You are on page 1of 6

DBF 2133 GELAGAT ORGANISASI

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL, KOLEJ VOKASIONAL BEAUFORT


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, KM3, JALAN BEAUFORT - SIPITANG
ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E, PETI SURAT 1011, 89808
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, BEAUFORT
62604 PUTRAJAYA

TUGASAN BERTULIS (KUMPULAN)


SEMESTER SEMESTER 2 SESI 2 / 2022 - 2023

JABATAN JABATAN PERNIAGAAN

PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN

KOD / KURSUS DBF 2133 GELAGAT ORGANISASI

6.0 POLITIK DAN KUASA ORGANISASI (C3)*

TAJUK KANDUNGAN 6.1 Perbandingan antara kuasa dengan kepimpinan


6.2 Definisi kuasa
6.3 Sebab dan akibat kuasa politik

HASIL PEMBELAJARAN CLO2 Membezakan isu-isu kuasa di organisasi secara bertulis. (A3, PLO4, (C3C)

TUGASAN BERTULIS
PENTAKSIRAN PERATUS KESELURUHAN 35%
(KUMPULAN)

TARIKH MASA -

MARKAH PENUH PERATUS DIPEROLEH

MAKLUMAT CALON

NAMA

MUKA : 01
ANGKA GILIRAN
DARIPADA 05
DISAHKAN OLEH:
DISEDIAKAN OLEH:

………………………………… …………………………………
NAMA: KEEGAN ALFRED ALIM NAMA: NURUL AZLINA BTE OTHMAN
(PENYELARAS KURSUS DBF2143) (KETUA PROGRAM PENGURUSAN PERNIAGAAN)
TARIKH: 03.01.2023 TARIKH:

1
DBF 2133 GELAGAT ORGANISASI

ARAHAN KEPADA AHLI KUMPULAN:-

1. Tugasan ini dilaksanakan secara berkumpulan dengan ahli tidak melebihi 3

orang pelajar.

2. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan tulisan Arial saiz fon 12,

langkau baris 1.5”.

3. Kumpulan anda dilarang meniru tugasan kumpulan lain. Kumpulan anda juga

dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri. Pelajar

digalakkan membuat rujukan jurnal, tesis, kertas projek, majalah, akhbar, soal

selidik, internet dan sebagainya bagi menyokong hujah dan cadangan. Bahan

rujukan tersebut mesti dinyatakan di bahagian rujukan.

4. Tugasan ini menyumbang sebanyak 35% daripada jumlah markah kursus

berkenaan dan akan dinilai berdasarkan kepada RUBRIK TUGASAN.

A TUGASAN BERTULIS (35%)

TAJUK: POLITIK DAN KUASA ORGANISASI (C3) *

B TUGASAN

1. Kumpulan anda dikehendaki menjawab 1 kajian kes yang telah dilampirkan dan
menjawab soalan-soalan berkenaan kes tersebut.

2. Setiap isi perlu dihuraikan secara jelas dan terperinci. Tugasan perlu dihantar
dalam bentuk folio dengan anggaran 1500 patah perkataan.

3. Format tugasan mengandungi perkara berikut:

a) Muka depan
b) Isi kandungan
c) Isi dan keterangan
- Maksud kuasa

2
DBF 2133 GELAGAT ORGANISASI

- Perbandingan antara kuasa dengan kepimpinan


- Sebab dan akibat kuasa politik
- Kajian kes
d) Rumusan
e) Rujukan

C. KRITERIA PENILAIAN

Prestasi anda akan dinilai berasaskan kriteria berikut:

1.1 Kefahaman Tugasan

1.2 Kejelasan Fakta

1.3 Kematangan Berfikir

1.4 Kebolehan Menyelesaikan Masalah

1.5 Sikap

3
DBF 2133 GELAGAT ORGANISASI

KAJIAN KES 1

POLITIK PEJABAT – APA PATUT SAYA BUAT?


Dato Haji Taib adalah seorang pemilik perniagaan Bersih Padu Sdn Bhd dan
merupakan pemaju perumahan yang dikenali ramai di Kedah. Baru-baru ini beliau
membeli sebidang tanah dan bercadang untuk membangunkan tanah tersebut
sebagai satu kawasan perumahan berpagar dan dikawal oleh pengawal
keselamatan. Oleh itu beliau bercadang mengambil pekerja baru sebagai pengurus
pemasaran untuk menguruskan projek tersebut.

Di dalam perkongsian maklumat berkenaan dengan projek, dua orang pekerjanya


berpendapat bahawa mereka sepatutnya diberi kepercayaan oleh Dato Haji Taib
menguruskan projek tersebut.

Salah seorang pekerjanya Amran seorang eksekutif muda yang bertenaga dan
mempunyai wawasan yang jelas mengenai kerjayanya. Dia juga pemegang ijazah
dalam pemasaran. Dia berada dalam organisasi selama tiga tahun dan
berpengetahuan luas dalam bidang pemasaran. Dia mempunyai rangkaian kerja
yang luas dan sanggup belajar perkara yang baru.

Seorang lagi pekerja ialah Puan Siti dan beliau telah berada dalam organisasi
selama sepuluh tahun dalam memulakan kerjayanya sebagai pembantu pemasaran
dan sentiasa berpeluang terlibat di dalam majlis-majlis yang besar di dalam
organisasi.

Merujuk kepada latar belakang dan personaliti, kedua dua calon mempunyai kriteria
sebagai pengurus. Walau bagaimanapun Dato Haji memilih Amran berbanding Siti.
Siti berasa curiga dengan Amran dan merasakan Amran menggunakan kuasa politik
organisasi bagi mendapatkan posisi tersebut.

4
DBF 2133 GELAGAT ORGANISASI

Soalan

1. Organisasi politik apakah yang telah dilakukan oleh Amran dalam memenangi
jawatan tersebut?
2. Pada pendapat anda, apa yang patut dilakukan oleh Puan Siti untuk membuat
Dato Haji Taib berubah fikiran?
3. Semenjak Puan Siti bekerja di dalam organisasi selama 10 tahun, pada
pendapat anda apa yang sepatutnya Puan Siti lakukan untuk menambah
kebergantungan organisasi terhadapnya?

KERTAS SOALAN TAMAT

5
DBF 2133 GELAGAT ORGANISASI

You might also like