You are on page 1of 32

Hubungan Etnik

MPU 3122
Disediakan oleh : Jayanthy A/P Arumugom
Ng Xiao Luan

Nama Pensyarah: En. Mani Rajan A/L Ellappan


HUBUNGAN ETNIK DALAM
KONTEKS PEMBANGUNAN
EKONOMI DI MALAYSIA
Isi Kandungan

1. Dasar
Pembangunan
Ekonomi
2. Isu dan cabaran
Dasar Pembangunan Ekonomi (DPE)
• DPE ini amat penting kerana ia akan
menentukan maju mundur sesebuah
negara.
• Maka Malaysia telah merangka beberapa
dasar pembangunan ekonomi sejak
kemerdekaan dicapai.
• Dasar ini juga mewujudkan perpaduan
dalam kalangan masyarakat.
Rancangan
Dasar Ekonomi
Pembangunan Lima
Baru
Tahun Malaysia

Berfokuskan kepada Matlamat


kemajuan pertanian di pembasmian
Malaysia dan kemiskinan dan
memupuk perpaduan penyusunan semula
kaum. masyarakat.
Dasar
Dasar
Pembangunan
Penswastaan
Negara

Mewujudkan Dasar yang


masyarakat bertentangan
perdagangan dan dengan dasar
perindustrian pemilikan negara
Dasar Wawasan Globalisasi
Negara Ekonomi

Proses
Membina negara yang pengantarabangsaan
berdaya tahan dan dalam aspek politik,
berdaya saing ekonomi, budaya dan
sebagainya.
Perancangan Pembangunan
Lima Tahun
 Selepas Perang Dunia Kedua, Inggeris cuba untuk
membina kembali Persekutuan Tanah Melayu dari
aspek sosial, politik dan ekonomi. Dalam bidang politik,
mereka gagal meneruskan gagasan Malayan Union.
 British telah membina semula Tanah Melayu melalui
pengenalan institusi “perancangan pembangunan”.
Dasar ini adalah peniruan daripada rancangan lima
tahun yang dilaksanakan di Soviet Union, India,
pengalaman Marshal Plan yang kembali membina
seluruh Eropah dengan bantuan Amerika Syarikat dan
dengan naungan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
(PBB).
 Draft Development Plan of Malaya (1950-1955) telah
dirangka untuk lima tahun pertama Persekutuan
Tanah Melayu. Dalam rancangan tersebut British telah
menghasilkan satu perancangan moden, institusi
penting dan alat politik berkesan untuk Persekutuan
Tanah Melayu seterusnya Malaysia. Akhirnya ia
menjadi satu ‘perancangan pembangunan’ yang kekal
sehingga hari ini.
 Hasil daripada perancangan pembangunan tersebut ia
telah membentuk watak dan wajah negara bangsa
Persekutuan Tanah Melayu. Ia menjadi alat politik
untuk menjadi alat perundingan, kesepakatan antara
kumpulan etnik.
 Ketika pelaksanaan Rancangan Malaysia Pertama
(1956-1960), pemimpin tempatan telah diasuh dan
diberi tanggungjawab menguruskan pembangunan
rakyat melalui pemerintahan sendiri yang terbatas
selepas Pilihan Raya 1955 dan pemberian
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
 Selepas pilihan raya umum 1959, Rancangan
Malaya Kedua (1961-1965) telah diperkenalkan dan
merupakan lanjutan kepada perancangan
sebelumnya.
 Dalam Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)
berlaku perubahan dan penyesuaian dalam
perancangan pembangunan ke arah negara bangsa
Malaysia yang dibentuk pada 1963 dan selepas
Pilihan Raya Umum 1964.
 Usaha untuk membangunkan rakyat Malaysia lebih
agresif, pelbagai dasar dalam bidang pendidikan,
bahasa dan budaya diperkenalkan bagi melengkapi
rancangan pembangunan yang bercorak
ekonomistik. Pada masa ini, tumpuan
membangunkan masyarakat desa yang miskin dan
tertinggal, menggerakkan perindustrian gantian
import terutamanya perusahaan pembuatan
diutamakan.
 Rancangan Malaysia Pertama terjejas kerana
Konfrantasi Indonesia-Malaysia yang berakhir pada
1969.
 Kemudahan prasarana berjaya dibangunkan,
namun ia tidak dapat memuaskan hati semua pihak
dan akhirnya mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969
yang menginsafkan rakyat Malaysia.
 Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku selepas Pilihan Raya
Umum tahun 1969 yang bermula di Kuala Lumpur
dan merebak ke tempat lain. Pada masa ini,
Parlimen digantung, demokrasi telah terhenti dan
peristiwa tersebut menjadi pengajaran kepada
rakyat Malaysia.
 Kesan utama daripada peristiwa tersebut ialah
Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975). Lahirlah
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang membetulkan
ketidakseimbangan ekonomi antara kaum dan
wilayah bagi mencapai perpaduan negara.
Rancangan DEB telah mengambil masa 20 tahun
(1971-1990).
 Bagi mencapai matlamat DEB, disusun Rancangan
Malaysia Kedua (1971-1975), Rancangan Malaysia
Ketiga (1976-1980), Rancangan Malaysia Keempat
(1981-1985) dan Rancangan Malaysia Kelima
(1986-1990).
 Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)
melaksanakan rancangan pembangunan yang
mengutamakan usaha untuk menyelesaikan
masalah perbezaan ekonomi antara sektor dan
etnik agar kestabilan ekonomi dan politik dapat
dicapai. Pada masa ini, industri gantian import
beralih kepada industri eksport.
 Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)
merupakan rancangan pembangunan yang
melanjutkan dasar industri yang dirangka dalam
RMKe-2.
 Dalam RM ke-4 (1981-1985), RM ke-5 (1986-1990)
dan RM ke-6 (1991-1995) merupakan rancangan
yang mengutamakan industri berasaskan teknologi
yang lebih maju dan dasar pengswastaan.
 RM ke-7 (1996-2000) dan RM ke-8 (2001-2005)
memberi perhatian kepada industri berteraskan k-
ekonomi.
 Dalam RM ke-9 (2006-2010) di samping
pembangunan k-ekonomi, pembangunan modal
insan juga diberi perhatian.
Dasar-dasar Awam: Pertanian,
Perindustrian dan k-ekonomi

 Pada tahun 1960-an dan 1970-an, pembangunan


ekonomi lebih mengutamakan perindustrian.
 Sektor pertanian tetap diutamakan terutamanya
apabila kerajaan mahu menghapuskan kemiskinan
di luar bandar maka diwujudkan FELDA, Lembaga
Penyatuan dan Pemulihan Tanah Negara
(FELCRA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
 Tahun 1980-an dan 1990-an, sector perindustrian
diberi keutamaan dan kesannya Dasar
Perindustrian Berat dan Dasar Pengswastaan
diperkenalkan. Kesan perkembangan ekonomi
dunia, kerajaan memperkenalkan strategi
meningkatkan pembangunan ekonomi yang
berteraskan teknologi IT dan k-ekonomi.
 Dasar-dasar kerajaan yang dilaksanakan adalah
bersifat top-down bagi melengkapi rancangan
pembangunan negara.
Isu Utama Ekonomi
i. Agihan Kekayaan Negara

• Di Malaysia agihan kekayaan negara secara adil dan


saksama merupakan suatu langkah amat penting.
• Kekayaan semestinya tidak dikuasai oleh satu kaum
etnik sahaja, manakala etnik lain pula tercicir.
• Kegagalan dalam agihan kekayaan yang adil
dapat menjejaskan kestabilan masyarakat yang
akhirnya membantutlah usaha untuk
membangunkan negara ke arah mencapai taraf
negara maju menjelang 2020.
• Langkah-langkah kerajaan telah berjaya
menyumbang kepada peningkatan dalam
pemilikan saham oleh kaum bumiputera hanya
berjumlah 1.5% pada 1969, tetapi jumlah itu
bertambah kepada 20.6% pada tahun 1995.
ii. Membasmi Kemiskinan

• Dari segi pendapatan purata, didapati putara


pendapatan sebulan bagi isi rumah Melayu
jauh lebih rendah daripada etnik lain

Melayu Cina India


• Rm172 • Rm394 • Rm304
• Kemiskinan ialah faktor utama yang menimbulkan
perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat .
• Faktor ini bukan sahaja terdapat di luar bandar,
malah di bandar.
• Kedaan ini dapat menggugatkan perpaduan negara
kerana masalah kemiskinan mengikut kelompok
etnik dengan kemiskinan paling tinggi adalah
dalam kalangan orang Melayu yang tertumpu pada
aktiviti pertanian tradisional.
• Pelbagai usaha membasmi kemiskinan telah
dilaksanakan sepanjang perlaksanaan DEB.
Antara usaha-usaha itu ialah:

*Membuka dan membangunkan kawasan tanah


untuk golongan yang tidak memiliki tanah oleh
agensi kerajaan seperti FELDA dan FELCRA.
*Membina dan meningkatkan infrastruktur di
kawasan luar bandar.
*Memperbaiki dan meningkatkan kualiti hidup
rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan dan
sebagainya.
*Meningkatkan daya pengeluaran dan pendapatan.
iii. Penyusunan Semula Masyarakat

• Strategi penyusunan semula masyarakat


diharapkan dapat menghapuskan pengenalan
kaum berdasarkan kepada kegiatan ekonomi dan
tempat tinggal.
• Tujuan penyusunan semula guna tenaga
dilakukan adalah untuk memperlihatkan bahawa
penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai
kaum.
• Penstrukturan ini juga dapat memberi peluang
kepada semua kaum untuk menikmati
kekayaan negara dan mewujudkan
keharmonian di kalangan semua kaum di
Malaysia.

• Melalui penyusunan semula masyarakat,


diharapkan pemilikan saham di Malaysia akan
melambangkan komposisi kaum di negara ini.
• Langkah-langkah bagi mencapai strategi
menyusun semula masyarakat ialah:
a) Membentuk sebuah masyarakat perdagangan
dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan
kaum bumiputera.
b) Menubuhkan agensi kerajaan seperti Bank
Pembangunan, Permodalan Nasional Berhad
dan lain-lain bagi membantu kaum bumiputera
mendapatkan modal dan membuat pelaburan.
d) Memajukan negeri dengan menubuhkan agensi
pembangunan wilayah seperti DARA,
KEJORA, dan lain-lain.
e) Membangunkan kawasan zon perindustrian di
bandar dan menggalakkan migrasi dari luar
bandar ke bandar.
f) Menyusun semula guna tenaga untuk
mencerminkan komposisi kaum yang seimbang.
g) Pembangunan bandar baru.
iv. Pekerja Asing dan Hubungan Etnik

• Menjelang abad 21, Malaysia menjadi


pengimport terbesar tenaga kerja di Asia
Tenggara.
• Tenaga buruh ini datang ke Malaysia dengan
hasrat untuk mengumpulkan wang dan
membawanya pulang serta membina
kehidupan baharu di negara mereka.
• Akan tetapi, ada sebilangan yang
menggunakan pelbagai cara melalui dokumen
untuk menjadi penduduk tetap atau terus
kekal sebagai pendatang asing tanpa izin
(PATI)
• Hari ini, agak sukar untuk orang Malaysia
bertindak bagi mengurangkan jumlah dan
menghantar tenaga kerja asing, terutama
pembantu rumah kembali ke negara mereka.
v. Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau
Trans-Pacific Partnership (TPPA)

• Salah satu cara lain untuk kepentingan korporat


amerika Syarikat yang mengongkong negara
yang sedang membangun dari sudut geopolitik.
• Terkini, Majlis menandatangani Perjanjian
TPPA yang melibatkan 12 buah negara yang
diadakan pada 4 februari 2016
• Perjanjian ini merupakan perjanjian
perdagangan bebas yang komprehensif dan
merangkumi pelbagai skop, seperti perolehan
kerajaan, buruh, alam sekitar, syarikat milik
kerajaan dan harta intelek
• 12 negara telah terlibat (Malaysia, Australia,
Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New
Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam selain
Amerika Syarikat)
• TPPA ditubuhkan untuk menyediakan ruang
dagangan yang sebebas mungkin daripada
mana-mana tarif, selian mewujudkan set kuota
perdagangan timbal balik.
• TPPA merangkumi pelbagai barangan dan
perkhidmatan termasuklah kewangan,
telekomunikasi, malah piawaian keselamatan
makanan.
Sekian
Terima Kasih

You might also like