You are on page 1of 8

ISI KANDUNGAN

Bil.

Perkara

1.

Pendahuluan

2.

Konsep Dasar Ekonomi Baru


2.1 Strategi Membasmi Kemiskinan
2.2 Strategi Penyusunan Semula Masyarakat

3.

Kesimpulan Dasar Ekonomi Baru


3.1 Penilaian Terhadap Dasar Ekonomi Baru
3.2 Kesan Dasar Ekonomi Baru

4.

Rumusan

5.

Bibliografi

Muka
Surat

PENDAHULUAN
Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu formula yang telah dilancarkan oleh Kerajaan
Malaysia pada tahun 1970, iaitu menerusi Rancangan Malaysia Keua (RMK) yang bertujuan
untuk memulihkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud di antara kaum, antara
wilayah dan di antara kawasan dalam wilayah yang sama. Dasar ini telah diperkenalkan oleh
Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato Hussein. Matlamat utama Dasar Ekonomi Baru
ialah perpaduan rakyat atau perpaduan Negara. DEB menyediakan satu rangka asas bagi
melibatkan msemua rakyat Malaysia di dalam proses pembangunan dengan lebih saksama
bagi mencapai perpaduan Negara.
Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru telah mewujudkan perbadanan-perbadanan yang meliputi
bidang aktiviti yang amat luas bagi menjayakan matlamat-matlamat yang tertentu. Dasar
Ekonomi Baru merupakan satu perubahan baru dalam strategi perancangan pembangunan
dalam erti kata penyertaan Kerajaan secara langsung menerusi perbadanan-perbadanan awam
dalam system ekonomi yang selama ini dikuasai oleh sector swasta. Penyertaan Kerajaan
dalam system ekonomi Negara adalah untuk menjamin pembahagian hasil-hasil
pembangunan dapat dilaksanakan dengan adil. Penyertaan ini juga menunjukkan bahawa
sistem bebas sektor swasta telah gagal menghasilkan pembahagian faedah pertumbuhan
ekonomi yang adil. Namun begitu, penyertaan aktif sector swasta amat penting bagi
menjayakan strategi pembangunan DEB kerana system ekonomi Negara Malaysia pada
dasarnya masih merupakan system yang bebas.
Sektor swasta terus merupakan punca terbesar hasil pengeluaran Negara di samping
menampung guna tenaga yang kian bertambah akibat perkembangan dan kemajuan ekonomi.
Oleh itu, galakan-galakan terus dipertingkatkan bagi sector swasta berkembang dengan lebih
pesat lagi. Bagi menentukan pertumbuhan ekonomi selaras engan stertegi penyusunan semula
masyarakat, kerajaan terus memainkan peranan aktif dalam bidang tetrentu terutamanya
peragangan dan industri serta pelaburan.

Strategi Membasmi
Kemiskinan
Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan
rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini boleh
menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan
kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti
pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi
dan projek pembangunan telah dirangka supaya:

i. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.


ii. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.

iii. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya
pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.
iv. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar dan
luarbandar dan antara wilayah.
v. Memodenkan kehidupan di luarbandar.
vi. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.
vii. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia.
viii. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan,
kemudahan kemudahan infra-struktur dan lain-lain.

Strategi Kerajaan bagi mengurangkan kemiskinan di luar Bandar telah dititikberatkan


kepada golongan petani, pekebun kecil getah, dan kelapa, nelayan, buruh perladangan,
penduduk kampong-kampung baru dan buruh kasar. Usaha-usaha ini melibatkan beberapa
buah badan berkanun, iaitu FELDA, RISDA, FELCRA, MADA, KADA dan MAJUIKAN.
Usaha-usaha pembangunan ini juga telah disalurkan menerusi kegiatan Gerakan Koperasi
yang telah lama wujud di kawasan-kawasan desa. Di antara program-program yang telah
dilaksanakan ialah pembukaan, penerokaan dan pembangunan tanah-tanah baru, bantuan
peralatan, pengeluaran pertanian, khidmat-khidmat nasihat, subsidi benih dan baja,
kemudahan-kemudahan kredit, pemasaran dan pembukaan pusat-pusat kemajuan yang baru.
Matlamat utama perlaksanaan program ini ialah untuk meningktakna pendapatan golongan
tersebut. Strategi pengurangan dan pembasmian kemiskinan di kawasan Bandar tertumpu kea
rah pengembangan dan pembangunan gunatenaga produktif. Ini bertujuan untuk menyerap
pertambahan penduduk. Berhubung dengan usaha-usaha ini, kerajaan telah melaksanakan
dasar-dasar yang lebih meluas mengenai peluang-peluang pekerjaan dan memperbaiki
peluang-peluang bagi mendapatkan kemudahan awam yang asas dan penting untuk
mempertingkatkan taraf dan kualiti hidup. Perhatian juga telah ditumpukan terhadap
masalah-masalah yang wujud akibat dari perpindahan penduduk luar Bandar ke dalam
Bandar, iaitu dengan mengadakan lebih banyak kemudahan-kemudahan asas yang lebih
sempurna.
Usaha pihak swasta turut membantu kerajaan bagi mencapai matlamat mewujudkan 1.9 juta
peluang pekerjaan dalam tempoh 1981-1990. Sebahagian besar dari peluang pekerjaan ini
adalah di luar bidang sector pertanian. Dalam sector pertanian kerajaan memainkan peranan
dan tanggungjawab yang utama. Berpuluh ribu hektar tanah teah dimajukan setiap tahun
untuk mengurangkan gunatenaga tidak penuh dan meningkatkan penggunaan tanah di
kawasan luar Bandar.
Usaha-usaha dalam bidang pertanian dilaksanakan melalui proses pembangunan bersepadu
yang telah dimulakan di dalam rancangan pembangunan lima tahun sebagai satu pendekatan

yang khusus. Peningkatan daya pengeluaran merupakan satu penekanan yang utama dalam
perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Menerusi pengalaman yang lepas, perancangan
pembasmian kemiskinan kurang Berjaya dan tidak member faedah yang sepenuhnya kepada
golongan sasaran, iaitu mereka yang kurang mahir dan memiliki harta yang kurang produktif.
Menerusi DEB usaha-usaha berkenaan telah ditumpukan kepada golongan termiskin dan
memiliki keluasan tanah yang tidak ekonomik serta nelayan-nelayan.
Di samping itu, tumpuan juga diberikan kepada golongan miskin yang bermaustautin di
Bandar yang memerlukan kemudahan asas, iaitu perumahan yang sempurna. Golongan ini
mempunyai masalah yang tersendiri memandangkan kos sara hidup di Bandar amatlah tinggi.
Jumlah golongan ini semaikin bertambah menerusi penghijrahan penduduk desa ke Bandarbandar yang pesat membangun.

Strategi Penyusunan Semula


Masyarakat
Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham / ekonomi
Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di negara ini, di mana
penyertaan Bumiputera sebanyak 30%, 40% bukan Bumiputera dan 30% terdiri dari pelaburpelabur luar negeri.
Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut telah
disusun :
i. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses
memodenkan kawasan luarbandar.

ii. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat
sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi seluruhnya
supaya pada tahun 1990 kedudukan tenaga buruh mencerminkan bilangan kaum.
iii. Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal
dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.
iv. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu
dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun
1990 dan menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank Pembangunan, Bank
Bumiputera,Amanah Saham Nasional.
v. Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah
baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.

Selepas merdeka, Negara Malaysia telah mewarisi beberapa masalah politik, ekonomi dan
social. Ini disebabkan oleh dasar pentadbiran yang telah diamalkan oleh penjajah. Dasar
penjajah British iaitu pecah dan perintah tidak bermaksud untuk mewujudkan perpaduan di
kalangan rakyat Negara ini pada ketika itu. Kaum Cina dibiarkan tinggal di Bandar dan di
kawasan perlombongan, kaum India dibiarkan tinggal di kawasan estet getah manakala orang
Melayu pula tetap tinggal di kawasan desa yang terpencil.
Wujudnya pemisahan tempat tinggal antara satu kaum dengan kaum-kaum yang lain
mengakibatkan kemajuan mereka dari segi ekonomi, social dan politik turut mengalami
perbezaan yang amat ketara. Sebahagian besar orang Melayu tinggal di kampong dan bekerja
sebagai petani, pekebun kecil, nelayan, dan buruh kasar. Mereka memperolehi pendapatn
yang amat rendah dan tidak stabil. Sebahagian besar orang Cina pula bekerja sabagai
peniaga, pelombong, dan pembalak an memperolehi penapatn yang lebih tinggi dan terjamin,
manakala kaum India bekerja sebagai penoreh getah di lading-ladaing getah dan juga sebagai
peniaga di kawasan Bandar.
Keadaan yang tidak seimbang berterusan dan membentuk satu situasi yang memerlukan
penyelasaian bangi menjamin perpaduan dan keselamatn Negara. Walaupun masalah
ketidakseimbangan ini wujud sejak tahun 1957, namun dasar yang tegas dan menyeluruh
hanay dapat digubal dan dilaksanakan selepas tahun 1970. Sebelum itu, tumpuan
pembangunan hanya ke arah pertumbuhan ekonomi Negara dan soal penyusunan semula
masyarakat tidak diberi perhatian yang utama. Berdasarkan kepada pengalaman bahawa
strategi pembangunan sedemikian boleh menjejaskan keutuhan dan kestabilan Negara maka
kerajaan telah mengambil tindakan untuk mengubal strategi dan dasar perancangan
pembangunan.
Prinsip utama yang telah dijadikan panduan oleh kerajaan dalam usaha menyusun semula
masyarakat Malaysia ialah perlaksanaan usaha yang tidak merampas hak milik kaum-kaum
lain. Penyusunan ini dibuat secara membahagi-bahagikan faedah perkembangan dan
kemajuan ekonomi secara adil supaya keadaan tidak seimbang dapat dikurangkan. Di

samping mewujudkan suasana bagi mengalakkan kemajuan ekonomi semua golongan dan
lapisan rakyat, usaha juga ditumpukan ke arah mempercepatkan kadar kemajuan golongan
Bumiputra supaya jurang perbezaan antara bumiputra dan bukan Bumiputra dapat
dihapuskan.
Strategi perindustrian bagi penyusunan semula masyarakat dalam konteks ekonomi yang
berkembang, kerajaan telah memberi keutamaan kepada usaha-usaha menggalakkan
penyertaan orang melayu dan kaum bumiputera yang lain di semua peringkat pengurusan
ekonomi, pengeluaran dan perkongsian modal yang lebih banyak. Perkongsian modal bagi
rakyat Malaysia sendiri akan memajukan industri-industri kecil menggalakkan lagi
perkembangan industri berasaskan sumber tempatan, industri berorientasikan eksport dan
galakan bagi menempatkan industri negeri-negeri yang kurang membangun.
Selaras dengan usaha ini, kerajaan telah menubuhkan egensi-egensi yang berperanan
membantu orang Melayu dan Bumiputera lain menceburkan diri dalam bidang perindustrian.
Bagi mencapai matlamat ini, peranan agensi-agensi kerajaan seperti MARA, Bank
Pembangunan, Bank Bumiputra, Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahan Malaysia
(MIEL) telah dipertingkatkan. Kerajaan yang telah member perhatian yang sepenuhnya ke
arah usaha untuk menambah modal saham Bumiputera di dalam syarikat-syarikat berhad
menerusi Unit Penyertaan Bumiputera dan juga menerusi Skim Amanah Saham Nasional atau
Amanah Saham Bumiputera.
Di samping itu, kerajaan juga menggalakkan lebih ramai orang Melayu menceburkan diri
dalam biang perniagaan dan industri kecil. MARA di beri tanggungjawab untuk membantu
mereka engan menyediakan modal dan khidmat nasihat. UDA diberi peranan untuk
membantu bumiputera mendapatkan tapak dan ruang niaga yang sesuai di kawasan Bandar,
manakala institusi-institusi kewangan seperti Bank Pembangunan dan Bank Bumiputra turut
menyalurkan bantuan menerusi pemberian kemudahan kredit. Di samping matlamat
mengurangkan perbezaan ekonomi di kalangan masyarakat majmuk Malaysia, kerajaan juga
berusaha untuk mengurangkan perbezaan ekonomi antara wilayah.
Satu strategi telah dibentuk yang bertujuan untuk merapatkan jurang perbezaan ekonomi
antara negeri-negeri yang kurang maju. Pertama, DEB telah menentukan pembahagiaan
peruntukan pembangunan yang lebih kepada negeri-negeri yang mundur. Kedua,
pembangunan wilayah dilakukan menerusi pembukaan kawasan baru dan penempatan
penduduk-penduduk tertentu di kawasan yang berpotensi untuk mebangun. Projek ini telah
dilaksanakan oleh pihak berkuasa wilayah seperti Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara
(DARA), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dan Lembaga Kemajuan Kelantan
Selatan (KESEDAR).
Di samping membangunkan kawasan baru, pembangunan wilayah juga dilaksanakan di
kawasan-kawasan yang telah sedia ada. Ini dilaksanakan dari segi pembangunan kemudahan
pertanian secara bersepadu. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima (RMK),
pembangunan ekonomi telah ditumpukan kearah memperkukuhkan usaha bagi memastikan
sumber-sumber yang ada digunakan dengan lebih cekap. Pembangunan industri dan Bandar
juga mengambil kira dengan suasana pasaran semasa dan kesesuaian ekonomi sesebuah

kawasan, manakala usaha-usaha memajukan semula sektor pertanian dan melaksanakan


pelbagai program luar Bandar.
Dua matlamat utama kerajaan masih kekal dan mendapat perhatian selepas tempoh DEB.
Pertama, gunatenaga dalam pelbagai sektor ekonomi di semua peringkat hendaklah
menggambarkan sususnan kaun di Negara pada tahun 1990. Kedua, penambahan hakmilik
bumiputera dalam bidang kekayaan yang produktif hendaklah ke paras 30% pada tahun 1990.
Bagi mencapai matlamat yang pertama, usaha telah dipergiat menerusi pendidikan dan
latihan bagi menambah bilangan bumiputera yang terlatih terutamanya di peringkat pengajian
tinggi.
Penglibatan sektor awan dalam bidang industri dan perdagangan telah memberi sumbangan
besar ke atas pencapaian matlamat ini. Usaha utama bagi mecapai matlamat kedua ialah
menerusi pembelian modal saham oleh agensi-agensi amanah. Modal saham ini dipindahkan
kepada bumiputera individu atau kumpulan-kumpulan bumiputera. Kerajaan terus member
galakan kepada penubuhan syarikat-syarikat bumiputera menerusi penyediaan khidmat
latihan, nasihat dan saluran kredit.
Rakyat Malaysia telah Berjaya menambah hakmilik modal saham ke paras 75.4% dalam
tahun 1988 berbanding dengan 38.3% pada tahun kepada 19.4% pada tahun 1988. Ketika
DEB digubal, matlamat kerajaan adalah supaya bumiputera memiliki 30% hakmilik syarikat
menjelang tahun 1990. Salah satu faktor mengapa matlamat ini kurang berjaya adalah
berpunca daripada kemelesetan ekonomi yang berlaku pada tahun 1980-an. Mengikut kajian
separuh penggal Rancangan Malaysia Kelima (1989), manjelang tahun 1990, bumiputera
hanya mampu memliki bahagian pada kadar 20% sahaja berbanding dengan pemilikan bukan
bumiputera, iaitu 56% dan selebihnya iaitu 24% dimiliki oleh pemastautin asing.
Usaha membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera menerusi
tempoh DEB telah terjejas akibat kemelesetan ekonomi yang telah melanda negara ini. Tahap
pencapaian semasa dalam bidang ini kurang memuaskan. Dari segi pembangunan Bandar dan
penyusunan semula masyarakat, penduduk bumiputera yang mendiami kawasan Bandar telah
meningkat. Komposisi penduduk bumiputera di Bandar-bandar telah meningkat daripada
41.3% pada tahun 1985 kepada 44% pada tahun 1988. Angka ini terus meningkat menjelang
tahun 1990.

You might also like