You are on page 1of 3

KETENGAH Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) adalah merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar

dan Wilayah yang telah diperbadankan pada 12 April 1973 melalui Akta Parlimen Bil. 104/73 dengan diberi kuasa untuk menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 443,876 hektar meliputi pedalaman Daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu. Pada 12 Jun 1993, Kawasan Pembangunan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu seluas 209,199 hektar telah digezetkan melalui P.U.(B) 356 dan pelan warta kawasan No. PW486 sebagai sebahagian daripada kawasan KETENGAH menjadikan keseluruhan wilayah KETENGAH berjumlah 653,075 hektar atau kira-kira satu perdua daripada keluasan Negeri Terengganu. Ketengah sebagai peneraju pembangunan wilayah dalam tempoh 10 tahun beriltizam memastikan kesejahteraan penduduk melalui peningkatan pendapatan, taraf kualiti hidup dengan mewujudkan program-program strategik yang berpacukan sasaran. HALA TUJU Hala Tuju KETENGAH sehingga tahun 2020 berdasarkan kepada senario perubahan pembangunan yang berlaku di dalam dan di luar wilayah, selaras dengan kemudahan dan peluang yang akan dapat disediakan bagi kemajuan wilayah ini. VISI Menjadikan KETENGAH Maju dengan masyarakat yang progresif dab produktif menjelang tahun 2010. MISI Menjadikan KETENGAH sebagai peneraju pembangunan wilayah sehingga tahun 2020 beriltizam memastikan kesejahteraan penduduk melalui peningkatan pendapatan dan kualiti hidup menerusi 12 Program Strategik. Misi KETENGAH akan dijelmakan dalam tiga dimensi menjelang tahun 2010 : Organisasi

KETENGAH menjadi organisasi yang terkemuka dalam pembangunan wilayah. Kawasan Menjadikan Wilayah KETENGAH sebagai tempat kediaman dan kawasan industri/perusahaan yang terbaik. Insan ( Manusia ) Penduduk wilayah KETENGAH merupakan insan yang berilmu, berteknologi, berkemahiran dan seimbang di dalam segala lapangan hidup (Khairul Ummatun). Objektif adalah berasaskan Perancangan Strategik KETENGAH sepuluh tahun (2001-2010) dengan matlamat :

1.

Melahirkan sekurang-kurangnya 5,000 orang "Ketengah - MAN" atau ringkasnya K-Man yang mempunyai ciri-ciri purata pendapatan bulanan tidak kurang RM2,000, komputer peribadi di setiap rumah, berpendidikan sekurang-kurangnya SPM, anakanak belajar di IPT, mempunyai kereta serta berperibadian mulia. Memberi tumpuan yang jitu ke arah pembangunan usahawan dengan bermatlamat untuk menambah pendapatan setiap Ketua Isi Rumah (KIR) kepada sekurangkurangnya RM1,000 ke atas. Menjadikan kawasan-kawasan indah di Wilayah KETENGAH termasuk Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancong terkemuka di rantau Asia Tenggara. Melahirkan masyarakat KETENGAH yang celik komputer dan segala pengetahuan yang diperolehi dapat diaplikasikan dalam pelbagai bidang kerja. Mewujudkan peluang-peluang perniagaan yang berpacukan pasaran dalam pelbagai bidang termasuk berasaskan sumber dan perkhidmatan dalam usaha melahirkan usahawan dalam Wilayah KETENGAH. Pengwujudan peluang-peluang pekerjaan dengan pertumbuhan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan juga industri berat. Mengadakan kemudahan pendidikan dan latihan untuk penduduk memperolehi peluang bagi mempertingkatkan serta melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan ilmu untuk lebih berdaya saing. Meneruskan aktiviti penyediaan kemudahan fizikal untuk mempertingkatkan kualiti hidup disamping melahirkan usahawan dalam bidang pembinaan dan penyelenggaraan. Melaksanakan pendekatan baru Pembangunan Insan berdasarkan matlamat yang jelas sebagai pelengkap kepada program melahirkan K-Man.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

FUNGSI Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam kawasan Terengganu Tengah.

Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan perdagangan dalam kawasan Terengganu Tengah. Mengawal dan menyelaras kegiatan-kegiatan yang tersebut di atas dalam

kawasan Terengganu Tengah. STRATEGI PEMBANGUNAN 1. Memberikan keutamaan kepada pembangunan manusia untuk melahirkan masyarakat yang bersikap positif dan peka terhadap pembangunan, berpengetahuan dan berpendidikan untuk memerangi masalah kemiskinan serta melahirkan usahawan bumiputera tempatan yang berkemahiran dan berdaya maju dan juga mewujudkan golongan pekerja yang terlatih dan bermotivasi. 2. Melengkap dan meneruskan pembangunan bandar-bandar baru yang telah dibangunkan secara 'Incremental Urbanisation' dengan penekanan kepada peningkatan kemudahan dan infrastruktur supaya dapat mewujudkan suatu suasana tempat tinggal yang kondusif. Menggalakkan pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) melalui penyediaan kemudahan telekomunikasi, sistem Rangkaian Ketengah (Ketengah.Net) dan infrastruktur ICT untuk melahirkan masyarakat celik komputer bertujuan untuk merapatkan jurang digital (Digital Divide) antara masyarakat bandar dengan luar bandar. Menggalakkan pertumbuhan industri terutamanya industri pelancongan di Tasik Kenyir dan kawasan-kawasan indah dalam wilayah Ketengah melalui penyediaan kemudahan infrastruktur, aktiviti serta usaha-usaha promosi untuk mempertingkatkan lagi kemajuan dalam kawasan tersebut. Memajukan lagi sektor pertanian melalui penanaman pelbagai jenis tanaman menggunakan tanah berbaki dan terbiar melalui projek-projek yang boleh memberikan nilai tambah kepada hasil-hasil sedia ada. Meneruskan penyediaan infrastruktur dan pembangunan kawasan secara lebih sistematik di Kampung-kampung Tradisi bagi meningkatkan produktiviti dan taraf hidup penduduk. Melengkapkan infrastruktur asas meliputi rangkaian jalan, elektrik, bekalan air, telekomunikasi dan lain-lain supaya kawasan-kawasan di wilayah Ketengah ini senang dihubungi serta kemudahannya selaras dengan kemajuan pembangunan di negara ini. Turut memberi perhatian yang lebih kepada aspek kemajuan kerjaya, insentif dan latihan kepada pegawai dan kakitangan Ketengah bagi memastikan strategi-strategi di atas dapat dilaksanakan dengan cekap, teratur dan berkesan.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

You might also like