You are on page 1of 10

TEORI KREATIVITI VICTOR LOWENFELD

Kreativiti ialah suatu naluri (instinct) semulajadi sejak lahir yang dimiliki oleh
setiap orang.Naluri itu merupakan faktor pertama digunakan untuk menyelesaikan atau
membuat pernyataan tentang masalah kehidupan. Keinginan ialah asas yang
mendorong seseorang berupaya menyelidik dan meneroka sesuatu. Tanpa naluri dan
keinginan, manusia tidak akan bertindak.
Victor Lowenfeld turut mengariskan 3 proses kreativiti sebagai kefahaman masalah,
kelancaran idea dan proses kreativiti itu sendiri. Oleh sebab itu guru sebagai pendidik
dan pembimbing murid-murid perlu berperanan penting dalam usaha memupuk
kreativiti murid-murid kerana:
1.

Manusia lebih suka belajar dengan kaedah kreatif iaitu melalui kegiatan-kegiatan
kreatif dan berorientasikan penerokaan.

2.

Dapat meningkatkan proses kreativiti murid-murid bagi mempertingkatkan


kesejahteraan dan kualiti hidup sesebuah Negara

3.

Dapat mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui perkembangan


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan pembentukan insan yang
seimbang daripada segi mosi, rohani, jasmani dan intelek.

4.

Dapat membentuk warganegara yang berilmu pengetahuan, mencapai kesejahteraan


diri dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan Negara.

5.

Dapat mencapai matlamat pendidikan seni bagi membentuk warganegara yang


berbudaya, individu yang berimaginatif, kreatif, berpengetahuan seni dan peka kepada
estetika.

6.

Mampu mengamalkan pertimbangan seni dan kesempurnaan dalam urusan hidup dan
alam sekeliling. Menghargai dan bangga pada warisan seni dan budaya.

7.

Dapat melahirkan murid-murid yang berimaginasi, kreatif, berpengetahuan, peka pada


ciri estetika, memupuk nlai keindahan, keselesaan dan ketenteraman.

Sifat kreatif bukan sahaja boleh dipupuk, tetapi perlu dipupuk. Oleh sebab itu
sekolah adalah tempat yang terbaik dalam memperkembangkan kebolehan kreativiti
kanak-kanak, iaitu dengan membuat penyesuaian kepada persekitaran ataupun keduaduanya sekali. Sekolah boleh memberi peluang mebantu murid-murid mencapai
penyempurnaan kendiri. Merancang pendekatan yang sesuai dan mengambil kira teori
perkembangan dan teori pembelajaran

TEORI KREATIVITI VICTOR LOWENFELD


Menurut Victor Lowenfeld (1975) teori kreativiti yang diutarakan oleh beliau adalah satu naluri semula jadi
yang di miliki oleh setiap orang sejak lahir lagi. Naluri merupakan faktor pertama yang digunakan bagi
menyelesaikan ataupun membuat pernyataan tentang masalah mengenai kehidupan. Manakala
keinginan pula merupakan asas yang mendorong seseorang dalam menyelidik atau meneroka sesuatu.
Maka tanpa naluri dan keinginan, manusia tidak akan bertindak.
Menurut Lowenfeid juga, kreativiti turut memberikan penekanan kepada kebolehan manusia dalam
menghasilkan sesuatu teknik bagi mengolah bahan, media, serta alat. Teori ini dianggap berkesan
sebagai satu cara pembelajaran kreativiti melalui pendidikan seni.

TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI LOWENFELD

TAHAP
1. Kepekaan

2. Fleksibiliti

3. Keaslian

Masalah sebagai cabaran dan peluang

Bertolak ansur dan berfikiran terbuka.

5. Keupayaan
menganalisis

membuat

7. Makna Baru

Berfikir dan bertindak berlainan daripada kelaziman


dan kebiasaan.
Melihat kepada kemungkinan-kemungkinan baru.
Mempunyai daya imaginasi.

Berfikiran secara terbuka, berupaya mengaitkan


dan sesuatu perkara dengan hal lain yang berkaitan.

Berkeupayaan melahirkan idea dan pendapat


tentang perkara yang akan dilakukan dengan kemungkinan
yang akan berlaku secara bersepadu.

6. Keupayaan
sintesis

Berkeupayaan menyesuaikan diri dalam pelbagai


situasi dan perubahan.
Berkeyakinan

4. Keterbukaan,
kebebasan
kelancaran.

HURAIAN
Mempunyai kepekaan yang tinggi pada segala
aspek dan situasi. Ini termasuk mengenai keperluan
kehidupan manusia, persekitaran dan pancaindera.
Kesedaran pada nilai-nilai estetika, keindahan dan
keharmonian objek dalam alam persekitaran
Mempunyai perasaan yang sensitif, positif dan
harmoni tentang apa yang dilihat dan yang dilakukan.

Berkeupayaan menganalisis dan mencerakinkan apa


yang dilihat, dirasai, disentuh, dialami dan dihidu secar
terperinci daripada sesuatu yang bersifat umum.
Tidak menggunakan konsep pandang pertama
dalam membuat sesuatu keputusan.
Berkeupayaan membawa unsur-unsur/era dimensi
baru yang bermakna.
Melihat sesuatu secara global, sebahagian dan
secara terperinci serta dapat menggabungkan dalam
membuat sesuatu pernyataan.
Menggunakan konsep member nafas baru pada
sesuatu yang lama.
Berkeupayaan member fungsi, makna dan

pengertian baru
8. Ketekalan Organisasi

Berkeupayaan mengolah, menyusun menggabung


dan mentadbir pelbagai ragam objek dan aspek dalam satu
kesepaduan yang harmoni.

Peringkat perkembangan pengutaraan tampak kanak-kanak


mengikut teori Viktor Lowenfeld
Peringkat Skematik (7-9 tahun)
Mengikut Viktor Lowenfeld, peringkat skematik diambil dari perkatan skema yang
bermaksud sebagai suatu konsep dan ianya diulang-ulang. Pengunaan simbol didalam
lukisan kanak-kanak merupakan suatu konsep yang dibuat oleh kanak-kanak tetapi
sifatnya tidak tekal. Ianya akan berubah mengikut tahap perkembangan kanak-kanak itu
sendiri. Simbol-simbol juga merupakan perlambangan tentang apa yang mereka lihat
dan mereka rasai (emosi) serta keupayaan kinestatik mereka.
Kanak-kanak di peringkat ini tertarik melukis gambar manusia dan objek-objek yang
menarik perhatian mereka. Dimana lukisan mereka banyak menggunakan bentuk
geometri seperti bulat, empat segi, tiga segi, bujur dan lain-lain. Objek yang menjadi
tumpuan mereka seperti muka manusia, digambarkan secara berlebihan (exegeration).
Kefahaman mereka tentang ruang digambarkan melalui satu garisan dasar satah di
mana semua objek dilukis di atas atau dalam lingkungan garis tersebut. Dan lukisan
mereka juga banyak kelihatan bersifat hiasan (dekoratif).
Saya telah mengumpulkan karya murid-murid mengikut tahap skematik ini ketika
melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SK Taman Segar. Antara karya
murid-murid yang saya dapat kumpulkan terdiri dari tahap 1, berumur 8 dan 9 tahun.
Antaranya ialah karya adik Glenys Lam Xin Yu, berumur 8 tahun, bidang mengambar
dan teknik lukisan. Berdasarkan lukisan adik Glenys ini, ciri-ciri yang dapat dilihat ialah
dari segi penggunaan garisan didalam lukisannnya. Garisan yang digunakan ialah
garisan halus dan garisan yang mudah dibentuk. Manakala pengunaan warna pula
ialah warna-warna yang menunjukkan suasana ceria, terdapat juga warna-warna panas
seperti merah, jingga dan kuning digunakan serta warna sejuk seperti warna biru. Adik
Glenys juga mahir mencampurkan warna pastel bagi menghasilkan ton warna cerah
dan gelap. Pengunaan ruang pula merupakan ruang yang mendatar dimana kesemua
gambar melalui satu garis satah semua objek dilukis didalam lingkungan garisan

tersebut. Lukisan adik Glenys menunjukkan suasana riang dimana terdapat ojek seperti
hadiah dan kek dilukis yang menunjukkan situasi ketika majlis harijadi yang disambut di
kelas dan diraikan oleh rakan-rakan dan guru. Adik Glenys juga mengunakan simbol
bunga dan melukis muka rakan-rakannya didalam bunga tersebut yang menunjukkan
dia sangat menyayangi rakan-rakan tersebut. Malah diluar kawasan lukisan dilukis
bingkai berbentuk hati yang menunjukkan konsep kasih sayang antara Glenys dan
rakan-rakannya. Bagi menghasilkan lukisan ini, adik Glenys melukis di atas kertas
lukisan dan mengunakan media kering iaitu oil pastel.
Karya yang seterusnya ialah lukisan adik Esther Lim Jia Wei, berumur 9 tahun bidang
mengambar dan teknik lukisan. Adik Esther mengunakan garisan mudah dan halus bagi
menghasilkan rupa dan bentuk objek didalam lukisannya. Dia juga mengunakan garisan
condong bagi menghasilkan rupa pelangi. Penggunaan warna pula terdapat warna
panas dan warna sejuk. Adik Esther juga mencampurkan warna bagi menghasilkan ton.
Pengunaan ruang pula merupakan ruang yang mendatar dimana kesemua gambar
melalui satu garis satah semua objek dilukis didalam lingkungan garisan tersebut. Dan
adik Esther mengunakan warna cerah bagi menunjukkan ruang hadapan, dan warna
gelap bagi bahagian ruang dibelakang. Adik Esther menceritakan suasana riang
didalam karyanya bersama-sama ibunya ketika di taman bunga. Kehadiran pelangi
yang berwarna-warni didalam lukisannya juga mungkin menunjukkan perasaannya
yang gembira ketika situasi berkenaan. Pengunaan figura manusia yang tidak secara
berlebihan dan menunjukkan saiz perbezaan manusia yang normal didalam karya adik
Esther menunjukkan tahap perkembangan yang baik. Adik Esther juga mengunakan oil
pastel didalam karyanya.
Berikutnya pula ialah adik Lai Rui Xe berumur 9 tahun bidang mengambar dan teknik
lukisan. Adik Lai juga menggunakan garisan yang mudah dan halus bagi menghasilkan
bentuk objek didalam lukisannnya. Serta garisan yang membentuk bunga matahari
menimbulkan tumpuan. Garisan yang digunakan juga menghasilkan rupa organik.
Manakala pengunaan warna pula ialah warna-warna yang menunjukkan suasana ceria,
terdapat juga warna-warna panas seperti merah, jingga dan kuning digunakan serta
warna sejuk seperti warna biru. Warna yang digunakan juga merupakan warna yang
harmoni. Adik Lai juga mahir mencampurkan warna pastel bagi menghasilkan ton
warna cerah dan gelap. Ruang yang ditunjukkan didalam karya adik Lai merupakan
ruang mendatar. Ton warna yang digunakan iaitu dari cerah ke gelap menimbulkan
gambaran menjunam ke dalam. Adik Lai menghasilkan karya yang menonjolkan dirinya
dan rakan baiknya bertukar-tukar hadiah dan sedang berada di atas pentas dimana dia
dan rakannya menjadi tumpuan ketika situasi tersebut. Adik Lai juga mengunakan oil
pastel didalam lukisannya.

Karya yang berikut ialah karya Ho Yit Chien yang berumur 9 tahun bidang mengambar
dan teknik lukisan. Adik Ho mengunakan garisan yang mudah dan halus untuk melukis
secara berhati-hati. Terdapat juga pengunaan garisan tebal yang menunjukkan
kekuatan pada garisan bangunan di belakang figura manuisa. Adik Lai juga mahir
mengunakan garisan bagi menghasilkan rupa dan seterusnya menghasilkan ekspresi
pada figura manusia di dalam lukisannya. Terdapat juga penghasilan rupa geometri iaitu
pada lukisan objek tingkap. Pengunaan warna pula ialah warna-warna yang
menunjukkan suasana ceria, terdapat juga warna-warna panas seperti merah, jingga
dan kuning digunakan serta warna sejuk seperti warna biru. Warna yang digunakan
juga merupakan warna yang harmoni. Terdapat juga warna kontra dimana pada tulisan
diatas papan hijau, warna kuning digunakan diatas latar warna hijau. Warna sewarna
juga digunakan pada lukisan objek burung. . Pengunaan ruang pula merupakan ruang
yang mendatar dimana kesemua gambar melalui satu garis satah semua objek dilukis
didalam lingkungan garisan tersebut. Warna gelap menonjol dari latar cerah dan ton
warna dari gelap ke cerah kelihatan menonjol keluar. Karya adik Ho menunjukkan
suasana riang ketika di dalam kelas bersama-sama rakan-rakannya. Mereka
mengadakan majlis dan mereka semua berasa gembira serta menyanyikan lagu secara
beramai-ramai. Adik Ho juga mengunakan oil pastel bagi menghasilkan karyanya.

PERINGKAT AWAL REALISM (9-12 tahun) (The Gang Age)


Pada peringkat ini, kanak-kanak mula menyedari tentang diri sebagai seorang ahli
rakan sebaya dan masyarakat. Dan kumpulan rakan sebaya lebih menarik perhatian
mereka. Perbezaan jantina mula dirasakan dan sebab itu mereka mula bergerak
mengikut rakan sebaya dan sama jantina. Lukisan mereka juga menampakkan ciri-ciri
perbezaan jantina melalui ciri rambut dan pakaian. Cara melebih-lebihkan (exegeration)
tidak lagi dilakukan Objek atau gambar yang dilukis berdasarkan kepada kesedaran
tampak sahaja bukan melalui pengamatan. Kefahaman ruang digambarkan melalui
kesan tindan-tindih objek. Objek tidak lagi diletakkan atas garis dasar satah, tetapi
memahami garis horizon di mana, objek banyak bertumpu di bahagian bawah (tanah).
Kadar banding (propotion) pada lukisan orang, dilakukan secara naturalistik.
Mengunakan warna bagi menggambarkan sesuatu objek.Hijau untuk pokok,biru untuk
langit,kuning untuk tanah dan sebagainya. Dan memasukkan lebih banyak objek dalam
lukisan mereka.

Antara contoh bagi bagi peringkat ini ialah, adik Sherron Tan berumur 11 tahun bidang
mengambar dan teknik resis dengan karyanya. Adik Sherron mengunakan garisan yang
halus bagi menghasilkan rupa dan bentuk. Garisan yang digunakan menghasilkan rupa
organik. Akan tetapi kedudukan anggota tubuh badan figura masil belum menampakkan
kedudukan anggota tubuh yang betul dimana tangan dilukis di tepi kepala. Begitu juga
dengan proportion tubuh badan dengan kepala yang masih tidak seimbang. Pengunaan
warna pula ialah warna-warna yang menunjukkan suasana ceria, terdapat juga warnawarna panas seperti merah, jingga dan kuning digunakan serta warna sejuk seperti
warna biru. Warna yang digunakan juga merupakan warna yang harmoni. Warna yang
digunakan juga menimbulkan ilusi ruang. Dari segi ruangan pula, ruang yang dihasilkan
merupakan ruang mendatar dengan satu satah garisan dengan semua objek
melaluinya. Adik Sherron menggambarkan situasi ketika bersama kawan-kawannya dan
betapa seronoknya mereka. Penggunaan simbol hati juga menunjukkan betapa adik
Sherron sayangkan kawan-kawannya. Lukisan figura budak perempuan ditengahtengah kertas lukisan merupakan adik Sherron sendiri, dimana menunjukkan bahawa
dia inginkan perhatian. Adik Sherron mengunakan oil pastel dan pen dakwat cair untuk
menghasilakn karya ini.
Yang seterusnya ialah adik Chong Wan Xin berumur 11 tahun bidang mengambar dan
teknik lukisan. Garisan yang digunakan oleh adik Chong bagi menhasilkan lukisannya
ialah garisan halus dan juga garisan tebal. Garisan tebal yang digunakan bertujuan
untuk memberi fokus kepada objek yang dilukis didalam garisan tersebut. . Pengunaan
warna pula ialah warna-warna yang menunjukkan suasana ceria, terdapat juga warnawarna panas seperti merah, jingga dan kuning digunakan serta warna sejuk seperti
warna biru. Warna yang digunakan juga merupakan warna yang harmoni. Terdapat juga
warna kontra dimana warna cerah seperti merah diletak di hadapan latar berwarna
gelap. Warna latar yang gelap juga menghasilkan ilusi ruang. Apabila warna yang
kontra diletakkan bersama, tindakan positif warna terhasil. Ini dapat menghasilkan
kesan atau impak kepada orang yang melihatnya. Ruang yang digunakan juga
merupakan ruang mendatar kerana lukisan adik Chong lebih kepada bersifat dekoratif.
Warna gelap yang dijadikan sebagai latar menonjolkan warna yang lebih cerah. Adik
Chong menggambarkan dia ingin mencontohi abangnya yang telah berjaya dengan
belajar bersungguh-sungguh dan menginginkan penghargaan dari ibunya. Adik Chong
juga mengunakan simbol hati yang menunjukkan kasih sayangnya kepada ibunya. Adik
Chong mengunakan warna air dan lilin bagi mengunakan teknik resis dalam karyanya.
Berikutnya pula ialah adik Ho Teck Sang yang berumur 11 tahun bidang mengambar
dan teknik lukisan. Adik Ho mengunakan garisan halus, melintang, menegak dan
beralun. Garisan beralun digunakan untuk menghasilkan rupa bendera. Dengan itu,
benderaan berkenaan seperti sedang beralun dan terdapat pergerakan. Pengunaan
warna pula ialah warna-warna yang menunjukkan suasana ceria, terdapat juga warna-

warna panas seperti merah, jingga dan kuning digunakan serta warna sejuk seperti
warna biru. Warna yang digunakan juga merupakan warna yang harmoni. Terdapat juga
warna kontra dimana warna yang cerah diletak di hadapan latar yang berwarna gelap.
Adik Ho juga mengunakan warna untuk membentuk sesuatu seperti bunga api dengan
warna panas di tengah dan warna sejuk diluar, ianya seperti membentuk satu pancaran.
Susunan warna harmoni juga menghasilkan suasana selesa, menarik, dan seimbang.
Malahan susunan warna yang berbeza menimbulkan kesan tindakan warna positif.
Didalam lukisan ini terdapat penggunaan ruang cetek. Malah pengunaan warna yang
mempunyai nilai ton tinggi dan rendah memberikan ilusi pengunaan ruang. Dimana
objek yang cerah berada dihadapan dan ojek yang gelap di belakang. Adik Ho
menggambarkan suasana ketika majlis keraian diadakan dimana semua saudara-mara
pulang ke rumah dan bergotong-royong membantu menjayakan majlis tersebut. Malah
setiap figura manusia mempunyai ekspresi muka yang riang menunjukkan situasi
tersebut menyeronokkan dan adik Ho tidak dapat melupakan peristiwa tersebut. Adik
Ho menggunakan oil pastel untuk menghasilakn karya tersebut.
Yang berikutnya ialah adik Yap Chia Cheng, berumur 12 tahun bidang mengambar dan
teknik lukisan. Adik Yap mengunakan garisan halus dan tebal serta beralun. Garisan
beralun digunakan bagi menghasilakan rupa awan. Garisan tebal yang digunakan
bertujuan untuk memberi fokus kepada objek yang dilukis didalam garisan tersebut.
Pengunaan warna pula ialah warna-warna yang menunjukkan suasana ceria, terdapat
juga warna-warna panas seperti merah, jingga dan kuning digunakan serta warna sejuk
seperti warna biru. Warna sejuk yang digunakan menimbulkan suasana harmoni, aman,
dan tenang. Warna yang digunakan juga merupakan warna yang harmoni. Terdapat
juga warna kontra dimana warna jingga digunakan dengan warna biru. Warna kontra
yang digunakan dapat menarik minat sesiapa sahaja yang melihatnya. Warna yang
lebih pekat digunakan diatas warna latar yang lembut menimbulkan ilusi ruang. Ini juga
menimbulkan kesan positif warna. . Dari segi ruangan pula, ruang yang dihasilkan
merupakan ruang mendatar dengan satu satah garisan dengan semua objek
melaluinya. Adik Yap menggambarkan didalam karyanya ketika dia berada dengan
orang yang paling disayangi iaitu ayahnya. Situasi menunjukkan dia menghabiskan
masa bersama ayahnya dan dia menghadiahkan sesuatu bagi menghargai jasa baik
ayah. Bagi menghasilkan karya ini, adik Yap mengunakan kertas lukisan dan oil pastel.

Kanak-kanak pada peringkat ini memerlukan ransangan dari segi pemikiran mereka
dengan memberikan banyak bahan bacaan bercerita, menonton filem tentang haiwan,
manusia dan sebagainya. Khayalan dan kepercayaan mereka tentang sesuatu
memainkan peranan penting diperingkat usia ini Mereka juga perlu diberikan perhatian
terhadap karya mereka agar mereka merasakan kehebatan keupayaan mereka dan

dirinya dihargai.dan Mereka juga perlu bimbingan supaya mereka ini dapat berfikir
hingga ke satu titik mula di mana mereka boleh berfikir dan bertindak secara berdikari.
Serta jangan keterlaluan mengkritik kerja dan tindakan mereka kerana kesilapan itu
juga merupakan proses pembelajaran
KANAK-KANAK DAN SENI LUKIS
Melukis sebagai Medium Komunikasi. Disini melukis dilihat sebagai satu aspek emosi
dan juga sosial.Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum
mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan
untuk berinteraksi. Melalui lukisan, mereka mencurahkan segala perasaan mereka
semasa melakukan aktiviti, ini merupakan satu bentuk ekspresi diri. Sebagai contoh ciriciri pengunaan warna didalam lukisan mengambarkan perasaan seseorang itu seperti
warna biru yang melambangkan keamanan dan kedinginan. Melukis juga dapat
menyampaikan mesej yang ingin disampaikan kepada orang lain. Dengan demikian,
aspek komunikasi satu hala tercapai. Malahan, sewaktu aktiviti melukis, terdapat
perhubungan antara rakan-rakan dalam menjayakan sesuatu proses pengkaryaan.
Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan
keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat
bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk
Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri. Melukis merupakan aktiviti yang
mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak
dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti
sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. Ini boleh dilihat
sebagai faktor fizikal. Semakin tinggi tahap perkembangan diri kanak-kanak, semakin
penguasaan dalam menghasilkan sesuatu karya dengan mempelbagaikan teknik dan
bahan yang digunakan. Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan
berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata
Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem). Aktiviti melukis
dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat
lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap
pemahaman mereka.Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya
sensitiviti pancaindera. Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid
untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan
seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. murid boleh
mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses
penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.
Kanak-kanak perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk dapat

merangsang daya imaginasi


memanipulasikan objek alam

mereka.

Kreativiti

dapat

dihasilkan

dengan

You might also like