You are on page 1of 3

ULASAN KRITIS

1.0 Teknik Penyampaian


Berdasarkan video yang telah ditonton iaitu video berkaitan Memartabatkan Profesion
Guru Di Era Malaysia Baharu yang telah memperlihatkan Menteri Pendidikan iaitu Dr Mazlee
Malek berucap selama 23 minit dalam satu bual bicara dalam program Malaysia Hari Ini (MHI).
Dalam bual bicara tersebut dapat dilihat teknik penyampaian yang digunakan oleh Dr. Mazlee
Malek ialah bersahaja iaitu menggunakan cara spontan dalam mengeluarkan hujan dan
pendapat dalam temubual tersebut. Melalui cara ini penyampaian yang disampaikan oleh
penyampai memperlihatkan komunikasi dengan audien berlaku kerana penyampai ada
menyelitkan unsur kecindan dan bersifat bebas dan bersahaja. Menurut Abdul Mua’ti Ahmad
(1994) dalam bukunya menyatakan bahawa pengucapan umum menggunakan anggota
komunikasi verbal dan bukan verbal. Oleh itu, dalam temubual yang ditonton dalam video
tersebut, penyampai turut mengaplikasikan teknik komunikasi bukan verbal iaitu melalui
bahasa badan dari segi mengawal interaksi iaitu ada komunikasi dari lirik mata dan
pandangan serta melalui pantulan suara dalam mengutarakan pendapat dengan audien.

2.0 Etika

Etika berkait dengan darjah betul atau salahnya sesuatu perlakuan manusia dalam
perkara pengucapan. Berdasarkan video yang ditonton perkara utama dapat dilihat melalui
etika iaitu kejujuran. Dalam penyampaian yang disampaikan dalam elemen kejujuran iaitu
fakta yang disampaikan dalam temubual tersebut seperti menyatakan sumber yang jelas
berkaitan info kemasukan pelajar dalam universiti dalam sektor kemahiran.

Etika penyampaian yang kedua berdasarkan video yang ditonton ialah berkaitan
menyimpan maklumat. Dalam temubual tersebut, penyampai tidak menyorok sebarang
maklumat yang sebenar ketika diajukan soalan oleh moderator. Hal demikian dapat dilihat
apabila moderator menyatakan berkaitan isu kasut hitam yang dikeluarkan oleh penyampai
sebagai Menteri Pendidikan dalam pemakaian harian murid sekolah rendah. Penyampai
menyatakan dengan tulus bahawa tujuan beliau ialah untuk memudahkan murid sekolah
datang ke sekolah tanpa keluhan kasut yang kotor untuk ke sekolah. Walaupun beliau
merasakan bahawa orang ramai banyak mengetawakan perkara ini dan menyatakan tidak
masuk akal namun beliau tetap bertegas untuk menjalankan peraturan memakai kasut hitam
di sekolah sebagai suatu usaha murni dalam mendengar keluhan murid sekolah.

1
Etika yang seterusnya yang disampaikan melalui tontonan video yang dipilih ialah
kepuasan mendengar. Berdasarkan video tersebut, elemen etika kepuasan mendengar dapat
diaplikasikan oleh penyampai kepada audien. Hal demikian kerana penyampaian yang
disampaikan dalam ucapan tersebut menepati topik yang ditetapkan iaitu Memartabatkan
Profesion Guru Di Era Malaysia Baharu. Penyampai dilihat menyediakan maklumat yang
bersesuaian dengan topik yang dibincangkan dan maklumat tersebut releven dengan hujah
yang disampaikan. Penyampai juga bijak dalam menarik minat audien dalam temubual
melalui pertuturan yang dilihat mesra bersifat dekat dengan audien untuk tidak kelihatan
program temubual tersebut bosan dan tidak menarik.

3.0 Halangan

Halangan dalam pengucapan awam timbul apabila wujudnya gangguan ketika


seseorang berucap di hadapan audien. Halangan yang berlaku menyebabkan berlakunya
kekurangan tahap keberkesanan penyampaian mesej, penerimaan mesej dan objektif
pengucapan awam. Berdasarkan video yang ditonton, halangan utama yang menjadi
gangguan kepada penyampaian yang disampaikan ialah gangguan luaran iaitu paparan skrin
yang terlalu padat yang ditayangkan di belakang panyampai. Hal demikian menyebabkan
perhatian audien terganggu ketika ingin melihat penyampai mengutarakan pandapat di
hadapan. Tambahan lagi, skrin yang dipaparkan memaparkan gambar dan video penyampai
melaksanakan tugas sebagai Menteri Pendidikan memantau sekolah-sekolah. Hal ini
mengganggu fokus audien untuk mendengar apa yang sedang disampaikan oleh penyampai.
Jelas menunjukan bahawa halangan dalam pengucapan awam merupakan gangguan yang
perlu dielakkan untuk penyampaian yang berkesan.

2
RUJUKAN

Diakses pada 20 Oktober di laman web https://www.youtube.com/watch?v=CRNuefsSHM0

Kulwindr Kuar Sidhu. (2006). Pengucapan awam dan kemahiran persembahan. Kuala Lumpur
Penerbitan Universiti Malaya.
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2001). Teori & teknik ucapan berpengaruh. Kuala Lumpur:
Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Abdul Mua’ti Ahmad. (1994). Panduan Pengucapan Awam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

You might also like