You are on page 1of 3

Potensi dan Peningkatan e-Dagang di Malaysia

Urusniaga digital merupakan format yang sangat berbeza daripada bentuk


urusniaga tradisional. Perdagangan elektronik atau dikenali sebagai e-dagang
merupakan sistem perniagaan jual beli yang dilakukan di internet.
Proses jual beli ini secara keseluruhannya melibatkan pihak penjual, pembeli dan
pihak-pihak ketiga seperti bank, syarikat-syarikat kewangan, syarikat kad
kredit, pengeluar sijil pengesahan digital dan lain-lain lagi. Tujuan kewujudan
pihak ketiga ini membolehkan pembeli membeli dengan selesa serta meningkatkan
keyakinan pembeli di dalam proses jual beli secara e-dagang.
Seperti yang diketahui umum, pelbagai cara dan kaedah kerajaan lakukan untuk
menarik minat pengguna menggunakan internet seterusnya meningkatkan potensi
e-dagang untuk kemudahan seharian. Antaranya ialah:
1) Kerajaan meningkatkan penggunaan PC dan internet di Malaysia
Selaras dengan matlamat Malaysia yang ingin menjadi negara maju menjelang
2020, pernah diadakan sebelum ini kempen dimana para penjual dikehendaki
menyediakan promosi dan harga berpatutan kepada pelanggan untuk memiliki PC
dan internet. Kempen ini telah dilaksanakan oleh konsortium komputer dan
Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia. Tujuannya bagi menggalakkan
warga Malaysia celik IT dan bijak menggunakan teknologi seperti e-dagang
seterusnya menjadikan Malaysia setaraf dengan negara maju yang lain.
2) Memberikan pinjaman
Kerajaan turut memberikan pinjaman kepada kakitangan kerajaan untuk membeli
komputer serta memberikan potongan cukai dan kemudahan untuk pengeluaran
wang daripada KWSP. Ini menunjukkan kerajaan bertindak secara serius untuk
pembangunan IT.
3) Tempat awam
Bagi menggalakkan penggunaan PC dan internet, tempat-tempat awam seperti
siber cafe, perpustakaan, dewan pengguna dan sebagainya disediakan kemudahan
komputer dan internet. Hal ini membolehkan mereka yang tidak berkemampuan
dapat merasai dan mempelajari penggunaan internet di mana sahaja.
4) Kerjasama kerajaan dan swasta

Untuk meningkatkan penggunaan ICT seterusnya memperkenalkan kewujudan edagang, kerajaan dengan pertolongan pihak swasta akan terus menjalinkan
kerjasama bagi membantu rakyat Malaysia agar celik ilmu dalam bidang digital.
Ini merupakan usaha sama untuk mencapai wawasan negara maju 2020.
5) Kajian terperinci
Oleh kerana Asia Pasifik merupakan sebuah benua dengan ekonomi yang sedang
membangun dengan pesatnya, capaian Internet adalah salah satu aspek yang
penting untuk meningkatkan dagangan. Kerajaan Malaysia menganggarkan jumlah
e-dagang akan meningkat setiap tahun. Realitinya kini lebih banyak laman web edagang tempatan muncul dan ini merupakan satu petanda yang amat baik.
6) Menyeluruh
Kebaikan dan kelebihan pada usahawan kecil mahupun usahawan mikro diluar
bandar ialah boleh meluaskan dan melebarkan pemasaran di peringkat global
melalui e-dagang. Mereka berpeluang melangkah dengan lebih jauh dengan
meneroka di pasaran antarabangsa seiring dengan perkembangan teknologi
terkini.

You might also like