You are on page 1of 2

BAHASA SENI VISUAL

Bab 7 Warna

1. Warna ialah tindak balas cahaya pada sesuatu permukaan.

7.1 Tiga Kategori warna

Terdapat 3 kategori warna, iaitu seperti berikut:

Warna Keterangan
Warna asas /primer - Tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna lain.
- Dikenali sebagai warna utama.
- Terdiri daripada merah, biru, dan kuning.
Warna sekunder - Dihasilkan daripada campuran dua warna asas.
a. Biru + Kuning = Hijau
b. Kuning + Merah = Jingga
c. Merah + Biru = Ungu
Warna tertier - Dihasilkan daripada campuran warna asas dengan warna
sekunder.
- Memberikan kesan lembut serta dapat mengurangkan
kehebatan warna asas dan warna sekunder.

a. Biru + Ungu = Biru Ungu


b. Biru + Hijau = Biru Hijau
c. Merah + Jingga = Merah Jingga
d. Merah + Ungu = Merah Ungu
e. Kuning + Hijau = Kuning Hijau
f. Kuning + Jingga = Kuning Jingga

7.2 Warna Neutral


a. Warna neutral merupakan warna yang tidak tergolong dalam kategori warna asas,
warna sekunder dan warna tertier.
b. Warna neutral terdiri daripada warna putih dan hitam atau campuran kedua-
duanya.(iaitu warna kelabu )

7.2 Nilai Warna


a) Ton Warna - Ton warna ialah nilai pancaran kecerahan dan kegelapan sesuatu
warna.
- Ton warna diperoleh melalui campuran sesuatu warna dengan warna
putih atau warna hitam.
- Warna yang dicampur dengan warna hitam menjadi ton yang lebih
gelap dan warna yang dicampur dengan warna putih akan menjadi
ton yang lebih cerah.

b) Kroma - Kroma ialah nilai ukuran warna.


Warna - Ia terhasil melalui campuran warna penggenap dalam nisbah yang
tertentu.
7.4 Gubahan Warna

a) Sewarna - Ialah gubahan yang menggunakan satu warna dalam beberapa


ton atau dikenali sebagai warna monokrom.
- Dapat dihasilkan melalui campuran warna putih untuk kesan
terang atau dengan warna hitam untuk kesan gelap.
b) Warna harmoni - Ialah sekumpulan warna yang terletak sebelah-menyebelah
dalam roda warna.
- Ia mempunyai hubungan warna, ton dan suhu warna yang sama.
- Juga dikenali sebagai warna sekeluarga.
- Dapat menimbulkan kesan perasaan selesa dan terang.
- Ia sesuai digunakan untuk menghasilkan corak tekstil, hiasan
dalaman, perabot, seni taman dan seni halus.
- Berikut ialah contoh warna yang berharmoni:

Merah jingga Jingga Jingga kuning

Hijau kuning Hijau Hijau biru

c) Warna - Merujuk kepada gubahan warna yang menggunakan kombinasi


penggenap warna yang kedudukannya saling bertentangan dalam roda
warna.
- Dikenali sebagai “complementary”
- Contoh: merah – hijau
Kuning – ungu
Biru - jingga

7.5 Suhu Warna

suhu warna ialah kumpulan warna yang mempunyai kesan pancaran cahaya panas atau kesan
pancaran cahaya sejuk.

a) Warna panas - Merupakan kumpulan warna yang mempunyai kesan cahaya


yang tinggi.
- Berupaya memberi kesan terang dan garang seperti api serta
merangsang pandangan seperti matahari.
- Contoh: merah, kuning, jingga
b) Warna sejuk - Merupakan warna-warna seperti hijau, biru, ungu
- Memberi kesan redup, tenang dan damai serta menyejukkan
mata memandang.

7.6 Fungsi Warna

a) Membawa pengertian tertentu seperti warna diraja ( kuning ), kekayaan ( kuning), berani
( merah ), subur ( hijau), suci ( putih ), sedih ( hitam), tenang ( biru ) dan sebagainya.
b) Menimbulkan mood dan perasaan.
c) Menimbulkan bentuk.
d) Menimbulkan ruang.
e) Menimbulkan jalinan.
f) Menimbulkan rupa.

You might also like