You are on page 1of 5

Pengenalan

Sistem pendidikan di serata dunia kebanyakannya memberi penekanan kepada kepentingan

membina minda yang kreatif dalam kalangan pelajarnya. Begitu juga Negara kita Malaysia,
menekankan kepentingan melahirkan warga Malaysia yang kreatif dan inovatif. Perkara ini
ada dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara yang mahu melahirkan lebih ramai
indidvidu yang kreatif dan inovatif bagi membangunkan Negara. Jelas ini menunjukkan
bahawa kreativiti adalah salah satu factor penggerak sesebuah Negara untuk bersaing di arena
antarabangsa. Kreativiti perlu dipupuk dari masa kanak-kanak lagi kerana minda mereka
belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran melalui norma masyarakat dan pembelajaran
normal. Kanak-kanak sememangnya dilahirkan dengan sifat yang dinamik dan berkembang
mengikut fitrah semulajadi proses tumbesaran mereka.
Oleh itu, bagi meningkatkan daya kreativiti seseorang, pembelajaran dan pengalaman
aktiviti pendidikan seni adalah diperlukan. Menurut Helbert Read, kita tidak hanya mengajar
kanak-kanak mengetahui, tetapi pada masa yang sama juga, mengajar mereka mencipta. Bagi
mengetahui fakta (otak kiri) adalah suatu perkara dan menukarkan fakta kepada bentuk
baru memerlukan keupayaan membuat metafora (otak kanan) adalah suatu perkara lain, yang
merupakan fungsi pemikiran kreatif. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa salah satu
daripada tanggungjawab guru pendidikan seni adalah memupuk daya kreativiti dikalangan
murid-murid.

Definisi kreativiti.
Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud
membuat. Manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud memenuhi.
Kamus Dewan, Edisi Keempat (2005) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan
(kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan, manakala kreatif pula didefinisikan sebagai
mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan
asli. Secara ringkasnya, kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan
sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Namun begitu, terdapat beberapa pendapat yang
mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang belum ada sebelumnya.
Hakikatnya, kreativiti merupakan suatu semangat yang tidak boleh diajar, tetapi ianya
boleh disemai dan dipupuk dan boleh berlaku dimana-mana sahaja. Setiap kanak- mempunyai
daya kreativiti yang berbeza contohnya dalam bidang seni lukis dan seni muzik.

Kepentingan Kreativiti dalam Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni.

Meningkatkan

lagi

pemikiran

kreatif

dan

tahap

pengetahuan

pelajar

serta

memperkembangkan potensi peribadi pelajar serta mencetuskan idea bagi menghasilkan

sesuatu yang baru.
Memberi kesedaran kendiri pelajar kerana melalui kreativiti mereka akan lebih mengenali
dan memahami tentang kebolehan dan kelemahan diri.

2) Membentuk motivasi dan kesedaran kendiri pelajar kerana melaluinya mereka akan lebih mengenali dan
memahami tentang kebolehan dan kelemahan diri sendiri.
3) Bijak dalam membentuk hubungan sosial kerana ia merangsang situasi yang membenarkan pelajar bercakap,
berfikir & bekerja secara bebas serta menggalakkan pelajar untuk menerangkan secara verbal tentang imej atau
bentuk-bentuk karya yang dihasilkan.
4) Menggalakkan pelajar hadir ke kelas kerana pendidikan seni sentiasa memberi ruang kepada keseronokan
dalam menghasilkan kerja-kerja seni.
5) Boleh meningkatkan tahap pencapaian pelajar dalam subjek atau mata pelajaran yang lain kerana
pengetahuan artistik boleh dikaitkan dengan subjek-subjek lain di sekolah.
6) Dapat menggambarkan perkembangan idea atau pemikiran pelajar dalam usaha menterjemah kepada bentukbentuk visual, contohnya melalui lakaran/lukisan ataupun portfolio yang dihasilkan, sekaligus mendorong

pelajar menjelaskan tentang idea mereka.

7) Dapat menyediakan suasana yang menguji, mencabar & merangsang sehingga pelajar
dapat berfikir di luar kotak pemikiran.
8) Dapat menanamkan keyakinan dalam diri pelajar berasaskan keupayaan-keupayaan yang
ada melalui pengalaman melihat dan meluahkan sesuatu secara visual tentang apa yang
difikirkan dan membuat penjelasan sama ada membuat apresiasi atau kritikan terhadap
sesebuah karya.
9) Dapat mengelakkan kebosanan pelajar kerana ia melibatkan imej-imej visual yang dapat
menarik perhatian dan lebih berkesan daripada penjelasan menggunakan ayat dan perkataan.
10) Dapat membina makna berdasarkan bahan-bahan yang dilihat, dirasai dan dipelajari oleh
pelajar terutamanya dalam penghasilan karya-karya seni oleh mereka sendiri.
POSTED BY NOORMINA AT 4:04 PM

TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER

Perkembangan Kreativiti Fisher terbahagi kepada 5 iaitu:
(a) Peringkat Rangsangan
Pada peringkat ini pemikiran kreatif dirangsang dengan mengemukakan pelbagai
bentuk soalan seperti apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru perlu membantu
murid untuk berinteraksi secara aktif dan menjelaskan perasaan ingin tahu muris terhadap
sesuatu. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal.

(b) Peringkat Penerokaan

Peringkat penerokaan memerlukan seseorang itu untuk mempunyai pemikiran ke
hadapan. Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab
persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul. Untuk itu latihan dan
pendedahan seperti eksperimentasi, dan kajian atau latihan menyelesaikan masalah boleh
membantu. Pada peringkat ini, kanak-kanak berfikiran kreatif amat gemar untuk mencari
jawapan dan jalan penyelesaian melalui pelbagai cara, gaya dan teknik.

(c) Peringkat Perancangan

Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan
semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti pada peringkat ini akan
dilakukan melalui dua cara iaitu:
1

Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan, pemerhatian,

interaksi dan sebagainya.

Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan

sebagainya.

(d) Peringkat Aktiviti

Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif
melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan
dibantu melalui persoalanpersoalan seperti Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke
atas cadangan tersebut?

(e) Kajian Semula

Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses

penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Pada peringkat ini, pemikiran
kreatif akan memberikan cadangan bernas bagi menggalakkan perkara tidak diingini daripada
terjadi semula. Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa
yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.

You might also like