You are on page 1of 32

ASAS SENI REKA http://psvisual.blogspot.com/p/nota-seni.html A.

UNSUR SENI

1. Garisan - Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu - Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan.

Contoh-contoh Garisan

Garisan merupakan unsur seni yang paling asas. Tajuk ini biasanya diajar kepada murid tingkatan satu dan dua. Murid tingkatan satu biasanya agak asing dengan teori seni dan guru haruslah mengaitkan keadaan di persekitaran dengan asas-asas seni reka bagi memperjelaskan bagaimana hubung kaitan objek-objek di persekitaran dengan seni visual.

Pengenalan Garisan

1. Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan.

2. Garisan dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga terbina satu objek.

garisan bulatan utama bagi melakar struktur badan seekor ayam

menyambung garisan-garisan berikutnya bagi struktur leher dan kepala

seterusnya menambah garisan pada ekor dan kaki

dengan mengenalpasti arah cahaya dan jalinan, maka terbentuklah lakaran seekor ayam

3. Garisan terdapat pada benda alam dan benda buatan manusia.

i. Contoh Garisan Pada Benda Buatan Manusia: Garisan pada tali, bakul anyaman, kain tenunan, bangunan, tayar kereta, corak fabrik, jala, penapis dan sebagainya.

garisan pada anyaman tikar

garisan pada bangunan

ii. Contoh Gaisan Pada Alam Semulajadi: Garisan pada batu, haiwan dan tumbuhan seperti akar tumbuhan, tali, urat-urat

daun, ombak di lautan, titis-titis hujan, kulit haiwan dan tumbuhan, batu marmar, kulit kayu dan sebagainya

garisan pada titisan hujan harimau

garisan pada urat daun

garisan pada kulit

Jenis-jenis Garisan

1. Garisan halus 2. Garisan tebal 3. Garisan beralun 4. Garisan berpancar 5. Garisan berlingkar 6. Garisan berserabut 7. Garisan bersudut-sudut 8. Garisan bergerigi 9. Garisan berbiji 10. Garisan berbulu 11. Garisan putus-putus 12. Garisan berduri

jenis-jenis garisan

Fungsi Garisan

1. Garisan menimbulkan rupa. 2. Garisan menimbulkan bentuk. 3. Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang. 4. Garisan mewujudkan ruang. 5. Garisan menghasilkan jalinan.

6. Garisan menghasilkan motif pada reka corak. 7. Garisan mewujudkan ton. 8. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.

garisan menghasilkan rupa

garisan menghasilkan bentuk

garisan

menimbulkan ilusi ruang, cahaya dan bayang

garisan menghasilkan jalinan mencipta corak

garisan yang mencipta corak

garisan yang

Garisan, Ton dan Ruang

1. Garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang tebal akan menimbulkan ton yang gelap. 2. Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang rapat-rapat menimbulkan ton yang gelap. 3. Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi ruang yang jauh manakala garisan yang tebal akan menampakkan ruang yang hadapan.

penggunaan perbezaan saiz garisan boleh membezakan ruang yang jauh/belakang dan dekat.hadapan

perbezaan jarak garisan juga boleh membezakan ton yang cerah dan ton gelap

semasa menghasilkan lukisan, objek yang lebih hadapan hendaklah menggunakan garisan yang lebih tebal atau saiz pensel yang tebal atau kualiti yang gelap manakala kawasan belakang hendaklah menggunakan pensel yang lebih cerah / kecil dengan tekanan yang lebih perlahan

Aplikasi Garisan Dalam Karya Seni

1. Lukisan 2. Catan 3. Anyaman 4. Tenunan 5. Kolaj 6. Pualaman 7. Arca 8. Gurisan 9. Cetakan 10. Resis (batik / ikat celup) Contoh-contoh Aplikasi Garisan Dalam Hasil Karya

penggunaan garisan dalam karya lukisan Siri Topeng

Teknik Catan oleh Yusuf Ghani,

karya teknik resis / ikat dan celup jelas memperlihatkan kesan-kesan garisan tenunan juga mencipta garisan

karya

aplikasi garisan dalam seni arca anyaman 2. Rupa

garisan tampak jelas pada karya

- Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula - Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garisan luar

Terdapat 2 jenis rupa iaitu: a- Rupa geometri bersudut seperti segi tiga, segi empat, pyramid, bulat dsb. b- Rupa organik rupa bebas yang tidak bersudut seperti rupa daun, buah, batu dsb.

Rupa boleh diolah dalam bentuk: a- Rupa positif rupa objek yang terletak di sesuatu kawasan b- Rupa negative ruang di sekeliling rupa sesuatu objek.

Contoh-contoh Rupa

RUPA (unsur seni) Unsur-unsur Seni - RUPA

A. Pengenalan Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya. Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.

pertemuan antara permulaan dan penghujung sesuatu garisan menghasilkan rupa

rupa

B. Jenis-jenis Rupa

Rupa terdiri daripada 2 jenis iaitu:

1. Rupa Geometri Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lainlain rupa yang bersudut. dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuranukuran tertentu

rupa geometri

rupa geometri

2. Rupa Organik Rupa organiK merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya. Dihasilkan secara sepontan

rupa organik

rupa organik

C. Rupa Positif dan Rupa Negatif

Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan

tertentu.

Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.

rupa positif

rupa negative

D. Rupa dalam Aktiviti Mencorak

Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain dengan cara tindanan,

tambahan atau luakan ( pengurangan ).

Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang berulang-ulang

dengan jarak dan kedudukan tertentu.

Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada perlawanan rupa positif dengan

rupa negatif.

Hasilan corak akan lebih menarik apabila rpa disusun berulang-ulang dalam

susunan tertentu.

contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak

Jenis-jenis Susunan dalam Mencorak

1. susunan selang-seli 2. Susunan turun separa 3. Susunan batu-bata 4. Susunan orgee 5. susunan cerminan 6. Susunan sisik ikan

E. Rupa dan Lambang / logo Rupa boleh diolah menjadi lambang atau simbol kepada sesebuah syarikat, persatuan dan pertubuhan. Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan.

lambang yang dihasilkan daripada rupa bunga dan daun

logo simbol daripada rupa mata huruf

logo daripada huruf

jenis logo

logo jenis representasi

F. Rupa dan Muka Taip Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf. Rupa muka taip boleh menghasilkan pelbagai gaya. Rupa muka taip boleh terdiri daripada muka taip serif ( berekor ) dan san serif( tidak berekor ).

perbezaan rupa muka taip serif dan san serif

muka taip serif

muka taip hiasan

contoh-contoh rekaan rupa muka taip

contoh-contoh rekaan rupa muka taip taip

contoh-contoh rekaan rupa muka

contoh-contoh rekaan rupa muka taip taip

contoh-contoh rekaan rupa muka

karya yang berasaskan rupa muka taip

3. Bentuk Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan

Terdapat 2 jenis bentuk iaitu: a- Bentuk konkrit bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi iaitu boleh disentuh, dilihat, dan dirasai. (bukan berbentuk gambar) b- Bentuk ilusi bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang digambarkan

melalui lukisan atau catan.

Contoh-contoh Bentuk

penghasilan bentuk melalui teknik lukisan lukisan

bentuk tangan dihasilkan melalui teknik

1. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D)

2. Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat realistik. 3. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna. 4. Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata.

Ciri-ciri bentuk 1. Bersifat tiga dimensi (3D) mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman

2. Berstruktur - mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat dan sempurna 3. Boleh dilihat dari semua arah mempunyai lebih dari satu permukaan 4. Terdapat bayangan mempunyai kesan cahaya dan bayang

Jenis-jenis Bentuk

A. Bentuk Konkrit

1. Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut. 2. mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata) 3. Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya.

bentuk konkrit meja

bentuk konkrit - bola

B. Bentuk Ilusi

1. bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, garisan dan lain-lain 2. Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada permukaan rata (bersifat dua dimensi) 3. Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan.

4. Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan bayang merupakan faktor terpenting.

bentuk ilusi teknik komputer grafik

bentuk ilusi teknik catan

Vincent Van Gogh 'Still Life"

Membina Bentuk Konkrit

Bentuk boleh dihasilkan melalui :1. Garisan anyaman (rotan, lidi, buluh) , tenunan (benang, tali), lingkaran (dawai) 2. Rupa potongan kadbod (polihidera), teknik lipatan kertas (seni origami), teknik lipatan kain (topologi) 3. Bentuk juga boleh dibina dengan menggunakan tanah liat, plaster of paris, kayu, lilin, sabun, batu, kaca dan sebagainya.

penggunaan unsur garisan iaitu daripada teknik anyaman dapat menghasilkan bentuk konkrit

potongan dan lipatan kadbod mecipta bentuk kotak

penggunaak kertas yang disulam dan dilipat menghasilkan bentuk

lipatan-lipatan kertas mencipta bentuk konkrit

seni origami

bentuk yang dihasilkan daripada bahan tanah liat

bentuk dicipta daripada plaster of paris menghasilkan bentuk

penggunaan kaca juga dapat

penggunaan bahan lilin 4. Jalinan

ukiran bentuk arca menggunakan sabun

Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda

Terdapat 2 jenis jalinan iaitu: a- Jalinan sentuh jalinan yang dapat dirasai dengan sentuhan/tangan seperti kolaj, arca, dan catan teknik impasto b- Jalinan tampak jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai dengan tangan seperti corak batik, jalur buah tembikai dan gambar foto.

Contoh-contoh Jalinan Jalinan

Apa Itu Jalinan

1. Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda, seperti kesan pada permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu kucing, belang pada harimau dan lain-lain.

2. Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan tampak yang berbeza.

3. Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri.

jalinan pada keratan rentas batang pokok

jalinan pada kulit harimau belang

jalinan pada kulit siput

Contoh Jalinan Pada Alam Semulajadi

rekahan pada tanah kulit durian

jalinan kasar pada permukaan batu

jalinan berduri pada

Contoh Jalinan Pada Benda Buatan Manusia

jalinan pada langit-langit rumah

Jenis-jenis Jalinan

1. Jalinan Sentuh

a. Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti, permukaan batu, kulit kayu, kulit kerang

b. Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa teknik seperti capan, cetakan, gosokan dan sebagainya

Jalinan Sentuh - kulit kerang

Jalinan Sentuh - tayar motorsikal

2. Jalinan Tampak

merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil dan sebagainya.

Jalinan Tampak - kertas dinding

Jalinan Tampak - kulit tembikai

Fungsi Jalinan

1. Sebagai Penyamaran - seperti sesumpah, serangga, harimau dan kuda belang

jalinan pada kuda belang

jalinan pada sesumpah

2. Menahan Geseran - tayar kereta, tapak kasut

tapak kasut

3. Sebagai hiasan - corak pakaian, corak kertas dinding

corak 4. Pengaliran air dan udara

jala ikan

Contoh Penghasilan Karya BerjalinanTampak

gosokan teknik gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh sebagai subjek, di mana permukaan kertas hendaklah diletakkan di atas benda berjalinan seperti duit syiling, batu-batu jalan, kulit kayu. Seterusnya hendaklah menggunakan pensel atau pensel warna untuk digosokkan atas permukaan kertas tersebut bagi mendapat kesan jalinan.

capan kaedah ini banyak digunakan sebagai aktiviti di sekolah rendah, menggunakan bahanbahan berjalinan sentuh seperti daun, sayur-sayuran, ubi kentang, kacang bendi, lalu di sapu warna dan dicap pada permukaan kertas.

ikat dan celup menggunakan kaedah pengasingan warna dengan menggunakan cara mengikat bahagian-bahagian kain yang tidak ingin diwarnakan. Selesai mengikat dengan getah atau tali rafia, kain hendaklah dicelup ke dalam pewarna atau dye mengikut warna yang dikehendaki

pualaman menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke dalam tray lalu di titiskan dengan cat minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi cat tersebut.

batik Kaedah batik termasuklah batik blok, batik canting dan sebagainya

lukisan dan catan menggunakan pen, pensel warna, pensel atau cat dapat menghasilkan kesan ilusi jalinan

Kaedah Penghasilan Karya Berjalinan Sentuh

anyaman penghasilan anyaman rotan, anyaman buluh, anyaman tikar dan sebagainya

tenunan jalinan menggunakan benang atau tali dapat mewujudkan kesan jalinan sentuh

sulaman semua jenis sulaman temasuk sulaman silang pangkah, tekat, quilting dan sebagainya mencipta kesan jalinan sentuh

kolaj merupakan kaedah potong dan tampal, selain dari potong, kolaj juga boleh dibuat daripada bahan-bahan seperti daun, kacang, pasir, kulit siput dan lain-lain

Saksikan Video Berkaitan AKtiviti Jalinan

Pualaman

Ikat dan Celup (tie & dye) 5. Ruang

- Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau rongga dalam sesuatu objek.

Terdapat 2 jenis ruang iaitu: a- Ruang nyata ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit b- Ruang tampak ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak seperti lukisan, catan dan cetakan (bukan sebenar) LUKISAN PERSPEKTIF

Ruang dan Perspektif

1. Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek tersebut dilihat pada jarak jauh. 2. Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif. 3. Perubahan nilai ton warna kanan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuatu ruang mengikut ktentuan pelukis. 4. Dalam karya 2 dimensi, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi 3 dimensi melalui 3 cara

a. Perspektif 1 titik lenyap b. Perspektif 2 titik lenyap c. Perspektif 3 titik lenyap

Panduan menghasilkan lukisan perspektif 1 titik lenyap

Perspektif 1 titik lenyap berpunca daripada satu arah (fokus) jauh dan menghilang. Objek akan menjadi besar apabila hampir dengan kita.

Panduan menghasilkan lukisan perspektif 2 titik lenyap

Mempunyai 2 titik disebelah kanan dan kiri lukisan dan memfokuskan ke arah bahagian tengah yang menjadi bahagian terdekat atau paling hadapan.

Panduan menghasilkan lukisan perspektif 3 titik lenyap

Biasanya digunakan semasa menghasilkan lukisan bangunan-bangunan yang tinggi

LUKISAN

6. Warna - Terdapat 3 jenis warna iaitu: a- Warna asas iaitu merah, biru, dan kuning (tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna lain) b- Warna sekunder iaitu campuran dua warna asas (Hijau Biru + Kuning, Jingga Kuning + Merah dan Ungu Merah + Biru) c- Warna tertier iaitu campuran warna asas dengan warna sekunder

- Terdapat 3 gubahan warna iaitu: a- Warna harmoni- warna bersebelahan dalam roda warna (warna sekeluarga, selesa dan seimbang) b- Warna penggenap warna yang bertentangan dalam roda warna (menimbulkan kesan segar, kaya, kontra, getaran dan pergerakan) c- Warna sewarna hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada terang kepada gelap)

- Terdapat 2 suhu warna iaitu: a- Warna panas warna antara warna merah ungu hingga kuning hijau pada roda warna (menimbulkan kesan bertenaga, garang, harapan, perang, meriah dsb) b- Warna sejuk warna antara hijau hingga ungu pada roda warna (menimbulkan kesan sejuk, sedih, damai dan tenang)

PRINSIP REKAAN Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual

1. Harmoni - Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai - Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang - Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna - Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah

2. Kontra - Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan

- Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan - Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan

3. Penegasan - Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan - Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan - Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan

4. Imbangan - Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan

- Terdapat 2 jenis imbangan iaitu: a- Imbangan simetri unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan axis dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut) b- Imbangan tidak simetri unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan

5. Irama dan Pergerakan - Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinarsinar dsb - Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadap sesuatu gubahan - Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dsb

6. Kepelbagaian - Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan - Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan

- Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan

7. Kesatuan - Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan - Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa

Jenis jenis garisan


Tebal, tipis, berbulu, putus-putus, bergerigi, beralun, zig-zag dan lain-lain Ianya merupakan unsur yang terpenting dalam kerja melukis dan menggambar. Garisan boleh dihasilkan melalui pelbagai teknik seperti teknik koyakan, teknik tampalan, teknik kolaj, teknik gosokan, teknik cetakan, dan teknik capan.

Melalui garisan juga, kita boleh menulis, melakar, membuat jalinan gambar, membuat rupa dan membentuk.

Fungsi Garisan 1. Garisan menimbulkan rupa. 2. Garisan menimbulkan bentuk. 3. Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang. 4. Garisan mewujudkan ruang. 5. Garisan menghasilkan jalinan. 6. Garisan menghasilkan motif pada reka corak.

7. Garisan mewujudkan ton. 8. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid. Leave a comment

MAY 3, 2012 RUANG Ruang ialah kawasan kosong yang mengelilingi objek. Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek tersebut dilihat pada jarak jauh. Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif. Perubahan nilai ton warna kanan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuatu ruang mengikut ketentuan pelukis. Dalam karya 2 dimensi, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi 3 dimensi melalui 2 cara : 1) Perspektif 1 titik 2) Perspektif 2 titik Leave a comment

MAY 3, 2012 BENTUK 1. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D) 2. Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat realistik. 3. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna. Ciri-ciri bentuk 1. Bersifat tiga dimensi (3D) mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman 2. Berstruktur mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat dan sempurna 3. Boleh dilihat dari semua arah mempunyai lebih dari satu permukaan 4. Terdapat bayangan mempunyai kesan cahaya dan bayang Jenis-jenis Bentuk A. Bentuk Konkrit 1. Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut.

2. mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata) 3. Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya. B. Bentuk Ilusi 1. bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, garisan dan lain-lain 2. Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada permukaan rata (bersifat dua dimensi) 3. Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan. 4. Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan bayang merupakan faktor terpenting.

Bentuk Ilusi

Bentuk Konkrit Leave a comment

MAY 3, 2012 RUPA Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.

Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan

Jenis-Jenis Rupa Rupa terdiri dari 2 jenis iaitu Rupa Geometri & Rupa Organik 1.Rupa Geometri Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-lain rupa yang bersudut. Dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuranukuran tertentu

2. Rupa Organik Rupa Organik merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya Rupa Positif dan Rupa Negatif Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu. Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut

Leave a comment

MAY 3, 2012 PENGENALAN Seni adalah sumber asas yang melaluinya dunia dapat dilihat, makna diwujudkan, dan minda dibangunkan - Elliot W. Eisner Elemen-elemen seni penting dalam kehidupan seharian kita. Tanpanya dunia tidak mungkin wujud. Unsur Seni adalah salah satu cabang Asas Senireka yang perlu dikuasaai oleh setiap pelajar. Ianya terdiri daripada garisan, warna, jalinan, rupa, bentuk dan ruang. Leave a comment

APRIL 24, 2012

WARNA

Tuhan telah menjadikan alam ini penuh dengan warna warni yang boleh dinikmati oleh manusia;

Manusia boleh membina imej dirinya dengan penampilan warna yang tepat dan sesuai mengikut situasi tertentu

Roda warna adalah gambaran visual warna ditetapkan mengikut hubungan warna antara satu sama lain.

Bermula dengan posisi roda warna, warna asas mempunyai jarak yang sama daripada satu sama lain, kemudian tercipta warna sekunder dan tertier.

Istilah-istilah ini merujuk kepada kumpulan atau jenis warna

Jenis-Jenis Warna Warna Asas warna asas merah, biru dan kuning 1. Warna asas atau warna primer merupakan warna dasar sesebuah warna 2. Warna-warna yang tidak boleh dibuat daripada campuran warna lain tetapi boleh menghasilkan warna kedua dan ketiga 3. Mempunyai kuasa yang hebat 4. Digunakan dalam penghasilan seni seperti poster, bendera, logo, lencana dan sebagainya Warna Sekunder warna sekunder - jingga, ungu dan hijau. Juga dipanggil warna kedua 2. Warna sekunder dicipta daripada campuran dua warna asas. Warna sekunder = warna asas + warna asas 3. Warna sekunder ialah jingga, ungu dan hijau a. Jingga = merah + kuning b. ungu = merah + biru c. hijau = kuning + biru Warna tertier Dicipta daripada campuran warna asas dan warna sekunder di sebelahnya dalam roda warna warna tertier = warna asas + warna sekunder Warna tertier terdiri daripada a. biru ungu = biru + ungu b. biru hijau = biru + hijau c. kuning jingga = kuning + jingga d. kuning hijau = kuning + hijau

e. merah jingga = merah + jingga f. merah ungu = merah + ungu

You might also like