You are on page 1of 10

Perkembangan seni lukis di pulau pinang sebelum dan selepas merdeka.

Sebelum merdeka

Seni lukis yang terawal di pulau pinang telah bermula pada tahun 1786 oleh
pengasas Syarikat Hindia timur iaitu Sir Francis Light. Para pelukis yang menetap di
pulau pinang amat menggemari untuk melukis suasana laut dan kecantikan alam
semula jadi di sekitar pulau pinag. Terdapat kemungkinan bahawa pelukis tempatan
telah membejalkan lukisan-lukisan kepada para penaung syarikat perniagaan eropah.

Sehingga tahun 1920an, perkembangan seni lukis dapat dilihat dan dikesan
terutamanya apabila kumpulan Penang impressionist ditubuhkan. Kebanyakan ahli
kumpulan ini terdiri daripada suri rumah tangga bangsa inggeris. Mereka gemar untuk
melukis apabila waktu lapang. Pada waktu ini, pelukis-pelukis tempatan tidak diterima
dan tidak dibenarkan untuk menyertai Penang Impressionist. Akan tetapi, tedapat 2
orang pelukis tempatan telah diterima masuk didalam kumpulan ini. 2 orang pelukis
tersebut ialah, Lim Cheng Kung dan Abullah Ariff. Pn lim merupakan seorang jutawan
yang mampu member sokongan kewangan untuk kumpulan ini dan Abdullah Ariff pula
diterima disebabkan perkhidmatan beliau sebagai pendidik seni amat diperlukan

Tahun 1920an juga merupakan satu peringkat yang penting dalam sejarah seni
lukis Pulau Pinang apabila Yong Mun Seng telah datang ke Pulau Pinang dari
Singapura dan mendirikan studio seninya. Ooi Hwa yang merupakan Pelukis pertama
yang mengadakan pameran seni lukis di Malaysia, beliau telah mempamerkan karya-
karyanya di Pulau Pinang pada tahun 1927. Ooi Hwa dan Lee Cheng Yong adalah
nama yang disebut-sebut kerana mereka dipecayai sebagai pelukis pertama yang pergi
ke luar negeri untuk mempelajari seni di Akademi Seni Halus Shanghai. Kemudiannya,
sebuah institusi endidikan iaitu SITC (Sultan Idris Training College) ditubuhkan pada
tahun 1922. Mata pelajaran Pendidikan Seni diajar di samping subjek-subjek lain.
Komponen subjek Pendidikan Seni diajar bersama-sama dengan pertukangan tangan
seperti membuat bakul dan lain-lain seni pertukangan rakyat ketika itu.

Pada awal tahun 30-an, pelukis-pelukis cina telah menubuhkan kelab seni lukis
cina pulau pinang, dibawah pengaruh Yong Mun Sen. Lee Cheng Yong merupakan
pengerusi bagi kelab ini, manakala Yong Mun Seng dilantik sebagai Timbalan Presiden.
Quan Kuan Sin dilantik sebagai setiausaha, Tay Hooi keat merupakan bendahari dan
Kuo Ju Ping, Tan Seng Aun, Tan Gek Khean serta Wan Fee sebagai ahli jawatan
kuasa. Kesemua nama yang dinyatakan merupakan pengasas kepada kelab ini.
Pameran pertama yang dianjurkan oleh kelab ini ialah pameran seni dan fotografi.
Aliran yang dipegang oleh kumpulan ini ialah Realisme Barat dan Post Impressionism di
samping beberapa lukisan berus Cina tradisional. Mereka turut mengundang pelukis-
pelukis di seluruh Malaysia dan singapura untuk menyertai pameran ini. Ternyata
mereka menerima maklum balas yang positif mengenai pameran mereka. Bukan hanya
setakat itu, kelab seni lukis cina pulau pinang turut mengadakan beberapa lagi pameran
dibawah pimpinan Lim Cheng Ean.

Tahun 1941 menjadi titik hitam bagi kelab seni lukis cina pulau pinang. Tetera
jepun telah membuat pengawasan kepada kumpulan kebudayaan china. Kesenian
pada ketika ini seakan-akan terkubur disebabkan penjajah. 4 tahun kemudian, pada
tahun 1945, kesenian dipulau pinang telah diberi nafas baru dan dihidupkan kembali
dengan penubuhan Kumpulan Pendidik seni Pulau Pinang. Pada tahun 1948, Tay hooi
Keat menjadi warganegara Malaysia pertama yang pergi ke Britain untuk mempelajari
seni lukis di Camberwell School of Art. Setelah perang tamat, pusat seni telah beralih
dari Paris ke New York. Para pelukis Amerika Syarikat memulakan pergerakan seni
seperti Action painting, Ekspressionisme abstrak, Seni Pop, Seni Op, Performance Art,
Minimalisme, Seni Konseptual dan sebagainya. Pelukis-pelukis tempatan yang pergi ke
luar negeri turut terdedah kepada pelbagai pengaruh aliran seni.


Selepas perang tamat, Pulau Pinang menjadi pusat daya tarikan para pelukis.
Frank Sullivan, penaung seni yang terkenal telah menemui Mohd Hoessein Enas di
Pulau Pinang pada tahun 1949 dan telah menggesa beliau berpindah ke Kuala Lumpur
. Hoession seterusnya menubuhkan Angkatan Pelukis semenanjung dan menjadi tokoh
seni kebangsaan yang terkenal.

Pada tahun 1952, Majlis Pendidik Seni Pulau Pinang telah ditubuhkan dan diterajui oleh
Tay Hooi Keat sebagai pengerusi. Di antara ahli-ahlinya adalah Lee Joo For, Tan Tin
Kok, Kim Tong Juan, Tan Lye Hoe dan Chee Wee Sun. Kebanyakan ahli-ahlinya terdiri
guru-guru sekolah aliran Bahasa Inggeris. Tay Hooi Keat yang kembali ke Pulau Pinang
dari United Kingdom memperkenalkan konsep-konsep baru yang memeranjatkan
masyarakat seni lukis tempatan.Pada tahun ini juga Cheong Soo Pieng, Chen Chong
Swee, Chen Wen His dan Liu Kang berkunjung ke Bali. Sekembalinya dari Bali mereka
mengelolakan pameran bertajuk Empat Pelukis Kembali yang menyebabkan
penciptaan susuk tubuh badan yang dikaitkan dengan seniman Nanyang. Pameran ini
telah mendorong ramai pelukis tempatan seperti Khaw Sia membuat lawatan melukis
ke Bali. Seterusnya pada tahun 1952 juga, Majlis Kesenian ditubuhkan untuk memberi
sokongan, menjaga dan menggiatkan aktiviti-aktiviti dalam pelbagai bidang seni dengan
bantuan kerajaan.

Pada tahun 1953, Persatuan Seni Pulau Pinang ditubuhkan di bawah pimpinan
Loh Cheng Chuan. Majlis Kesenian Pulau Pinang ditubuhkan pada tahun yang sama
dengan souter sebagai Presiden, Tay Hooi Keat sebagai setiausaha dan A Sabapathy
sebagai bendahari dan juruaudit. Kedua-dua pertubuhan ini telah mengadakan
pameran-pameran seni secara tetap untuk ahli-ahli mereka. Mereka menganjurkan
pameran solo untuk para pelukis tempatan serta pelukis luar negara yang membuat
lawatan.

Tahun 1957 memperlihatkan kemunculan Thursday art group yang telah
ditubuhkan di Pulau Pinang. Kumpulan ini ditubuhkan oleh Tay Hooi Keat. Objektif
penubuhan kumpulan ini ialah untuk memperkenalkan kosep seni lukis yang baru.
Kelas lukisan diadakan pada setiap hari khamis dan sabtu. Selain melukis, aktiviti yang
dijalankan ialah mengadakan sesi perbincangan dan pameran. Antara tulang belakang
kelab ini ialah, Abdullah Ariff, Kuo Ju Ping, Lee Joo For dan William K.K Lau.

Seni lukis selepas merdeka
Menjelang kemerdekaan seni telah menjadi salah satu simbol kepada perpaduan
kaum di Malaysia. Persepsi masyarakat terhadap seni telah mula berubah. Seni
daripada taraf rendah (kedaerahan) meningkat ke peringkat antarabangsa. Seni lukis
mula dikenali sebagai seni lukis moden. Subjek yang menjadi tumpuan para pelukis
ialah lebih kepada figura berbanding pemandagan. Lukisan mereka banyak dipengaruhi
dengan gaya lukisan pelukis luar Negara, dan kebanyakan pelukis pada waktu ini
datang daripada Nanyang Academy School of Art. Pada waktu ini, para pelukis
mencari-cari teknik terbaru dan juga identity mereka sendiri. Mereka ingin tampil
dengan sesuatu yang baru.
Pada tahun 1957- 1960, para pelukis merasakan mereka perlu mengekalkan
budaya dan ciri-ciri Malaysia. Pada waktu ini, timbulnya idea untuk menghasilkan
lukisan yang lebih menjurus kepada kemasyarakatan, dan adat istiadat.
Pada era 1960-1970an, pelukis telah berani untuk mengeluarkan idea mereka
sendiri. Mereka lebih matang dan lebih berani dalam penghasilan karya. Konsep karya
yang ditonjolkan lebih bebas dan tidak teikat dangan mana-mana tema. Karya mereka
juga senang untuk dikenali kerana mereka mempunyai identity karya yang tersendiri.
Awal tahun 1970an pensyarah-pensyarah Intitut Teknologi Mara telah
mengambil alih tempat avant-garde. Mereka terdiri dari kumpulan New Scene seperti
Redza Piyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng, Joseph Tan
dan lain-lain lagi. Kumpulan ini telah mendebarkan keadaan seni lukis tempatan dengan
ungkapan-ungkapan yang mencabar. Pendekatan gaya catan mereka yang berasaskan
optik dan maklumat telah mengejutkan pelukis-pelukis tempatan dan masyarakat
umum.

Pelukis-pelukis bukan sahaja berkarya dalam bidang minimal, pop, op dan lain-lain
aliran semasa tetapi juga menyarankan seni melibatkan kepintaran, nilai-nilai mistika
dan metafisika iaitu maklumat dan ilmu yang luar dari bidang catan. Catan hard-edge
yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori oleh Chong Kam Kow,
Tan Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang teguh di awal 1970an.

Seterusnya, pada tahun 1984, penubuhan pusat seni di University Sain Malaysia
telah member peluang untuk melahirkan guru-guru pemegang ijazah bagi institut,
maktab dan sekolah serta para professional yang lebih mahir dalam bidang seni
halus.USM menawarkan kursus seni halus, fotografi, teori-teori seni, seni arca,
rekabentuk grafik, aspek-aspek seni asia tradisonal dan latihan ilmiah.



















Aprisiasi karya menurut Edwand














\





Deskripsi





Pelukis : Yong Mun Seng
Tajuk karya : Ronggeng
Bahan dan dan media : Oil and Canvas
Saiz: 90cm x 126 cm
Tahun karya : -

Pelukis : Aris Aziz
Tajuk karya : portrait P.Ramlee
Bahan dan dan media : Oil on Canvas
Saiz: 100cm x 71 cm
Tahun karya : 1983

h

karya ini merupakan sebuah potret seniman
lagenda tanah air iaitu P.Ramlee. karya ini
lebih berfokus pada figura manusia. Didalam
karya ini, dapat dilihat dengan jelas jalinan
tampak yang dihasilkan seperti lipatan baju
dan baju P.Ramlee. seterusnya unsur
pergerakan dapat dilihat pada garisan yang
dilukis pada rambut. Warna yang digunakan
ada lah warna haroni iaitu hijau biru dan
sedikit kuning yang menampakkan karya ini
tenang. Ruang dapat dilihat antara figura
dengan latar belakang.

Karya ini lebih focus pada kehidupan
seharian wanita pada suatu ketika dahulu.
Pengkarya telah memilih untuk menghasilkan
beberapa figura wanita. Usur kontra dapat
dilihat paga wanita yang berkebaya
merah.selain dari kontar, keseluruha warna di
dalam karya ini menggunakan warna harmoni.
Latar belakang yang banyak menggunakan
stroke berus dilihat member kesan pergerakan
di dalam gambar. Garisana tebal dan halus
dapar dilihat dengan jelas pada karya figure
tersebut dan menjadikan karya ini tidak kaku.
Intrepretasi






















Dilhat dengan mendalam pada
lukisan ini, pelukis ingin mengabadikan
seorang laganda didalam karya beliau.
Memalui karya ini juga, pelukis dilihat ingin
menunjukkan status yang dipegang oleh
P.Ramlee dimana dapat dilihat pada jam
emas beliau dan juga cincin yang dipakai
oleh P.Ramlee. lukisan ini juga dapat
menunjukkan bahawa P.ramlee berada
dilama keadaan yang tenang dimana
warna yang dipilih menimbulkan mood .ini
saja dalat dilihatrtatersebut dan juga
wajah P.Ramlee itu sendiri pada raut
wajah beliau.
Lukisan ini pula memberi
gambaran kepada kita tentang aktiviti
wanita melayu pada zaman dahulu.
Melalui lukisan ini,kita dapat mengetahui
perihal budaya yang dijalankan oleh
wanita satu ketika dulu. Mereka
menghiburkan hati dengan joget lambak
atau ronggeng yang selalu diadakan
pada kenduri khawin.pakaian mereka
juga dapat dilihat dengan jelas iaitu
kebaya singkat.
Analisis

Karya ini merupakan satu catan
realistic dimana dapat dilihat ianya dibuat
dengan teliti. Pemilihan warna yang
digunakan adalah harmonis dimana
banyak menggunakan warna biru dan
hijau. Karya ini menonjolkan P.Ramlee
sebagai tema utama didalam karya.
Kontra dapat dilihat pada jam yang
bewarna emas manakala penegasan
dilakuan pada riak wajah Tan Sri
P.Ramlee.
Kontra pada karya ini ialah
perempuan yang berkebaya merah. Catan
ini juga merupakan catan realistic dimana
figura wanita tersebut dilukis denfan skala
yang beresuaian. Warna yang dipilih juga
harmoni iaitu warna pada pakaian wanita
yang lain. Latar belakang sedikit garang dari
pemilihan warna. Ini mungkin untuk
menimbulkan mood gembira dan ceria yang
terdapat dalam majlis tersebut.





















Penilaian

Karya ini memperlihatkan
kehebatan seorang seniman agung
di Malaysia. Karya ini dapat
mengingatkan kita kepada perit
getir kehidupan yang dijalani oleh
P.Ramleee. potret ini juga sebagai
simbol lagenda beliau terus
berkekalan hingga kehari ini.
Melalui potret ini, orang dapat
mengenali siapa itu P.Ramlee.
Melaui karya ini, generasi muda dapat
milihat bagaimana kehidupan wanita
melayu pada suatu ketika dahulu.
Mereka dapat mengetahui pakaian
yang menjafi kebangaan mereka dulu.
Generas muda turut melihat
kebudayaan yang diamalkan pada
zaman dahulu iaitu ronggeng atau
tarian.





Rujukan
Kathleen Chee(2011) Siri Rujukan Pendidikan Seni Visual- Tingkatan 2. Kuala Lumpur:
Pelangi Publishing Group Bhd

Chee Khuan Tan(1994) Perintis-perintis seni lukis Malaysia. Shell Companies in
Malaysia, Art Malaysian
Kamibudak seni(2011) Teori Pengalaman Pelbagai Edmund Burke Feldman
di ambil pada 25 Mac 2013 daripada
http://itukamibudakseni.blogspot.com/2011/05/teori- pengalaman-pelbagai-edmund-
burke.html
Scrib(2013)Sejarah dan apresiasi seni diambil pada 26 Mac daripada
http://www.scribd.com/doc/129134875/Teori-Edmund-Burke-Feldman-Eta-Grace- Aan
Lawatan Pendidikan Seni Visual di Pulau Pinang 2 Mac 2013












INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA


PSV 3110
PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL
AMBILAN JANUARI 2011
SEMESTER 5/2013

TAJUK : Perkembangan seni lukis di Pulau
Pinang dan Aprisiasi Karya




NAMA : MUHAMMAD AFIQ B AND RAZAK
NO K/P : 900121115669
NAMA PENSYARAH : PUAN MAZLINA BINTI JOHARI

You might also like