You are on page 1of 23

1. Dasar dalam negara 1.1 Dasar Ekonomi 1.1.

1 Pra-Dasar Ekonomi Baru (1956-1970) (a) Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)


Matlamat utama

membangunkan ekonomi dengan memberikan penekanan yang lebih kepada sektor di luar bandar.

Penubuhan dua buah agensi Kerajaan: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan FELDA (Federal Land Development Authority; 1956) Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar

serta pelaksanaan sistem Buku Merah merupakan inovasi penting dalam sejarah perancangan dan pembangunan negara sehingga ke masa kini.

(b) Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)


disediakan oleh sebuah Jawatankuasa Kerja Antara Jabatan dengan bantuan sebuah Urusetia Ekonomi yang dibantu oleh pakar perunding Bank Dunia. menggunakan kedua-dua strategi perancangan dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas dengan memberi tumpuan kepada pembangunan luar bandar serta penyertaan rakyat di dalam proses perancangan dan pelaksanaan. Beberapa perubahan telah dibuat di dalam RM2 ini, iaitu satu kajian yang menyeluruh telah dibuat terhadap perkembangan ekonomi negara untuk beberapa tahun sebelumnya. Satu analisis yang mendalam mengenai kedudukan ekonomi, mengenal pasti masalah yang timbul dan tindakantindakan untuk mengatasi masalah tersebut telah diadakan. Selanjutnya anggaran kasar pelaburan sektor awam terhadap pendapatan negara dan imbangan pembayaran juga telah dibuat.

(c) Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)


Di bawah Rancangan Malaysia Pertama (RMP), pembangunan negara telah diasaskan kepada suatu rancangan bersepadu berikutan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia. Rancangan Malaysia Pertama ini juga telah menentukan arah pembangunan dan matlmat-matlamat yang perlu dicapai dalm tempoh rancangan lima tahun. Pembaharuan lain yang terdapat dalam rancangan ini termasuklah program tenaga manusi dan penelitian yang lebih mendalam terhadap program-program ke atas tiap-tiap sektor ekonomi. Di samping itu RMP, juga menekankan aspek integrasi di kalangan penduduk dan negeri-negeri di dalam Malaysia dengan menggubal satu rancangan pembangunan khusus bagi meningkatkan kebajikan semua rakyat. RMP melibatkn peruntukan pembangunan sebanyak RM10,500 juta iaitu RM4,550 juta daripada sektor awam dan RM5,950 juta daripada sektor swasta. Pelaksanaan RMP pula lebih menjurus ke arah pembasmian kemiskinan di kalangan penduduk. Melihat kepada bancian penduduk tahun 1970 yang telah dijalankan, didapati bahawa 49.3% daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan. Sejumlah 86% daripada keluarga miskin tersebut terdapat di kawasan luar bandar manakala 14% lagi di kawasan bandar. Pelaksanaan dan Pencapaian Program RMP beberapa agensi baru telah ditubuhkan.

Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA Malaysian Industrial Development Authority, 1967) yang dulunya dikenali sebagai FIDA (Federal Investment Development Authority), Lembaga Penasihat Tarif, MARA (Majlis Amanah Rakyat, 1966), Bank Bumiputera (1966) PERNAS (Perbadanan Nasional Berhad, 1969).

MIDA dan Lembaga Penasihat Tarif dibentuk dengan tujuan membantu pembangunan perindustrian negara seperti yang tercatat dalam Akta Galakan Pelaburan 1968. MARA, Bank Bumiputera dan PERNAS pula ditubuhkan untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam bidang perusahaan dan perdagangan.

1.1.2 Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama: Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Objektif Matlamat utama dasar ini: mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya.

Strategi disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata: i. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. ii. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

(a) Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)


Di sebalik kejayaan yang tercapai daripada segi pertumbuhan, masalah kemiskinan dan penguasaan ekonomi yang tidak seimbang di antara kaum masih terlalu ketara, terutamanya di kalangan masyarakat Bumiputera yang tidak menikmati hasil pembangunan seperti yang mereka harapkan jika dibandingkan secara mutlak atau relatif dengan kaum-kaum lain. Justeru itu, pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2) melambangkan satu era baru dalam sejarah perancangan pembangunan Malaysia. Ini menandakan permulaan fasa ketiga di dalam sejarah perancangan pembangunan negara.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) Diwujudkan


Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum, kerajaan telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam Rancangan Pembangunan Negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar yang telah dilancarkan oleh Kerajaan melalui Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2) bertujuan untuk

memperbetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud di antara kaum, wilayah dan kawasan dalam wilayah yang sama di Malaysia. Daripada bancian penduduk pada tahun 1970 didapati bahawa 49.3 peratus daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan. Sejumlah 86 peratus daripada keluarga miskin tersebut terdapat di kawasan luar bandar manakala 14 peratus lagi di kawasan bandar. Manakala daripada Kajian Tahunan Hakmilik SyarikatSyarikat Berhad yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan dan Rekod Pendaftar Syarikat, adalah didapati bahawa hak milik dan penguasaan ekonomi di antara kaum dan pelabur dalam dan luar negeri adalah tidak seimbang.

Kepincangan ini merupakan suatu sebab utama berlakunya peristiwa 13 Mei 1969, peristiwa rusuhan kaum ketika itu. Oleh sebab itu, DEB telah dilancarkan bagi memaksa satu dasar yang bersepadu diwujudkan melalui Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2). Beberapa kejayaan telah dicapai di bawah rancangan penyusunan semula masyarakat. Satu daripadanya ialah pendapatan purata kaum Bumiputera telah meningkat daripada RM172 sebulan dalam tahun 1970 kepada RM614 sebulan dalam tahun 1987. Pendapatan ini adalah jauh lebih rendah berbanding dengan pendapatan kaum-kaum lain. Kadar kemiskinan juga telah menurun bagi semua kaum dalam tahun 1987 berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Di Semenanjung Malaysia, misalnya kadar kemiskinan telah menurun daripada 49.3 peratus dalam tahun 1970 kepada 17.3 peratus dalam tahun 1987. Daripada segi pembangunan bandar dan penyusunan semula, jumlah penduduk Bumiputera di bandar-bandar telah meningkat. Misalnya, komposisi penduduk Bumiputera di bandar di Semenanjung Malaysia telah meningkat daripada 41.3 peratus dalam tahun 1985 kepada 44 peratus dalam tahun 1988. Pelaksanaan Program Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2) RMK-2 dilancarkan dengan tujuan untuk mengatasi dan memperbetulkan keadaan ketidakseimbangan sosioekonomi di antara kawasan dan kumpulan kaum di negara ini. Peruntukan yang disediakan di bawah RMK-2 ialah sebanyak RM7,250 juta. Asas penggubalan RMK-2 ialah Dasar Ekonomi Baru yang matlamat utamanya adalah untuk mencapai perpaduan negara melalui strategi serampang dua mata, iaitu membasmi kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat Malaysia supaya dapat mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Dalam Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2), 1971-1975, sektor perkilangan merupakan sektor utama dalam perkembangan ekonomi negara. Sektor ini memainkan peranan strategik untuk pencapaian objektif Dasar Ekonomi Baru (DEB), iaitu dari segi pengembangan pekerjaan, peningkatan pendapatan dan penyusunan semula masyarakat, terutamanya dalam membentuk komuniti komersial dan industrialisme Melayu. Matlamat RMK-2 adalah untuk meningkatkan nilai ditambah dan eksport sebanyak 12.5 peratus dan 15 peratus setahun, masing-masingnya, mewujudkan peluang pekerjaan dengan kadar 7 peratus setahun, mempromosi industri berskala kecil dan menyebarkan kegiatan perkilangan di kawasan negeri yang kurang maju. Pencapaian RMK-2 Pada tempoh ini usaha bersungguh-sungguh untuk membawa taraf ekonomi luar bandar dan Bumiputera ke tahap yang lebih selesa telah dilaksanakan. Pelbagai agensi dibentuk dan digerakkan seperti MARA, FAMA, Bank Pertanian, FELDA, FELCRA, MADA, KADA, FOA (Faermers Organization Authority) dan lain-lainnya bagi tujuan tersebut. Malah strategi pembangunan bersepadu luar bandar (IRD) dengan pembentukan KESEDAR, KETENGAH, DARA dan KEJORA, dan kawasan pertanian khususnya kawasan penanaman padi (IADP) seperti MADA I, MADA II, KADA I, KADA II, serta kawasan-kawasan penanaman di Besut, Barat Laut Selangor, Krian-Sungai Manik, Kemasin- Semarak, Trans-Perak dan Balik Pulau-Seberang Perai.

Bukan itu sahaja, dalam RMK-2 ia telah meletakkan matlamat pemilikan modal dalam sektor korporat moden oleh kaum Bumiputera iaitu 9% bagi tahun 1975, 16% bagi tahun 1980, 23% bagi tahun 1985 dan 30% bagi tahun 1990. Malah, ia juga telah berjaya menggalakkan penyertaan yang lebih giat dan secara langsung oleh sektor awam dalam aktiviti- aktiviti ekonomi terutamanya yang berkaitan dengan perdagangan dan perusahaan. Yang paling membanggakan, iaitu pada tahun 1974, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS). Bermula dengan RMK-2 dan diteruskan oleh tiga Rancangan Pembangunan Malaysia yang lain, ini merupakan usaha untuk mengurangkan kadar kemiskinan luar bandar dan telah menurun ke angka 21.6% dan kadar penyertaan Bumiputera dalam sektor bandar mencapai angka 30%. Nyata bahawa RMD bukan sahaja memberi tumpuan kepada sektor luar bandar, malah pembangunan pertanian padi turut diberi perhatian berat oleh kerajaan. Daripada segi pencapaiannya KDNK bagi RMK-2 telah bertambah pada kadar 7.4% setahun. Ini adalah lebih tinggi daripada ramalan asal RMK-2, iaitu sebanyak 6.8% setahun. Sumbangan utama terhadap pertumbuhan KDNK ini berpunca daripada Pertanian (25%); Pembuatan (19.3%); Perdagangan (14.4%) dan Perkhidmatan (10.15%). Dari segi pelaburan kasar pula sejumlah RM21,679 juta telah dibelanjakan untuk pembangunan bagi tempoh 1971-1975. Pencapaian lain yang dihasilkan dari tahun 1966 1975 adalah penubuhan Suruhanjaya UNESCO di Malaysia, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Malaysia mempelopori penubuhan ASEAN, mata wang baru Malaysia digunakan, Syarikat Penerbangan Malaysia ditubuhkan, Dasar Ekonomi Baru diumumkan, Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai Bandaraya dan Rancangan Buku Hijau dilancarkan. Rancangan pembangunan wilayah seperti DARA, KEJORA dan KETENGAH dijalankan dengan jaya.

(b) Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)


merupakan peringkat kedua dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Rancangan ini disediakan berasaskan kepada kemajuan penting ekonomi dan sosial pada tahun-tahun kebelakangan, khususnya semasa Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2), dan seterusnya berpandukan kepada pengalaman yang telah diperolehi dalam proses mendorongkan pembangunan ekonomi dan sosial. Strategi dan Program Pelaksanaan RMK-3 Banyak program baru dilaksanakan dan perancangan pembangunan wilayah telah turut diperkenalkan. Analisis yang lebih sempurna dibuat terhadap pembahagian peruntukan kepada negeri-negeri di samping isuisu keselamatan dan alam sekitar juga diberi perhatian yang sewajarnya. Jumlah yang diperuntukkan di bawah RMT ialah RM18,600 juta dan 88% daripadanya diperuntukkan kepada pembangunan sosioekonomi manakala bakinya sebanyak 12 peratus diperuntukkan kepada perbelanjaan pertahanan dan keselamatan negara. Usaha-usaha membangunkan sektor pertanian dan perindustrian diteruskan demi untuk meninggikan pendapatan, produktiviti dan peluang-peluang pekerjaan. RMT masih menumpukan kepada sektor perindustrian. Strategi sektor perindustrian dalam RMT masih tertumpu kepada matlamat DEB

dengan menggalakkan kecekapan, menyediakan pekerjaan, memajukan perusahaan kecil dan menambah penyertaan orangorang Melayu dan kaum Bumiputera lain dalam bidang perkilangan. Perkembangan perusahaan adalah berintensif buruh, berasaskan sumber alam termasuk pertanian dan berorientasikan ekspot. Begitu juga dengan penempatan perusahaan di negeri-negeri kurang maju, ia masih ditekankan. (Malaysia,1976). Strategi yang dilaksanakan meliputi beberapa tujuan memandangkan perbezaan dalam ciri-ciri ekonomi golongan miskin di bandar. Strategi pertama adalah menggalakkan kemajuan pembuatan dan pembinaan, dorongan-dorongan khas untuk industri dan teknik pengeluaran yang menggunakan lebih banyak tenaga buruh akan dititikberatkan dan diperluaskan lagi.

Melalui

strategi

kedua,

industri-industri

kecil

dibantu

dengan

menambahkan

kemudahan-kemudahan kredit dan perkhidmatan lanjutan di samping mengadakan pertalian yang lebih kukuh di antara pengeluar-pengeluar kecil yang menggunakan banyak tenaga buruh dengan sektor moden melalui kontrak-kontrak kecil. Ketiga, Kerajaan terus berusaha untuk menggalakkan lebih banyak pertumbuhan pusat-pusat bandar di seluruh negara bagi mengurangkan kesesakan di bandar-bandar besar. Keempat, memperbanyakkan lagi kemudahan-kemudahan perumahan dan pengangkutan awam di kawasan miskin di bandar-bandar besar. Strategi pembangunan sosioekonomi RMT adalah untuk menambahkan lagi peranan sektor-sektor pertanian dan perindustrian supaya dapat menyediakan peluang-peluang yang kian bertambah supaya lebih ramai lagi rakyat dari berbilang kaum menyertai di bidang-bidang tersebut. Bagi mendapatkan faedah optima dari perkembangan perindustrian, dasar-dasar untuk menggalakkan pelaburan telah dikaji semula dari semasa ke semasa. Ini bagi menjamin supaya dasar-dasar itu membantu perkembangan guna tenaga dan penggunaan sumber-sumber asli yang masih banyak matlamat seterusnya ialah untuk menggalakkan pengeluran yang cekap dalam bidang perindustrian supaya kos dan kesan-kesan perindustrian terhadap masyarakat adalah terkawal. Usaha-usaha untuk memperbaiki taraf hidup golongan miskin di kawasan-kawasan bandar dan luar bandar dilaksanakan serentak dengan usaha memperkembangkan guna tenaga dan pendapatan. Kedua-dua langkah ini merupakan strategi kerajaan untuk membasmi kemiskinan. Perhatian khas turut diberikan kepada usaha bagi memenuhi keperluankeperluan untuk perumahan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain yang juga penting bagi golongan yang berpendapatan rendah di kawasan bandar dan luar bandar. Program-program lain termasuk Projek Amalan Makanan dan Pemakanan dan pembangunan masyarakat di kawasan-kawasan bandar dan luar bandar yang melibatkan masyarakat tempatan dalam programprogram dan projek-projek pembangunan. Semasa pelancaran RMK-3, DEB masih dalam perlaksanaan. Justeru itu RMK-3 boleh dikatakan sebagai peringkat kedua dalam perlaksanaan DEB. Dalam rancangan ini, beberapa program turut dirangka dan dilancarkan. Perancangan pembangunan wilayah telah diperkenalkan di mana rancangan ini dipercayai dapat merapatkan jurang perbezaan ekonomi menerusi rancangan pembangunan bandar baru. Rancangan ini digiatkan melalui badan-badan tertentu seperti KEJORA, DARA, KETENGAH dan KESEDAR. Sebanyak 28 bandar dibina di bawah rancangan KEJORA, KETENGAH dan DARA menjelang tahun tahun 1980. Badan-badan berkanun seperti MARA, FELDA, PERNAS, UDA dan RISDA meneruskan usaha-usaha pembangunan. Di samping itu, kerajaan juga turut memberi penekanan kepada isu-isu alam sekitar dan keselamatan negara. Pencapaian RMK-3 Daripada segi pencapaian, RMT (1976-1980) menghasilkan jumlah pelaburan kasar untuk pembangunan yang bernilai sebanyak RM48,449 juta. Bagi 10 tahun pertama pelaksanaan DEB (1971-1980), ekonomi Malaysia telah berkembang pada kadar 7.8% setahun. Kadar purata ini adalah rendah sedikit daripada matlamat 8% setahun yang telah ditetapkan. Di antara faktor utama menyebabkan kadar pertumbuhan rendah ini ialah kadar pertumbuhan yang lembab dalam sektor pertanian (iaitu pada kadar 4.3% setahun). Sektor-sektor lain pula kebanyakannya telah mencatatkan kadar pertumbuhan lebih daripada 8% setahun. Kemajuan yang dicapai oleh sektor perindustrian dalam RMT adalah menggalakkan. Sumbangannya kepada KDNK meningkat lagi, iaitu kepada 20.5 peratus pada 1980. Sumbangannya kepada guna tenaga dan pendapatan eksport adalah 24.5 peratus dan 25.2 peratus, masing-masingnya (Malaysia 1981). Dalam sektor pertanian pula, walaupun sumbangan terhadap KDNK masih lebih besar daripada sektor perindustrian, tetapi merosot kepada 22.8 peratus pada 1980. Negara akan menempuh masa lima tahun hadapan dengan penuh keyakinan. Di bawah dorongan RMK-3, pekerjaan di kalangan orang-orang Melayu dalam sektor-sektor ekonomi yang dinamis dan moden telah bertambah baik, walaupun bilangannya masih kurang, terutamanya di peringkat pengurusan dan eksekutif. Secara keseluruhan, program-program RMT juga membantu dalam perkembangan ekonomi negara walaupun rendah daripada matlamat.

RMK-3 telah dirangka berdasarkan kepada kekuatan ekonomi negara dan cabaran yang dihadapi negara termasuk masalah keselamatan negara serta kemajuan penting ekonomi dan sosial (hasil daripada usaha-usaha pembangunan yang lepas dan juga kekurangan yang dialami dalam proses pembangunan). Rancangan ini merupakan satu usaha kerajaan yang lebih tegas dan bersungguh-sungguh untuk membasmi kemiskinan serta menyusun semula masyarakat bagi sepanjang tempoh tahuntahun 1976-1980.

(c) Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)


Rancangan Malaysia Keempat (RMK-4) 1981-1985 merupakan satu lagi langkah utama bagi mencapai matlamat-matlamat jangka panjang pembangunan ekonomi dan perpaduan Negara. Di bawah rancangan ini kerajaan merangka pelbagai program dalam usaha memesatkan dan meningkatkan lagi pendapatan dan taraf hidup rakyat negara ini. RMK-4 sebenarnya dilancarkan ketika negara dilanda kemelesetan ekonomi terutamanya akibat kejatuhan harga pasaran dunia bijih timah dan getah. Fenomena ini menyebabkan negara mengalami berbagaibagai masalah ekonomi seperti kemerosotan dalam imbangan bayaran, kejatuhan harga dan penurunan pendapatan eksport sektor komoditi, kelembapan sektor swasta dan peningkatan kadar pengangguran. Namun begitu, langkah-langkah pembangunan ekonomi tetap diteruskan. Peruntukan yang disediakan untuk RMK-4 ini adalah sejumlah RM40 ribu juta. Daripada jumlah ini 57.9 peratus diperuntukkan untuk pembangunan ekonomi, 16.2 peratus diperuntukkan untuk pembangunan sosial, 23.8 peratus diperuntukkan untuk keselamatan dan 2 peratus untuk pentadbiran awam. Daripada pembahagian ini, penekanan masih diberikan kepada sektor pertanian dan luar bandar dengan peruntukan sejumlah 21.3 peratus sektor perdagangan dan perindustrian pula sejumlah 13.8 peratus, pengangkutan sejumlah 10.5 peratus tenaga dan kemudahan awam sejumlah 8.3 peratus, pelajaran dan latihan sejumlah 7.6 peratus dan perkhidmatan sosial sejumlah 7.1 peratus. Dasar Penswastaan Penswastaan mula mendapat perhatian di Malaysia pada pertengahan tahun 1983 yang menyaksikan penekanan pihak swasta dalam pembangunan dan pengurusan negara. Rasional penswastaan di Malaysia disebabkan faktor kecekapan pihak swasta memandangkan perlunya pertumbuhan saiz sektor awam dikawal dalam keadaan kewangan kerajaan yang tidak begitu kukuh sebagaimana yang dialami dalam tahun-tahun 1980-an. Objektif dasar penswastaan yang telah 1.Mengurangkanbebankewangankerajaan 2.Meninggikankecekapandanpenghasilankerja 3.Menggalakkanpertumbuhanekonomi 4.Pengagihansumbersecaracekap 5. Mempercepatkan pencapaian hasrat DEB dilancarkan pada bulan Mac 1983 adalah bertujuan bagi;-

Antara projek penswastaan yang telah dilaksanakan ialah, Lebuhraya Utara Selatan kepada Syarikat UEM Bhd., TV3 oleh Syarikat Televisyen Malaysia Berhad (STMB), Perkhidmatan Telefon kepada Syarikat Telekom Malaysia, Jabatan Pos, Desaru dan sebagainya. Strategi dan Pelaksanaan Ekonomi negara terus mengalami perkembangan dan kepelbagaian dalam tempoh RME. Oleh yang demikian, unsur-unsur penting untuk strategi pembangunan ialah secara meningkatkan daya pengeluaran pertanian, menambahkan dan mempelbagaikan asas perindustrian, memodenkan sektor-sektor kewangan dan perkhidmatan serta mempelbagaikan

punca-punca pertumbuhan. RME juga mengutamakan sektor perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal, penggunaan teknologi dan tenaga mahir. Sehubungan itu, Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) ditubuhkan bagi menjayakan program pembangunan perindustrian berat ini. Di antara projek yang diletakkan di bawah pengawasan HICOM adalah : 1. Kilang simen, yang diuruskan oleh Kedah Cement Sendirian Berhad 2. Kilang pengeluaran besi berongga dan keluli oleh PERWAJA Sri Kemaman, Terengganu 3. Pembuatan kereta iaitu Proton Saga oleh Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad Selain itu, usaha juga dilakukan bagi menarik lebih ramai pelabur asing dengan membuka kawasan perindustrian baru seperti Senawang, Skudai, Bintulu, Menggatal dan Likas. Kawasan perdagangan bebas juga dibuka atas motif yang sama seperti di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Manakala, pada tahun 1983, dua buah program pula dilancarkan bagi mengkaji struktur perusahaan 1. Kajian 2. Pelan Induk Perindustrian (PIP) awam Dasar Perindustrian iaitu : Malaysia

Bukan itu sahaja, Kerajaan juga berusaha untuk menyumbangkan pemilikan harta dan saham perindustrian di antara kaum Bumiputera dengan bukan Bumiputera dengan cara menubuhkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan melancarkan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) pada 1981. RMK-4 turut memberi penekanan dalam aspek strategi pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula rakyat. Tumpuan utama usaha-usaha menyusun semula guna tenaga ialah menerusi program-program pelajaran dan latihan untuk menambahkan bilangan Bumiputera yang terlatih, terutamanya di peringkat pelajaran tinggi. Strategi untuk memastikan pencapaian pemilikan oleh Bumiputera sekurang-kurangnya 30% dari jumlah modal saham dalam sektor syarikat diteruskan melalui pembelian modal saham oleh agensi-agensi amanah. Agensi-agensi amanah ini termasuklah Permodalan Nasional Berhad (PNB), Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) menjadi badan-badan utama bagi memberi saham-saham yang sedia ada. Pencapaian RMK-4 Kemajuan dalam usaha-usaha membasmi kemiskinan telah mengurangkan kadar kemiskinan dari 49.3% dalam tahun 1970 kepada 29.2% dalam tahun 1980. Kemajuan ini telah dicapai hasil dari pembangunan ekonomi dan sosial yang pesat dalam tempoh 1971-1980 dengan kemajuan yang besar dicapai dari segi guna tenaga dan daya pengeluaran dalam sektor pertanian menerusi program seperti pembangunan tanah dan kawasan yang sedia ada dan dibantu oleh harga barangan yang tinggi.

Kerajaan telah memperluaskan perkhidmatan-perkhidmatan seperti menyebarkan hasil-hasil penyelidikan, menyediakan khidmat nasihat dan perundingan, latihan, kemudahan kredit dan pinjaman. Penyelidikan berkenaan akan dijalankan oleh Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) dan Persatuan Penyelidikan dan Pengeluar-pengeluar Getah Malaysia (MRPRA) sementara Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan meneruskan kegiatan penyelidikannya berkenaan dengan penggunaan dan pemprosesan barang-barang pertanian, ternakan dan perikanan untuk kegunaan perindustrian dan perdagangan. Dalam RMK-4 kerajaan turut memberi keutamaan kepada kemajuan kemahiran, pengetahuan teknikal dan keusahawanan. Bagi tujuan ini, peranan institusi-institusi seperti Institut Latihan Perindustrian, Institut dan Sekolah-sekolah Vokasional, Pusat Latihan Belia serta universiti dan kolej telah dipergiatkan.

Dari segi pencapaian secara keseluruhan, KDNK telah berkembang pada kadar purata 5.8% setahun. Pendapatan per kapita turut meningkat sebanyak 4.4% setahun daripada $3171 juta pada tahun 1980 kepada $4609 juta pada tahun 1985. Prospek bagi pembangunan ekonomi yang berterusan dalam tempoh RME adalah cerah. Seperti yang berlaku di tahun-tahun sebelumnya, ketahanan dan asas sumber ekonomi yang kuat akan membolehkan negara menghadapi perkembangan buruk dalam ekonomi dunia.

(d) Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)


Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) telah memperkenalkan satu fasa baru dalam pembangunan negara dengan strategi yng menekankan pertumbuhan ekonomi yng sederhana dan stabil. Satu perkara yang diberi penekanan sepenuhnya ialh perpaduan negara yang merupakan matlamat keseluruhan pembangunan sosioekonomi. Tumpuan usaha-usaha perpaduan negara ialah untuk memupuk semangat kebangsaan. Rakyat Malaysia dipupuk rasa cinta dan bangga terhadap negara sert sentiasa berpandu kepada Rukun Negara. Justeru matlmat RMK-5 adalah untuk mencapai perpaduan negara, mencapai objektif dalam objektif dalam DEB dan mengecap pertumbuhan yang dapat menjamin kestabilan ekonomi negara. Fenomena ini masih perlu mengmbil kira keadaan negara waktu itu yang masih dalam era kemelesetan. Secara keseluruhan, jumlah peruntukan bagi RMK-5 adalah sejumlah RM69,000 juta. Daripada jumlah ini, 89.2 peratus diperuntukkan untuk perbelanjaan sosioekonomi, 6.5 peratus untuk keselamatan dan pertahanan dan 4 peratus untuk pentadbiran awam. Strategi dan Pelaksanaan RMK-5 Dalam tempoh RMK-5, kerajaan telah mewujudkan dan melaksanakan beberapa strategi yang dilaksanakan dalam RMK-5. Strategi yang dilaksanakan di dalam RMK-5 termasuklah peningkatan peranan sektor swasta melalui proses deregulation (pelonggaran peraturan dan kawalan) dalam aspek hak milik syarikat, perlesenan dan aktiviti ekonomi lain untuk mendorong persaingan yang sihat dan meningkatkan kecekapan. Syarat-syarat pelaburan modal asing turut dilonggarkan bagi meningkatkan pelaburan industri terutamanya industri yang berorientasikan ekspot. Selain itu, kerajaan juga menggalakkan sektor pertanian dan industri luar bandar. Beberapa syarat dilonggarkan seperti syarat-syarat penggunaan tanah, penanaman padi secara ladang, penggunaan tanah lombong untuk pertanian dan penanaman tanaman lain yang sesuai di sawah-sawah terbiar. Usaha menggalakkan perindustrian pula didokong dengan langkah- langkah pengurangan kadar bayaran elektrik, telefon, air, tapak kilang dan lain-lain. RMK-5 turut merangka sebuah strategi baru iaitu penekanan terhadap bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D). Strategi ini diharap dapat meningkatkan kadar produktiviti, keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan. Usaha pembangunan sumber manusia turut dititikberatkan seperti latihan kemahiran dalam bidang pengurusan, keusahawanan, pembinaan, perhotelan dan perkapalan. Perancangan dan pembangunan peringkat wilayah dan kawasan serta pembangunan bandar-bandar baru juga diberi penekanan dalam RML. Ini bertujuan bagi mengurangkan pertindihan pelaburan dan infrastruktur serta meluaskan faedah pembangunan kepada seluruh wilayah. Perindustrian yang bersepadu telah digalakkan terutama di pusat-pusat yang berpotensi tinggi untuk berkembang. Bagi pertumbuhan bandar-bandar baru, garis panduan yang digunakan berasaskan pertumbuhan semulajadi dan bukannya pertumbuhan rekaan. Beberapa bandar yang sedia ada dalam kawasan mundur akan dimajukan untuk mengurangkan penghijrahan pekerja ke kawasan bandar. Sektor pelancongan turut diberi perhatian seperti menggalakkan pembinaan hotel oleh pihak swasta,

menggalakkan pihak swasta menyediakan kemudahan pelancongan, menubuhkan Perbadanan Pelancongan Malaysia dan melancarkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990. Kajian-kajian mengenai prestasi dan produktiviti dijalankan oleh agensi-agensi seperti Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia (MAMPU). Seterusnya, perhatian juga diberikan kepada usaha-usaha untuk meningkatkan lagi kemahiran ikhtisas dan teknik serta menambah bilangan tenaga kerja dalam kemahiran-kemahiran tersebut. Penubuhan Sistem Tadbir Baru Pelaksanaan Dasar Penswastaan telah diperluaskan. Sektor swasta digalakkan untuk mengenalpasti dan mengemukakan cadangan bagi mengambilalih perkhidmatan-perkhidmatan yang bersesuaian. Penggunaan teknologi komputer dan elektronik dalam proses perancangan dan pelaksanaan diperluaskan lagi. Sistem maklumat pengurusan bersepadu yang dipanggil Sistem Pengesanan Projek Yang Disatukan Bagi Agensi-agensi Pusat (SETIA) telah dilancarkan. Dua buah kementerian baru di peringkat persekutuan dan 46 buah jabatan, agensi dan pejabat cawangan telah ditubuhkan. Kementeriankementerian yang baru ialah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar dan Kementerian Kehakiman. Seterusnya, sejumlah 48 buah kementerian, Jabatan dan agensi persekutuan dan negeri telah disusun semula. Selain daripada dasar-dasar dan nilai-nilai yang tersebut di atas, beberapa langkah pentadbiran yang baru telah diperkenalkan untuk menggalakkan jentera perancangan dan pelaksanaan Kerajaan yang lebih cekap dan lebih produktif. Langkah-langkah baru tersebut ialah kod etika perkhidmatan awam, kepimpinan melalui teladan, kumpulan meningkat mutu kerja, manual prosedur kerja dan fail meja, pusat pembayaran setempat, konsep pejabat terbuka, sistem perakam waktu, tanda nama, peti cadangan, pengurusan melalui mesyuarat dan penggunaan sistem poskod bagi seluruh negara. Dalam tahun ini kerajaan telah melancarkan perkara-perkara seperti berikut:1. Rangka Rancangan Jangka Panjang 2 (RRJP2)(1991 2020) 2. Wawasan 2020 3. Dasar Pembangunan 4. Rancangan Malaysia Keenam (RMEn)(1991 - 1995) Pencapaian RMK-5 Prestasi ekonomi sepanjang tempoh RML amat membanggakan. Pada keseluruhannya, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebenar telah berkembang pada kadar 6.7 peratus setahun berbanding dengan matlamat RMK-5 pada kadar 5.0 peratus. Prestasi yang menggalakkan ini adalah hasil daripada kejayaan pelaksanaan langkah-langkah penyesuaian yang diambil sejak tahun 1983 bagi mengukuhkan sektor awam dan mengurangkan defisit belanjawan. Tambahan pula, dasar-dasar perdagangan dan pelaburan yang liberal yang diperkenalkan semasa kemelesetan pada tahun 1985-86 telah menambahkan keyakinan para peniaga dan meningkatkan pelaburan swasta. Faktor-faktor tersebut berserta dengan persekitaran luar negeri yang bertambah baik, telah membolehkan ekonomi pulih dengan segera. Pelaksanaan dasar dan strategi untuk mencapai matlamat agihan pendapatan yang lebih saksama disertai pula dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat, terutamanya dalam tempoh separuh penggal kedua RML telah menghasilkan kemajuan yang ketara dalam corak agihan pendapatan. Corak agihan pendapatan yang lebih baik yang telah dicapai, mencerminkan kemajuan yang menggalakkan dalam usaha menambah guna tenaga dan penyertaan Bumiputera di dalam sektor moden ekonomi negara. Pertambahan bilangan tenaga kerja Bumiputera yang terpelajar dan kemunculan golongan peniaga Bumiputera serta peningkatan penglibatan mereka dalam aktiviti ekonomi moden, telah dapat menambah bilangan Bumiputera di dalam kumpulan berpendapatan tinggi. (1991 Nasional (DPN)(1991 2020) 2000)

Dalam tempoh RMK-5, walaupun kemajuan telah dicapai dalam pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB), pada keseluruhannya penyertaan yang berdaya maju Bumiputera di sektor moden masih lagi terhad. Faktor-faktor penting yang membawa kepada pencapaian yang masih rendah ini adalah asas perniagaan mereka yang kecil dan terbatas, kekurangan pengalaman dan juga kekurangan dari segi kemampuan pengurusan. Di samping itu, pertumbuhan yang perlahan semasa kemelesetan ekonomi telah juga menjejaskan prestasi peniaga Bumiputera, menandakan bahawa usaha pembangunan MPPB masih belum mencapai asas yang kukuh dan berdaya tahan. Sebagai sebahagian daripada program untuk membantu perniagaan Bumiputera, Kerajaan telah mewujudkan tabungtabung khas seperti Tabung Pemulihan Usahawan dan Tabung Usahawan Baru. Di samping itu, had maksimum pinjaman yang ditawarkan oleh agensi-agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Syarikat Jaminan Kredit (CGC) kepada peniagapeniaga kecil juga telah di tambah. Dalam dekad-dekad yang lepas negara telah berjaya memperkukuhkan lagi asas pertumbuhan ekonomi. Negara telah dapat mengatasi beberapa cabaran ekonomi sepanjang tempoh pembangunan sehingga kini. Tugas mengekalkan dan seterusnya meningkatkan lagi perkembangan ekonomi negara adalah satu tindakan berterusan. Hasrat dan aspirasi negara untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 akan diberi tekanan dalam projek-projek pembangunan negara.

1.1.3 Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua: Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000)
Objektif Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi. Strategi Pelaksanaan DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara. DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi aspek-aspek kritikal seperti berikut: (i) Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama; (ii) Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan; (iii) Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia; (iv) Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar; (v) Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara;

(vi) Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat; (vii) Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden; dan (viii) Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan. DPN telah mengambil kira kemajuan yang telah dicapai setakat ini di bawah DEB serta kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa pelaksanaannya. Ia mengandungi beberapa peralihan pendekatan dengan tujuan mengadakan satu dimensi baru dalam usaha pembangunan, terutamanya dalam membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Dimensi-dimensi baru DPN adalah seperti berikut: (i) Memberi penekanan yang lebih kepada strategi pembasmian kemiskinan untuk tujuan menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin hardcore poor di samping mengurangkan kemiskinan relatif. (Golongan yang termiskin adalah keluarga berpendapatan 50% atau kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan. Bagi tahun 1990, Pendapatan Garis Kemiskinan adalah sebanyak $370 sebulan bagi saiz isi rumah 5.1 di Semenanjung Malaysia, $544 bagi saiz isi rumah 5.4 di Sabah dan $452 bagi saiz isi rumah 5.2 di Sarawak. Kira-kira 143,000 isi rumah atau 4% daripada jumlah isi rumah adalah tergolong sebagai keluarga termiskin); (ii) Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi penting kearah meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi; (iii) Meningkatkan penekanan kepada diri dalam proses penyusunan semula masyarakat; dan sektor swasta untuk melibatkan

(iv) Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.

(a) Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995)


Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) yang meliputi tempoh 1991-1995, merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2), 1991-2000. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang terkandung dalam RRJP2 menetapkan keseluruhan objektif, strategi dan matlamat yang akan dijadikan panduan kepada pembangunan negara dalam tahun- tahun sembilan puluhan. RMK-6 menjelaskan strategi, program dan projek yang akan dibentuk bagi mencapai objektif DPN. Teras utama RMK-6 ialah untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi di tahap yang tinggi dan menguruskannya dengan berkesan bagi mencapai pembangunan ekonomi yang lebih seimbang. Penekanan kepada pembangunan seimbang adalah berdasarkan kepada kesedaran bahawa sungguhpun terdapat kemajuan dalam pertumbuhan ekonomi dan pengagihan, pertumbuhan yang mantap memerlukan asas ekonomi yang lebih luas.

Strategi pembangunan seimbang merangkumi dasar-dasar untuk mempelbagaikan asas perindustrian, meningkatkan pembangunan sumber manusia, menggalakkan peningkatan teknologi dan mengurangkan ketidakseimbangan struktur di antara sektor dan antara wilayah di negara ini. Jumlah peruntukan keseluruhan bagi rancangan ini adalah $104 bilion iaitu 56.8% untuk sektor ekonomi, 24.5% untuk sektor sosial, 15.35% untuk sektor pertahanan dan 3.4% untuk sektor pentadbiran. Strategi dan Pelaksanaan Program RMk-6 Beberapa strategi telah dirangka untuk mencapai matlamat-matlamat Rancangan Malaysia Keenam (RMk-6). Antaranya, kecekapan daya saing ekonomi ditingkatkan di samping menggalakkan sektor swasta terus memainkan peranan utama dalam perkembangan ekonomi negara.

Kerajaan akan meningkatkan hasil serta mengurangkan perbelanjaan yang tidak produktif dan menyegerakan program penswastaan. Langkahlangkah yang lebih giat diambil bagi memperkukuhkan perkembangan pasaran kewangan dan modal supaya tabungan dalam negeri dapat ditingkatkan dan disalurkan secara cekap kepada sektor ekonomi yang produktif terutamanya sektor pembuatan. Pencapaian RMK-6 Prestasi ekonomi Malaysia dalam tempoh Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) adalah memberangsangkan. Asas ekonomi yang kukuh ekoran daripada pelaksanaan dasar ekonomi makro yang teguh dan peningkatan daya saing negara telah menyumbang kepada pencapaian pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan harga yang secara relatifnya lebih stabil. Ekonomi negara telah digerakkan oleh peningkatan pesat pelaburan swasta yang didorong oleh kemasukan pelaburan asing yang besar, tabungan dalam negeri yang tinggi dan kepesatan pelaksanaan program penswastaan. Sektor eksport telah menunjukkan prestasi yang menggalakkan walaupun negara perindustrian utama mengalami pertumbuhan yang lembab dalam separuh pertama tempoh Rancangan. Bagi penilaian prestasi ekonomi makro, dalam tempoh RMEn, ekonomi negara telah mencatatkan pertumbuhan purata sebanyak 8.7 peratus setahun, mengatasi sasaran 8.1 peratus mengikut kajian separuh penggal serta sasaran asal RME iaitu sebanyak 7.5 peratus. Pertumbuhan pesat ini telah dicapai beserta dengan kestabilan ekonomi makro. Pertumbuhan yang teguh ini sebahagian besarnya adalah hasil daripada permintaan dalam negeri yang berkembang pada kadar 11.3 peratus setahun dan diperkukuhkan lagi dengan pemulihan ekonomi dunia pada akhir tempoh Rancangan. Pertumbuhan pesat ini, antara lain, telah meningkatkan pendapatan per kapita daripada RM6,099 pada tahun 1990 kepada RM9,786 pada tahun 1995 dan telah menarik kemasukan pelaburan asing yang tinggi. Sektor swasta memainkan peranan utama dalam pembangunan ekonomi manakala sektor awam terus memainkan peranan sokongan yang aktif. Dalam tempoh RMEn, pengurusan pragmatik ekonomi makro telah meningkatkan kapasiti pengeluaran dan daya saing Malaysia. Kejayaan Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi secara berterusan beserta kestabilan harga adalah hasil pelaksanaan dasar dan strategi ekonomi makro yang berkesan. Liberalisasi yang berterusan ke atas peraturan dan tatacara dengan disokong oleh suasana politik yang stabil telah mewujudkan persekitaran yang sesuai bagi meningkatkan pelaburan swasta. Malaysia telah berjaya membiayai pelaburan ini melalui tabungan dalam negeri dan kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang tinggi. Usaha ke arah pembangunan perindustrian telah menghasilkan keluaran yang lebih berkualiti, meningkatkan kecekapan dan daya saing eksport Malaysia. Sumber telah diperuntukkan bagi pembangunan sains dan teknologi (S&T), penyelidikan dan pembangunan (P&P) serta sumber manusia untuk meningkatkan produktiviti. Pasaran kewangan telah diperkukuhkan dan ini telah memudahkan penggemblengan tabungan dalam negeri manakala pasaran modal pula telah dimajukan untuk memenuhi pelbagai keperluan yang semakin meningkat bagi sebuah ekonomi yang menuju ke taraf perindustrian.

Sektor pertanian juga turut mencatatkan kadar pertumbuhan purata sebanyak 2.0 peratus setahun manakala bahagiannya daripada KDNK terus berkurang sehingga ke tahap 13.6 peratus pada akhir tempoh Rancangan. Peningkatan pengeluaran sektor kecil kelapa sawit, ternakan dan perikanan telah menyumbang kepada pertumbuhan sektor ini. Begitu juga dengan sektor perlombongan yang telah mencapai pertumbuhan purata sebanyak 2.9 peratus setahun iaitu lebih tinggi daripada sasaran 1.1 peratus, hasil daripada peningkatan pengeluaran gas dan kondensat iaitu hasil sampingan gas.

Keluaran sebenar ekonomi telah berkembang dalam tempoh RMK-6 dengan sebahagian besarnya diperolehi dari pelaburan dalam infrastruktur fizikal, P&P, pendidikan dan latihan kemahiran disertai dengan kemasukan FDI yang besar. Faktor ini juga telah meningkatkan sumbangan TFP sebanyak dua kali ganda iaitu daripada 1.2 peratus atau 17.9 peratus daripada KDNK dalam tempoh 1971-1990 kepada 2.5 peratus atau 28.7 peratus daripada pertumbuhan KDNK dalam tempoh RMEn. Tahun terakhir RMEn itu sendiri merupakan tahun kelapan berturut-turut ekonomi negara mencapai pertumbuhan pesat, menjadikannya tempoh pertumbuhan paling rancak dan terpanjang yang pernah dinikmati sehingga kini. Lebih penting lagi kadar pertumbuhan yang tinggi tersebut dicapai dalam suasana harga yang secara relatifnya stabil. Dengan asas yang kukuh menjadi landasan perkembangan pesat ekonomi sedia ada disertai suasana sosial dan politik yang teguh, negara telah melangkah ke fasa kedua pembangunan di bawah RRJP2 dengan kemampuan yang lebih tinggi untuk menghadapi cabaran semasa. Ianya juga menyediakan landasan bagi Kerajaan mempercepatkan pencapaian objektif pertumbuhan seimbang sebagaimana yang termaktub di bawah Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dengan matlamat utama mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih adil dan bersatu padu.

(b) Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000)

RMK-7 dilaksanakan antara tahun 1996 - 2000, meliputi fasa kedua RRJP2. RMK-7 disedia berasaskan kejayaan pelaksanaan Rancangan Malaysia Keenam, dan bertujuan membawa negara ke abad ke 21 secara berkesan. Rancangan ini dirangka berasaskan strategi-strategi baru bagi menangani cabaran dan perubahan yang akan dihadapi oleh masyarakat dan ekonomi. RMK-7 mengekalkan penekanan kepada konsep pembangunan seimbang sebagaimana di dalam DPN. Rancangan cuba mempastikan hasil pertumbuhan ekonomi diagihkan secara saksama kepada semua kumpulan etnik. Antara strategi baru yang dilaksanakan adalah seperti strategi pertumbuhan ekonomi yang didorong oleh pelaburan atau input yang diutamakan dalam rancangan terdahulu kepada strategi pertumbuhan didorong oleh produktiviti. Selain itu, peralihan juga akan dibuat kepada pengeluaran berskala besar bagi eksport oleh industri-industri Malaysia.

RMK-7 juga menekankan kepentingan sumber manusia dengan menambah bidang latihan dan pendidikan. Strategi baru juga dilaksanakan untuk memperkayakan sains dan teknologi. Selain itu, seperti dalam rancangan terdahulu RMK-7 juga menekankan peranan sektor swasta dalam menyumbangkan pertumbuhan ekonomi negara. Walaupun RMK-7 dilancarkan pada saat ekonomi sedang berkembang pesat (1996), namun sepanjang perlaksanaannya rancangan ini akan dikenang kerana telah menghadapi tempoh sukar ekoran kelembapan ekonomi terutama pada tahun 1998.

Rancangan ekonomi terjejas akibat krisis kewangan yang bermula pada Julai 1997. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mempastikan ekonomi negara, juga kestabilan negara tidak terus terjejas seperti penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 7 Januari 1998 dan Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (PPEN) pada 23 Julai 1998.akian Ke Puncak Emas Teras RMK-7 adalah untuk meningkatkan pertumbuhan potensi keluaran, memesatkan peralihan struktur dan pembangunan yang seimbang. Dengan persaingan yang lebih besar daripada ekonomi yang baru muncul bagi mendapatkan sumber modal manakala buruh pula semakin berkurangan, tumpuan RMK-7 adalah untuk mempercepatkan peningkatan produktiviti dan kecekapan terutamanya melalui inisiatif sektor swasta. Penekanan yang khusus akan diberi kepada usaha meningkatkan kemahiran, mendalamkan modal dan membangunkan teknologi. Aspek yang penting adalah meningkatkan kecekapan dan produktiviti penggunaan sumber yang akan memperkukuhkan daya saingan negara. Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) Pada tahun 1999, Kerajaan telah melancarkan Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) (1998-2010) yang menentukan hala tuju pembangunan sektor pertanian negara. Selain daripada itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menetapkan sasaran supaya mencapai lebihan (surplus) dalam imbangan perdagangan makanan menjelang tahun 2010 melaluiPlan Tindakan BOT ( Balance Of Trade). Dasar Pertanian Negara Ketiga (1998-2010) bertujuan untuk meningkatkan daya saing sektor pertanian berikutan liberalisasi perdagangan antarabangsa. Di antara matlamat Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) (1998-2010) adalah untuk: Meningkatkan food security negara pertanian yangberorientasikan komersial melalui transformasi modus operandi

Meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian melalui permindahan teknologi Merapatkan rantaian di antara sektor pertanian dengan sektor lain

Mewujudkan sumber pertumbuhan baru mengguna dan memulihara sumber semulajadi secara lestari. Strategi dan Pelaksanaan RMK-7 Dalam tempoh RMK-7, pengurusan ekonomi makro diberi tumpuan kepada mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan kestabilan bagi memudahkan pencapaian objektif sosioekonomi dalam konteks perkembangan ekonomi yang pesat.

KDNK mengikut nilai sebenar dijangka tumbuh dengan pesat pada kadar purata 8.0 peratus setahun dengan kadar inflasi yang rendah. Usaha memerangi inflasi diteruskan melalui dasar fiskal dan kewangan yang bersesuaian serta langkah pentadbiran dan penyesuaian penawaran. Usaha juga ditumpukan untuk mengurangkan kadar kemiskinan ke tahap 5.5 peratus manakala kemiskinan di kalangan golongan termiskin akan dapat dibasmi sepenuhnya menjelang tahun 2000. Dalam hubungan ini, program membasmi kemiskinan termasuk Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) akan ditumpukan kepada pengurangan kemiskinan di kawasan dan di kalangan kumpulan yang kadar kemiskinannya tinggi. Beberapa cabaran telah dikenal pasti dalam pelaksanaan RMK-7 ini. Cabaran utama yang akan dihadapi oleh negara pada masa hadapan termasuklah memesatkan transformasi ekonomi daripada pertumbuhan yang didorong oleh pelaburan kepada pertumbuhan yang didorong oleh produktiviti dan kualiti melalui peningkatan kecekapan faktor buruh dan modal serta produktiviti faktor keseluruhan (TFP) dengan meningkatkan kemahiran, mendalamkan modal di samping memajukan pengurusan dan keusahawanan. Antara strategi lain yang diusahakan dalam RMK-7 ialah: Membangunkan sektor perkhidmatan yang moden, dinamik dan berorientasi terbuka bagi membolehkannya bukan sahaja menjadi pemangkin utama pertumbuhan tetapi juga berpotensi untuk diekspot dalam perdagangan antarabangsa. Memperkukuhkan sains dan teknologi (S&T) dan meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (P&P) untuk menggunakan sepenuhnya keupayaan teknologi negara serta memajukan teknologi maklumat (IT) bagi membolehkan negara beralih daripada hanya sebagai pengguna produk multimedia kepada pembekal dan pemaju IT. Memastikan pembangunan mapan bukan sahaja melalui kesedaran yang lebih tinggi terhadap pemuliharaan alam sekitar tetapi juga menekankan pertimbangan yang bersepadu mengenai alam sekitar dalam proses pembangunan ekonomi dan sosial. Menekankan usaha yang lebih gigih ke arah pengagihan pertambahan pendapatan dan kekayaan negara dengan saksama bertujuan mengekalkan kestabilan sosioekonomi yang berterusan serta mempercepatkan penyusunan semula masyarakat dan akhir sekali menangani masalah sosial yang semakin meningkat berikutan daripada pertumbuhan yang pesat bagi memastikan ianya tidak melemahkan moral dan etika masyarakat terutamanya di kalangan golongan muda dan generasi masa hadapan.UN Kerajaan terus berusaha mengekalkan kestabilan sosial dan politik serta pengurusan ekonomi yang cekap bertujuan menyediakan persekitaran yang baik bagi mencapai pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama sejajar dengan matlamat DPN. Usaha mewujudkan ekonomi yang lebih seimbang, mempunyai asas yang luas, berdaya tahan dan berdaya saing di peringkat antarabangsa tetap penting bagi menyediakan asas

yang lebih kukuh untuk mencapai pertumbuhan yang mampan terutamanya dalam proses peralihan ke arah sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
1.1.4 Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga: Dasar Wawasan Negara (2001-2010)

Objektif
1.04 Dasar Wawasan Negara menggabungkan teras kritikal dasar pembangunan yang lepas, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional dengan objektif utama mencapai perpaduan nasional. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama. DWN juga berpandu kepada cabaran strategik Wawasan 2020 yang menyediakan hala tuju kepada Malaysia untuk menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020. 1.05 Secara khususnya, DWN merupakan gabungan semua usaha pembangunan yang lepas dengan tujuan mewujudkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif dan makmur yang dapat hidup dalam suasana harmoni dan ikatan perkongsian yang saksama. Bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh Negara untuk menjadi sebuah negara maju sepenuhnya mengikut acuan sendiri, penekanan juga akan diberi kepada membina negara yang berdaya tahan dan berdaya saing serta masyarakat yang bersatu padu dan saksama untuk memastikan perpaduan dan kestabilan sosial. Bagi merealisasikan objektif ini, DWN akan merangkumi teras kritikal seperti berikut: Strategi Meneruskan pengurusan ekonomi makro yang mantap dan memastikan dasar kewangan dan fiskal yang berhemat serta meningkatkan usaha membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan; Memperkukuh dan menyelaras program dan strategi pengagihan bagi memastikanp enyertaan yang seimbang di kalangan dan antara kumpulan etnik dan kumpulan pendapatan serta wilayah; Meningkatkan pertumbuhan produktiviti melalui pemantapan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran pekerja serta mengukuhkan p&p dan sains dan teknologi (s&t); Meningkatkan daya saing dan daya tahan ekonomi dengan mempercepatkan peralihans ektor ekonomi utama kepada proses pengeluaran yang lebih cekap dan aktiviti nilai ditambah yang lebih tinggi; Memperluaskan penggunaan ict dalam semua sektor ekonomi bagi mempercepatkan proses pertumbuhan; Memperkukuhkan asas sumber manusia bagi memastikan bekalan tenaga manusia yang mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran teknikal dan kemahiran berfikir yang tinggi; Melaksanakan pendekatan menyeluruh dan bersepadu dalam menangani isu-isu sumber asli dan alam sekitar bagi mengekalkan pembangunan yang mampan;

Meningkatkan lagi kualiti hidup melalui peningkatan akses kepada perkhidmatan social serta membangunkan aspek estatik dalam kehidupan; Mempergiatkan usaha bagi memupuk dan menyemai nilai-nilai positif dan sifat murni diKalangan rakyat menerusi sistem pendidikan, pertubuhan sosial dan agama serta media.

(a) Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005)


Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) yang meliputi tempoh 2001 2005 merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3), 2001 2010. Dasar Wawasan Negara (DWN) yang juga terkandung dalam RRJP3 menentukan arah pembangunan negara dalam dekad pertama abad ke-21. RMK-8 menggabungkan strategi, program dan projek yang dirangka bagi mencapai objektif DWN, iaitu pertumbuhan mapan dan pengukuhan daya tahan ekonomi serta mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan saksama. Dasar dan strategi dalam tempoh RMKe-8 memberi tumpuan untuk mencapai pertumbuhan mapan dengan berdaya tahan.

Teras RMK-8 adalah mengubah strategi pertumbuhan daripada strategi yang didorong oleh input kepada strategi yang didorong oleh pengetahuan. RMK-8 akan memberi lebih tumpuan kepada inisiatif sektor swasta sementara sektor awam akan menyediakan rangka dasar institusi yang kondusif serta perkhidmatan berkualiti bagi membantu pembangunan sektor swasta. Dalam usaha meningkatkan daya saing negara, penekanan khusus akan diberi bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan menerusi pembangunan sumber manusia, peningkatan aktiviti dan P&P serta penggunaan teknologi terkini terutamanya ICT. Dasar Wawasan Negara (DWN) RMK-8 juga turut memperkenalkan Dasar Wawasan Negara (DWN) yang menggabungkan teras kritikal dasar pembangunan yang lepas, iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dengan objektif utama mencapai perpaduan nasional. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama. DWN juga berpandu kepada cabaran strategik Wawasan 2020 yang menyediakan hala tuju kepada Malaysia untuk menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020. Bagi merealisasikan objektif ini, DWN akan merangkumi teras kritikal seperti berikut: Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan. Menyemarakkan semangat patriotik, membentuk kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang juga tersemat dengan nilai positif dan meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuhkan sumber pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro Mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran rakyat Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan berpengetahuan Meneruskan pembangunan alam sektor yang mapan untuk meneguhkan pertumbuhan jangka panjang. Strategi dan Pelaksanaan Program RMK-8 Antara yang diberi penekanan dalam Rancangan ialah meneruskan pengurusan ekonomi makro yang mantap. Malaysia akan meneruskan matlamat untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang pesat dengan kadar inflasi yang rendah dan akaun luar negara serta belanjawan yang mapan.

Dalam tempoh RMK-8 melalui pelaksanaan langkah-langkah untuk meningkatkan potensi keluaran, pertumbuhan ekonomi disasarkan pada kadar 7.5 peratus setahun. Usaha diambil bagi meningkatkan kecekapan dalam penggunaan modal, melaksanakan pelaburan berkualiti dan produktif serta meningkatkan produktiviti buruh dan sumbangan TFP kepada pertumbuhan ekonomi. Usaha juga diteruskan dengan menggalakkan lebih banyak pelaburan dalam negeri dan menarik Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang berkualiti. Ia bertujuan bagi menggalakkan pelaburan swasta dalam negeri supaya ekonomi dapat dibangunkan berasaskan strategi pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan dalam negeri dan mengukuhkan daya tahan ekonomi. Kerajaan juga memperluaskan penggunaan ICT dalam semua sektor ekonomi bagi mempercepatkan proses pertumbuhan. Syarikat Multinasional (MNC) akan terus diberi galakan untuk mengukuhkan rantaian dengan industri dalam negeri melalui penggunaan lebih banyak input tempatan. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8), penswastaan terus dilaksanakan bagi membantu pertumbuhan ekonomi. Bagi memastikan orang awam mempunyai peluang penyertaan yang saksama dalam entiti yang diswastakan, entiti yang dikorporatkan yang berjaya secara komersial akan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Dalam tempoh Rancangan, sebanyak 98 projek telah diswastakan yang terdiri daripada 47 projek sedia ada dan 51 projek baru. Daripada jumlah projek baru yang diswastakan, 49 projek adalah dalam sektor pembinaan, pengangkutan serta elektrik dan gas. Projek yang telah siap dibina adalah Lebuhraya Damansara-Puchong, menaiktaraf Jalan Sungai Besi dan tiga Penjanakuasa Elektrik Persendirian iaitu di Sandakan, Karambunai dan Batu Sapi di Sabah, Sistem Monorel di Kuala Lumpur, Hubungan Kereta Api Ekspres (ERL) dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pembangunan 10,000 unit rumah guru dan projek bekalan air Fasa III di Selangor. Pencapaian RMK-8 Meskipun menghadapi pelbagai cabaran dalam masa lima belas tahun lalu, negara berjaya mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6.2 peratus setahun antara 1991 dengan 2005. Pertumbuhan ini dapat dilihat peningkatan lebih sekali ganda pendapatan isi rumah daripada RM 1,169 sebulan dalam tahun 1990 ke RM 3,249 sebulan dalam tahun 2004. Semua sektor ekonomi negara menampakkan kemajuan termasuklah pengembangan sektor ekonomi baru seperti Sains, Teknologi dan Komunikasi (ICT). Hasil pertumbuhan ini, jumlah ekspot negara meningkat pada kadar purata 13.5 peratus setahun dalam tempoh 1991 hingga 2005 menjadikan negara kita negara pedagang yang ke-18 terbesar dunia. Dari segi sosial negara terus memperlihatkan kemajuan. Kadar kemiskinan menguncup daripada 22.8 peratus pada tahun 1990 kepada 5.7 peratus pada tahun 2004. Keperluan asas seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan serta perumahan lebih banyak disediakan, demikian juga dengan perkembangan prasarana dan utiliti. Program penswastaan akan terus dilaksanakan dalam tempoh RMK- 8 memandangkan sumbangannya dalam meningkatkan kecekapan dan produktiviti entiti yang diswastakan dan memberi manfaat kepada orang awam serta menggiatkan pembangunan ekonomi. Ini selaras dengan mencapai matlamat teras RMK-8 untuk mengekalkan pertumbuhan dan daya saing bagi menghadapi perkembangan globalisasi dan liberalisasi. Pengurusan berhemat ekonomi makro bagi memastikan penggunaan sumber yang optimum dan cekap serta usaha memperkukuhkan daya tahan sistem kewangan diperlukan untuk mengekalkan pertumbuhan. Strategi untuk menangani cabaran utama dalam tempoh Rancangan termasuk meningkatkan produktiviti, menambah penawaran tenaga manusia yang berkualiti dan meningkatkan pembangunan sektor yang menyumbang kepada pertumbuhan. Bagi membolehkan negara membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan, ekonomi negara perlu beroperasi pada sempadan pengeluaran yang lebih tinggi dan mempercepatkan peralihan daripada pertumbuhan yang didorong oleh input

kepada pertumbuhan didorong oleh produktiviti. Pada masa yang sama, tumpuan juga diberi bagi meningkatkan kualiti hidup melalui penyediaan perkhidmatan sosial yang lebih baik termasuk kemudahan pendidikan dan kesihatan, perumahan yang mencukupi dan mampu dimiliki dan perkhidmatan lain yang berkaitan.

(b) Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010)

Rancangan Malaysia Kesembilan telah dibentangkan pada 30 Mac 2006 yang lalu dengan objektif utamanya ialah Mengukuhkan Perpaduan Nasional bertemakan Bersama Ke Arah Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. RMK -9 juga dilaksanakan dengan hasrat untuk membina kemakmuran, merupakan antara rancangan pembangunan negara yang penting dalam sejarah negara, memandangkan negara kini berada pada titik pertengahan dalam perjalanan ke arah tahun 2020. Strategi utama yang dilaksanakan dalam RMK-9 ialah memantapkan bidang perkhidmatan, pembuatan dan pertanian baru. Selain itu, perjalanan RMK-9 perlu melalui kelima-lima teras yang telah digarap dalam Rancangan ini. Tumpuan juga turut diberi dalam aspek pembangunan modal insan yang mana ia merupakan usaha berterusan yang mampu mencorak ke arah kegemilangan negara. Dengan modal insan yang baik dan berkualiti ia mampu mencapai matlamat RMK-9. Daripada jumlah keseluruhan peruntukan, sejumlah RM 200 bilion telah diagih-agihkan mengikut sektor. 44.9 peratus akan diagih kepada projek pembangunan di bawah sektor ekonomi, 37.5 peratus sosial, 10.6 peratus sektor keselamatan dan 6.9 peratus sektor pentadbiran am. Dari segi sub-sektor pendidikan dan latihan akan diperuntukkan peratusan terbesar iaitu 20.6 peratus, selaras dengan keazaman kerajaan untuk meningkatkan kualiti modal insan. Sub-sektor pengangkutan akan diperuntukkan sebanyak 15.9 peratus, kemudahan awam dan tenaga, 10.9 peratus; perdagangan dan perindustrian 9.9 peratus; pertanian 5.7 peratus; kesihatan 5.4 peratus dan perumahan 5.0 peratus. Lima Teras RMK-9 Sebagai panduan bagi perjalanan seterusnya, kerajaan telah menggubal dan akan melaksanakan Misi Nasional- satu rangka kerja bagi agenda pembangunan negara dengan menggariskan langkah-langkah utama yang harus diambil bagi tempoh lima belas tahun akan datang. Misi Nasional akan menumpukan usaha negara kepada bidang-bidang utama yang akan membawa kepada pencapaian Wawasan 2020. Misi Nasional yang dirangka merangkumi lima teras utama. MISI NASIONAL YANG DIRANGKA MERANGKUMI LIMA TERAS UTAMA: Teras Pertama: Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi. Melalui teras ini, Kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan nilai tambah sektor ekonomi sedia ada, serta mewujudkan aktiviti berasaskan pengetahuan dan peluang pekerjaan dalam bidang ICT, bioteknologi, nanoteknologi dan perkhidmatan. Di

samping itu, Kerajaan akan turut mewujudkan persekitaran kondusif bagi sektor swasta menerajui pembangunan ekonomi negara. Teras Kedua: Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Kejayaan masa hadapan bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian. Sejajar dengan teras ini, Kerajaan akan melaksanakan usaha penambahbaikan sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat tinggi dan vokasional. Persekitaran yang menggalakkan akan diwujudkan untuk menjana lebih banyak usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D). Pada masa yang sama, penekanan akan diberi kepada usaha memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral. Teras Ketiga: Menangani masalah ketidakseimbangan yang berterusan secara membina dan produktif Kerajaan mendokong matlamat untuk membasmi kemiskinan, menjana pembangunan lebih seimbang, serta memastikan manfaat pembangunan dinikmati rakyat secara adil dan saksama. Teras keempat: Meningkatkan tahap dan kemapanan kualiti hidup. Kerajaan akan terus menyediakan keperluan asas seperti air, tenaga, perumahan, pengangkutan dan kemudahan lain, namun penekanan harus diberikan kepada usaha menangani isu-isu berhubung penyenggaraan, penaiktarafan dan keberkesanan penggunaan sumber. Teras kelima: Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara. Kejayaan perancangan terletak pada keupayaan untuk melaksana. Untuk itu, Kerajaan komited menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan awam di semua peringkat. Di samping itu, Kerajaan juga akan menangani isu-isu berhubung rasuah dan integriti di dalam sektor awam dan swasta, mahupun di kalangan masyarakat umum. PROGRAM PEMBANGUNAN WILAYAH Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) tiga pembangunan wilayah koridor telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Y.A.B. Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Wilayah yang terbabit ialah: Wilayah Ekonomi Koridor Utara Wilayah Ekonomi Pembangunan Iskandar Wilayah Ekonomi Koridor Timur

Wilayah Ekonomi Koridor Utara

Wilayah Ekonomi Koridor Utara meliputi negeri-negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan wilayah-wilayah di Perak Utara. Kawasan ini berpotensi untuk menjadi pusat industri asas tani yang moden dan berskala besar di samping industri-industri teknologi tinggi seperti ICT, bioteknologi dan automotif. Tunjang utama projek pembangunan Wilayah Koridor Utara ialah pembuatan atau perkilangan, pertanian dan perkhidmatan. Berikut senarai projek-projek yang akan dilaksanakan di Wilayah Ekonomi Koridor Utara: Jambatan Kedua Pulau Pinang Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang bernilai RM3 bilion menghubungkan Batu Kawan dengan Batu Maung, Jambatan dengan jajaran sepanjang 24 kilometer itu dijangka siap 2011. Pusat Pemakanan Utama Pusat Pemakanan Tambahan (Penubuhan Zon Khas Makanan) Pusat Pemprosesan Halal Berintegrasi? Pusat Akuakultur Program Sekolah Angkat di kawasan luar bandar yang miskin Pusat Kecemerlangan Barat dan Kolej Komuniti akan dibangunkan Lebuhraya Rentas Pedalaman Kedah Lebuhraya Tunjang Sentral Lebuhraya Ekspres Utara-Selatan

Wilayah Ekonomi Pembangunan Iskandar Malaysia Wilayah Pembangunan Iskandar di Selatan Johor merupakan projek pembangunan terancang yang paling besar dalam sejarah negara. Berlandaskan kekuatan kawasan Selatan Johor dari segi lokasi, Wilayah Pembangunan Iskandar akan dibangunkan untuk menjadi destinasi antarabangsa bagi pelaburan, perniagaan, industri, pelancongan dan kebudayaan. Berikut senarai projek-projek yang akan dilaksanakan di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia: Pembinaan Kompleks Jabatan-Jabatan Kerajaan Persekutuan Negeri Johor Pelabuhan Tanjung Pelepas

Lapangan Terbang Senai (Hab Penerbangan Senai) Bandaraya Cyber Berteknologi Tinggi Pelabuhan Tanjung Langsat (Hab Bahan Api Bio Negara) Menempatkan Sekolah Antarabangsa dan Universiti Luar Negara bertaraf dunia (Hab Pendidikan) Program Sekolah Angkat di kawasan luar bandar yang miskin Pusat Kecemerlangan Barat dan Kolej Komuniti akan dibangunkan

Wilayah Ekonomi Koridor Timur Wilayah Ekonomi Koridor Timur meliputi negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Kawasan ini berpotensi untuk menjadi pusat pertumbuhan baru bagi industri petrokimia serta pelancongan. Pelan konsep pembangunan Wilayah Koridor Timur ini masih dalam peringkat perancangan dan pembangunan. Ia akan mengalami penyesuaian daripada semasa ke semasa. Lebih banyak lagi kemudahan pendidikan teknikal akan dibina untuk menyokong bentuk perniagaan yang baru diperkenalkan. Pembangunan rangkaian produk halal untuk dieksport ke Amerika Syarikat dan Eropah melalui program pembangunan sub-kontraktor. Memperkenalkan teknik perladangan moden dengan meluas. Fasa Kedua: Projek Lebuhraya Pantai Timur Penambahbaikan Industri Kompleks Petroleum Petronas terbesar di Pantai Timur.

Berlandaskan daripada lima teras yang digarap ini, dapatlah kita mengenal pasti apa yang telah dicapai, kelemahan yang perlu ditangani untuk mencapai negara maju menjelang tahun 2020. Misi Nasional adalah satu perspektif jangka panjang bagi menghasilkan prestasi yang lebih baik dan meningkatkan impak daripada gabungan usaha pembangunan negara. Amatlah penting dipastikan pelaksanaan menepati jadual, supaya semua pihak mendapat pulangan sebenar daripada apa yang dibelanjakan. Mekanisme pelaksanaan, pemantauan dan penilaian perlu diperkukuhkan. Komitmen dan tindakan bersama semua pihak adalah perlu bagi memastikan kejayaan pelaksanaan RMK-9. Masyarakat sivil perlu berperanan sebagai rakan kongsi pembangunan. Sesungguhnya usaha bagi merealisasikan aspirasi menjadi sebuah negara maju memerlukan

komitmen dan kesanggupan setiap rakyat untuk bekerja keras, meningkatkan jati diri dan sentiasa memperkayakan diri dengan ilmu pengetahuan.

You might also like