You are on page 1of 21

TUTORIAL 8

1(a) Takrifkan maksud transformasi desa.


[3]

 Transformasi desa ialah proses perubahan


ruang fizikal dan sosioekonomi sesebuah
petempatan desa ri-ilalui pemodenan,
perindustrian, dan pembandaran sehingga
menunjukkan kemajuan yang berbeza daripada
sebelumnya. Perubahan berlaku dari segi corak
guna tanah, kemudahan asas semakin
bertambah, jaringan pengangkutan yang cekap,
komunikasi semakin baik, pekerjaan penduduk
yang pelbagai, pendidikan, taraf kesihatan, dan
sikap penduduk.
1(b) Jelaskan dua petunjuk sosioekonomi yang
membuktikan sesebuah desa itu telah
mengalami transformasi. [4]

Peningkatan KDNK perkapita penduduk desa.


Pendapatan perkapita penduduk bertambah
menyebabkan lingkaran kemiskinan dapat diputuskan.
Kuasa beli dan tabungan penduduk desa juga
bertambah.

Wujudnya kepelbagaian sektor ekonomi desa. Sektor


ekonomi desa tidak lagi bergantung kepada pertanian
semata-mata. Sebaliknya industri desa, dan
perniagaan desa berkembang maju.
1(c) Bagaimanakah program trnsformasi desa
telah Berjaya mengubah taraf hidup
penduduk desa di Malaysia? [6]
Program sosio ekonomi desa melalui
suntikan modal kepada usahawan desa,
bantuan pemasaran produk desa,
perniagaan tani, skim pertanian
berkelompok telah berjaya meningkatkan
pendapatan perkapita penduduk,
memutuskan lingkaran kemiskinan tegar
dan seterusnya meningkatkan kuasa beli
dan tabungan penduduk desa.
1(d) Mengapakah wujud ketidakseimbangan
pembangunan wilayah di Malaysia? [6]

Faktor sejarah – warisan dasar pecah dan perintah olei penjajah


British. Mewujudkan polarisasi kaum mengikut kawasan. Kaum Cina
di bandar, menguasai ekonomi perniagaan, kaum melayu di luar
bandar menguasai ekonomi pertanian dan kaum India di estet getah.
Kesannya kaum Cina lebih maju berbanding dengan kaum-kaum lain.

Faktor urbanisasi yang berbeza antara wilayah - Proses pembandaran


lebih tertumpu di wilayah pantai barat Semenanjung Malaysia
berbanding dengan wilayah lain. Pusat-pusat pertumbuhan ekonomi
utama dan bandar besar banyak terdapat di kawasan ini, contoh
bandar raga Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya, Ipoh, dan
George Town dll menyebabkan ia lebih maju.
1(e) Jelaskan kesan ketidakseimbangan
pembangunan wilayah ke atas sosioekonomi.

Wuiudnya jurang pembangunan yang ketara antara


wilayah. Wilayah pantai barat maju dengan ekonomi
perindustrian dan perkhidmatan manakala wilayah pantai
timur masih ketinggalan dengan sektor pertanian.

Jurang pendapatan perkapita antara wilayah yang


mengukur perbezaan antara kaya dan miskin. Wilayah
pantai timur dan Malaysia Timur masih dibelenggu dengan
kemiskinan. Pendapatan perkapita penduduknya adalah
rendah, kuasa beli dan tabungan juga rendah.
2(a) Apakah yang dimaksudkan dengan koridor
pembangunan wilayah?

Merujuk kepada jaluran


pembangunan yang
berkesinambungan antara kawasan
di dalam sesebuah wilayah yang
telah dikenalpasti. Misalnya wilayah
pembangunan Iskandar di Johor,
ECER, NCER dill.
2(b) Jelaskan tiga strategi pembangunan desa
yang telah dijalankan di Malaysia pada
masa kini. [6]

Strategi Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP). Melaksana program


pembangunan tanah pertanian, mempelbagai tanaman pertanian, melaksana
program penanaman semula, menyatukan saiz dan skel tani yang tidak
ekonomik di bawah rancangan mini estet (pertanian berkelompok).

Strategi perindustrian desa. Melalui strategi ini, kav asap desa yang
berpotensi yang dikenal pasti akan diwujudkan kawasan perindustrian atau
Zon Perindustrian Bebas Cukai (FTZ). Di samping memajukan industri kecil
sederhana (IKS) desa.

Strategi pembandaran desa. Menaik taraf pekanpekan berpotensi menjadi


bandar kecil atau mewujudkan bandar baru di dalam rancangan
pembangunan wilayah seperti bandar Jengka, Muadzam Shah, Bandar
Tenggara dill.
2(c) Bagaimanakah rancangan pembangunan
tanah pertanian dibawah FELDA dan
FELCRA telah berjaya mengurangkan jurang
pembangunan sosioekonomi antara wilayah
di Malaysia? [4]
Di bawah konsep perladangan kelapa sawit dan getah yang
dimiliki olah peneroka telah berjaya menaikkan pendapatan
peneroka melepasi garis kemiskinan. Setiap peneroka
memiliki 10 ekar ladang kelapa sawit.

Menerusi kemajuan infrastruktur seperti jaringan jalanraya,


sekolah, poliklinik dll telah berjaya menaikkan kualiti hidup
masyarakat peneroka. Misalnya kadar celik ICT meningkat
dan jangka hayat penduduk menjadi lebih panjang.
2(d) Jelaskan dua potensi ekonomi yang boleh
dimajukan di bawah Koridor Pertumbuhan
Pantai Timur Semenanjung Malaysia (ECER)
[4]
Potensi sektor pertanian. Projek agropolitan di bawah
ECER dijalankan oleh RKT KESEDAR Gua Musang, Kelantan;
Setiu, Terengganu; Pekan dan Gabai di Pahang. Projek ini
bertujuan untuk melonjakkan pembangunan luar bandar. Projek
diharap dapat membebaskan sejumlah 10 000 buah keluarga
miskin tegar di seluruh negara pads 2010.

Potensi perindustrian. Setiap negeri di bawah ECER


diberikan projek dan tanggungjawab untuk memajukannya.
Sebagai contohnya, Pahang berperanan menjadi hab industri
pembuatan dan logistik bagi ECER. Manakala Terengganu pula
berperanan menerajui industri petrokimia
2(e) Nilaikan strategi pembangunan insitu yang
telah dijalankan oleh kerajaan Malaysia
semenjak tahun 1970an hingga kini. [4]

Pembangunan insitu yang melibatkan pembangunan infrastruktur desa


telah berjaya memajukan kawasan luar bandar di Malaysia. Ini kerana:

Rangkaian jalanraya yang dibina telah berjaya meningkatan darjah


ketersampaian antara bandar dengan luar bandar.

Projek PPRT – telah berjaya memberikan rumah kepada penduduk yang


miskin tegar.

Bekalan air dan elektrik – telah berjaya meningkatkan kualiti hidup


penduduk luar bandar.
2(f) Patutkah rancangan pembangunan
wilayah secara khusus di bawah FELDA
diteruskan pada masa kini? [4]

Memang patut FELDA meneruskan rancangan


pembangunan wilayah kepada generasi baru
negara khususnya bagi golongan miskin tegar
di bandar dan juga luar bandar. Ini bertujuan
untuk menaikkan pendapatan perkapita
penduduk disamping memajukan lagi
pembangunan tanah di Malaysia yang masih
belum diterokai sepenuhnya terutama sekali di
Sabah dan Sarawak.
3 (a) Jelaskan strategi yang telah [12]
dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia
untuk memajukan kawasan desa.

Strategi Pembangunan Insitu


• Menekankan pembangunan fizikal/kemudahan
infrastruktur asas seperti jalanraya, bekalan air dan
elektrik.
• Projek Pembangunan Perumahan Rakyat Termiskin
(PPRT), Rancangan Kampung Tersusun (RKT) di bawah
KESEDAR, projek naiktaraf dan gantian rumah panjang
berkelompok di bawah SDC dan SCORE.
• Juga penyediaan kemudahan infrastruktur perikanan,
penternakan, pertanian seperti tali air dan empangan
pengairan, jeti pendaratan, pusat perikanan, pusat
penyembelihan dll.
3 (a) Jelaskan strategi yang telah [12]
dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia
untuk memajukan kawasan desa.

Strategi Pembangunan Pertanian secara


khusus dan Bersepadu (IADP).
• Pembangunan pertanian ladang getah dan kelapa sawit
secara khusus di bawah Lembaga Kemajuan Wilayah
(LKW) seperti JENGKA, DARA, KETENGAH, KEJORA
dan KESEDAR.
• Projek pertanian bersepadu (IADP) seperti
pembangunan tanah berkelompok oleh FELCRA,
rancangan kemajuan kebun kecil getah oleh RISDA dll.
• Rancangan pertanian bersepadu seperti KEMUBU,
MADA,KETARA,Kerian dsb.
3 (a) Jelaskan strategi yang telah [12]
dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia
untuk memajukan kawasan desa.

Strategi Perindustrian desa.


• Memajukan IKS desa bagi melahirkan usahawan desa
di bawah skim kredit mikro.
• Koridor industri di dalam ECER dan NCER: Kawasan
yang berpotensi dikenalpasti untuk dibina kilang
pembuatan atau pemerosesan dengan menjadikan
kawasan tersebut sebagai zon industri bebas cukai
(FTZ), dibina kemudahan asas yang lengkap, diberikan
insentif pelaburan dll untuk menarik pelabur membina
industrinya. Contohnya di Paka, Terengganu dan
Gebeng, kuantan, Gurun dan Sungai Petani di Kedah.
3 (a) Jelaskan strategi yang telah [12]
dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia
untuk memajukan kawasan desa.

Strategi Pembandaran desa.


• Membandarkan pekan-pekan yang berpotensi
sebagai pusat pertumbuhan baru – menjadi
bandar kecil dan sederhana.
• Mewujudkan bandar baru di kawasan
pembangunan wilayah seperti Bandar Tun Razak
Jengka di wilayah Jengka, Bandar Penawar dan
Tenggara di Kejora, Bandar Al Muktafi Billah Shah
di Ketengah dan Bandar Baru Gua Musang di
Kesedar.
3 (a) Jelaskan strategi yang telah [12]
dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia
untuk memajukan kawasan desa.

Program pembangunan sosial desa.


• Membina kemudahan pendidikan menengah dan IPT khususnya
di kawasan desa terpilih seperti UiTM di wilayah Jengka.
• Menaik taraf kemudahan kesihatan menjadi poliklinik/hospital.
• Memajukan kemudahan pengangkutan dan perhubungan/
telekomunikasi,
• Memperluaskan akses internet dan jalur lebar,
• Menyediakan kemudahan reakreasi dan sukan mengikut
keperluan penduduk desa setempat
• Kesannya kualiti hidup penduduk desa bertambah, taraf
kesihatan bertambah baik,penyebaran inovasi menjadi lebih
cepat,kadar celik huruf meningkat,jurang digital
berkurangan,ketersampaian
3 (b) Bincangkan bukti kejayaan yang telah [13]
dicapai dalam program pembangunan
desa di Malaysia semenjak tahun 1970an
hingga kini.

 Kemudahan sosial – hospital, sekolah, klinik, masjid,


stadium, padang permainan. Taraf pendidikan
meningkat – Adanya akses pendidikan (sekolah dan
kolej). Berjaya menyediakan kemudahan dan
perkhidmatan perbandaran kepada penduduk desa –
mengurangkan aliran migrasi desa ke bandar,
mencipta peluang ekonomi/pekerjaan baru di bandar
bera seperti perniagaan dan perkilangan.
 Kemajuan komunikasi – talian telefon, pusat Internet,
desa, menara telekomunikasi. Berjaya meningkatkan
ketersampaian maklumat kepada desa.
3 (b) Bincangkan bukti kejayaan yang telah [13]
dicapai dalam program pembangunan
desa di Malaysia semenjak tahun 1970an
hingga kini.

 Kemajuan ekonomi – kilang/ guns tanah moden/ tali air/


jeti/ kolam ikan/ pasaraya/ hotel/ homestay. Berjaya
mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan kepada
penduduk desa – mengurangkan pengganguran. Berjaya
mengubah struktur ekonomi desa kepada kepelbagaian
ekonomi/rantaian ekonomi –perkhidmatan,perniagaan
dsb.
 Kualiti hidup bertambah baik – pemilikan barangan –
rumah kediaman moden, kenderaan, pakaian berjenama,
taraf kesihatan dan pendidikan meningkat, kadar celik
ICT meningkat tetapi kadar buta huruf menurun.
3 (b) Bincangkan bukti kejayaan yang telah [13]
dicapai dalam program pembangunan
desa di Malaysia semenjak tahun 1970an
hingga kini.
 Peluang pekerjaan - pendapatan perkapita
meningkat – taraf hidup meningkat – mengurangkan
pengangguran. Perubahan sikap dan gaya hidup
yang lebih moden
 Perubahan struktur ekonomi tradisional kepada
moden – seperti dari pertanian kepada perindustrian,
perniagaan, perkhidmatan diwujud kepelbagaian
ekonomi). Berjaya menambahkan produktiviti
pertanian dan seterusnya meningkatkan
pendapatan perkapita penduduk desa melepasi garis
kemiskinan.
3 (b) Bincangkan bukti kejayaan yang telah [13]
dicapai dalam program pembangunan
desa di Malaysia semenjak tahun 1970an
hingga kini.

 Kemajuan infrastruktur – jalan raga,


jambatan, bekalan air, elektrik. la telah
berjaya meningkatkan taraf hidup dan kualiti
hidup penduduk desa seperti mendapatkan
bekalan air bersih,bekalan elektrik 24
jam,darjah ketersampaian dan komunikasi
bertambah mudah dan cepat dsb.

You might also like