You are on page 1of 2

Pernyataan Masalah

Dunia moden ini membekalkan pelbagai inovasi dalam kehidupan masyarakat


Malaysia. Maka ICT merupakan salah satu daripadanya yang kini banyak memberi
impak dalam kehidupan warga pendidik di Malaysia. Memang tidak dinafikan bahawa,
suatu perkara yang baru diperkenalkan dalam kehidupan sesuatu masyarakat tentunya
akan menimbulkan pelbagai reaksi sebelum diterima menjadi sebahagian dari budaya
kehidupan. Maka, ICT ini juga menghadapi konsekuensi yang sama. Terdapat
beberapa factor yang menjadi halangan kepada penerimaan teknologi maklumat dan
komunikasi ini dalam kehidupan. Antaranya ialah, kekurangan aspek fisiologi,
ketidaksesuaian kecangihan dan kebaikan yang dibekalkan kepada individu dan sikap
guru yang tidak menerima perubahan. Justeru, Kementerian Pelajaran Malaysia juga
memberikan pelbagai kemudahan kepada sekolah di Malaysia baik sekolah Bandar
atau Luar Bandar tanpa mengira jurang kedudukan sekolah. Baru-baru ini juga KPM
membekalkan telefon pintar (TABLET) kepada semua warga pendidik, peralatan-
peralatan ICT untuk melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.

Sebaliknya, KPM juga berganding bahu dengan organisasi-organisasi lain untuk


memantapkan lagi kemudahan ICT di sekolah-sekolah. Misalnya Projek 1BestariNet di
sekolah merupakan usaha KPM dengan bantuan YTL Communication Sdn. Bhd.
Tujuannya adaah untuk memantapkan lagi sistem rangkaian ICT. Projek yang besar ini
membantu sekolah-sekolah di Malaysia dalam kelengkapan akses internet pada masa
yang sama dengan kelajuan yang tinggi. 10,000 buah sekolah dilibatkan dalam program
ini. Program ini bertujuan untuk menukarkan platform

pendidikan Negara kita. Ia juga membantu dalam merapatkan lagi jurang digital
para murid kita baik dari kawasan Bandar atau luar Bandar. Dengan kata lain, melalui
program ini semua murid dan guru di Negara akan kita melibatkan diri meraka dalam
pendidikan berdasarkan internet. Usaha ini juga mempunyai tujuan yang unggul iaitu
menjadikan Negara kita sebagai Negara pertama di dunia yang mempunyai VLE di
semua sekolah.

Namun begitu, pengkaji melihat ramai guru di SJK(T) zon Terong, daerah Larut
Matang Selama (LMS) lebih berminat menggunakan kaedah tradisional sahaja. Mereka
susah dan tidak biasa dengan penggunaan ICT dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Tidak terlanjur jika mengatakan para guru Larut Matang Selama ini
memang mendedahkan dengan kebaikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran. ICT mampu meningkatkan minat murid dan penglibatan murid juga
berganda tiga hingga lima kali dalam proses PdP. Ini dapat diketengahkan oleh Howell
(1971) dalam kajian beliau atas subjek Bahasa Perancis dengan menggunakan
komputer berbanding cara konvensional. Sebaliknya, pengkaji mendapati bahawa, ICT
ini digunakan oleh guru yang sama sahaja. Justeru, guru yang menggunakan
kemudahan inilah lebih mahir dan maju dalam pengoperasian peralatan dan perisian
ICT berbanding rakan guru yang lain.

You might also like