You are on page 1of 13

SGDU4143 :

Bab 3. Pengurusan Strategik Dalam Pendidikan

Bab 3. Pengimbasan Persekitaran : Luaran Dan Dalaman

3.1 Analisis Persekitaran Luaran

Persekitaran ialah keadaan, situasi atau suasana yang boleh mempengaruhi samada individu,

unit keluarga, organisasi, syarikat, perniagaan dan sebagainya. Contohnya peperangan

memberi persekitaran tidak selamat kepada individu, keluarga dan perniagaan dalam sesebuah

negara. Persekitaran sentiasa berubah dan tidak menentu.

Persekitaran terbahagi kepada dua komponen:

i. Persekitaran Luaran

ii. Persekitaran Dalaman.

Persekitaran Luaran terbahagi kepada :

a) Persekitaran makro

Empat komponen utama persekitaran luaran makro terdiri daripada :

 Ekonomi -

Berkaitan kos sara hidup, peluang pekerjaan, pengangguran, peningkatan

pendapatan, kos pendidikan, tabungan, kegawatan ekonomi dan cairan mata

wang.

 Sosio budaya

Merangkumi ciri-ciri kependudukan seperti umur, jantina, bilangan penduduk,

taburan penduduk, kaum, taburan pendapatan, bandar dan luar bandar. Meliputi

juga nilai sosial masyarakat, kepercayaan, bahasa, gaya hidup dan kekeluargaan.

 Teknologi

MCL Consultant Sdn. Bhd. ..


… ms …39
SGDU4143 :
Bab 3. Pengurusan Strategik Dalam Pendidikan

Bidang pembangunan, kemajuan dan pencapaian teknologi, penggunaan alatan,

mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia, tahap

pengetahuan semasa, gabungan sumber dan aplikasi pengetahuan sains untuk

kesejahteraan manusia.

 Politik dan undang-undang.

Berkaitan senario politik setempat dan negara, peraturan dan perundangan yang

melindungi komuniti serta harta benda mereka.

a) Persekitaran mikro

Persekitaran mikro mengandungi kumpulan berikut:

a. Pelanggan atau pengguna

b. Pesaing

c. Pembekal

d. Pihak NGO

e. Pihak kerajaan dan agensi-agensi terlibat.

Persekitaran mikro mempengaruhi operasi. Usaha secara langsung mendatangkan

kesan lebih cepat berbanding persekitaran makro.

Persekitaran dalaman dan luaran sesebuah organisasi mewujudkan isu dalaman dan

luaran bagi organisasi tersebut. Isu merupakan masalah atau sesuatu yang hangat

diperbincangkan. Ia akan menjadi penting apabila ia memberi kesan terhadap

pencapaian dan kecemerlangan sesebuah institusi. Misalnya peratus murid yang tidak

menguasai kemahiran membaca dan menulis melebihi 10 peratus akan menjadi isu

MCL Consultant Sdn. Bhd. ..


… ms …40
SGDU4143 :
Bab 3. Pengurusan Strategik Dalam Pendidikan

penting bagi sekolah yang mensasarkan pencapaian keseluruhan pada tahap 95

peratus ke atas. Untuk menjalankan program peningkatan, penambahbaikan dan

perubahan, isu dan masaalah perlu dikenalpasti. Bagi tujuan tersebut analisis

persekitaran perlu dijalankan.

Isu yang wujud dalam sesebuah organisasi boleh disenaraikan dan diberi keutamaan.

Pihak pengurusan perlu menyusun isu mengikut keutamaan dan kepentingan

berdasarkan hasrat dan wawasan institusi. Berikut kaedah memberi keutamaan kepada

isu-isu yang timbul:

i. Senaraikan semua isu yang timbul dalam satu masa, misalnya dalam tempoh

seminggu,dua minggu atau sebulan.Ini boleh diperolehi daripada mesyuarat

guru atau mesyuarat pengurusan yang diadakan dari masa ke semasa.

ii. Letakkan semua isu dalam satu rajah dan lakarkan garisan antara dua isu

sekiranya terdapat kaitan di antaranya. Lakaran ini sebenarnya menunujukkan

arah dari penyebab kepada akibatnya. Isu yang paling banyak menjadi

penyebab kepada isu-isu lain haruslah diberi keutamaan.

iii. Senaraikan isu mengikut keutamaan berdasarkan lakaran yang telah dibuat.

Tindakan susulan boleh dijalankan berdasarkan senarai ini.

Kaedah pengumpulan maklumat dalam analisis persekitaran untuk tujuan mengenalpasti

isu boleh juga dijalankan melalui :

i. Semakan dokumen dan rekod (fail)

ii. Kaedah kajian seperti :

 Soal selidek

 Temu bual

MCL Consultant Sdn. Bhd. ..


… ms …41
SGDU4143 :
Bab 3. Pengurusan Strategik Dalam Pendidikan

 Pemerhatian

 Sorotan literatur

3.1.1 Faktor Persekitaran Am

Semua institusi dalam sektor pendidikan tidak dapat lari daripada dipengaruhi oleh faktor

persekitaran am yang menjadi ancaman atau peluang semasa atau pada masa akan datang

(Zainal, 1994). Ia melibatkan aktiviti mengesan persekitaran semasa dan masa akan datang

samada berupa ancaman atau peluang terhadap institusi.(Dobson dan Sorkey, 1983). Bagi

Hax dan Majluf (1984) pula, ia merupakan proses menyelaras persekitaran organisasi untuk

mengenal pasti keadaan masa kini dan akan datang bagi mendapatkan penjelasan mengenai

peluang dan ancaman yang berpengaruh terhadap keupayaan organisasi mencapai

matlamatnya.

Menurut Cerro dan Peter (1990) pula, analisis persekitaran organisasi mempunyai peranan

seperti berikut :

a) Mengorientasikan dasar. Segala dasar organisasi akan digubal untuk memperbaiki

keupayaan organisasi menghadapi arah aliran utama/terbesar yang berlaku di

persekitaran organisasi.

b) Menyepadukan perancangan strategik. Apabila kesemua komponen perancangan

strategik dianalisis dan disepadukan untuk mengarah kepada pencapaian matlamat

organisasi, maka ia akan dapat memperbaiki keupayaan organisasi dengan

menjadikan pihak pengurusan atasan dan pertengahan berwaspada dengan isu-isu

yang berlaku di persekitaran organisasi.

MCL Consultant Sdn. Bhd. ..


… ms …42
SGDU4143 :
Bab 3. Pengurusan Strategik Dalam Pendidikan

c) Orientasi fungsi. Setelah fungsi sebenar organisasi dikenal pasti dan dilaksanakan,

maka ia akan dapat memperbaiki keupayaan organisasi dengan menitikberatkan

perbekalan maklumat persekitaran yang berkesan bagi tujuan tersebut.

d) Bertindak balas cepat. Membolehkan pihak pengurusan bertindak balas dengan

segera dan tepat terhadap perubahan-perubahan persekitaran bagi menjadikan

organisasi lebih berdaya maju.

e) Keupayaan. Membekalkan pihak pengurusan satu keupayaan untuk bertindak

balas terhadap isu-isu kritikal dalam persekitaran mereka.

Oleh itu jelaslah bahawa anlisis persekitaran akan membolehkan pihak pengurusan mengenali

keadaan persekitaran semasa dengan melihat peluang dan ancaman yang wujud dalam

persekitaran masing-masing. Namun sasaran utamanya adalah untuk mencapai matlamat

organisasi. Johnson dan Scholes (1993), menyenaraikan empat komponen analisis

persekitaran yang dikenali sebagai PEST seperti berikut:

i. Politik / perundangan

ii. Ekonomi

iii. Sosiobudaya

iv. Teknologi

i. Politik / Perundangan

Komponen politik / perundangan merupakan faktor persekitaran yang besar kesannya

kepada organisasi dalam sektor pendidikan. Apabila berlaku sesuatu perubahan politik

dan perundangan di Malaysia, ia akan mempengaruhi keseluruhan sektor pendidikan

negara ini. Perkara-perkara lain yang mempengaruhi politik/perundangan ialah:

MCL Consultant Sdn. Bhd. ..


… ms …43
SGDU4143 :
Bab 3. Pengurusan Strategik Dalam Pendidikan

a. Kestabilan kerajaan.

b. Siapa Ketua Pengarah Pendidikan

c. Polisi percukaian terhadap insuran pendidikan

d. Hubungan dengan negara luar / Dasar luar negara

e. Akta Pendidikan dan Akta Buruh

f. Peraturan dan Pekeliling Am Kerajaan

g. Enakmen Pelajaran / Pendidikan di negeri-negeri

ii. Faktor Persekitaran Khas Sekolah

a. Pengaruh wakil rakyat setempat

b. Parti yang berpengaruh dan semangat kepartian.

c. Enakmen yang berkaitan (selain Akta Pendidikan berkuat kuasa)

d. Arahan, peraturan dan pekeliling dari PPD/JPN/Kementerian.

e. Hubungan dengan sekolah-sekolah lain.

iii. Ekonomi

Komponen ekonomi pula mempengaruhi organisasi dalam agihan sumber. Misalnya

keadaan perkembangan ekonomi yang pesat akan membolehkan kerajaan mengagihkan

sumber peruntukan kewangan yang lebih kepada sector pendidikan. Ini akan memberi

kesan kepada keseluruhan sector pendidikan negara. Oleh itu perancang strategi setiap

institusi perlu memahami faktor-faktor ekonomi penting yang memebri kesan terhadap

institusi mereka. Anatara komponen ekonomi yang mempengaruhi organisasi pendidikan

ialah :

a. Kadar pengangguran

b. Kadar cukai

c. Kadar pinjaman asas (BLR)

d. Tingkat pendapatan penduduk/pengguna


MCL Consultant Sdn. Bhd. ..
… ms …44
SGDU4143 :
Bab 3. Pengurusan Strategik Dalam Pendidikan

e. Kadar hutang

f. Nilai mata wang semasa

g. Keluaran Negara Kasar (KNK)

h. Kos buruh / tenaga kerja.

iv. Sosiobudaya

Faktor sosiobudaya juga turut memainkan peranan mempengaruhi organisasi kerana ia

melibatkan manusia. Contohnya bilangan guru perempuan yang melebihi bilangan guru

lelaki memberi kesan dalam aspek kawalan disiplin murid kerana murid kurang patuh

kepada guru perempuan berbanding guru lelaki. Aspek sosiobudaya yang perlu diambil

kira oleh perancang strategi ialah:

a. Populasi demografi

b. Tahap pendidikan

c. Kadar celik huruf

d. Perubahan cara hidup

e. Sikap terhadap pendidikan

f. Semangat kepenggunaan

g. Mobiliti sosial

h. Perpaduan antara kaum dan wilayah

i. Sikap terhadap kerja dan masa lapang

v. Faktor Persekitaran Khas Sekolah

a. Populasi demografi tempatan

b. Tahap celik huruf penduduk tempatan

c. Tahap pendidikan penduduk setempat

MCL Consultant Sdn. Bhd. ..


… ms …45
SGDU4143 :
Bab 3. Pengurusan Strategik Dalam Pendidikan

d. Cara dan gaya hidup penduduk tempatan

e. Sikap dan kesedaran terhadap pendidikan

f. Perpaduan kaum penduduk

vi. Teknologi

Analisis teknologi perlu untuk melihat kemajuan / perubahan yang berlaku dalam bidang

sains, teknologi dan kejuruteraan dalam dan luar negara, disamping dapat meninjau

peluang dan ancaman yang mungkin timbul daripadanya. Contohnya pengunaan komputer

dalam pendidikan akan memberi kesan dan saingan dalam mewujudkan peluang

menerima pendidikan berkualiti antara institusi kerajaan, swasta dan badan-badan

berkanun. Beberapa perkara dalam bidang teknologi yang perlu diberi perhatian antaranya

ialah :

a. Kadar kecepatan perpindahan teknologi.

b. Peruntukan kerajaan terhadap program penyelidikan.

c. Penemuan-penemuan baru dalam teknologi pendidikan.

d. Kadar perubahan dan keusangan teknologi

e. Penggunaan robot dan sumber tenaga manusia.

f. Perubahan dalam operasi pengeluaran.

g. Perubahan mutu perkhidmatan yang ditawarkan.

vii. Faktor-Faktor Persekitaran Khas Sekolah

a. Penggunaan komputer sebagai media p&p

b. Hubungan antarabangsa melalui satelit

c. Pertukaran maklumat/data menerusi jaring antara sekolah di dalam dan luar

negara.

MCL Consultant Sdn. Bhd. ..


… ms …46
SGDU4143 :
Bab 3. Pengurusan Strategik Dalam Pendidikan

d. Pembelajaran kendiri yang lebih terancang dan sistematik berbantukan

komputer.

e. Arahan dan pekeliling JPN/ Kementerian/ Lembaga Peperiksaan secara atas

talian (on-line).

3.2 Analisis Persekitaran Dalaman

Analisis KLAP atau SWOC/ SWOT merupakan kaedah menganalisis maklumat persekitaran

yang paling popular, secara relatifnya mudah dan sangat berkesan jika digunakan dengan

betul. Ia merupakan singkatan daripada perkataan ‘strenghts’(S), weakneses (W),

opportunities (O) dan threats (T), dalam bahasa Melayu ia merupakan singkatan bagi

kekuatan (K), kelemahan (L), ancaman (A) dan peluang (P). Kekuatan dan kelemahan

merupakan faktor dalaman sesebuah organisasi manakala ancaman dan peluang pula

merupakan faktor luaran.

Ia dapat mewujudkan indikator penting bagi menyediakan strategi yang efektif kerana setiap

strategi yang berjaya itu dibina daripada kekuatan (strenghts) dan merebut peluang

(opportunities) disamping mengurangkan kelemahan (weakneses) dan cabaran (challenges)

atau ancaman (threats).

Analisis KLAP atau SWOC/SWOT boleh dilakukan mengikut ‘core business’ sesebuah

organisasi. Jika analisis ini dijalankan di sekolah maka ianya boleh dijalankan ke atas 8

bidang seperti yang digariskan dalam standard kompetensi kepengetuaan sekolah-sekolah

Malaysia (SKKSM) iaitu bidang :

i. Pengurusan Kurikulum

MCL Consultant Sdn. Bhd. ..


… ms …47
SGDU4143 :
Bab 3. Pengurusan Strategik Dalam Pendidikan

ii. Pengurusan Kokurilulum

iii. Pengurusan Hal Ehwal Murid2

iv. Pengurusan Kewangan

v. Pengurusan Pentadbiran Pejabat

vi. Pengurusan dan pembangunan sumber manusiaPengurusan persekitaran

dan kemudahan fizikal

vii. Pengurusan perhubungan luar.

3.3 Analisis Persekitaran

Analisis persekitaran perlu dilakukan bagi organisasi sebelum menentukan strategi yang

sesuai untuk digunakan. SWOT adalah singkatan daripada perkataan Strengths (S),

Weaknessess (W), Opportunities (O) dan Threats (T). Dalam Bahasa Melayu ia boleh

diringkaskan menjadi KLAP yang mewakili Kekuatan (K), Kelemahan (L), Ancaman (A) dan

Peluang (P).

Kekuatan dan kelemahan merupakan faktor dalaman sesebuah organisasi manakala ancaman

dan peluang pula adalah faktor luaran. Semasa melakukan analisis ini, organisasi perlu

menyenaraikan semua kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang dalam satu jadual/matriks

untuk memudahkan proses mengenalpasti strategi yang sesuai untuk digunakan.

Kaedah yang boleh digunakan semasa menyenaraikan maklumat ini adalah melalui

sumbangsaran, soal selidik, pemerhatian, imbasan pengalaman dan rajah ‘tulang ikan’.

Contoh jadual/matriks KLAP adalah seperti rajah di bawah.

MCL Consultant Sdn. Bhd. ..


… ms …48
SGDU4143 :
Bab 3. Pengurusan Strategik Dalam Pendidikan

3.4 Persekitaran Dalaman

i. Kewangan

Apabila beberapa strategi telah dibentuk, kos bagi setiap satu strategi tersebut hendaklah

dikenal pasti supaya perbandingan kos dapat dibuat dan seterusnya pemilihan strategi

boleh dibuat berdasarkan kepada peruntukan kewangan yang ada.

Peruntukan kewangan yang diperlukan juga mungkin boleh diusahakan dalam usaha

perlaksanaan strategi yang telah dirancang. Beberapa aspek dalam strategi juga

mungkin boleh diubah untuk menyesuaikannya dengan peruntukan yang ada.

ii. Pengurusan

 Memastikan semua warga sekolah memahami visi dan misi sekolah.

 Mengurus dan mentadbir sekolah ke arah kecemerlangan.

 Semua warga sekolah memahami visi dan matlamat yang perlu dicapai dan

berusaha untuk mencapainya.

 Disiplin merupakan asas kepada segala-galanya

 Kejayaan akan diperolehi menerusi kerjasama yang erat dan kerja

berpasukan.

 keceriaan, kebersihan serta persekitaran sekolah yang kondusif dapat

memberi semangat yang lebih untuk guru, kakitangan dan murid

melaksanakan peranan, tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan

berkesan.

iii. Operasi

 Guru mengajar dan murid belajar

 Sentiasa mengamalkan disiplin yang tinggi


MCL Consultant Sdn. Bhd. ..
… ms …49
SGDU4143 :
Bab 3. Pengurusan Strategik Dalam Pendidikan

 Sentiasa berusaha dan bekerja ke arah kecemerlangan

 Bekerja berasaskan kepada strategi yang telah ditetapkan untuk

mencapai visi dan misi sekolah.

iv. Pasaran

 Mengamalkan 17 nilai murni yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran

 Malaysia.

 Memastikan murid diberi ilmu dan kemahiran yang mengimbangi aspek

jasmani, emosi, rohani dan intelek.

 Berusaha supaya sentiasa cemerlang dalam peperiksaan awam yang

menjadi perhatian utama pelanggan iaitu ibu bapa.

v. Sumber Manusia (Human Resource)

 Pengalaman dan kewibawaan kepemimpinan sekolah

 Pengalaman sebagai Guru Besar selama 18 tahun.

 Exco Majlis Guru Besar Daerah.

 Tiga orang Penolong Kanan yang berpengalaman dan komited.

 Guru dan staf yang mencukupi.

 Guru terlatih yang mencukupi.

 12 orang guru adalah lepasan universiti.

 Seorang Guru Cemerlang subjek sains.

 3 orang guru menjadi fasilitator daerah.

 Seorang menjadi jurulatih peringkat Negeri dan Kebangsaan.

MCL Consultant Sdn. Bhd. ..


… ms …50
SGDU4143 :
Bab 3. Pengurusan Strategik Dalam Pendidikan

 Semua guru telah mengikuti pelbagai kursus dalam perkhidmatan.

 Beberapa orang guru yang menjadi pemeriksa kertas UPSR dan Panel

Penggubal Soalan.

Semasa melakukan analisis dalaman organisasi, beberapa perkara berikut boleh

dijadikan panduan :

a. Keupayaan staf yang ada.

b. Pengurusan dan juga stail kepimpinan

c. Kemudahan yang sedia ada dan infrastruktur.

d. Program-program yang sedia wujud.

e. Kemudahan pembelajaran dan peningkatan kemahiran.

f. Budaya organisasi.

g. Perhubungan dan komunikasi interpersonal

h. Sikap dan motivasi staf dalaman.

MCL Consultant Sdn. Bhd. ..


… ms …51

You might also like