You are on page 1of 31

Falsafah Dan Pendidikan Di

Malaysia

Perkembangan Sistem Pendidikan


Di Malaysia: Sebelum Merdeka
Pengenalan:
Perkembangan merentasi lebih kurang 5 abad
abad ke15 hingga pertengahan abad ke20.
Meliputi sistem pendidikan di Tanah Melayu,
Sabah & Sarawak
Meliputi 5 tahap: pendidikan rendah, pendidikan
menengah, latihan perguruan, pendidikan
vokasional & teknik, & pendidikan tinggi.
Juga merangkumi beberapa penyata & laporan:
Rancangan Cheeseman, Laporan Barnes,
Laporan Fenn-Wu, Ordinan Pelajaran, Penyata
Razak.

SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA (1400-1956)

Sebelum Zaman Koloniallisme


British (1400-1786)

Semasa Zaman Kolonialisme


British (1786-1956)

Rumah guru

Sebelum Perang
Dunia kedua (17861941) (Tahap
Persekolahan)

Selepas Perang Dunia


Kedua (1946-1956)
(Laporan Pendidikan/
Tahap Pendidikan)

Masjid, surau &


madarasah

Pendidikan Rendah
& Menengah

Sekolah pondok

Latihan Perguruan

- Rancangan Cheeseman
(1946)
- Laporan Barnes (1951)
- Laporan Fenn-Wu
(1952)
- Ordinan Pelajaran
(1952)
- Penyata Razak
(1956) - Latihan
Perguruan
Pendidikan Tinggi

Pendidikan Islam
(Tempat)

Pendidikan
Vokasional & Teknik
Pendidikan Tinggi

Pendidikan Sebelum Zaman Kolonialisme British (1400-1786)


Dengan kedatangan agama Islam ke rantau Asia &
kemudian ke Melaka pd abad ke15 pendidikan
berteraskan agama Islam.
Mula diajar rumah-rumah guru:
Murid belajar mengaji al-Quran dan Fardhu Ain
daripada guru-guru yang dikenali sebagai ulamak di
rumah mereka.
Di pindah ke masjid, surau, dan madarasah
Untuk menampung bilangan murid yang bertambah.
Berpusat di institusi agama pondok
Sekolah agama tradisi utama.
Tiada sukatan piawai.
Mengikut kurikulum Masjid Al Haram di Makkah:
Tauhid, Al-Quran, Fiqh, Hadith, Nahu, Sufi, Tasawwuf
& Akhlaq, Bahasa Arab, & Tulisan Jawa.

Murid tinggal di pondok yang disediakan & belajar di


madrasah kepunyaan Tok Guru.
Selepas tamat pengajian berkhidmat di kampung
masing-masing.
Ada yang lanjut pelajaran ke Makkah, Kaherah,
Pakistan & India.
Melanjut pelajaran tinggi di Pakistan, Mesir, & negara
Timur Tengah yang lain.
1511 kedatangan Portugis pendidikan berasaskan
agama Kristian mazhab Roman Katolik
Bila Melaka jatuh ke Belanda pendidikan Kristian
mazhab Protestant.
1786 pemerintahan British pendidikan Inggeris

Semasa Zaman Kolonialisme British (1786-1956)


Sebelum Perang Dunia Kedua (1786-1941)
Pendidikan Rendah & Menengah:
Orang Melayu di beri pendidikan asas selama 6
tahun bagi tujuan
1. Membekalkan kemahiran asas melalui Ilmu
Hisab supaya lelaki boleh berniaga secara
kecil-kecilan.
2. Memupuk nilai-nilai murni kesucian peribadi,
kebersihan persekitaran.
3. Kefasihan Bahasa Inggeris di kalangan puteraputera di Raja.

Sekolah Melayu
Sekolah Melayu pada tahun 1800an:
Sekolah Melayu Gelugor, Pulau Pinang (1826)
Sekolah Melayu Bayan Lepas
Sekolah Melayu Ayer Hitam, Pulau Pinang
Sekolah Melayu Telok Belanga, Singapura
Sekolah Kampung Gelam, Singapura

Pendidikan si sekolah ini hingga darjah 5.


Orang Melayu kurang minat hantar anak ke sekolah.
A.M.Skinner (nazir sekolah) perkenalkan kelas mengaji
Quran.
Sebanyak 190 buah sekolah Melayu di buka tetapi
hanya sebilangan kecil orang Melayu mendaftar anak
untuk belajar di sekolah ini.

Perkembangan Sekolah Melayu


Untuk memastikan orang Melayu mendaftar anak di
sekolah, Kerajaan British menguatkuasakan Akta
Pelajaran Wajib.
Ibu bapa Melayu wajib menghantar anak mereka ke
sekolah.
Kerajaan British mendirikan lebih banyak sekolah
Melayu.
Sebilangan ibu bapa Melayu prasangka terhadap
persekolahan bagi anak perempuan mereka.
Oleh yang demikian, sekolah perempuan hanya
ditubuhkan pada 1889 di Telok Belanga, Singapura
and sebuah di Pulau Pinang.

Bagi orang India:


pendidikan asas
tamat tempoh persekolahan berkerja sebagai
buruh di ladang getah & trek keretapi.
Sekolah Tamil:
Sekolah Tamil di Pulau Pinang (1816)
Sekolah Anglo-Tamil di Melaka wujud 10 thn sja
Sekolah St Xavier Malabar, Singapura (1859)
Masalah:
Sambutan orang India terhadap sekolah ini kurang
memuaskan
sekolah tidak mencukupi, kurang lengkap.
sistem pendidikan kurang tersusun dari segi
kurikulum, pengurusan sekolah dsbnya.

Perkembangan Sekolah Tamil


1912 - Penguatkuasaan Undang-Undang Buruh. Pemilik
ladang wajib mendirikan sekolah.
1914 Penubuhan sekolah Tamil di kawasan
perbandaran yang menpunyai ramai penduduk orang
India.
1930 Penubuhan Nazir Sekolah Tamil dan latihan
untuk guru Tamil.
1930 Pengenalan sukatan pelajaran berorientasikan
Tanah Melayu melalui penggunaan Bahasa Tamil,
Malayalam, & Telegu.

Bagi orang Cina:


diberi kebebasan menubuh sekolah mereka,
menggunaka kurikulum, guru 7 buku teks dari
negara cina.
Kerajaan British berpegang dasar bahawa mereka
tidak bertanggungjawab membekalkan pendidikan
kepada rakyat tempatan (laporan Tahunan
Residen Jeneral Persekutuan Negeri-negeri
melayu)
Sekolah Cina:
Penubuhan dan pembiayaan sekolah Cina
tanggungjawab masyarakat Cina sendiri
Pendidikan sekolah Cina dibahagikan kepada 3
peringkat: Sekolah Rendah 6 tahun; Sekolah
Menengah Rendah (Junior Middle Three) 2
tahun; Sekolah Menengah Atas (Senior Middle
Three) 2 tahun

Perkembangan sekolah Cina


1913 Penubuhan Sekolah Menengah Cina pertama
1920 Penggunaan Bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar
mengganti penggunaan dialek.
1920 Enakmen Pendaftaran Sekolah-sekolah diluluskan bertujuan
menyekat perkembangan pangaruh politik di sekolah Cina. Semua
sekolah, guru & ahli Lembaga Sekolah Cina diwajib didaftarkan dengan
Kerajaan British.
1924 Tumpuan Kerajaan British keatas pendidikan Cina kesedaran
bahawa puak nasionalis mula kempen anti British di sekolah Cina.
Pengaruh ideologi kommunis.
Sekolah Cina menjadi sekolah separuh Kerajaan dapat bantuan
kewangan, pembinaan sekolah dan pelantikan Nazir oleh pihak British.
1945 Penyemakan semula sukatan pelajaran berciri tempatan.
1945 Bahasa Inggeris & Bahasa Melayu dilaksanakan di sekolah cina.

Sekolah Inggeris
Sekolah Inggeris di kenali sebagai sekolah Mubaligh.
Sekolah ini di kelolakan oleh mubaligh Kristian:
Penang Free School 1816
Melaka Free School 1826
Singapore Free School 1834
Kenapa dinamakan free school? Diberi kebebasan untuk menerima
murid-murid yang terdiri daripada berbilang kaun dan agama.
Sekolah Inggeris mempunyai beberapa ciri tertentu:
Terletak di kawasan bandar kurang orang Melayu.
Mewajibkan murid bukan beragama Islam mengikuti pelajaran
agama Kristian.
Memperluaskan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar.
Mendapat bantuan kewangan & sokongan daripada Kerajaan
British.

Selepas Perang Dunia Kedua (1946 1956)


Kerajaan British merancang untuk menstruktur semula
sistem pendidikan.
1946 Rancangan Cheeseman mencadangkan:
Pendidikan peringkat rendah (asas) percuma dalam
semua bahasa pengantar;
Pendidikan peringkat menengah menggunakan
Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin
dan Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar;
Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib di
semua sekolah vernakular.
Rancangan Cheeseman di lupuskan tanpa
dilaksanakan kerana tidak berhasrat membawa integrasi
sosial.

Laporan Barnes (1951)


Jawatankuasa Barnes ditubuh untuk mengkaji & baiki
pendidikan orang Melayu.
Laporan Barnes mencadangkan:
Menubuhkan sekolah dwibahasa di mana bahasa
pengantar ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris;
Sekolah-sekolah Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan
secara beransur-ansur kepada sekolah kebangsaan;
Pengajaran agama menggantikan pengajaran Jawi di
sekolah. Ini bertujuan untuk mengurangkan bebanan ibu
bapa yang terpaksa menghantar anak-anak mereka ke
kelas agama pada waktu petang kerana pengajaran
agama tidak diajar pada waktu persekolahan.
Implikasi Laporan Barnes ialah sekolah vernakular akan
di hapuskan.

Laporan Fenn-Wu (1952)


1951 Jawatankuasa Fenn-Wu telah ditubuhkan untuk
mengkaji kehendak masyarakat Cina yang mempunyai
tanggapan bahawa Laporan Barnes berhasrat untuk
menghapuskan bahasa & budaya orang Cina.
Orang Cina bersedia mempelajari 3 bahasa. Mereka
bersedia menerima Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar, tetapi masih ingin
mengekalkan bahasa ibunda mereka sebagai simbol
identiti budaya.
Cadangan Laporan Fenn-Wu: Bahasa Melayu, Bahasa
Cina & Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar di
sekolah-sekolah vernakular.

Ordinan Pelajaran 1952


Kerajaan British menubuhkan Jawatankuasa Penasihat
Pusat untuk mengkaji cadangan-cadangan laporan
Barnes & Fenn-Wu & mencari satu kompromi.
Ordinan Pelajaran 1952 mencadangkan:
Sistem pendidikan sekolah kebangsaan dilaksanakan
melalui pengenalan Bahasa Inggeris secara
beransur-ansur di sekolah-sekolah Melayu;
Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris juga mula
dikuatkuasakan disekolah-sekolah Cina & Tamil;
Sekolah jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan;
Pendidikan agama diadakan pada waktu
persekolahan untuk murid beragama Islam.
Sekolah-sekolah vokasional diperkembangkan.

Penyata Razak (1956)


17 cadangan yang menjadi asas pembentukan Dasar Pendidikan
Kebangsaan:
Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris wajib bagi semua sekolah
rendah & menengah;
Bahasa Inggeris, Bahasa Cina & Bahasa Tamil menjadi bahasa
pengantar bagi sekolah jenis kebangsaan;
Dua jenis sekolah yang terbuka kepada semua etnik; sekolah
rendah yang menerima bantuan atau persendirian, dan sekolah
menengah yang menerima bantuan atau persendirian;
Sistem pendidikan sekolah menengah terdiri daripada Sekolah
Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) &
Pra Universiti;
Sistem peperiksaan yang berpusat & sama bagi semua;
Guru-guru sekolah rendah & menengah yang berkelayakan;
Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional;
Penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan.

Sistem Pendidikan
Selepas Merdeka

Sistem Pendidikan Selepas Merdeka


1960 Laporan Rahman Talib
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama;
Persekolahan sekolah menengah adalah percuma;
Peningkatan secara automatik ke Tingkatan 3;
Penubuhan sekolah teknik & vokasional;
Penekanan kepada pendidikan agama & moral.
1961 Akta Pelajaran
Laporan Rahman Talib diwartakan sebagai Akta
Pelajaran 1961.
1963 Akta Bahasa Kebangsaan
Pengisytiharan Bahasa Malaysia sebagai bahasa
rasmi & bahasa pengantar di semua peringkat
persekolahan.

1963-1974 Rukunegara & Dasar Ekonomi Baru (DEB)


Agihan peluang-peluang pendidikan yang sama bagi
bandar & luar bandar.
1976 Akta Pelajaran 1961
Berkuatkuasa bagi negeri Sabah & Sarawak.
1979 Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji
pelaksanaan Dasar Pelajaran.
Penekanan kepada perpaduan negara;
Tumpuan kepada sumber manusia yang
berkemahiran demi kemajuan & pembangunan
negara;
Pendemokrasian pendidikan;
Pembentukan masyarakat Malaysia yang bermoral &
berdisiplin.

Pendidikan Semasa

Pendidikan Semasa

AKTA PENDIDIKAN 1996

DASAR PENDIDIKAN
KEBANGSAAN 1999

Sekolah Bestari, Sekolah Wawasan, PPSMI, KIA 2M

PELAN INDUK PEMBANGUNAN


PENDIDIKAN (2006 2010)

Akta Pendidikan 1996


3 peruntukan perundangan umum dalam Akta Pend 1996
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dikemukakan
pada tahun 1988 dijadikan asas & landasan;
Konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan
lagi & merangkumi:
Semua tahap persekolahan iaitu bermula dari pra sekolah
hingga pendidikan tinggi;
Semua kategori sekolah sekolah kerajaan, sekolah bantuan
kerajaan & sekolah swasta;
Status Bahasa Kebangsaan dijadikan bahasa pengantar
utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Juga
matapelajaran wajib diajar di semua sekolah & institusi
pendidikan

Dasar Pendidikan Kebangsaan


Matlamat Pendidikan Kebangsaan
Melahirkan bangsa Malaysia yang bersifat taat setia
dan bersatu padu;
Melahirkan warga Malaysia yang berilmu, beriman,
berakhlak mulia, berterampilan & sejahtera;
Menyediakan sumber tenaga manusia untuk
keperluan & pembangunan negara; &
Menyediakan peluang-peluang pendidikan yang sama
bagi semua warga negara Malaysia.

Pengajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris


(PPSMI)
Pada 2002 kerajaan mengumumkan bahawa mulai
tahun 2003, mata pelajaran Sains & Matematik akan
diajar dalam Bahasa Inggeris manakala mata pelajaran
lain kekal diajar dalam Bahasa Melayu.
Tujuan: ajar negara ini tidak ketinggalan dalam
globalisasi dunia.

Pendidikan Wajib
Setiap ibu bapa warganegara Malaysia (yang menetap
di Malaysia) yang mempunyai anak mencapai umur
enam tahun hendaklah mendaftar anak tersebut untuk
hadir ke sekolah.
Tempoh pendidikan wajib di sekolah rendah adalah
selama enam tahun.
Kegagalan ibu bapa untuk memastikan anak mereka
mengikuti pendidikan wajib merupakan kesalahan dari
segi undang-undang.
Ibu bapa berkenaan boleh dikenakan denda tidak
melebihi RM5000.00 atau dipenjarakan tidak lebih 6
bulan atau kedua-duanya sekali.

Sekolah Bestari

Wawasan 2020

Pembelajaran
tradisional hafalan,
latih tubi

Rasional

Perkembangan sains &


teknologi

Sekolah Bestari

Pembelajaran
moden (kreatif,
penggunaan
teknologi)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pekerja ilmu, pendemokrasian pendidikan, penglibatan stakeholders

Sekolah Wawasan
Merupakan salah satu usaha kerajaan untuk melahirkan
bangsa Malaysia yang akan menghapuskan jurang
perkauman dan lebih bersifat cintakan negara.
Konsep:
Pengelompokan tiga buah sekolah dalam satu kawasan
yang sama. Iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah
Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan Tamil.
Setiap sekolah mempunyai bangunan sendiri yang boleh
disambung antara satu sama lain dengan menggunakan
jambatan penghubung.
Murid-murid berbilang kaum akan belajar bersama-sama
dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau
agama.
Contoh:
Sekolah Wawasan Lurah Bilut

Program Kelas Intervensi Asas Menbaca & Menulis (KIA2M)


Matlamat:
1. bantu
murid Thn 1 baca
& menulis dlm BM
2. ikut P
& P selaras dgn
kebolehan
3. tingkat
keyakinan
4. minat belajar
Guru:
Bahasa Melayu
Tahun 1
Pemulihan
khas
PJK, Pend.
Muzik, Pend
Seni Visual

Kegagalan menguasai kemahiran


membaca & menulis
KELAS INTERVENSI ASAS
MENBACA & MENULIS
Penguasan 2M murid Tahun 1
Sekolah kebangsaan WAJIB
Sekolah jenis kebangsaan - PILIHAN

Pencalonan, ujian penapisan,


perancangan, pengajaran, penilaian,
tindakan susulan

Kumpulan sasaran:
M perlukan
pemulihan dalam
kelas
M perlukan
pemiluhan khas
M lambat membaca
& menulis

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan


2006-2010
Teras 1: Membina Negara Bangsa
Teras 2: Membangunkan Model Insan
Teras 3: Memperkasa Sekolah Kebangsaan (SK)
Teras 4: Merapatkan Jurang Pendidikan di Luar
Bandar
Teras 5: Memartabatkan Profesion Keguruan
Teras 6: Melonjakkan Kecemerlangan Institusi
Pendidikan

You might also like