekali dalam mata pelajaran Matematik. Malah
guru beliau pernah mencadangkan supaya beliau berhenti dari alam persekolahan
kerana beliau tidak menunjukkan sebarang peningkatan dalam bidang akademik
beliau. Beliau disarankan oleh gurunya agar dilatih menjadi seorang tukang kasut.
Akibat daripada diherdik guru menyebabkan Adler menjadi semakin lemah semangat
untuk meneruskan pelajaran. Tetapi beliau diberi semangat dan juga kepercayaan
oleh bapa beliau menyebabkan Adler akhirnya bertekad untuk membuktikan bahawa
beliau juga mempunyai potensi untuk berjaya. Atas desakan itulah Adler berjaya
mengatasi masalah yang dihadapi oleh beliau dan beliau tidak lagi menghadapi
kesukaran dalam pelajaran serta telah mendapat pertama di dalam kelas. Pada
tahun 1898, beliau telah berjaya menghasilkan hasil penulisannya yang berkaitan
dengan isu kesihatan tukang jahit dan bagaimana seseorang itu mencapai kejayaan.
Penjelasan beliau telah membawa kepada pembentukan prinsip pemikiran baru
dalam suasana persekolahan.

Pada tahun 1902, Adler mula menyertai gerakan Freud di mana beliau telah
menjadi ahli yang pertama berada dalam masyarakat psikoanalitik. Namun begitu
sepanjang bersama bergiat dalam kegiatan Freud, pandangan Adler tidak pernah
selari dengan pandangan Freud. Sebab kenapa Adler membantah pandangan Freud
adalah kerana bagi Freud pembentukan personaliti seseorang itu di dorong oleh
desakan seksual iaitu teori psikoseksual. Ini bertentangan dengan pandangn Adler
selama ini. Dan beliau telah menerbitkan penulisan beliau yang bertajuk feelings of
inferiority pada tahun 1910. Pada tahun 1911 beliau telah memutuskan untuk keluar
dari terus bersama dengan Freud. Selain itu seramai 8 orang ahli yang lain yang
sama pemikrian dan juga pandangan dengan Adler bertindak untuk keluar dari
bersamasama Freud dan telah berjaya menubuhkan sebuah persatuan yang
dikenali sebagai Society for Free Psychoanalytic Research. Tetapi apabila mereka
merasakan nama persatuan mereka seolah-olah mempersendakan Freud, Adler dan
ahli yang lain telah menukarkan nama persatuan kepada Society for Individual
Psycology pada tahun 1912.

Selain itu, pada tahun 1912, Adler telah menerbitkan lagi sebuah buku yang
bertajuk The Neurotic Constitution di mana ia lebih menekankan atau menfokuskan
kepada teori psikologi individu. Di dalam penulisan beliau banyak menitikberatkan
kepada personaliti seseorang individu. Selepas menerbitkan buku tersebut beliau
terus menerbitkan buku yang terbaru yang berjudul Understanding Human Nature
yang diguna pakai oleh pelajar di Viennese Institute for Adult Education.

Semasa perang dunia pertama, beliau terlibat dalam revolusi Marxism dan
bergiat sebagai doktor tentera Austria selama 2 tahun. Semasa peperangan itu
meletus, beliau telah berjaya menubuhkan beberapa buah klinik mental di Vienna,
tetapi malangnya telah ditutup oleh pihak Nazi. Selepas peristiwa itu, pada tahun
1926 beliau telah menerima pelawaan melawat profesor di Columbia Universiti di
New York dan pada tahun 1935 beliau dan keluarga telah berhijrah ke Amerika
Syarikat dan telah berkahwin dengan seorang wanita berbangsa Russia yang
bernama Raisa Timofeyeuna Epstien yang merupakan seorang yang berpendidikan
dan serta juga merupakan kawan kepada Freud dan berpindah dari Rusia untuk
melanjutkan pelajaran di University of Vienna. Beliau telah dikurniakan anak iaitu
seorang lelaki dan seorang perempuan telah menjadi seorang pakar psikiatri dan
meneruskan tradisi mendiang bapa mereka dalam membantu masyarakat selepas
kematian mendiang 28 Mei 1937. Beliau telah meninggal dunia akibat serangan
jantung semasa lawatan ke Aberdeen, Scootland.

You might also like