You are on page 1of 1

Unsur Silang Budaya Dalam Filem Sepet

Filem Sepet menceritakan kisah percintaan dua bangsa yang berbeza iaitu Orked
berbangsa melayu dan Jason berbangsa cina. Unsur silang budaya berlaku apabila
pertemuan kali pertama antara Orked dan Jason di tapak pasar melalui konteks komunikasi
yang memaparkan Orked turut bertutur beberapa patah perkataan dalam bahasa Mandarin
dengan Jason. Tambahan lagi watak Orked yang mempunyai pemikiran yang berbeza
daripada rakannya telah menunjukan keinginan beliau untuk mengenali budaya lain dengan
cara kesungguhan beliau berkawan dengan Jason. Komunikasi yang terjalin antara Orked
dan Jason menghasilkan satu perhubungan baik yang disulami percintaan zaman remaja
tanpa berlaku bias atau sikap prejudis antara satu sama lain. Selain itu, dalam perhubungan
pencintaan tersebut mereka banyak berkongsi cerita dan pendapat berkaitan sesuatu budaya
yang diamalkan dalam kehidupan harian mereka. Penerimaan baik daripada kedua belah
pihak keluarga mereka menunjukan bahawa masyarakat pada zaman sekarang lebih
berfikiran terbuka untuk menjalani kehidupan harian sebagai masyarakat majmuk yang
harmoni tanpa menilai perbezaan kaum atau bangsa di Malaysia ini. Jelas menunjukan
bahawa aspek komunikasi dapat menjalinkan perhubungan yang baik dan mampu
menyatukan perpaduan antara sesuatu kaum dengan kaum lain tanpa sebarang masalah.

Refleksi Sebagai Kaunselor Silang Budaya

Di samping itu, berdasarkan filem Sepet yang ditayangkan pendapat saya sebagai
kaunselor silang budaya ialah elemen dan babak yang diketengahkan merupakan sesuatu
usaha yang bagus bagi mewujudkan nilai silang budaya dalam kalangan masyarakat kita. Hal
demikian kerana menerusi filem Sepet ini kita dapat melihat bahawa perbezaan kaum tidak
menjejaskan sesuatu perhubungan dalam kehidupan harian masyarakat.Tambahan lagi,
masyarakat turut memainkan peranan dalam mewujudkan persekitaran yang harmoni serta
memupuk teras perpaduan. Sebagai kaunselor yang kompeten dalam kaunseling silang
budaya menerusi filem ini dapat merumuskan bahawa setiap anggota masyarakat perlu
mempunyai pengetahuan berkaitan sesuatu budaya yang diamalkan dalam sesuatu kaum
tanpa sebarang sikap prejudis. Rumusannya filem Sepet ini melalui pandangan saya sebagai
kaunselor silang budaya ialah filem yang memaparkan masyarakat yang memahami tentang
budaya persekitaran lain serta menerima perbezaan tersebut dengan positif dan bersikap
toleransi antara satu sama lain.

You might also like