You are on page 1of 6

8.

0 Dapatan Kajian dan Perbincangan

Bab ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan maklum balas responden
soal selidik yang telah dijalankan berkaitan tentang punca pendapatan dan corak perbelanjaan
Pekerja Am di Best Western Marina Island Resort di Lumut, Perak.

8.1 Data Demografi Responden

Rajah 1 menunjukkan peratus bilangan responden yang di soal selidik mengikut jantina
Pekerja Am di Best Western Marina Island , Lumut, Perak.

Rajah 1: Peratus bilangan responden mengikut jantina

Jantina

33%

67%

Lelaki Perempuan

Sumber: Kerja Lapangan

Rajah 1 menunjukkan peratus jantina bagi 30 responden yang di soal selidik


di lokasi kajian. Berdasarkan rajah 1, bilangan lelaki lebih banyak daripada bilangan
perempuan yang bekerja di Best Western Marina Island, Lumut, Perak. Bilangan pekerja
lelaki sebanyak 20 orang bersamaan 67 peratus manakala bilangan pekerja perempuan ialah
sebanyak 10 orang bersamaan 33 peratus. Hal ini dapat dilihat bahawa pekerja lelaki
kebanyakkan daripadanya mencari punca pendapatan di Best Western Marina Island, Lumut,
Perak berbanding dengan pekerja perempuan. Salah satu faktor yang mempengaruhi bilangan
pekerja lelaki dan perempuan kerana pengurus Best Western Marina Island Resort
menginginkan pekerja lelaki lebih banyak berbanding pekerja perempuan.
Rajah 2 menunjukkan bilangan responden yang disoal selidik mengikut umur Pekerja Am
di Best Western Marina Island, Lumut, Perak.

Rajah 2: Bilangan responden mengikut umur

Umur
12
Bilangan Responden

10

0
20 - 29 Tahun 30 - 39 Tahun 40 - 49 Tahun 50 ke atas
Umur 9 10 6 5

Sumber: Kerja Lapangan

Rajah 2 menunjukkan bilangan umur bagi 30 responden sama ada lelaki dan
perempuan. Berdasarkan rajah 2, bilangan umur responden yang berumur 30 hingga 39 tahun
adalah yang paling tinggi iaitu seramai 10 orang. Hal ini kerana mereka lebih selesa bekerja
di Marina Island Resort di samping ingin mencari punca pendapatan untuk kepentingan
masing – masing.

Golongan pekerja muda yang berumur 20 hingga 29 tahun adalah kedua tertinggi di
Best Western Marina Island Resort,Lumut iaitu seramai 9 orang. Hal ini disebabkan
kebanyakkan daripada pekerja yang berumur 20 hingga 29 tahun ingin memenuhi jawatan
kosong yang disediakan oleh pengurus hotel bagi mencari sumber pendapatan untuk
kepentingan sendiri seperti ingin memperolehi wang untuk berkahwin.

Bagi pekerja yang berumur 40 hingga 49 tahun adalah seramai 6 orang manakala
pekerja yang mempunyai umur 50 tahun dan ke atas pula adalah seramai 5 orang sahaja. Hal
ini demikian kerana kebanyakkan daripada mereka ingin mencari pekerjaan apabila mereka
sudah tamat tempoh pekhidmatan dalam tentera dan sebagainya. Namun begitu, terdapat
beberapa pekerja yang tidak terlibat dalam perkerja perkhidmatan awam.
Rajah 3 menunjukkan peratus bilangan responden yang di soal selidik mengikut status
perkahwinan Pekerja Am di Best Western Marina Island , Lumut, Perak.

Rajah 3: Peratus bilangan responden mengikut jantina

Status Perkahwinan

6%

27%

67%

Bujang Berkahwin Duda/janda

Sumber: Kerja Lapangan

Rajah 3 menunjukkan peratus bilangan status perkahwinan bagi 30 responden yang di


soal selidik di lokasi kajian. Berdasarkan rajah 3, status perkahwinan bagi yang sudah
berkahwin lebih banyak daripada status perkahwinan yang bujang , duda dan janda.

Responden yang sudah berkahwin seramai 20 orang iaitu 67 peratus. Responden yang
masih bujang ialah 8 orang bersamaan dengan 27 peratus manakala responden yang
mempunyai status perkahwinan duda atau janda pula seramai 2 orang iaitu 6 peratus.

Status perkahwinan mempengaruhi corak perbelanjaan responden kerana terdapat


banyak perbezaan apabila responden berbelanja pada setiap bulan. Pengkaji memilih ketiga –
tiga status perkahwinan iaitu sudah berumahtangga, bujang dan duda/janda untuk
memperolehi maklumat tentang corak perbelanjaan responden disamping mengenalpasti
punca pendapatan yang diperolehi oleh responden.
Rajah 4 menunjukkan peratus bilangan responden yang di soal selidik mengikut taraf
pendidikan perkahwinan Pekerja Am di Best Western Marina Island , Lumut, Perak.

Rajah 4: Peratus bilangan responden mengikut taraf prndidikan

Taraf Pendidikan

23% 27%

50%

PMR/SRP SPM/MCE STPM/DIPLOMA

Sumber : Kerja Lapangan

Rajah 4 menunjukan peratus bilangan taraf pendidikan bagi 30 responden yang di soal
selidik di lokasi kajian. Berdasarkan rajah 4, taraf pendidikan responden yang paling banyak
ialah SPM/MCE berbanding dengan PMR/SRP dan STPM/DIPLOMA.

Taraf pendidikan responden bagi SPM/MCE seramai 15 orang iaitu 50 peratus. Bagi
responden yang mempunyai taraf pendidikan PMR/SRP ialah seramai 8 orang bersamaan
dengan 27 peratus manakala taraf pendidikan rseponden yang mengambil STPM/DIPLOMA
pula ialah 7 orang iaitu sebanyak 23 peratus sahaja.

Pengkaji mendapati bahawa taraf pendidikan pekerja am di Best Western Marina


Island, Lumut amat penting untuk pengurus hotel memberi pekerjaan yang sepatutnya kepada
semua responden seperti SPM/MCE dan STPM/DIPLOMA diperlukan untuk pekerjaan
Penyambut Tetamu (Receptionist) dan Pembantu Dapur (Kitchen Helper). Bagi taraf
pendidikan seperti PMR/SRP mempunyai pekerjaan yang sesuai seperti Pencuci dan
Pembantu Hotel (Housekeeping) dan Pengawal Keselamatan (Security).
Rajah 5 menunjukkan bilangan responden yang disoal selidik mengikut umur Pekerja Am
di Best Western Marina Island, Lumut, Perak.

Rajah 5: Bilangan responden mengikut bilangan anak yang masih belajar

Bilangan Anak Yang Masih Belajar


20

18
Bilangan Responden

16

14

12

10

0
1-3 4-6
Tiada
orang orang
Bilangan Anak Yang Masih Belajar 9 19 2

Sumber: Kerja Lapangan

Rajah 5 menunjukkan bilangan anak yang masih belajar bagi 30 responden yang
berkerja di lokasi kajian. Berdasarkan rajah 5, bilangan anak yang masih belajar 1 hingga 3
orang adalah paling tinggi iaitu seramai 19 orang. Bilangan anak yang masih belajar 4 hingga
6 orang pula seramai 2 orang manakala bilangan anak yang tidak belajar adalah 9 orang.

Hal ini dapat dilihat bahawa seramai 21 responden mengeluarkan pendapatan kepada
anak – anak yang masih belajar untuk keperluan mereka seperti perbelanjaan sekolah.
Seramai 9 orang responden di dapati bahawa mereka tidak mengeluarkan pendapatan mereka
untuk anak – anak kerana lapan daripadanya adalah bujang manakala seorang lagi telah
berkerja. Faktor anak – anak juga mempengaruhi punca pendapatan dan corak perbelanjaan
Pekerja Am di Best Western Marina Island Resort, Lumut, Perak.
Jadual 1 : Punca Pendapatan Pekerja Am di Best Western di Marina Island, Lumut, Perak

Punca RM500 RM501 – RM1501– RM2501 – RM 3501 – RM 5000


Pendapatan ke bawah RM1500 RM2500 RM3500 RM4500 ke atas

ƒ % ƒ % ƒ % ƒ % ƒ % ƒ %

1.Gaji/Terimaan - - 19 63.33 6 20.0 3 10.0 1 3.33 1 3.33


Wang pencen

2.Gaji/Terimaan 2 6.67 7 23.33 3 10.0 2 6.67 1 3.33 1 3.33


wang pencen
pasangan
3. Sumbangan 3 10.0 1 3.33 - - - - - - - -
Anak
4. Untung 2 6.67 1 3.33 - - - - - - - -
(Perniagaan)

5. BR1M 7 23.33 7 23.33 - - - - - - - -


(Bantuan
Rakyat Satu
Malaysia)

6. Sewa 1 23.33 1 3.33 - - - - - - - -

7.Lain - lain 6 20.0 - - - - - - - - - -

Sumber: Kerja Lapangan

Jadual di atas menunjukkan punca pendapatan pekerja am di Best Western Marina Island
Resort, Lumut, Perak. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji mendapati bahawa
punca pendapatan responden mampu mempengaruhi corak perbelanjaan kerana mereka mempunyai
pelbagai pendapat untuk mencari sumber rezeki bagi kepentingan masing-masing.

You might also like