You are on page 1of 13

CORAK DAN REKAAN Membuat corak dan rekaan merupakan suatu asas utama dalam menghasilkan sesuatu karya

seni. Pada dasarnya, tanpa corak dan rekaan, hasil seni sama ada yang tradisional mahupun yang mengikut zaman akan tidak terhasil. Membuat corak dan rekaan ini juga suatu bentuk kreativiti artistik yang dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif. Corak ialah suatu susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu corak terancang dan corak tidak terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif dan secara bebas atau corak tidak terancang. Pembahagian corak ini untuk mewujudkan kesan tampak yang berbeza dan memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya. Bidang kegiatan membuat corak dan rekaan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara iaitu corak terancang dan corak tidak terancang. Corak terancang dibuat menggunakan motif dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Manakala corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya. 3.0 JENIS-JENIS SUSUNAN DALAM CORAK DAN REKAAN 3.1 Susunan Ulang Sekata Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagi menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya menggunakan garisan grid sebagai panduan.

3.2 Susunan Berselang Seli Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau di antara ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan corak yang menarik.

3.3 Susunan Batu Bata Motif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Motif seterusnya disusun di antara pertemuan dua motif yang sebelumnya.

3.4 Susunan Bertimbal/cerminan Motif ini diwujudkan secara cerminan. Motif akan kelihatan dalam posisi yang bertentangan.

3.5 Susunan Bertindih Motif yang sama disusun secara bertindih atau bertindan antara satu sama lain sehingga membentuk corak yang menarik.

3.6 Susunan Berpusat Motif susunan berpusat berpunca daripada satu titik tengah yang dikembangkan. Motif ini boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan, segi empat, hexagon, oktagon dan sebagainya.

3.7 Susunan sisik ikan

3.8 Susunan Orgee

3.9 Susunan turun separa

3.10 Susunan Berpusat

3.11 Susunan Berombak

3.12 Susunan Jidar

3.13 Susunan Pucuk Rebung

3.14 Susunan Siku Keluang

5.0 ELEMEN ASAS SENI REKA DALAM MEMBUAT CORAK DAN REKAAN Mencipta reka corak melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas seni reka iaitu unsur seni dan prinsip rekaan. Pemahaman dalam asas seni reka sangat penting dalam setiap penghasilan karya seni visual. Hasil karya seni visual yang baik memerlukan pengetahuan mengaplikasikan gabung jalin antara unsur seni dan prinsip rekaan. 5.1 Unsur seni terdiri daripada: (a) Garisan (b) Warna-Warna terdiri daripada; 1. Warna asas - biru, merah dan kuning 2. Warna sekunder- kuning dicampur biru=hijau. Merah dicampur biru = ungu, kuning dicampur merah = oren 3. Warna tertier- Warna asas + warna sekunder. (c) Jalinan-Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan objek sama ada kasar, halus, kesat dan sebagainya. Jalinan wujud secara semulajadi atau dari buatan manusia. Jalinan yang wujud secara semulajadi mempunyai fungsi yang tersendiri dari ciptaan Yang Maha Kuasa. Jalinan terbahagi dua jenis: (i) Jalinan tampak (ii) Jalinan sentuh

(d) Rupa-cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan garisan dan penghujung (i) garisan. Rupa organik (garisan luaran yang berbagai) dan rupa geometri (bentuk (ii) (iii) yang khusus) (e) Bentuk-Bentuk secara mudahnya mempunyai isipadu

(iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix) (x)

(i) Bentuk ilusi (maya)- dalam bentuk gambar, catan, foto,illustrasi- dalam bentuk dua dimensi (ii) Bentuk konkrit- bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang (f) Ruang merupakan kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek. 5.2 Prinsip rekaan

8.0 CORAK DAN REKAAN (CORAK TIDAK TERANCANG) Corak tidak terancang terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antara melalui kegiatan seperti pualaman, tiupan, titisan, ikatan dan celupan serta renjisan dan percikan. 8.1 Pualaman Pualaman adalah corak yang terhasil dari campuraduk warna yang diterapkan keatas kertas atau kain atau apa-apa permukaan yang menghasilkan corak tidak terancang.

8.2 Tiupan Teknik Tiupan ini menggunakan mulut atau selain mulut yang boleh mengeluarkan angin. Teknik tiupan ini senang dan menarik kerana selain membuat corak (tidak terancang).

8.3 Titisan Titisan merupakan satu teknik untuk menghasilkan corak tidak terancang dengan cara menitiskan warna pada permukaan kertas lukisan secara rawak.

8.4 Ikatan dan celupan Teknik ikat dan celup yang digunakan ialah simpulan, ikatan, lipatan dan jahitan. Celupan yang terlalu dalam menghasilkan corak yang besar, sebaliknya jika dicelup cetek, coraknya yang terhasil adalah kecil.

8.5 Renjisan dan percikan Reka corak renjis didefinisikan sebagai suatu teknik dalam menghasilkan corak terancang atau tidak terancang dengan cara semburan, percikan atau tiupan. Bentuk kreativiti artistik dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif. Reka corak terancang dan tidak terancang mewujudkan kesan tampak yang berbeza tetapi memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya. Mencipta reka corak renjis melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan.

9.3 Capan Secaranya amnya teknik capan boleh digolongkan di bawah cetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air/ poster) dan dicatkan di atas satu pemukaan. Capan boleh dihasilkan dengan pelbagai rupa bentuk dengan menggunakan jenis bahan.

9.4 Cetakan Satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan. Proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain.

9.5 Lipatan dan guntingan Menghasilkan pelbagai corak bertibal balik dalam susunan bebas melalui lipatan dan guntingan

9.6 Resis Reka corak resis didefinisikan sebagai suatu bentuk kreativiti artistik yang berkait rapat dengan penggunaan media berasaskan air dan minyak. Reka corak resis boleh menghasilkan corak terancang dan corak tidak terancang. Reka corak resis memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya. Mencipta reka corak resis melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan.

9.7 Kolaj Ia juga boleh didefinisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan tampal sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih untuk menghasilkan sesuatu corak.

You might also like