You are on page 1of 19

Rancangan Lima Tahun

Rancangan lima tahun ialah Rancangan Malaysia yang dirancang untuk dilaksanakan dalam masa lima tahun. Rancangan lima tahun ini adalah kesan peninggalan daripada zaman pemerintahan British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. bermula dengan Rancangan Malaya Pertama iaitu dari tahun 1956 hingga 1960 dan diikuti dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga 1965. Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini dikenali sebagai Rancangan Malaysia di mana Rancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun 1966 hingga 1970. Bezanya ialah perancangan untuk pembangunan di bawah Rancangan Malaysia meliputi negeri-negeri Sabah dan Sarawak.

Rancangan Malaya pertama (1966 1970)

Rancangan Malaya kedua (1961 1965)

meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui peningkatan pendapatan per kapita dan taraf hidup rakyat. Penekanan lebih diberikan kepada masyarakat luar bandar yang berpendapatan rendah seperti menyedia dan memperbaiki kemudahan asas di kawasan luar bandar di samping mempelbagaikan keluaran pertanian. meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan taraf hidup rakyat menerusi kepelbagaian ekonomi dan pembangunan produk selain getah memupuk integrasi di kalangan penduduk semua negeri di Malaysia serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kebajikan rakyat. Kemudahan prasarana berjaya dibangunkan namun ia tidak dapat memuaskan hati semua pihak dan akhirnya mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969.

Rancangan Malaysia Pertama: 1966 1970

Rancangan Malaysia Kedua: 1971 1975 Dasar Ekonomi Baru

Rancangan Malaysia Ketiga: 1976 1980

DEB menggariskan dasar dan strategi untuk mempercepatkan lagi proses pembangunan sosio-ekonomi dan penyusunan semula struktur ekonomi Malaysia. Jumlah peruntukan dan bilangan projek yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga telah meningkat dua kali ganda dari Rancangan Malaysia Kedua. Inflasi pada awal 1980-an telah menjejaskan perkembangan ekonomi keseluruhannya. Peranan sektor swasta diberi penekanan dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Program kebudayaan melalui pembentukan kebudayaan kebangsaan. Kerajaan mengamalkan strategi pembangunan yang stabil. Tumpuan kepada pencapaian objektif dan matlamat program pembangunan sosial. Fokus Rancangan Malaysia Keenam ialah penekanan kepada strategi makro-ekonomi untuk mengukuhkan kapasiti pengeluaran dan daya saing di peringkat antarabangsa.

Rancangan Malaysia Keempat: 1981 1985

Rancangan Malaysia Kelima: 1986 1990

Rancangan Malaysia Keenam: 1991 1995

Rancangan Malaysia Ketujuh: 1996 2000


Teras RMK 7 adalah untuk meningkatkan pertumbuhan potensi keluaran, memesatkan peralihan struktur dan pembangunan seimbang.

Rancangan Malaysia Kelapan: 2001 - 2005


Dasar Wawasan Negara menggabungkan teras dan dua dasar pembangunan terdahulu, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional dengan objektif utamanya untuk mencapai perpaduan nasional.

Rancangan Malaysia Kesembilan: 2006 2010


Rancangan Malaysia Kesembilan merupakan peringkat kedua pelaksanaan RRJP3 dan fasa kedua pelaksanaan Wawasan 2020. Penekanan diberikan kepada pembangunan insaniah yang melibatkan penggunaan secara optimum pembangunan fizikal yang telah disediakan.

Rancangan Malaysia kesepuluh : 2011 2015


Kemakmuran ekonomi dan keadilan sosial

Rancangan jangka panjang :


Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) 19711990, DEB (RMK 2,RMK 3, RMK 4, RMK 5)
Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) 19912000, DPN, Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) 20012010, DWN

Peristiwa 13 Mei
Rasa tidak puas hati terhadap hak orang Melayu dan keadaan ekonomi yang bersifat perkauman.

Berlaku silang budaya


Melalui kurikulum dalam sistem pendidikan seperti sekolah kebangsaan yang mengumpulkan pelajar berbilang bangsa.

Tiada diskriminasi antara kaum


Semua kaum mendapat layanan yang sama rata (konsep 1 Malaysia)

Perpaduan dan integrasi nasional tercapai


DEB yang menyusun semula ekonomi masyarakat berbilang kaum telah memuaskan hati semua kaum.

Sebelum merdeka
Dasar pecah dan perintah Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan petani orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh Ketidakseimbangan dari sudut ekonomi bagi setiap kaum. mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969.

Selepas merdeka
DEB dilancarkan bagi menyusun semula ekonomi masyarakat setiap kaum bagi mengelakkan peristiwa 13 mei. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum Menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Menyusun semula pemilikan harta dengan peningkatan pemilikan saham bumiputera sehingga sekurang-kurangnya 30 peratus menjelang 1990.

Selepas negara mencapai kemerdekaan, perancangan pembangunan lebih sistematik dan tersusun amat diperlukan. Penyusunan yang strategic diperlukan bagi memastikan pelaksanaan dasar tersebut lebih berkesan dan mudah mendapat pembiayaan atau pinjaman-pinjaman tertentu. Dasar pembangunan yang lebih sistematik ini dapat digambarkan dengan lahirnya kesan dan kemajuan yang telah dikecapi hasil daripada perubahan serta pembentukan rancangan-rancangan pembentukan tertentu sama ada peringkat jangka pendek iaitu lima tahun mahupun jangka panjang. Oleh sebab yang demikian, analisis kesan Rancangan Pembangunan Lima Tahun terhadap hubungan etnik di Malaysia amat penting kerana mempengaruhi perpaduan serta pembangunan ekonomi dan sosial negara.

Sebagaimana yang dapat kita ketahui, boleh dikatakan bahawa masalah kemiskinan menyebabkan perpaduan masyarakat sukar dipupuk lebih-lebih lagi apabila wujud jurang kemiskinan dan kekayaan yang terlalu besar antara masyarakat dalam sesebuah negara. Oleh yang demikian, aspek kemiskinan ini menjadi salah satu tumpuan utama dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB). Masalah yang melanda negara sebenarnya bukan sahaja tertumpu di kawasan luar Bandar malah kawasan Bandar juga terlibat. Kaum Bumiputra yang menguasai sektor pertanian tradisional merupakan kaum yang berada dalam kemiskinan. Sementelahan itu, berbagai-bagai usaha yang dipraktikkan bagi membasmi kemiskinan di bawah DEB seperti mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan, mengadakan suasana pekerjaan yang menggabungkan pelbagai kaum serta memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain lagi.

Ini membuktikan bahawa usaha DEB sangat berkesan kerana strategi pembasmian kemiskinan tersebut memberi impak yang positif dimana kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar Bandar dapat dikurangkan.selepas pengenalan DEB, kadar kemiskinan pekebun kecil getah berkurangan daripada 64.7% pada tahun 1970 kepada 40% pada tahun 1987. Malahan kadar kemiskinan penanam padi turut berkurangan iaitu daripada 88.1% pada tahun 1970 kepada 50.2% pada tahun 1987. Selain itu, bidang-bidang lain juga menunjukkan implikasi yang berkesan setelah wujudnya DEB.

Secara keseluruhannya, pengenalan DEB dalam strategi pembasmian kemiskinan dengan penyediaan keperluan asas dan mutu kehidupan didapati menunjukkan mutu kehidupan masyarakat bertambah baik sekaligus meningkatkan taraf kehidupan yang lebih sempurna dan selesa. Sebagai contohnya, dalam aspek kesihatan, kadar kematian bayi dan kadar kematian kasar semakin berkurangan. Jangka hayat penduduk juga kian bertambah. Disamping itu, kemudahankemudahan awam, peratus penduduk luar yang mendapat bekalan air paip dan bekalan elektrik serta kemudahan tandas yang sempurna kian meningkat. Hal ini dapat dibuktikan dari segi bekalan elektrik 80% daripada penduduk luar Bandar pada tahun 1990 berbanding dengan 68% pada tahun 1985 semasa Rancangan Malaysia 1990. Dalam aspek pendidikan pula, bilangan pelajar di sekolah rendah dan menengah menunjukkan peningkatan yang mendadak malah kadar masyarakat yang mengenal huruf juga kian bertambah. justeru itu, analisis ini menunjukkan kesan Rancangan Pembangunan Lima Tahun terhadap hubungan etnik dapat memperbaiki taraf hidup dan kualiti kehidupan melalui pendidikan, kesihatan serta kemudahan infrastruktur.

Dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British sebelum ini menyebabkan berlakinya tumpuan kaum mengikut fungsi ekonomi tertentu. Fenomena ini menyukarkan agihan kekayaan negara dan keadilan ekonomi sekaligus menyukarkan perpaduan kaum. Justeru itu, masyarakat negara ini perlu disusun kembali supaya ketidakseimbangan yang berlaku sebelum ini dapat diatasi. Bagi merealisasikan usaha tersebut, kerajaan telah melaksanakan beberapa program yang melibatkan pelbagai sektor ekonomi seperti perindustrian, perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan, pendidikan dan perumahan. Hal ini menunjukkan kesan peningkatan dalam pendapatan mengikut kaum. Bukti yang menunjukkan peningkatan ini ialah pendapatan kaum bumiputera berjaya dinaikkan dan dapat mengurangkan perbezaan pendapatan dengan kaum lain, terutamanya kaum Cina. Pendapatan kaum Bumiputera pada tahun 1970 berjumlah $172 sebulan meningkat kepada $614 pada tahun 1987. Kadar kemiskinan bagi semua kaum juga menunjukkan penurunan. Pada tahun 1995, kadar kemiskinan telah menurun dengan kadar 8.7% dan menjelang tahun 2000 iaitu pencapaian daripada RMK-7, kadar kemiskinan di Malaysia hanya 7.5% sahaja.

Dasar Ekonomi Baru berjaya mengubah hampir keseluruhan sistem sosial masyarakat majmuk di Malaysia. DEB berjaya menjalankan strateginya dalam menghadapi realiti perbezaan etnik dan dalam usaha mewujudkan keseimbangan dalam pelbagai aspek kehidupan. Lantaran itu, tidak dinafikan hasilnya adalah positif dan ia berjaya mencapai perpaduan nasional melalui falsafahnya iaitu Pembangunan Dengan Pengagihan Saksama

Dalam Rancangan Malaysia Keempat, sektor automotif merupakan industri utama kepada ekonomi Malaysia kerana mempunyai hubungan yang signifikan dengan sektor pembuatan dan perkhidmatan. Dari segi potensi, sektor ini mempunyai pasaran yang sangat luas kerana darjah pemilikan kenderaan adalah sangat tinggi. Dilaporkan pemilikan kereta di peringkat antarabangsa adalah 86%, 82%, 74%, dan 70% masing-masing di Arab Saudi, New Zealand, Korea Selatan dan Australia. Amerika menduduki tangga teratas kerana sembilan daripada 10 penduduknya mendakwa memiliki kenderaan. Manakala pemilikan kenderaan bagi Malaysia sendiri ialah 67%. Jumlah kenderaan baru yang didaftarkan di Malaysia terus meningkat setiap tahun iaitu 97,262 (1980), 165, 861 (1990), 343, 173 (2000) dan 548,115 (2008). Justeru itu, kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk memastikan Bumiputera tidak ketinggalan dalam sektor yang sangat berpotensi dan menguntungkan ini. Hampir semua aspek bantuan yang mampu membawa kejayaan Bumiputera dalam industri otomotif telah disediakan oleh pihak kerajaan. Hal ini sekaligus membawa kesan terhadap hubungan etnik di negara Malaysia yang mana kerajaan melibatkan kaum Bumiputera dalam perusahaan membuat kereta nasional negara. Malah, pelbagai strategi turut dirangka untuk meningkatkan penglibatan bumiputera dalam sektor ini. Antaranya ialah bantuan dan insentif-insentif seperti peningkatan pemilikan ekuiti, pembangunan sumber manusia dan usahawan bumiputera dalam bidang yang berkenaan. Hasrat pihak kerajaan untuk melihat penglibatan bumiputera dalam sektor otomotif bukan dinyatakan dalam bentuk dasar sahaja tetapi telah diberikan peruntukkan khas untuk mereka. Antara agensi dan institusi yang terlibat secara langsung untuk menggalakan usahawan Bumiputera dalam sektor otomotif ini ialah Bank Negara Malaysia, MIDF, dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Disebabkan penubuhan rancangan ini, penglibatan bumiputera semakin meningkat sekaligus meningkatkan perusahaan otomobil dan ekonomi negara.

Dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun ini, melalui sektor pertanian berdasarkan Dsar pertanian negara (DPN) kesan terhadap hubungan etnik adalah mewujudkan peluang pekerjaan bagi penduduk luar bandar. Selain itu, sektor ini mampu menyediakan peluang pekerjaan yang cukup besar kepada rakyat di negara kita. Sejak penjajahan British lagi, pertanian merupakan pekerjaan warisan yang menjana ekonomi keluarga, khususnya. Di negara membangun seperti Malaysia, sektor pertanian menyumbang 50 peratus peluang pekerjaan. Perlu diingat bahawa definisi pekerjaan dalam sektor pertanian bukan sahaja bekerja di ladang, malahan meliputi pemprosesan dan pemasaran. Realitinya, masyarakat desa sememangnya bergantung harap kepada sektor ini memandangkan mereka mempunyai tanah yang luas untuk dikerjakan dan tenaga buruh yang mudah didapati. Tambahan pula, pekerjaan ini tidak memerlukan kelulusan yang tinggi berbanding kerja profesional dan separuh profesional. Tegasnya, sektor ini boleh diibaratkan bulan jatuh ke riba kepada golongan kurang terpelajar untuk tidak bergelar penganggur. Malah, dengan adanya peluang pekerjaan ini, sektor pertanian menunjukkan peningkatan yang positif dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Justeru itu, kaum Melayu, India dan Cina masing-masing boleh bekerjasama dalam bidang pertanian malah mewujudkan perpaduan yang kukuh.

Selaras dengan itu, kesan Rancangan Pembangunan Lima Tahun terhadap hubungan etnik di Malaysia adalah peningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu yang mana selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Hal ini dapat dibuktikan dengan kewujudan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan matrikulasi yang dikhususkan kepada orang Melayu. Lantaran itu, keistimewaan tersebut turut diberikan kepada orang bukan Melayu, apabila kerajaan membenarkan mereka memasuki MRSM dan matrikulasi dengan kuota 10%. Hal yang demikian adalah bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan etnik dan perpaduan dalam kalangan pelajar. Pada masa yang sama, kemasukan pelajar ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melalui sistem kuota juga telah ditukar kepada sistem meritokrasi iaitu pemilihan pelajar berdasarkan prestasi akademik tanpa mengira golongan etnik. Walaupun kedudukan istimewa mengenai pendidikan telah termaktub dalam Perlembagaan, namun demikian pelbagai sikap akomodatif antara melayui dan bukan melayu telah diwujudkan dalam usaha ke arah memantapkan lagi hubungan etnik di Malaysia.

Kesimpulan
Sebagai intiha, kesan daripada Rancangan Pembangunan Lima Tahun terhadap hubungan etnik dapat meningkatkan pembangunan ekonomi negara. Malah perubahan dasar yang dilakukan adalah untuk mencapai matlamat memodenkan Malysia seiring dengan perpaduan negara yang berbilang kaum.

You might also like