You are on page 1of 8

5.

0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Bahagian ini menrangkan keputusan analisis data berdasarkan borang soal selidik yang
telah diisi oleh 30 orang responden yang berada di sekitar kawasan kajian. Jawapan yang
diberi telah dikumpul dan diproses bagi mendapatkan statistik bertujuan untuk kajian.

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN


Seramai 30 orang responden yang berada di sekitar kawasan kajian iaitu pusat eko
pelancongan Jeram Mengaji Pasir Puteh,Kelantan telah diberi dan bersetuju untuk
mengisi borang soal selidik. Borang-borang soal selidik yang telah diisi oleh respoden
telah membolehkan analisis tentang latar belakang responden dilakukan bagi
mendapatkan statistik pelancong-pelancong yang hadir berdasarkan jantina, umur, status
perkahwinan dan pekerjaan.

5.1.1 JANTINA RESPONDEN


Jadual 1 : Jantina Responden
Jantina Bilangan (Orang) Peratusan (%)
Lelaki 18 60
Perempuan 12 40
(Sumber : Kajian lapangan 2023)
Jadual 1 Menunjukkan kategori jantina responden yang telah dipilih secara rawak di
sekitar pusat eko pelancongan Jeram Mengaji, Pasir Puteh, Kelantan. Berdasarkan data
yang telah dikumpul, didapati bahawa seramai 18 orang responden lelaki iaitu terdiri
daripada 60% jumlah responden dan 12 orang responden perempuan iaitu 40% jumlah
responden telah dipilih untuk menjawab borang soal selidik.
Rajah 1 : Demografi responden berdasarkan jantina

JANTINA

Perempuan
40%
Lelaki
60%

(Sumber : Kajian Lapangan 2023)

Berdasarkan rajah 1 menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina pelancong


yang disoal selidik tentang pusat eko pelancongan Jeram Mengaji , Daripada 30 orang
responden yang dipilih secara rawak untuk mengisi borang soal selidik, seramai 18 orang
merupakan lelaki iaitu bersamaan dengan 60 peratus dan menjadi majoriti pelancong
manakala jantina perempuan adalah seramai 17 orang bersamaan dengan 40 peratus.
5.1.2 UMUR RESPONDEN
Jadual 2 : Umur Responden
UMUR (tahun) Bilangan (Orang) Peratus (%)
Bawah 25 10 33
25-40 9 30
41-55 8 27
Melebihi 55 3 10
(Sumber : Kajian Lapangan 2023)
Jadual 2 menunjukkan umur responden yang dikategorikan kepada 4 kategori iaitu bawah
25 tahun, 25-30 tahun, 41-55 tahun dan melebihi 55 tahun. Berdasarkan data yang telah
diperoleh daripada borang soal selidik yang diisi oleh responden yang dipilih secara
rawak di kawasan kajian iaitu pusat eko pelancongan Jeram Mengaji, Pasir Puteh,
Kelantan mendapati bahawa daripada 30 orang responden, seramai 10 orang responden
berumur bawah 25 tahun iaitu bersamaan dengan 33.33 peratus. Seterusnya, calon yang
berusia 25-40 tahun seramai 9 orang iaitu bersamaan dengan 30 peratus. Sementara itu,
bagi yang berumur 41-55 adalah seramai 8 orang responden iaitu bersamaan dengan 26
peratus. Akhir sekali, responden yang umur melebihi 55 adalah seramai 3 orang iaitu
bersamaan dengan 10 peratus.
Rajah 2 : Demografi responden berdasarkan umur

Umur Responden

Melebihi 55 tahun
10%

Bawah 25 tahun
33%
41-55 tahun
27%

25-40 tahun
30%

(Sumber : Kajian Lapangan 2023)


Rajah 2 menunjukkan demografi responden berdasarkan umur yang telah dikategorikan.
Majoriti yang hadir ke pusat eko pelancongan Jeram Mengaji, Pasir Puteh, Kelantan
merupakan yang berumur bawah 25 tahun iaitu seramai 10 orang, atau bersamaan dengan
33 peratus. Seterusnya, terdapat 9 orang responden yang merupakan kategori yang
berumur 25-40 tahun bersamaan dengan 30 peratus iaitu merupakan kedua terbanyak
manakala yang kategori yang berumur 41-55 tahun mempunyai 8 orang responden iaitu
bersamaan dengan 27 peratus dan berkedudukan ketiga tertinggi. Akhir sekali adalah
kategori yang berumur melebihi 55 tahun hanya mempunyai 3 orang responden
bersamaan dengan 10 peratus iaitu merupakan kategori umur paling sikit.
5.1.3 STATUS PERKAHWINAN RESPONDEN
Jadual 3 : Status Perkahwinan Responden
Status Perkahwinan Bilangan (Orang) Peratus (%)
Bujang 10 33
Kahwin 15 50
Duda 3 10
Janda 2 7
(Sumber : Kajian Lapangan 2023)
Jadual 3 menunjukkan data status perkahwinan responden yang dikumpul daripada 30
borang soal selidik yang telah telah diisi oleh 30 orang responden. Daripada 30 orang
responden yang telah disoal selidik, didapati bahawa seramai 10 orang responden adalah
bujang dan 15 orang responden telah berkahwin. Terdapat juga responden yang
merupakan duda iaitu seramai 3 orang dan janda seramai 2 orang.
Rajah 3 : Demografi Responden Berdasarkan Status Perkahwinan

STATUS PERKAHWINAN
Janda
Duda 7%
10% Bujang
33%

Kahwin
50%

(Sumber : Kajian Lapangan 2023)


Berdasarkan rajah 3 menunjukkan demografi responden yang telah disoal selidik
berdasarkan status perkahwinan. Daripada 30 orang responden, didapati bahawa majoriti
yang disoal selidik merupakan responden yang telah berkahwin iaitu seramai 15 orang
atau bersamaan dengan 50 peratus iaitu setengah daripada jumlah responden. Seterusnya,
responden yang berstatus bujang menduduki tempat kedua tertinggi iaitu seramai 10
orang atau bersamaan dengan 33 peratus. Responden yang berstatus duda pula
mempunyai 3 orang iaitu bersamaan dengan 10 peratus lebih ramai berbanding dengan
yang berstatus janda iaitu seramai 2 orang atau bersamaan dengan 7 peratus.
5.1.4 PEKERJAAN RESPONDEN
Jadual 4 : Pekerjaan Responde
Pekerjaan Bilangan (orang) Peratus(%)
Kerajaan 10 33
Swasta 12 40
Lain-lain 8 27
(Sumber : Kajian Lapangan 2023)
Jadual 4 menunjukkan data yang jenis-jenis pekerjaan responden yang telah disoal selidik
di sekitar pusat eko pelancongan Jeram Mengaji, Pasir Puteh, Kelatan. Berdasarkan data
yang dikira dan dikumpul daripada borang soal selidik didapati bahawa daripada 30
orang responden, 12 orang responden merupakan pekerja swasta manakala 10 orang
responden merupakan penjawat awam yang berkerja dengan kerajaan dan selebihnya
iaitu seramai 8 orang bekerja dalam bidang lain-lain seperti berniaga sendiri.
Rajah 4 : Demografi Pekerjaan Responden

Jenis Pekerjaan

Lain-Lain
Kerajaan
27%
33%

Swasta
40%

(sumber : Kajian Lapangan 2023)


Rajah 4 menunjukkan demografi pekerjaan responden yang disoal selidik berkaitan
dengan pusat eko pelancongan Jeram mengaji, Pasir Puteh, Kelantan. Berdasarkan
demografi pada rajah 4, seramai 12 orang pelancong yang melancong ke Jeram Mengaji
merupakan pekerja yang bekerja di sector swasta iaitu merupakan majoriti yang
memegang peratusan paling tinggi iaitu 40 peratus. Penjawat awam yang berkhidmat
dengan kerajaan pula mempunyai seramai 10 orang responden atau bersamaan dengan 33
peratus sekaligus merupakan kedua terbanyak dalam kalangan responden dan selebihnya
iaitu seramai 8 orang atau 27 peratus merupakan pekerja yang bekerja dalam sector selain
daripada swasta atau kerajaan seperti peniaga atau petani.

You might also like