You are on page 1of 5

Ekonomi Berasaskan

Pengetahuan dan ICT


Ekonomi Berasaskan Pengetahuan
Ekonomi berasaskan pengetahuan akan menyediakan landasan
ke arah mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat
dan meningkatkan daya saing antarabangsa untuk mencapai
objektif Wawasan 2020. Teras pembangunan untuk ekonomi
berasaskan pengetahuan adalah berteraskan perkara-perkara
berikut:

• Membangunkan tenaga kerja berasaskan berpengetahuan,


antara lain, melalui kajian menyeluruh terhadap sistem
pendidikan dan latihan, melaksanakan/memperluaskan
sistem pembelajaran sepanjang hayat dan melaksanakan
program yang berupaya menarik, memotivasi dan
mengekalkan modal insan berkemahiran yang diperlukan
bagi mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi;
• Mempergiatkan usaha dalam inisiatif S&T dan R&D
berasaskan permintaan;
• Memperluaskan pembangunan info struktur bagi membantu
pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan;
• Sistem kewangan yang sejajar dengan pembangunan aktiviti
berasaskan pengetahuan;
• Meningkatkan kandungan pengetahuan dalam sector
pertanian, pembuatan dan perkhidmatan;
• Mendorong EKS untuk bersedia menghadapi ekonomi
berasaskan pengetahuan serta mengenalpasti dan
memanfaatkan sepenuhnya peluang yang wujud;
• Sektor awam yang cekap dalam perolehan, penggunaan,
penyebaran dan pengurusan pengetahuan;
• Penggunaan pengetahuan secara beretika; dan
• Melaksanakan program merapatkan jurang digital di antara
kumpulan pendapatan, etnik dan umur, masyarakat Bandar
dengan luar Bandar serta di antara wilayah.

Selain itu, Pelan Induk Ekonomi Berdasarkan Pengetahuan


(KEMP) yang dilancarkan pada tahun 2002 mengandungi 136
cadangan yang meliputi pembangunan sumber manusia, struktur
informasi, insentif, pembangunan S&T, orientasi semula sektor
swasta dan awam serta menangani jurang digital.

ICT
» Meletakkan Malaysia sebagai sebuah Hab Utama Global
bagi ICT dan Multimedia

• Malaysia perlu beralih daripada pengeluar produk dan


penyedia perkhidmatan ICT sederhana kepada pengeluar
produk dan perkhidmatan ICT yang terpilih dan meningkat
maju daripada pengimport bersih kepada pengeksport
bersih. Isu berkaitan kekurangan penerimaan produk,
penjenamaan produk yang lemah dan kekurangan
kepakaran disiplin bersilang akan ditangani secara
berperingkat.
• Produk ICT tempatan yang dihasilkan akan melalui program
kepastian kualiti bagi memastikan piawaian antarabangsa
dipenuhi seterusnya meningkatkan kebolehpasaran produk
ICT tempatan di pasaran global.

» Menaiktaraf dan Memperluaskan Infrastrukur Komunikasi


Untuk Meningkatkan Ketersampaian di Seluruh Negara
Sebagai Satu Cara Untuk Merapatkan Jurang Digital
• Usaha akan difokuskan bagi menaiktaraf rangkaian
komunikasi sejajar dengan kemajuan teknologi, memberi
akses jalur lebar dengan mengenakan kadar bayaran yang
mampu dibayar, memperluaskan infrastruktur ICT keluar
bandar bagi memberi peluang digital yang lebih sama rata,
seterusnya menghasilkan pembangunan yang lebih
seimbang antara bandar dan luar bandar.

» Mempertingkatkan Pembangunan Modal Insan ICT

• Selaras dengan keperluan abad ke 21 yang memerlukan


tenaga kerja mahir dan berpengetahuan tinggi maka usaha
sedia ada bagi meningkatkan kemahiran ICT dari peringkat
sekolah hingga ke institusi kemahiran atau pengajian tinggi
akan diteruskan dan diperkukuh. Walaubagaimanapun,
fokus akan diberikan kepada kandungan pengajaran dan
kemahiran berkaitan ICT. Ini bagi memastikan ICT dapat
dijadikan pemangkin utama dalam meningkatkan
pengetahuan, kemahiran dan kecekapan tenaga mahir yang
dilahirkan. Penekanan akan diberikan kepada kandungan
komponen ICT yang diajar bagi memastikan ia relevan
dengan kehendak dan keperluan tenaga kerja semasa dan
masa depan. Galakan juga akan diberikan kepada firma-
firma bagi memastikan tenaga kerja mereka akan dapat
meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka melalui
penekanan kepada pembelajaran sepanjang hayat.

» Mempromosikan E-Dagang dan Mempertingkatkan


Penggunaannya Untuk Bersaing Dengan Lebih Efektif di
Pasaran Global

• Fokus khas akan diberikan ke arah mempromosi dan


menggalakkan penggunaan e-dagang yang lebih luas
sebagai satu cara untuk menjalankan perniagaan melalui
rangkaian digital. Kerajaan juga akan mengambil langkah-
langkah untuk mewujudkan kepercayaan dan keyakinan
terhadap e-dagang termasuk sekuriti dan privasi pengguna.
Sokongan infrastruktur dan logistik yang merangkumi
rangkaian, sistem pembayaran dan logistik juga akan
diberikan untuk mempertingkatkan pembangunan e-dagang.
Perniagaan dan komuniti digalakkan untuk memberi tindak
balas dan turut serta secara aktif di dalam pembangunan dan
pengunaan e-dagang.

» Merangsang KeupayaanTempatan dalam Pembangunan


Perisian Kreatif

• Dalam membangunkan Malaysia sebagai pesaing dalam


bidang multimedia kreatif, beberapa inisiatif sedang diambil
untuk merangsang keupayaan tempatan dalam
membangunkan perisian kreatif. Bagi terus membantu dan
menggalakkan pembangunan industri perisian kreatif di
peringkat tempatan, Kerajaan akan membangunkan
peraturan yang jelas dan tepat berkaitan dengan
perlindungan hak harta intelek. Ini akan disokong pula oleh
penguatkuasaan yang berkesan untuk membanteras cetak
rompak.

» Membangunkan Industri ICT Melalui Platform MSC Malaysia

• MSC Malaysia akan mengenalpasti dan membangunkan


beberapa bidang terpilih termasuk pembangunan perisian,
multimedia kreatif, perkhidmatan perkongsian dan
penyumberan luar serta e-bisnes. Konsep kluster akan
diguna pakai bagi memacu pertumbuhan bidang tersebut
yang melibatkan kolaborasi di antara syarikat global sebagai
nukleus dengan EKS tempatan. Skim faedah bertingkat akan
disediakan yang mana faedah kewangan dan bukan
kewangan akan diberi berdasarkan kepada keperluan, saiz
dan tahap kematangan syarikat serta kriteria seperti
kebolehan untuk menjadi pemangkin kepada pembangunan
EKS dalam sektor utama dan mendorong kesan limpahan
tinggi.
• Kerajaan akan menggalakkan penggunaan ICT dalam
semua industri secara agresif selari dengan pembangunan
sektor ICT. Perkhidmatan cloud computing akan dibangun
bagi menyediakan aplikasi perisian kritikal kepada EKS untuk
pengurusan perhubungan pelanggan, perancangan sumber
enterpris, pengurusan rantaian nilai, pengurusan sumber
manusia serta pengurusan kewangan dan perakaunan.
Bidang terpilih bagi pembangunan aplikasi termasuk
perkhidmatan penjagaan kesihatan, pendidikan dan
kewangan terutama perbankan Islam.
• Program Transformasi Digital atau Digital Malaysia sedang
dilaksanakan untuk merangsang pembangunan ekonomi
digital menjelang tahun 2020. Program ini akan
menghasilkan ekosistem yang akan menggalakkan
penggunaan ICT dalam semua aspek ekonomi dan
seterusnya berupaya untuk menghubungkan masyarakat
global dan berkomunikasi secara real time. Ini dijangka akan
meningkatkan GNI melalui peningkatan produktiviti,
penghasilan pekerjaan baru dan kualiti hidup yang lebih baik.
Pelaksanaan Digital Malaysia akan memberi manfaat kepada
Kerajaan, komuniti perniagaan dan rakyat secara
keseluruhannya.

You might also like