You are on page 1of 2

Syarikat Sendirian Berhad

Di dalam Malaysia, jenis syarikat yang paling biasa ialah syarikat berhad yang dihadkan oleh syer. Syarikat ini diperbadankan dan dikawal oleh Akta Syarikat, 1965. Syarikat yang dihadkan oleh syer akan membawa "Sdn Bhd", "Sendirian Berhad" di belakang nama mereka mengikut Seksyen 22 (4) daripada Akta. Maksud syarikat swasta terhad ialah liabiliti ahlinya terhad kepada jumlah saham yang mereka pegang dalam syarikat. Sebagai contoh, jika saham Encik Tan di dalam syarikat Sdn Bhd berjumlah RM10, 000.00, dan dia telah membayar semua saham sepenuhnya, secara umum, beliau tidak mempunyai liabiliti lebih dari jumlah sahamnya di dalam syarikat Sdn Bhd itu. Sesebuah syarikat sendirian berhad hanya boleh ditubuhkan jika-memorandum dan tataurusan menyatakan:

Hak untukmemindahkan sahamnya disekat tertakluk kepada kelulusan pengarah. Menghadkanbilangan ahli-ahlinya tidak lebih daripada 50 (memerlukan sekurangkurangnya 2 orang, tetapi membenarkan syarikat lainuntuk memiliki sendiri 100% saham yang diterbitkan) Melarang sebarang pelawaan kepada orang ramai untuk melanggan apa-apa syer atau debentur syarikat itu Melarang sebarang pelawaan kepada awam untuk memasukkan wang dalam syarikat untuk tempoh yang tetap atau dibayar bila dituntut, dengan atau tanpa faedah.

Kelebhihan Kelebihan yang paling jelas adalah "perlindungan" liabiliti kepada para pemegang sahamnya di mana pendedahan terhad kepada jumlah modal saham yang mereka melanggan. Mereka tidak bertanggungjawab atas mana-mana amaun hutang luar pegangan saham mereka, dengan syarat tidak ada penipuan atau penyelewengan lain. Satu lagi kelebihan ialah cara yang mudah untuk memindahkan saham yang sedia ada atau mengeluarkan saham tambahan kepada pelabur-pelabur baru. Ahli yang sedia ada boleh memindahkan pegangan saham beliau, secara keseluruhan atau sebahagiannya, melalui penjualan saham (tertakluk kepada kelulusan pengarah). Tidak seperti pemilik tunggal atau perkongsian, di dalam syarikat sendirian berhad tidak ada keperluan untuk menutup syarikat sekiranya berlaku kematian para pemegang saham atau pengarah.

Kelemahan

Hal ehwal kewangan syarikat-syarikat boleh diakses oleh orang awam Mematuhi Akta Syarikat, 1965. Usaha yang diperlukan untuk mematuhi Akta tersebut adalah lebih daripada usaha pemilik tunggal / perkongsian. Syarikat hendaklah melaksanakan audit ke atas penyata kewangan tahunan. Sekurang-kurangnya seorang setiausaha syarikat diperlukan untuk mengurus penyerahan dan pulangan berkanun serta menyediakan minit untuk lembaga pengarah dan menghadiri mesyuarat pemegang saham. Kos penubuhan adalah tinggi, dan ada yuran tahunan yang berulang yang perlu dibayar seperti yuran audit, perakaunan, kesetiausahaan syarikat dan cukai.

Mengapa masih terdapat begitu banyak syarikat persendirian diperbadankan walaupun terdapat banyak kelemahan? Apabila perniagaan berkembang, jumlah pendapatan dan perniagaan akan meningkat. Pelanggan akan memintatempoh kredit yang lebih panjang dan had kredit yang lebih tinggi , maka risiko kredit meningkat. Seterusnya, syarikat pula akan meminta pembekal dan bank untuk melanjutkan kemudahan kredit mereka, ini bererti liabiliti menjadi lebih tinggi. Kelebihan "Perlindungan" Liabiliti terhad yang diberikan kepada para pemegang saham mengatasi semua kelemahan operasi dan kewangan yang disenaraikan di atas.

Syarikat awam
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, cari

Syarikat awam adalah syarikat atau perbadanan yang sebahagian atau seluruh sekuritinya (seperti saham atau bon) dimiliki oleh orang awam. Penjualan saham kepada masyarakat dilakukan dengan cara Initial Public Offering (IPO) dan kemudian bursa saham. IPO adalah proses penawaran saham kepada masyarakat untuk pertama kali. Kebiasaannya, saham syarikat awam dimiliki oleh ramai pelabur manakala saham syarikat sendirian berhad dimiliki oleh beberapa orang pemegang saham sahaja. Akan tetapi, bukan semua syarikat yang memiliki ramai pemegang saham merupakan syarikat awam.

You might also like