You are on page 1of 6

CIRI-CIRI KEPIMPINAN

Jenis Kepimpinan yang Diamalkan oleh Guru Besar dan Pentadbir di Sekolah
Kebangsaan Seri Sabak Uni

Kejayaan sesebuah sekolah terletak pada keberkesanan seluruh sistem, nilai,


kepercayaan, iklim, semangat dan budaya yang diamalkan oleh warga sekolah iaitu
pelajar, kakitangan sokongan, guru-guru dan pihak pentadbir. Pihak yang amat
besar pengaruhnya kepada kecemerlangan dan kejayaan organisasi sekolah itu
ialah pemimpin sekolah iaitu guru besar dan pentadbir di sekolah. Mereka
bertanggungjawab secara langsung dalam melaksanakan segala program
pendidikan di sekolah. Tugas mereka meliputi tugas-tugas sebagai pentadbir,
pengurus, penyelia, pengarah, pemudah cara, penyelaras, pemberangsang dan
penilai ( Benis, 1985). Kemampuan ini dapat dilihat melalui cara mereka berperanan
mengurus sekolah iaitu sama ada mereka berupaya menjadikan sekolah yang
mereka pimpin berkesan atau sebaliknya. Sekolah memerlukan pemimpin atau
pengurus yang berkesan untuk mentadbir dan jika tidak, masalah akan wujud dalam
organisasi tersebut.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai jenis kepimpinan yang diamalkan


oleh guru besar dan pentadbir Sekolah Kebangsaan Seri Sabak Uni, kami telah
menemu ramah Tuan Hj. Abdul Hadi bin Atan, GPK Pentadbiran. Menurut beliau, En.
Maiden bin Abu Bakar sebagai guru besar Sekolah Kebangsaan Seri Sabak Uni
merupakan orang yang terutama di peringkat sekolah untuk menyokong dan
memastikan kejayaan pelaksanaan teras yang berkaitan di peringkat sekolah. Kualiti
kepimpinan yang tinggi adalah sangat diperlukan untuk mengurus dan mentadbir

sekolah bagi melahirkan generasi berkualiti. Beliau seorang yang berpandangan


jauh, proaktif dan berani melakukan perubahan demi kepentingan dan masa
depan pelajar mengikut perkembangan dan kesesuaian zaman, dan seterusnya
membimbing dan berusaha untuk melonjakkan pencapaian sekolahnya ke peringkat
yang lebih cemerlang.

Selain itu, guru besar Sekolah Kebangsaan Seri Sabak Uni juga menjaga
hubungan pemimpin-ahli yang baik bagi memperoleh kerjasama yang erat
daripada guru-guru dan seluruh warga sekolah. En. Maiden bin Abu Bakar
merupakan seorang pemimpin sekolah yang dihormati dan sentiasa dijadikan
inspirasi kepada guru-guru yang lain. Ini adalah penting kerana apabila hubungan
guru besar dan guru berada dalam keadaan baik, guru akan berasa lebih mudah
untuk menjalankan tugas dan meningkatkan motivasi guru untuk mengajar muridmurid. Guru juga akan berusaha untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang
kondusif di dalam kelas. Seterusnya, murid-murid juga akan berasa seronok untuk
belajar di dalam kelas yang kondusif bersama guru yang bersemangat dan inovatif.

Menurut Tuan Hj. Abdul Hadi bin Atan juga berkata, dalam penentuan
keberkesanan dan kejayaan Sekolah Kebangsaan Seri Sabak Uni, kepimpinan En.
Maiden bin Abu Bakar selalu dijadikan fokus utama oleh masyarakat. Kita tidak
dapat melarikan diri daripada hakikat bahawa ibu bapa menaruhkan kepercayaan
yang tinggi kepada sesebuah sekolah jika mereka mempunyai kepercayaan yang
tinggi pada kepimpinan guru besar. Selain itu, En. Maiden juga perlu merancang
dengan teliti struktur tugasan dalam organisasi di sekolah. Selain daripada
menjaga hubungan pemimpin-ahli yang baik, guru besar juga perlu menumpukan
kepada aspek-aspek berkaitan dengan struktur tugasan seperti penyusunan
serta pembahagian tugas, penekanan terhadap pencapaian matlamat sekolah,
menghayati dan mengamalkan peraturan-peraturan atau arahan yang
ditetapkan, penghasilan berkualiti dan budaya kerja cemerlang. Sebagai pemimpin,
En. Maiden bin Abu Bakar perlu memastikan segala pembahagian tugasan
dilakukan secara adil dan saksama tanpa ada rasa ketidakpuasan hati dari manamana pihak.

Secara terperinci, Tuan Hj Abdul Hadi bin Atan telah menjelaskan lima corak
tingkah laku kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar di Sekolah Kebangsaan
Seri Sabak Uni, iaitu:
Dal

i.
memberita
hu

ii. menjual

iv.
meminta
pandangan
dan

iii. menguji

v.
menyertai

am corak tingkah laku yang pertama iaitu memberitahu, Encik Maiden bin Abu
Bakar selaku guru besar sentiasa mengenal pasti masalah, menimbangkan caracara penyelesaiannya, memilih salah satu kaedah penyelesaian masalah tersebut
dan memberitahu kakitangannya/warga sekolah untuk melakukan sesuatu tugas
berdasarkan kerangka kerja yang dikemukakannya. Contohnya dalam aspek
peningkatan prestasi akademik di sekolah kluster, Encik Maiden perlu mengenal
pasti kelemahan pelajar-pelajarnya dan seterusnya menimbangkan cara-cara untuk
mengatasinya seperti mengadakan kelas pemulihan untuk pelajar-pelajar yang
lemah. Seterusnya Encik Maiden perlu memilih kaedah pemulihan yang sesuai
dengan pelajar-pelajar tersebut dan menjelaskan kepada guru-guru kaedah
perlaksanaan kelas pemulihan tersebut. Di sini, Encik Maiden sebagai guru besar
sekolah kluster perlu menjelaskan dengan terperinci kepada guru-guru tentang
kaedah perlaksanaan tersebut seperti penetapan waktu, tempat, penggunaan bahan
serta alatan, kaedah penilaian,sumber kewangan dan lain-lain. Menurut pandangan
guru-guru pelaith, corak tingkah laku memberitahu ini yang berpusatkan kepada
pengetua dilihat lebih sesuai dipraktikkan oleh pengetua sekolah kluster terhadap
guru-guru baru yang masih cetek dengan pengetahuan dan pengalaman. Corak

tingkah laku ini juga amat sesuai digunakan terhadap guru yang kurang bermotivasi
dan tidak kreatif dalam pengajaran mereka.
Corak tingkah laku yang kedua iaitu corak menjual. Mengikut corak tingkah
laku ini, Encik Maiden mengeluarkan sesuatu arahan untuk melakukan sesuatu
tugasan dengan cara menjelaskan kebaikan, keburukan serta kaedah
perlaksanaannya kepada guru-guru dalam nada yang berbentuk memujuk.
Contohnya projek untuk mengumpul dana sekolah sehingga mencecah puluhan ribu
ringgit yang mungkin agak sukar dicapai tanpa komitmen guru-guru maka Encik
Maiden perlu menjual idea yang diilhamkannya dengan cara menerangkan secara
terperinci kaedah untuk melaksanakan projek tersebut. Di samping itu beliau juga
perlu menjelaskan faedah-faedah yang bakal diperoleh oleh pelajar-pelajar serta
guru-guru demi untuk meningkatkan lagi martabat sekolah kluster tersebut.
Kebolehan Encik Maiden untuk mengajak serta memujuk guru-guru
menyempurnakan tugasan ini akan menjadi petunjuk kepada kejayaan yang bakal
dikecapi. Corak tingkah laku ini amat sesuai ditekankan dalam kepimpinan pengetua
yang mempunyai guru-guru yang berpengetahuan serta berpengalaman tetapi agak
kurang bermotivasi untuk melakukan sesuatu kerja.

Corak tingkah laku kepimpinan ketiga ialah menguji. Encik Maiden yang
mengamalkan corak kepimpinan menguji ini mengenal pasti masalah dan
mencadangkan cara penyelesaiannya. Seterusnya beliau mendapatkan maklum
balas tentang cadangan yang dikemukakannya, namun keputusan muktamad akan
ditentukan oleh beliau sendiri. Di sini, Encik Maiden dapat menilai sesuatu cadangan
yang dikemukakannya sebelum sesuatu keputusan di ambil berdasarkan maklum
balas yang diterima daripada guru-guru. Contohnya dalam soal pembelian bola
sepak dan kasut bola untuk murid-murid yang agak mahal di mana peruntukan
kewangan yang banyak diperlukan maka corak tingkah laku menguji ini dilihat
mampu memberikan maklumat sampingan yang mungkin tidak disedari oleh
pengetua. Corak tingkah laku menguji ini amat sesuai diaplikasikan oleh beliau
apabila berhadapan dengan guru-guru yang telah lama berkecimpung dalam bidang
pendidikan serta mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam
sesuatu aspek yang dibincangkan.

Dalam mentadbir sesebuah sekolah kluster, Encik Maiden juga mengamalkan


corak kepimpinan di mana beliau meminta pandangan daripada guru-guru, dan
guru-guru diberi peluang melibatkan diri dalam proses membuat keputusan sebelum
pengetua memilih satu keputusan yang pada pandangannya adalah yang terbaik
dalam sesuatu perkara. Di sini Encik Maiden berpeluang mendapatkan pilihan
jawapan terhadap sesuatu permasalahan yang timbul sebelum beliau menganalisis
setiap pandangan itu dan memilih satu yang terbaik di antaranya. Contohnya apabila
berhadapan dengan sesuatu masalah disiplin pelajar yang agak serius, Encik
Maiden sentiasa bijak mengambil tindakan terhadap pelajar berkenaan agar tidak
timbul sebarang isu yang tidak diingini malah tindakan itu dilihat mampu menjadi
teladan kepada pelajar-pelajar agar tidak mengulangi kesalahan yang sama. Di sini
pandangan daripada guru-guru disiplin amat diperlukan oleh pengetua sebelum
keputusan yang tepat diambil oleh beliau. Corak tingkah laku ini amat sesuai
dipraktikkan oleh pengetua apabila sebuah sekolah kluster mempunyai guru-guru
yang berpengetahuan dan berpengalaman tinggi dalam sesuatu bidang yang
berkenaan. Pengetahuan dan pengalaman guru-guru ini dipertimbangkan dalam
gaya kepimpinan beliau untuk menjadikan sekolah kluster yang dipimpinnya menuju
ke arah kecemerlangan.

Tingkah laku kepimpinan kelima ialah menyertai. Mengikut ciri kepimpinan


ini, Encik Maiden sentiasa menggalakkan penyertaan guru-guru dalam proses
membuat keputusan dan seterusnya beliau bersetuju dengan sebarang keputusan
yang diambil. Di sini , beliau melibatkan diri sebagai salah seorang ahli di dalam
kumpulan tersebut di mana corak kepimpinan yang demokratik ditunjukkan oleh
beliau. Contohnya dalam proses penetapan visi dan misi sekolah untuk suatu jangka
masa yang panjang, maka penglibatan guru-guru dalam proses menentukan visi dan
misi sekolah ini akan meningkatkan lagi motivasi guru-guru untuk bekerja bagi
mencapai visi dan misi tersebut kerana guru-guru merasakan diri mereka adalah
sebahagian daripada organisasi tersebut serta sumbangan mereka lebih dihargai
oleh guru besar. Guru-guru juga akan merasa lebih bertanggungjawab terhadap
tugasan yang diberikan kepada mereka.

Kesimpulannya, pemimpin yang berkesan dikatakan dapat mengubah


organisasi mereka daripada keadaan yang sedia ada kepada satu keadaan yang
dinamik serta mempunyai matlamat pencapaian. Ini dapat dilakukan dengan
mencipta wawasan untuk organisasi, menanamkan semangat bertanggungjawab
untuk melaksanakan perubahan pada kakitangan dan menyemai budaya dan
strategi baru bagi organisasi mereka agar segala tenaga dapat digerakkan dan
segala sumber dapat digunakan. Sesebuah sekolah yang berkesan dan berjaya
memerlukan pemimpin sekolah yang bijak melaksanakan tugas dan
tanggungjawabnya.

Disediakan oleh,

alyssa
(ALYSSA GOH HARN YIING)
RBT 2 SJKC SEM 5
PISMP Ambilan Jan 2013,
IPG Kampus Tun Hussein Onn,
Batu Pahat, Johor.

20 Februari 2015

You might also like