You are on page 1of 12

KERTAS KONSEP

KARNIVAL BAHASA MELAYU

PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR


TAHUN 2021

(EDISI DALAM TALIAN)

Anjuran:
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia
PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR

1.0 PENGENALAN

Syair tergolong dalam puisi tradisional yang merupakan peninggalan masyarakat


lama yang terus hidup dan berperanan dalam masyarakat semasa. Fungsi syair
adalah untuk menyampaikan cerita dan pengajaran serta digunakan juga dalam
kegiatan-kegiatan yang berunsur keagamaan. Dendangan syair membawa
makna membaca sesuatu hasil sastera yang berbentuk puisi dengan lagu atau
gerak tubuh sebagai alat bantu. Gerak yang dimaksudkan ialah gerak alat bantu
yang puitis yang seirama dengan isi bacaan.

2.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN

2.1 Mencungkil bakat baharu dalam bidang dendangan syair.


2.2 Memberikan ruang dan pendedahan kepada golongan remaja untuk
mengetengahkan bakat mereka dalam bidang pengucapan sastera sekali
gus membina keterampilan dan jati diri bangsa.
2.3 Memupuk minat dan kecintaan terhadap terhadap bahasa dan sastera
Melayu, khususnya syair.

3.0 KATEGORI PERTANDINGAN


Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah rendah dan menengah di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pertandingan ini terbahagi kepada
empat (4) kategori secara individu seperti berikut:
Sekolah Rendah : Murid Tahun 4 - 6
Sekolah Menengah Rendah : Murid Tingkatan 1 - 3
Sekolah Menengah Atas : Murid Tingkatan 4 - 5
Kolej/Kelas Tingkatan 6 : Murid Tingkatan 6

4.0 TEMA PERTANDINGAN


Cinta Anugerahmu

5.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

5.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid sekolah rendah dan sekolah


menengah warganegara Malaysia sama ada di Sekolah
Rendah/Menengah Kebangsaan, Sekolah Rendah/Menengah Bantuan
Kerajaan, Sekolah Rendah/Menengah Agama Negeri dan Sekolah
Agama Bantuan Kerajaan. Manakala, Sekolah Swasta yang berdaftar
dengan KPM dibenarkan menyertai tetapi penyertaan sehingga peringkat

2
negeri sahaja. Penyertaan ini tidak termasuk Maktab Rendah Sains
Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
5.2 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pihak sekolah
dan mendapat kebenaran daripada ibu bapa.
5.3 Setiap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) hanya boleh menghantar seorang
peserta dendangan syair.
5.4 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu menggunakan borang
penyertaan yang disediakan oleh urus setia dan dihantar mengikut tarikh
yang ditetapkan.

6.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN

6.1 Johan peringkat negeri akan mewakili negeri ke pertandingan peringkat


kebangsaan.
6.2 Jawatankuasa pertandingan peringkat negeri hendaklah menetapkan
tarikh dan seterusnya memaklumkan mengenai keputusan pertandingan
kepada urus setia di peringkat kebangsaan.
6.3 Peserta yang menyertai pertandingan peringkat negeri akan diberikan sijil
penyertaan oleh pihak JPN.

7.0 KAEDAH PERTANDINGAN

Pertandingan akan diadakan secara dalam talian. Peserta perlu menghantar


rakaman video kepada pihak penganjur mengikut kaedah yang telah ditetapkan.

8.0 PEMILIHAN SYAIR

8.1 Penganjur pertandingan akan menyediakan tema syair. Berdasarkan tema


tersebut peserta dikehendaki mencipta syair yang panjangnya tidak lebih
lima (5) rangkap.
8.2 Syair yang akan didendangkan pada peringkat negeri dan kebangsaan
hendaklah berdasarkan tema syair yang telah ditetapkan oleh penganjur.
8.3 Penyampaian syair selain daripada tema yang telah ditetapkan akan
menyebabkan penyertaan peserta terbatal.
8.4 Peserta akan mendendangkan syair yang sama berdasarkan tema yang
ditetapkan semasa pertandingan di peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan.

3
8.5 Berikut merupakan irama syair yang dibenarkan:
● Irama Selendang Delima
● Irama Tuk Kenali
● Irama Perantau
● Irama Narasi
● Irama Mayang
● Irama Batu Belah
● Irama Hiasan
● Irama Perindu
● Irama Dodoi
● Irama Dandan Setia

9.0 PERATURAN PERTANDINGAN

9.1 Peraturan Am
a) Peserta pada peringkat negeri hendaklah mencipta dan
mendendangkan syair berdasarkan tema syair yang telah
ditetapkan oleh pihak penganjur. Teks hendaklah dihantar
bersama-sama rakaman yang telah dibuat.
b) Peserta tidak boleh mendendangkan syair dengan iringan alat
muzik.
c) Durasi persembahan syair tidak melebihi lima belas (15) minit.
Persembahan yang melebihi masa yang ditetapkan akan dipotong
lima (5) markah daripada markah keseluruhan.
d) Aspek kreativiti video juga akan dikira di dalam pemarkahan tetapi
tidak dibenarkan mengedit dari segi pengadun alih suara (dubbing),
segerak suara (miming) atau mengadakan kesan bunyi (sound
effect).
e) Perlakuan yang kurang sopan semasa penyampaian adalah
dilarang.
f) Setiap peserta perlu memberi jaminan bahawa apa-apa bahan
penerbitan semasa menghasilkan video tidak melanggar mana-
mana hak cipta yang ada dan tidak melanggar mana-mana undang-
undang atau yang mengaibkan. Sekiranya berlaku kemungkiran
jaminan ini, penganjur tidak akan bertanggungjawab dan segala
kerugian ditanggung oleh peserta.
g) Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang
masalah yang melibatkan penghantaran video dan masalah video
tidak berfungsi.
h) Video yang dihasilkan hendaklah belum pernah disiarkan atau
digunakan untuk menyertai mana-mana pertandingan.
4
i) Peserta tidak dibenarkan merujuk teks.
j) Peserta dibenarkan memakai kostum atau pakaian yang
bersesuaian dengan tema syair.
k) Peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas akan
dibatalkan penyertaannya serta-merta.

9.2 Peraturan Semasa Rakaman

a) Peserta dikehendaki menyampaikan persembahan di hadapan


kamera (komputer, telefon pintar atau peranti lain) dengan jelas
merangkumi aspek visual dan audio. Format video hendaklah dibuat
sekurang-kurangnya 70% dan hendaklah dirakam secara melintang
dalam format AVI atau MP4 dengan resolusi 1080P/720P serta
dihantar dalam bentuk pautan kepada negeri penganjur.

b) Wajah peserta hendaklah jelas (tidak terlindung). Elakkan zum dekat


(zoom in) dan zum jauh (zoom out) semasa sedang merakam video.

c) Peserta dikehendaki memastikan audio rakaman kedengaran jelas


dan tidak terganggu oleh bunyi persekitaran seperti bunyi kipas, bunyi
kenderaan dan sebagainya.

d) Pencahayaan latar video mestilah baik dan tidak gelap.

e) Peserta hendaklah menghafal teks syair. Penggunaan telepandu


(teleprompter) adalah tidak dibenarkan.

10.0 PENGHAKIMAN

10.1 Tiga (3) orang hakim akan menghakimi pertandingan peringkat negeri dan
peringkat kebangsaan termasuk ketua hakim.
10.2 Hakim pertandingan peringkat negeri boleh terdiri daripada guru bahasa
Melayu, guru Sastera dan pegawai pendidikan JPN, Munsyi Dewan
(Bahasa), penggiat sastera atau pegawai KPM.
10.3 Markah yang diberikan untuk aspek yang dinyatakan di atas adalah
muktamad dan tiada kelemahan dalam dendangan syair. Markah akan
dipotong sebanyak lima (5) markah jika terdapat kelemahan seperti yang
dinyatakan di bawah:
i. Peserta yang membaca teks tidak layak untuk diumumkan sebagai
pemenang pada semua peringkat pertandingan walaupun mampu
mendendangkan syair dengan baik.
ii. Mengubah teks syair daripada teks asal yang telah dihantar.
iii. Tersasul atau tersilap menyebut perkataan dalam rangkap syair.
iv. Tertinggal perkataan tertentu dalam rangkap syair.
v. Mengulang bait yang sama dalam rangkap syair.
vi. Mengulang rangkap syair yang sama
5
vii Membuat perlakuan negatif semasa dalam rakaman. Antara perlakuan
negatif termasuklah:
- Ketawa dan tidak serius semasa mendendangkan syair.
- Berkata-kata (selain teks syair) semasa mendendangkan syair.
- Pergerakan yang keterlaluan.
- Membelakangi hakim semasa mendendangkan syair.
10.4 Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan
dilayan.

11.0 ASPEK PEMARKAHAN

Markah akan diperuntukkan mengikut rubrik pemarkahan yang telah ditetapkan:

i. Irama : 35 markah
ii. Suara : 30 markah
iii. Teks : 20 markah
iv. Gaya : 15 markah
persembahan

12.0 TINDAKAN
Pihak penganjur dan KPM berhak membatalkan penyertaan yang melanggar
syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam kertas konsep.

13.0 HAK MILIK VIDEO

Pihak KPM berhak menyiarkan rakaman video pertandingan di mana-mana


platform bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

14.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua
perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak
Jawatankuasa Pengelola pertandingan yang mana keputusan adalah muktamad.

BORANG PENYERTAAN
6
PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR 2021

A. MAKLUMAT PESERTA
Nama Peserta : Sila lampirkan gambar ukuran saiz kad pengenalan

No. Kad Pengenalan : Sila lampirkan salinan kad pengenalan

Tarikh Lahir : Umur:


Jantina : Bangsa:
No. Telefon Bimbit :
E-mel :

Alamat Surat-menyurat :

Nama dan Alamat Sekolah :

Tahun/Tingkatan :
Tajuk Sajak :
Link URL :

B. MAKLUMAT GURU PEMBIMBING

Nama Guru Pembimbing :


No. Telefon Bimbit :
E-mel :

C. PENGESAHAN PENGETUA/GURU BESAR

Dengan ini disahkan bahawa murid di atas adalah murid sekolah kami:

Tandatangan Pengetua/
:
Guru Besar

Cap Sekolah :
No. Tel. :
No. Faks. :

7
BORANG PEMARKAHAN SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR
TAHUN 2021

GILIRAN PESERTA :

ASPEK MARKAH MARKAH CATATAN


PENILAIAN DIPEROLEH HAKIM

Irama 35

(Patah Lagu/Nada/Tempo)

Suara 30

(Vokal/Intonasi)

Teks 20

(Kelancaran dan Kejelasan Sebutan)

Gaya dan Kreativiti Persembahan 15

Penalti
i. Tempoh Penyampaian Melebihi Masa 10
15 minit (5 markah)

ii. Kelemahan Penyampaian (5 markah)

JUMLAH MARKAH

ULASAN HAKIM:

8
............................................ ..........................................
NAMA HAKIM TANDATANGAN HAKIM

BORANG RUMUSAN HAKIM


(Diisi oleh semua hakim)

PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR


TAHUN 2021

Giliran
Markah Peserta Kedudukan
Peserta Catatan

9
Tandatangan:...................................... Nama Hakim :.........................................

BORANG RUMUSAN HAKIM


(Diisi oleh Ketua Hakim)

PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR


TAHUN 2021

KEDUDUKAN PESERTA
Giliran
Agregat/ Keputusan
Peserta Hakim 1 Hakim 2 Hakim 3
Purata Panel Hakim

10

11

12

13

14

15

10
Tandatangan

Tandatangan :..................................... Nama Ketua Hakim :................................

BORANG KEPUTUSAN PERTANDINGAN


(Diisi oleh Ketua Hakim)

PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR


TAHUN 2021

KEPUTUSAN GILIRAN PESERTA / NAMA PESERTA / NEGERI

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

KEEMPAT

KELIMA

PENGESAHAN

HAKIM NAMA TANDATANGAN

HAKIM 1

HAKIM 2

HAKIM 3

Disahkan oleh,

........................................................................

11
( )
Nama Ketua Hakim

12

You might also like