You are on page 1of 27

BAB 1

Pendahuluan

1.1

Pengenalan

Bab ini adalah sebagai pendahuluan yang memberi tumpuan kepada aspek latar
belakang kajian iaitu berkaitan tingkah laku ponteng pelajar peralihan di sekitar SMK Daerah
Manjung terhadap pencapain akademik. Bab ini juga merangkumi bahagian permasalahan
kajian, objektif kajian, kepentingan kajian, definisi konsep serta operational, hipotesis dan juga
limitasi kajian. Akhir sekali rumusan juga turut dibincangkan dalam bab ini.

1.2

Latar Belakang Kajian

Walaupun sistem pendidikan telah mengalami perubahan yang banyak namun masalah
ponteng sekolah masih menduduki tangga pertama dalam senarai kesalahan disiplin pelajar
sekolah menengah dan rendah di Malaysia. Ponteng sekolah merupakan suatu tingkah laku
yang menyalahi peraturan sekolah dan jika pelajar dibiarkan ponteng sekolah sehingga menjadi
amalan dan tabiat Pada akhirnya ia boleh membawa kesan negatif terhadap diri pelajar sendiri,
keluarganya dan juga pihak sekolah serta masyarakat. Kes ponteng juga merupakan perbuatan
salah laku yang dilakukan oleh seseorang individu. Kes ponteng ini akan terbahagi kepada dua
iaitu ponteng sekolah dan ponteng kelas apabila berlaku di kawasan sekolah.

Menurut Kamus Dewan, ponteng membawa maksud seseorang yang lari daripada
tanggungjawab ataupun sesuatu tugas tanpa kebenaran. Terdapat sebilangan pelajar yang
1

melakukan perbuatan ini dengan melanggar peraturan-peraturan sekolah yang telah ditetapkan
oleh pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Seseorang pelajar akan dikatakan
ponteng kelas atau ponteng sekolah apabila tidak hadir ke sekolah ataupun tidak memasuki
kelas tanpa sebab-sebab yang munasabah. Ketidakhadiran pelajar ke sekolah tidak akan
dikatakan ponteng apabila pelajar memberikan sebab-sebab yang dimaafkan seperti sakit,
kemalangan dan sebagainya. Masalah ini telah semakin menjadi-jadi dalam kalangan pelajar
kuhususnya dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Gejala ponteng yang pada awalnya
dianggap sebagai perkara remeh telah dianggap serius selepas pelajar terlibat dalam perkaraperkara yang tidak senonoh. Masalah ini telah menjadi lebih kronik lagi selepas pelajar terlibat
dalam kes-kes jenayah seperti meragut dan merompak. Pelbagai masalah sosial dilakukan oleh
pelajar kerana mempunyai masa yang banyak akibat daripada memonteng sekolah.

Disiplin merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk membentuk


para pelajar yang selari dengan kehendak agama, norma masyakat, dan undang-undang
sesebuah negara. Namun demikian, sesuatu pendapat yang bernilai tidak akan dapat diterima
dengan mudah oleh warga yang berada dalam lingkungan 'pelajar'. Mengikut Kamus Dewan
Baru mendefinisikan disiplin sebagai,

Latihan terumanya pemikiran dan kelakuan supya boleh mengawal diri sendiri mengikut
peraturan yang ditetapkan dan sekiranya ini berlaku sebaliknya hukuman atau denda
dikenakan .

Menurut Mok (2008), golongan yang sering ponteng sekolah biasanya terdiri daripada
pelajar-pelajar yang kurang berupaya mengubahsuai diri mereka dalam iklim persekolahan
yang mengutamakan kecemerlangan prestasi akademik sahaja. Justeru itu, mereka memilih
jalan pintas iaitu ponteng sekolah supaya dapat terlepas daripada dikenakan tindakan oleh
2

para guru. Kebanyakan pelajar yang mengamalkan konsep ponteng sekolah sebagai teknik
melepaskan diri daripada keadaan tidak disukai akan menjadi pekerja yang kurang
berpendidikan dalam masyarakat dan mungkin terlibat dalam gejala sosial atau juvenil.

Kegiatan ponteng merupakan masalah serius yang wujud di kebanyakan sekolah


menengah di negara ini. Tambahan lagi, kegiatan ponteng sekolah ini mempengaruhi
pencapaian akademik para pelajar yang terlibat dengan masalah ponteng. Oleh sebab itu,
semua pihak harus berganding bahu bagi menyelesaikannya.

Satu statistik telah dikeluarkan oleh Kosmo pada 21.11.2013. Tajuk berita ialah '108,650
Pelajar Terlibat Dalam Salah Laku' . Daripada berita tersebut didapati bahawa, 108,650 juta
pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara terlibat dengan salah laku disiplin di
sekolah tahun lalu. Dengan itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,
daripada jumlah tersebut isu ponteng sekolah merupakan penyumbang terbesar salah laku
disiplin iaitu 18,550 pelajar. Katanya beliau lagi, kes-kes lain ialah memukul, bergaduh dan
kekemasan diri.

Menurut Engku Ahmad Zaki (2005), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
mendedahkan bahawa kira-kira 76,300 atau 1.09 peratus daripada tujuh juta pelajar di negara
ini terbabit dalam pelbagai masalah disiplin setiap sekolah yang ada di rantau Asia ini mahupun
di pelusuk dunia ini. 80 peratus daripada masalah-masalah yang dihadapi oleh setip sekolah
ialah masalah disiplin iaitu gejala salah laku pelajar yang serius.

Tambahan lagi, Sharifah Rinah (2005), berpendapat bahawa kemerosotan disiplin


pelajar terutamanya pelajar sekolah menengah perlu dipandang serius oleh semua pihak agar

ia tidak berlanjutan. Oleh itu, sekolah yang mengamalkan sikap terbuka dengan mendedahan
kes salah laku pelajar mereka harus diberi pujian dan dicontohi.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1995 : menangani Masalah Ponteng Sekolah adalah
bertujuan mengingatkan semua Pegawai Pendidikan Bahagian /Daerah, Pengetua, Guru Besar
dan guru-guru mengenai tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi membanteras salah saku
ponteng di sekolah terutamanya ponteng sekolah dan ponteng kelas. Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) telah menerbit buku Panduan Mengatasi Masalah Ponteng Di Sekolah dan
mengedarkannya ke sekolah.

KPM juga telah melancarkan Kempen Basmi ponteng Sekolah merupakan waktu yang
tepat dan inisiatifnya perlu dibanggakan. Gejala ponteng ini selalunya dikaitkan dengan pelajarpelajar sekolah menengah. Lingkungan usia bagi pelajar sekolah rendah di Malaysia adalah
antara yang berumur 7 hingga 12 manakala bagi pelajar sekolah menengah adalah antara
yang berumur 13 hingga 18. Pelajar akan melanjutkan pelajaran mereka di tingkatan peralihan
atau tingkatan 1 di sekolah menengah selepas menamatkan pelajaran mereka di sekolah
rendah. Pelajar-pelajar bukan melayu iaitu pelajar India dan Cina yang tidak mendapat
keputusan yang baiak dalam UPSR akan ke peralihan sebelum memasuki tinggakatan 1.
Peralihan merupakan peringkat dimana bermulanya pelajar melibatkan diri dalam kes ponteng.
Oleh itu, adalah baik jika kajian ini dilakukan di kalangan pelajar peralihan di sekolah
menengah.

Pelajar-pelajar

sekolah

menengah

semakin

berani

ponteng

sekolah

kerana

menganggap diri mereka sebagai pelajar yang besar atau dewasa. Ramai ibu bapa juga tidak
kerap mengambil berat terhadap pelajar sekolah menengah dengan alasan bahawa anaknya
telah besar dan boleh menjaga diri mereka. Perjumpaan antara Ibu bapa dengan guru juga
tidak kerap berlaku seperti yang berlaku semasa anaknya di sekolah rendah. Oleh itu, pelajar
4

juga menganggap diri mereka terbiar dan tidak ada orang yang mengawasi mereka. Kajian
telah menunjukkan bahawa pelajar sekolah mereka merupakan pelajar yang sering terlibat
dalam kes ponteng. Terdapat perbezaan antara pelajar sekolah rendah dan menengah dalam
gejala ponteng ini. Walaupun pelajar sekolah rendah ponteng kelas atau sekolah, mereka tidak
terlibat dalam sebarang masalah yang berkaitan dengan masalah sosial. Tetapi pelajar sekolah
menengah akan terlibat dalam perkara-perkara yang tidak senonoh dan melibatkan diri dalam
kes-kes jenayah apabila ponteng kelas atau sekolah.

Perkara-perkara ini menyebabkan pelajar tidak medapat keputusan yang baik dalam
peperiksaan awam seperti PMR dan SPM. Pencapaian akademik merupakan perkara penting
yang perlu diberikan tumpuan oleh semua pihak. Pencapaian akademik pelajar merosot akibat
daripada penglibatan pelajar dalam kes ponteng. Pelajar peralihan perlu mendapat keputusan
yang baik sebelum memasuki tingkatan 1. Amalan Bahasa Malaysia merupakan matapelajaran
yang penting kepada pelajar-pelajar peralihan. Matapelajaran ini dilaksanakan sejak 1989.
Matapelajaran ini di rancang khas kepada pelajar peralihan supaya pelajar peralihan dapat
menguasai istilah bahasa Melayu dan meningkatkan kecekapan mereka dalam bahasa Melayu.
Ini penting bagi pelajar-pelajar yang lemah dalam bahasa Melayu kerana bahasa Melayu
merupakan bahasa pengantar di peringkat sekolah menengah. Sebanyak 11 waktu telah
dikhaskan untuk matapelajaran ini. Pelajar tidak dapat menguasai bahasa Melayu jika tidak
mengambil usaha untuk belajar.

Matapelajaran yang lain juga penting bagi pelajar peralihan seperti bahasa Inggeris,
bahasa Tamil, bahasa Cina dan sebagainya. Terdapat sebilangan pelajar yang tidak mendapat
markah yang tinggi atau baik dalam ujian pada peringkat sekolah kerana masalah disiplin iaitu
kes ponteng kelas atau sekolah. Terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan terhadap
pelajar-pelajar dari tingkatan 1 hingga 5 yang berkaitan dengan gejala ponteng. Walau
5

bagaimanapun tidak terdapat sebarang kajian yang dilakukan terhadap pelajar peralihan yang
dikaitkan dengan kes ponteng. Oleh itu, adalah penting untuk menjalankan kajian bagi
mengenalpasti hubungan tingkah laku ponteng terhadap pencapaian akademik di kalangan
pelajar peralihan.

1.3

Penyataan Masalah

Kerajaan Malaysia melaui KPM memandang serius akan masalah ponteng di kalangan
pelajar sekolah. Statistik yang dikeluarkan oleh KPM menunjukkan pelajar yang terlibat dalam
gejala ponteng ini agak membimbangkan iaitu, 32,092 orang pada tahun 1993, 154,305 pada
1995, 80,937 pada tahun 1997. Pelajar yang berada dalam lingkungan umur 14 hingga 15
tahun telah dikenal pasti sebagai kumpulan majoriti yang terbabit dengan gejala ponteng.

Daripada keseluruhan pelajar yang dikenalpasti dalam kategori ponteng sekolah, kirakira 97 peratus ialah pelajar lelaki dan tiga peratus lagi ialah pelajar perempuan. Di antara
faktor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya masalah ponteng sekolah dikalangan
pelajar sekolah ialah, kurang minat terhadap pelajaran atau kurang motivasi untuk ke sekolah,
tidak ada kesedaran betapa pentingnya ilmu pengetahuan, pengaruh persekitaran seperti
melepa di pusat hiburan, pusat membeli belah, melayari internet di kafe siber dan terikut-ikut
atau terpengaruh dengan rakan sebaya (Berita Harian, 31 Mei 2000).

Menurut Marzita (2004), sepanjang tahun 2002 hingga 2004 sebanyak 5,807 pelajar
diperiksa dalam operasi ponteng sekolah (OPS Sayang) yang dijalankan oleh polis di seluruh
negara. Sebanyak 4,097 orang (71 peratus) pelajar lelaki dan 1,710 pelajar perempuan terlibat
dalam pemeriksaan sepanjang operasi berkenaan. Walau bagaimanapun, daripada statistik

tersebut, jumlah pelajar perempuan yang diperiksa semasa operasi itu adalah melebihi pelajar
lelaki di Pulau Pinang.
Menurut Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Kah Sioang, 97 peratus daripada
keseluruhan pelajar di sekolah menengah dan sekolah rendah tidak terlibat dengan sebarang
salah laku disiplin. Beliau bertutur lagi, mengikut rekod kementerian 111,484 pelajar atau 72,557
pelajar sekolah menengah dan 38,927 murid sekoah rendah terbabit dengan pelbagai salah
laku disiplin pada tahun 2010. Berdasarkan hujah beliau, didapati bahawa antara salah laku
disiplin yang sering dilakukan pelajar terbabit termasuk jenayah (17,595 kes), ponteng sekolah
(19,545 kes), berlaku kurang sopan (18,346 kes), kekemasan diri (21,384 kes), tidak
mementingkan masa (17,808 kes), kelucahan (3,031 kes), vendalisme (5,212 kes) da
kenakalan (8,563 kes). Menurutnya lagi, 'walaupun masalah salah laku disiplin pelajar di negara
ini masih terkawal kita tetap memandang serius gejala ponteng sekolah kerana ia menjadi
penyebab utama pembabitan seseorang pelajar dalam pelbagai kegiatan berunsur negatis
seperti penagihan dadah, minuman keras, samseng, seks bebas, buli dan judi (Harian Minggu,
28 Disember 2010).

Menurut Lumsden (1994),


Children's home environment shapes the initil constellation of attitudes they develop
towards learning. When parents nurture their children's natural curiosity about the
world by welcoming their questions, encouraging ezploration, and familiarizing them
with resources that can enlarge their world, they are giving their childrenn the
message that learning is worthwhile and frequently fun and satisfying.

Daripada lahir pembentukan sahsiah, sikap, tingkah laku serta persepsi individu
banyak dipengaruhi dengan gaya kehidupan keluarganya. Latar belakang keluarga seperti
status ekonomi, pegangan agama, budaya keluarga, sikap ibu bapa terhadap nilai pendidikan
menjadi asas pembentukan identiti individu pelajar. Ini menunjukkan, tingkah laku adalah antara
perkara penting yang dianggap dalam kehipan seseorang. Tingkah laku yang tidak betul akan
membawa kesan yang negatif terhadap diri seseorang, masyarakat malah negara itu sendiri.

Patterson dalam Shaffer dan Katherine (2007), juga berpendapat bahawa anak-anak
yang bermasalah selalunya tinggal dalam keluarga yang dianggap sebagai tempat melahirkan
tingkah laku antisosial dan menentang. Keluarga ini selalunya berada dalam kedaan tertekan
dan tegang apabila anak-anak berinteraksi dengan ibu bapa dan sesama sendiri dengan
menggunakan kekerasan atau dengan teknik antisosial yang lain. Ketegangan yang berterusan
daripada keluarga ini secara tidak langsung mempengaruhi anak-anak dan mereka akan mula
mempelajari teknik tersebut untuk terus hidup dalam keluarga mereka. Anak-anak akan mula
berani menentang ibu bapa dan keluarga sendiri untuk mengurangkan tekanan yang dirasai
oleh mereka. Lama-kelamaan tingkah laku tersebut akan tersemai dan sebati dengan jiwa
mereka.

Tambahan lagi, Ken Reid (2003) dalam Moh Ismail (2006), menghujahkan dua sebab
utama berlakunya ponteng sekolah iaitu kurikulum kebangsaan yang begitu ketat dan tekanan
berterusan ke atas remaja remaja di sekolah. Sebab kedua ialah rasa bosan dan perasaan
tidak selamat di sekolah. Justeru itu, terdapat banayak kes poneng yang dirancang oleh
kumpulan pelajar dan bukan oleh pelajar perseorangan seperti dahulu. Para pelajar yang

terlibat terdiri daripada mereka yang muda. Mereka rasa risiko yang ditanggung adalah rendah
sebab sekiranya mereka dibuang sekolah atas perintah mahkamah, tetapi ia mengambil masa
yang lama. Selain itu, sekolah-sekolah di United Kingdom yang menganggap ponteng itu
adalah perkara yang biasa di kalangan pelajar sekolah dan diterima oleh ibu bapa, guru dan
pelajar-pelajar. Sikap pelajar tempatan yang sering mengikut budaya barat secara tidak
langsung mempelajari perkara-perkara yang negatif seperti budaya ponteng.

Justeru itu, terdapat juga pelajar yang ponteng dengan tujuan untuk melepak atau
berkumpul di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan taman-taman rekreasi.
Ada juga pelajar ponteng untuk menonton wayang atau berkelah. Hal ini kerana, bagi pelajar
yang suka ponteng mereka beranggapan bahawa belajar di sekolah adalah sesuatu yang
membosankan kerana di situ tidak ada unsur-unsur hiburan. Pelajar seperti ini tidak ada
kesedaran tentang kepentingan pelajaran bagi menjamin masa depan mereka. Oleh yang
demikian, mereka lebih memberi keutamaan kepada aspek-aspek hiburan yang tidak ada di
sekolah. Sehubungan dengan itu, ada juga pelajar yang memberi alasan yang tidak munasabah
seperti takut didenda, guru yang garang, malu dan sebagainya. Terdapat juga pelajar yang
datang lewat lalu mengambil keputusan untuk ponteng sekolah kerana takut didenda atas
kesalahan datang lewat tersebut.

Masalah ini telahpun menarik perhatian pelbagai pihak seperti pihak kementerian, pihak
sekolah, pihak ibu bapa dan yang penting pihak media yang bertanggungjawab menyampaikan
maklumat kepada masyarakat. Pihak yang bertanggungjawab terhadap pelajar perlu
berwaspada atau berhati-hati dan sentiasa mengawasi pelajar tentang tingkah laku mereka.
Pelbagai sebab yang diberikan oleh pelajar apabila diambil tindakan tatatertib terhadap pelajar
yang ponteng. Punca utama masalah ponteng ini perlu dikenalpasti supaya masalah ini tidak
9

sampai ke peringkat yang lebih serius lagi.

Perkara ini akan membantu menyelesaikan

masalah ini dengan kadar yang segera bagi melahirkan generasi pelajar yang berjaya.

Terdapat hubungan yang rapat antara tingkah laku ponteng dengan pecapaian
akademik. Pencapaian akademik seseorang bergantung kepada tingkah laku seseorang.
Pelajar akan mendapat pencapaian yang tidak baik apabila memiliki tingkah laku yang negatif.
Pelajar yang berpendidikan penting untuk melahirkan generasi atau pemimpin yang berjaya.
Punca utama yang menjejaskan pencapaian akademik seseorang perlu dikenalpasti bagi
mendapat pencapaian yang baik dalam peperiksaan. Dengan itu, disimpulkan bahawa gejala
ponteng sekolah masih lagi kurang dibincangkan secara mendalam di negara ini. Oleh sebab
itu, wajar pengkaji melihat daripada aspek-aspek teori tingkah laku untuk mengklasifikasikan
masalah ponteng sekolah yang menjurus kepada diagnosis secara psikologikal.

1.4

Objektif Kajian

i.

Mengenal pasti kekerapan ponteng kelas pelajar peralihan.

ii.

Mengenal pasti tingkah laku pelajar peralihan.

iii.

Mengenal pasti punca-punca ponteng kelas pelajar peralihan..

iv.

Mengenal pasti hubungan antara tingkah laku ponteng kelas dengan pencapaian
akademik pelajar peralihan.

10

1.5

Persoalan Kajian

Kajian ini mengemukakan persoalan kajian seperti berikut:


i.

Sejauh manakah kekerapan ponteng kelas dikalangan pelajar peralihan?

ii.

Apakah tingkah laku pelajar peralihan?

iii.

Apakah punca utama pelajar kelas peralihan ponteng kelas?

iv.

Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tingkah laku ponteng kelas dengan
pencapaian akademik pelajar peralihan?

1.6

Kepentingan Kajian

Kajian ini penting kepada beberapa pihak yang berkait rapat dengan pendidikan dan
pelajar seperti KPM, pihak sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar sendiri. Dapatan kajian ini dapat
digunakan untuk melahirkan modal insan yang berpendidikan dan bertingahlaku baik pada
masa hadapan. Kajian ini penting untuk mengenal pasti punca utama pelajar kelas peralihan
mengamalkan amalan ponteng dalam alam persekolahan. Hal ini adalah kerana, pelajar yang
masuk dalam kelas peralihan merupakan pelajar yang kurang berkemahiran dalam penggunaan
bahasa Malaysia. Sekiranya mereka ponteng maka, mereka akan ketinggalan dalam bidang
pendidikan mereka. Hal ini akan menyebabkan falsafah pendidikan tidak dicapai iaitu
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Semua pihak seperti pihak sekolah, pihak kerajaan, warga pendidik, malah pelajar itu sendiri
diharap dapat bermanfaat dari hasil kajian yang diperoleh daripada penyelidikan ini.

11

Dapatan kajian ini penting kepada pihak sekolah bagi mengenal pasti punca-punca
ponteng sekolah yang berkaitan dengan sekolah. Dapatan kajian ini turut boleh digunakan oleh
pihak sekolah untuk meningkatkan cara pencapaian pengajaran dan pembelajaran (PnP)
kepada sesuatu yang menarik dan kreatif. Dengan itu, pihak sekolah dapat meningkatkan
motivasi pelajar kelas peralihan untuk belajar dan meningkatkan pencapaian akademik.
Pelbagai cara penyelesaian yang akan dibincangkan dalam kajian ini boleh digunakan oleh
pihak sekolah bagi menyelesaikan kes ini. Peraturan-peraturan sekolah yang lebih baik dapat
diwujudkan di sekolah dengan adanya hasil kajian ini.

Selain itu, kajian ini juga dapat membantu para ibu bapa untuk mengenali kegiatan
anak masing-masing dan dapat memberi tumpuan lebih kepada aspek pendidikan anak-anak
mereka. Dapatan kajian ini akan membantu para ibu bapa untuk menyediakan kemudahan
yang dikehendaki anak-anak mereka. Pihak ibu bapa juga dapat mengenal pasti hubungan
antara tingkah laku pelajar dengan pencapaian akademik pelajar.

Kepentingan pendidikan

anak mereka juga dapat dikenal pasti daripada kajian ini.

KPM juga dapat manfaat daripada dapatan kajian ini. Melalui kajian ini, pihak KPM
dapat mendapat maklumat berkaitan dengan sistem pendidikan yang diwujudkan kepada
pelajar kelas peralihan. Pihak KPM dapat membuat perubahan sekiranya perubahan yang
dibuat dapat mengubah persepsi pelajar kelas peralihan terhadap bidang pendidikan serta
meningkatkan motif belajarnya. Pihak KPM akan juga boleh mengetahui pendapat guru tentang
kelas peralihan. Sebarang kekurangan yang terdapat dalam sistem pendidikan mudah dikenal
pasti daripada kajian ini. Kajian ini turut memberikan cara penyelesaian yang betul bagi
mengurang kes ponteng kelas dalam kalangan pelajar peralihan.

12

1.7

Definisi Operational

1.7.1

Ponteng

Ponteng adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan
menghadiri kelas di sekolah. Ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tugas atau
tanggungjawab sebarang kebenaran. Istilah tersebut digunakan bagi kes ketidakhadiran yang
berpunca daripada keinginan pelajar itu sendiri, dan bukannya kes-kes yang "dimaafkan"
seperti sakit, kemalangan dan sebagainya. Definisi sebenar mungkin berbeza mengikut
sekolah, tetapi biasanya diterangkan secara jelas di dalam peraturan sekolah. Ponteng juga
merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah
satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari. Di sesetengah
sekolah, pelajar yang ponteng akan hilang kelayakan untuk tamat sekolah ataupun menerima
jam kredit bagi kelas yang tidak dihadiri, sehinggalah kekurangan tersebut diisi melalui tahanan
kelas, denda ataupun kelas gantian.

1.7.2

Kelas Peralihan

Kelas peralihan diwujudkan bagi membantu pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan
[Tamil] (SJKT), Sekolah Jenis Kebangsaan [Cina] (SJKC) dalam menguasai bahasa Malaysia.
Kelas peralihan dikenali sebagai remove class ialah satu program khusus di sekolah menengah
yang berfungsi sebagai perantaraan demi tujuan melicinkan proses peralihan bahasa pengantar
daripada bahasa ibunda di sekolah rendah kepada bahasa Malaysia di sekolah menengah
kebangsaan dan sekolah menengah jenis kebangsaan.

13

Pada mulanya, pelajar yang mendapat semua subjek A dalam Ujian Penilaian Darjah
Lima terus masuk dalam Tingkatan 1. Apabila 1988 UPSR dilaksanakan, namun kriteria
kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 masih sama. Pada tahun 1993 ini, kriteria kemasukan pelajar
ke Tingkatan 1 telah dilonggarkan iaitu, murid-murid SJK(C) dan SJK(T) yang memperolehi
keputusan UPSR 4A 2C dapat masuk ke Tingkatan 1. manakala tahun1995 pula kriteria
dilonggarkan lagi iaitu, murid yang mendapat gredd C dalam Bahasa Malaysia dapat masuk ke
Tingkatan 1. Murid yang gagal mendapat keputusan sedemikian maka mereka terpaksa
mengikuti kelas peralihan bagi mengukuhkan lagi penggunaan bahasa Malaysia mereka.
Walaupun konsep mewujudkan kelas ini adalah untuk membatu pelajar namun tahap
pengikutan pelajar kelas ini agak membimbangkan.

1.7.3

Tingkah laku

Menurut Azlina (2005), tingkah laku adalah sesuatu yang dipelajari. Operasi ini
dipengaruhi oleh kesan positif atau negatif. Skinner berpendapat bahawa tingkah laku manusia
dipelajari dengan cara peneguhan. Tingkah laku yang mendapat pengukuhan akan menjadi
kuat dan membentuk rangkian yang lain. Pengukuhan secara negatif tidak sama dengan
hukuman ia merupakan peneguhan melalui penarikan rangsangan yang menyakitkan atau tidak
dikehendaki.

Tingkah laku manusia ialah tingkah laku yang ditunjukkan oleh manusia dan
dipengaruhi oleh budaya, sikap, emosi, kuasa, hubung baik, pujukan, paksaan dan bakat.
Menurut pandangan humanisme, setiap individu mempunya tingkah laku yang berbeza. Tingkah
laku individu dikaji dalam disiplin akademik seperti psikologi, kerja sosial, sosiologi, ekonomi
dan antropologi.

14

1.7.4

Pencapaian Akademik

Pencapaian akademik ialah perubahan dalam hal kecekapan tingkah laku, ataupun
potensi yang dapat bertambah selama beberapa waktu dan tidak disebabkan proses
pertumbuhan, tetapi adanya situasi belajar. Kewujudan bentuk hasil proses belajar tersebut
dalam bentuk lisan mahupun tulisan, dan keterampilan serta dapat diukur dan dinilai dengan
menggunakan teks yang bersandar (Sobur, 2006). Prestasi akademik ialah istilah untuk
menunjukkan suatu pencapaian tingkat keberhasilan tentang suatu tujuan kerana satu usaha
belajar telah dilakukan oleh seseorang secara optimal (Setiawam, 2006).

1.8

Kesimpulan

Pengkaji telah mengemukakan pelbagai kajian lepas mengenai masalah ponteng


sekolah yang dihadapi oleh pelajar. Kebanyakan kajian ini telah membuktikan terdapat banayk
faktor yang mempengaruhi masalah pontengs sekolah. Dalam konteks yang lebih luas, masalah
ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan pelajar bandar malah di kawasan luar bandar. Secara
amnya, kajian-kajian yang dikemukakan memberikan sebab golongan pelajar menghadapai
masalah ponteng sekolah.

15

BAB 2

Kajian Literatur

2.1

Pendahuluan

Bab ini merupakan bahagian yang akan membincangkan kajian - kajian lepas yang
berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji. Bab ini juga menjelaskan tentang
kajian-kajian yang dijalankan oleh beberapa orang dan pakar-pakar tentang masalah ponteng
sekolah dalam kalangan pelajar di sekolah. Ramai pengkaji yang telah mengkaji tentang
ponteng, bukan sahaja dalam negara bahkan juga di luar negara.

2.2

Kajian Dalam Negara

Terdapat ramai pengkaji yang telah menjalankan kajian terhadap permasalahan gejala
ponteng sekolah dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Kajian kes mengenai keciciran di
Sekolah Menengah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (1996),
menggariskan sikap negatif ibu bapa atau keluarga terhadap pendidikan termasuklah tidak atau
kurang mengambil berat terhadap pendidikan anak, kurang kesedaran tentang kepentingan
pendidikan, lebih suka anak bekerja daripada bersekolah dan membiarkan anak ponteng
sekolah. Sikap negatif yang mengkongkong pemikiran ibu bapa ini yang menyumbang kepada
salah laku moral dan sumbang mahram di kalangan pelajar. Mengikut perangkaan Bahagian
Sekolah, KPM, di antara bulan Januari hingga September 2001 terdapat sebanyak 973 kes
salah laku moral telah dilaporkan.

16

Mohd Ismail (2006), berdasarkan kajian berkaitan masalah disiplin yang dijalankan oleh
Unit Disiplin, Bahagian sekolah-sekolah, KPM pada tahun 1994 menyatakan peratus kejadian
kes disiplin di sekolah mengikut 10 jenis kesalahan yang dikenalpasti di kalangan 1 191 233
orang pelajar sekolah menengah di Malaysia. Kaedah 'datang lewat' jelas menonjol sekali dan
diikuti dengan pelajar yang ponteng sekolah.

Tambahan lagi, kajian daripada Habibah Elias dan Noran Fauziah Yaakub (2002),
menyatakan bahawa kajian awal telah dijalankan di Amerika Syarikat pada 30-an dan ia
menunjukkan ciri-ciri personaliti guru yang mempengaruhi sikap pelajar terhadap mereka dan
sekolah sama ada ponteng atau tidak. Guru yang disayangi dan murid berminat untuk belajar
dan hadir ke sekolah, dilihat sebagai 'berminat dan sukakan belajar' dan 'berperikemanusiaan'
serta 'baik hati'. Sekiranya terbalik, guru yang dibenci ialah mereka yang 'pemarah, suka
berleter, dan tidak pernah mesra dengan pelajar'. Selain itu, guru yang baik dapat menguasai
bahan pengajaran mereka dan berorientasikan tugas. Itu semua mendorong pelajar untuk
ponteng sekolah.

Menurut Mohammad Aziz Shah (2004) pula mengklasifikasikan dalam kajiannya,


bahawa masalah ponteng sekolah berkemungkinan akan terdedah dengan gejala sosial yang
lebih teruk. Hal ini berlaku apabila waktu yang seharusnya diluangkan di perkarangan sekolah
tetapi dibuang di luar sekolah. Tambahan lagi, masa yang diluang di luar perkarangan sekolah
ini kebanyakkan terisi dengan kegiatan negatif yang tidak berfaedah. Ini berkemungkinan
setelah berkawan dengan remaja lain yang turut ponteng, pelbagai perkara baru yang negatif
yang dipelajarinya. Akhirnya, daripada masalah ponteng sekolah ini mereka terlibat dengan
gejala sosial seperti terlibat dengan dadah, mencuri, bergaduh, bohsia, vandalisme dan
sebagainya. Perkara ini akan semakin merosakkan masa depan mereka. Akibatnya, pelajar
akan mengalami kerugian dari segi ilmu pengetahuan dan masa depan kerana kemungkinan
17

akan gagal dalam peperiksaan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemahiran dan kelulusan yang baik
adalah sukar bagi mereka memperolehi pekerjaan yang sesuai. Justeru itu, peluang unutk
melibatkan diri dalam gejala sosial yang lebih serius semakin membimbangkan pada masa
hadapan.

Selain daripada itu, pengkaji Munirah (2001), dalam kajiannya menyatakan bahawa
keadaan sosioekonomi dan latar belakang keluarga adalah punca bagi masalah ponteng di
kalangan pelajar di Kelantan. Hal ini adalah kerana, keluarga yang tidak berkemampuan tetap
ingin menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Oleh itu, kesannya timbul banyak masalah di
kalangan pelajar tersebut. Pengangkutan dan perjalanan yang jauh ke sekolah menjadi
masalah utama kepada pelajar di kawasan pedalaman Kelantan. Kelewatan mereka tiba di
sekolah mungki mendorong mereka untuk terus ponteng daripada dimarahi oleh guru kerana
lewat.

Sistem pendidikan yang menyebabkan situasi ini berlaku. Hal ini adalah kerana, sistem
pendidikan masa kini membolehkan semua pelajar terus mara ke peringkat yang lebih tinggi
(automatic promotion) tanpa mengambil kira penguasaan membaca, menulis dan mengira (3M)
(masa dulu sekarang membaca, menulis, mengira dan menaakul- 4M) menyebabkan pelajar
tidak dapat mengikuti perkembangan pelajaran. Justeru iru, keadaan ini membawa kepada
pelajar ponteng kelas atau terus tercicir kerana takut dimarahi oleh guru, malu dengan rakan
lain yang boleh menguasai kemahiran asas, bosan dan hilang minat serta hilang motivasi untuk
belajar.

Pengkaji yang bernama Yahya dan Norainiza dalam kajiannya bertajuk Faktor-faktor
yang mempengaruhi masalah ponteng di kalangan pelajar di Kolej Kemahiran Belia Nasional,
Pontian membuktikan bahawa sikap pelajar merupakan faktor utama dalam mempengaruhi
18

masalah ponteng di pusat kemahiran yang dikajinya. Secara keseluruhannya, dapatan kajian
didapati aspek sikap yang mempengaruhi masalah ponteng dilkalangan pelatih menunjukka
purata peratus yang tinggi. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa sikap negatif yang terdapat
pada pelatih yang banyak mendorong diri mereka untuk ponteng kelas.

2.3

Kajian Luar Negara

Kajian berkaitan ponteng sekolah turut dijalankan di luar negara oleh pakar-pakar
mereka. Antaranya adalah kajian Jane dan Molly (2008), menyatakan dalam kajiannya di
Maryland, pada tahun 2006 hingga 2007 sebanyak 14 peratus pelajar peringkat rendah, 33.7
peratus pelajar peringkat menengah dan 43.5 peratus pelajar peringkat tinggi telah ponteng
sekolah sekurang-kurangnya 20 hari dan ke atas. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah dengan
jumlah yang besar memberikan pelbagai alasan seperti masalah pengangkutan, sakit,
tanggungjawab terhadap keluarga, dan sebagainya. Selain itu, bagi rekod keseluruhan
kedatangan harian pelajar hanya 95.6 peratus pelajar peringkat rendah, 94.4 peratus pelajar
peringkat menengah dan 92.3 peratus pelajar peringkat tinggi. Di Maryland pelajar memulakan
tingkah laku ponteng ini daripada umur lima tahun hingga 20 tahun dalam alam persekolahan.
Kajian ini juga menunjukkan bahawa pelajar lelaki lebih serius terlibat dalam tingkahlaku
ponteng sekolah berbanding pelajar perempuan.

Anne (2007) dalam Jane dan Molly (2008), berpendapat bahawa berdasarkan laporan
pelajar peringkat rendah, ponteng sekolah ini berlaku kepada pelajar yang berada dalam
kemiskinan dan pelajar yang berisiko dalam masalah keluarga seperti anak kepada ibu tunggal,

19

keluarga mempunyai tahap pendidikan yang rendah, masalah kesihatan, kebergantungan di


rumah kebajikan dan sebagainya.

2.4

Kesimpulan

Pengkaji telah memaparkan pelbagai kajian lepas mengenai masalah ponteng sekolah
yang dihadapi oleh pelajar. Tambahan lagi, melalui kajian-kajian ini dapat dibuktikan bahawa
terdapat banayk faktor yang mempengaruhi masalah ponteng sekolah. Masalah ponteng kelas
atau sekolah ini berlaku di kalangan semua peringkat pelajar.

BAB 3

Metodologi

20

3.1

Pendahuluan

Bahagian ini menerangkan kaedah yang digunakan dalam menjalankan kajian ini. Bab
ini juga turut menjelaskan secara terperinci tentang reka bentuk, lokasi kajian, populasi dan
persampelan kajian. Seterusnya, bab ini akan menjelaskan instrumen kajian yang digunakan
untuk pengumpulan data. Tatacara pengumpulan data dan teknik penganalisisan data yang
digunakan semasa melakukan kajian turut dijelaskan dalam bab ini.

3.2

Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian adalah kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam mengumpulkan
data bagi menyelesaikan permasalahan kajian dan mencapai objektif kajian. Reka bentuk
memberikan penerangan yang tepat tentang instrumen dan bilangan sampel yang digunakan
dalam kajian (Mohd Majid Konting, 2005). Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang
terdiri daripada sebilangan item bagi mengumpulkan data dari responden.

Menurut Sidek (2002), penyelidikan berbentuk deskriptif merupakan kajian yang


dijalankan bagi menerangkan suatu fenomena secara sistematik tentang sesuatu ciri populasi.
Menurut Dane (1990), kajian tinjauan melibatkan seseorang pengkaji mendapatkan maklumat
secara langsung dari sekumpulan individu dengan menggunakan soal selidik atau temubual.
Kajian tinjauan ini sesuai untuk mengkaji pembolehubah yang terlibat dalam kajian ini, iaitu
tingkah laku ponteng dan pencapaian akademik.

21

3.3

Lokasi Kajian

Kajian ini dijalankan ke atas pelajar yang belajar di kelas peralihan di sekolah menengah
harian di Sekolah Menengah Daerah Manjung yang melibatkan sepuluh buah sekolah daripada
19 buah sekolah menengah yang mempunyai kelas peralihan. Daripada sepuluh buah sekolah
tersebut pengkaji akan memilih lima buah sekolah secara rawak mudah daripada sepuluh
sekolah. Kelima-lima sekolah yang akan dipilih ini mempunyai bilangan pelajar peralihan yang
ramai. Hanya sekolah-sekolah yang berada di kawasan bandar sahaja akan terlibat dalam
kajian ini.

3.4

Populasi Kajian

Populasi merupakan satu set ciri-ciri yang menunjukkan ukuran yang tertentu ke atas
sekumpulan indidvidu atau objek. Individu yang akan diukur perlu mempunyai sekurangkurangnya satu ciri yang sama antara satu sama lain (Mohd Majid Konting, 2005). Menurut
Salkind (2009), populasi juga merupakan satu kumpulan responden yang mana sesuatu
keputusan yang dapat daripada kajian digeneralisasikan. Dalam kajian ini, bilangan populasi
pelajar adalah lebih kurang 300 orang. Kelima-lima sekolah menengah akan dipilih secara
rawak mudah pada awal kajian ini. Hanya pelajar peralihan dari sekolah menengah harian
sahaja terlibat dalam kajian ini.

3.5

Pemilihan Sampel Kajian

Pemilihan sampel kajian dilakukan bagi menggelak menggunakan keseluruhan bilangan


populasi dalam kajian. Pengkaji dapat menjimatkan masa dan perbelanjaan dengan pemilihan

22

persampelan kajian. Sampel kajian yang dipilih oleh pengkaji perlulah benar-benar mewakili
populasi yang dikaji (Wiersma, 1995, Mohd Majis Konting, 2005 & Salkind, 2009). Pengkaji
perlu memastikan sampel yang dipilih dari populasi kajian mempunyai ciri-ciri yang sama.
Perkara ini penting bagi mengurangkan ralat persampelan yang berlaku dalam sesuatu kajian.
Menurut Sidek (2002), pemilihan sampel merupakan strategk penyelidikan yang sering
digunakan oleh pengkaji bagi mendaptkan maklumat tentang populasi kajian dengan hanya
menggunakan sebahagian individu daripada populasi kajian.

Menurut Guy, Edgley, Arafat dan Allen (1987) dan Cohen (1988), penggunaan sampel
dalam kajian akan mengurangkan jangka masa dan kos yang digunakan untuk melakukan
kajian. Perkara ini turut membenarkan penyeliaan yang lebih baik kepada pengkaji untuk
menyimpan rekod dan turut memberikan latihan penyelidikannya.

Bil Nama Sekolah Bilangan

1
2
3

23

SMK A
SMK B
SMK C

pelajar Bilangan

pelajar Peratusan

sebenar

yang terlibat dalam yang

**
**
**

kajian
**
**
**

pelajar

terlibat

jumlah pelajar
**%
**%
**%

dari

4
5

SMK D
SMK E
Jumlah

**
**

**
**
**

**%
**%
100

Jadual 3.1 : Bilangan pelajar yang terlibat dalam kajian.

Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah yang
menggunakan kaedah fish bowl bagi tujuan memilih sampel kajian. Pengkaji akan melabelkan
nombor bagi setiap responden mengikut sekolah di daerah Manjung dan memasukkan ke
dalam satu balang. Seterusnya pengkaji akan memilih sampel satu persatu sehingga
mencukupi sampel kajian. Menurut Mohd Majid Konting (2005) dan Bouma (1993), saiz sampel
sebanyak 30 memadai bagi menjalankan sesuatu kajian. Bilangan sampel ini cukup dan sesuai
untuk mencapai taburan normal. Pada masa yang sama, penggunaan bilangan sampel yang
lebih daripada 30 responden akan mengurangkan ralat persampelan. Pada masa yang sama
guru pealihan juga akan dipilih untuk ditemuduga. Seramai dua guru dari setiap sekolah akan
terlibat dalam temuduga.

3.6

Instrumen Kajian

Kajian ini akan menggunakan satu set borang soal selidik sebagai instrumen kajian.
Penggunaan instrumen ini sesuai untuk mengumpul data dengan cepat dan tepat dalam masa
yang ditentukan. Instrumen ini juga sesuai untuk kajian-kajian yang mempunyai bilangan
responden yang ramai.

Borang soal selidik yang digunakan dalam kajian ini akan dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Bahagian A adalah untuk mendapatkan maklumat diri

24

pelajar dan bahagian B untuk mengenal pasti tingkahlaku pelajar manakala bahagian C adalah
bagi mendapatkan maklumat tentang punca berlakunya ponteng kelas dan sekolah.

Selain soal selidik, sebagai tambahan pengkaji juga menjalankan sesi temuduga dengan
guru didiplin dan guru-guru yang mengajar kelas peralihan. Hal ini adalah bertujuan untuk
mengumpul maklumat berkaitan pelajar yang suka ponteng sekolah. Temubual ini berbentuk
temubual bukan berstruktur.

Maklumat tentang kekerapan ponteng kelas pelajar akan diperolehi dan dikumpul
daripada rekod Buku Kawalan Kelas. Analisis data yang akan dikumpul akan digunakan untuk
mengukuhkan sumber maklumat yang berkaitan dengan punca-punca dan cara mengatasi
ponteng kelas di kalangan pelajar peralihan.

3.7

Kesahan

Menurut Mohd Majid Konting ( 2005), adalah penting seorang pengkaji mendapatkan
penilai yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang dikaji bagi memastikan item-item yang
terkandung dalam instrumen (soal selidik) mewakili bidang yang dikaji. Ini penting bagi
meningkatkan kesahan isi kandungan atau Content Validity

sesuatu instrumen. Menurut

Salkind (2009, kesahan kandungan menunjukkan sejauhmana satu ujian mewakili sesuatu item
di mana item itu diambil. Kesahan kandungan membantu apabila menilai kegunaan ujian
pencapaian atau menguji sesuatu sampel itu dari satu bidang pengetahuan tertentu. Kesahan
ini juga penting bagi mengetahui ujian atau instrumen yang akan digunakan betul-betul
mengukur apa yang hendak diukur.
25

Bagi tujuan kesahan kandungan, pengkaji memilih dua pakar yang berkaitan dengan
bidang yang dikaji bagi mengesahkan instrumen kajian. Pengkaji meminta pakar yang berkaitan
dengan bidang yang dikaji oleh pengkaji bagi mengesahkan kandungan instrumen kajian. Hal
ini penting bagi memastikan item-item yang terkandung dalam instrumen kajian sesuai bagi
mencapai objektif kajian.

3.8

Kajian Rintis

Kajian rintis merupakan kajian yang dijalankan sebelum menjalankan kajian sebenar.
Kajian ini penting bagi memastikan semua item-item yang terkandung dalam borang soal selidik
betul dan berkualiti. Pengkaji perlu memastikan item yang terdapat dalam borang soal selidik
berkaitan dengan persoalan kajian tidak mengelirukan responden sebenar. Kajian ini juga
penting bagi mengetahui pendapat dan pandangan responden untuk mengetahui kualiti itemitem soal selidik yang telah digubal. Penyelidik dapat melakukan pembetulan apabila terdapat
maklum balas yang kurang memuaskan daripada responden. Kajian ini dijalankan untuk
mengelakkan kekaburan dan kekeliruan dalam item yang sebenar (Wiersma, 1995).

Menurut Wiersma (1995) lagi, jumlah individu yang sedikit mencukupi untuk
menjalankan kajian rintis. Jumlah responden yang dicadangkan oleh beliau adalah dari 5
hingga 10 orang dan beliau juga mendapati pengkaji jarang menggunakan responden yang
lebih daripada 20 orang untuk menjalankan kajian rintis. Pelajar yang menjadi responden kajian
rintis diminta menjawab soal selidik dan diminta menandakan item yang tidak jelas dan tidak di
fahami. Responden ini merupakan responden yang tidak terlibat dalam kajian sebenar tetapi
mempunyai ciri-ciri yang sama seperti sampel kajian sebenar. Oleh itu, pengkaji akan
menjalankan kajian rintis ini di salah satu daerah dari negeri Perak.
26

3.9

Kesimpulan

Kesimpulannya, bab ini telah membincangkan tentang reka bentuk, tempat kajian,
populasi kajian, sampel kajian, instrumen kajian dan kesahan instrumen kajian secara ringkas.
Bab ini juga menjelasan tentang kajian rintis dan akan dijalankan.

27

You might also like