You are on page 1of 5

NOORFAEZA BINTI ISMAIL (UFD180060)

Peringkat Perkembangan Seni Kanak-Kanak


Jelaskan peringkat perkembangan seni kanak-kanak berdasarkan tokoh Viktor
Lowenfeld dengan menyertakan contoh-contoh hasil lukisan yang sesuai.

Viktor Lowenfeld di lahirkan di Linz, Austria pada tahun 1903. Dr. Lowenfeld merupakan
lulusan daripada College of Applied Arts di Vienna dan Academy of Fine Arts dibandar yang
sama. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana dalam Pendidikan dari University of Vienna dan
telah bertugas sebagai seorang guru sekolah menengah. Beliau dilantik menjadi Pengarah
Kesenian kepada Blind Institute. Pada tahun 1938, Lowenfeld telah berhijrah ke England
sebelum kembali ke United States. Beliau bersara pada tahun 1946 selepas berkhidmat
sebagai ‘wartime visual aids consultant’ dalam tentera laut. Beliau menyertai Hampton
Institute di Virginia pada tahun 1939 sebagai pembantu professor di Industrial Arts dan juga
telah berkhidmat sebagai guru seni diinstitut ini dan dilantik menjadi Pengerusi Art
Department. Beliau berhijrah ke The Pennsylvania State University dan menjawat jawatan
sebagai professor Pendidikan Seni pada tahun 1946. Beliau juga terkenal dengan Visual-
Haptic Theory in Art Education yang juga merupakan asimilasi daripada kebudayaan Vienna
dan merupakan seorang ketua yang aktif dalam National Art Education Association dan The
National Committee dalam Pendidikan Seni. Beliau meninggal dunia pada tahun 1960.

Teori kreativiti yang dimaksudkan oleh Victor Lowenfeld adalah kreativiti merupakan
kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli.
Terdapat juga yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tiada
sebelumnya. Victor Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif.
Penyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan
penuh dengan perasaan ingin tahu. Lowenfeld membangunkan Teori Lowenfeld ‘Stages of
Artistic Development’. Galakan mengembangkan pemikiran kreatif dikalangan kanak-kanak
perlu dilakukan secara berterusan. Beliau menjelaskan bahawa kreativiti seseorang boleh
diukur melalui 4 komponen utama iaitu kelancaran (fluency), fleksibel (flexibility), keaslian
(originality), kepekaan (sensitivity).

Pada proses kelancaran, idea dan pendapat diterjemahkan secara spontan serta pantas. Ia
berupaya menghubungkan dan mengaitkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain selain
memikirkan kemungkinan-kemungkinan terhadap idea tersebut atau alternatif kepada
penyediaan masalah. Proses fleksibel pula, ia mula mempamerkan semangat toleransi.
Mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi selain mempunyai keyakinan yang tinggi.
Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan
situasi selain mempunyai keyakinan optimis. Seterusnya proses keaslian adalah proses

1
NOORFAEZA BINTI ISMAIL (UFD180060)

dimana seseorang itu sentiasa mencari idea baru dan asli. Tidak membuat peniruan daripada
mana-mana sumber yang tersedia. Seseorang yang kreatif sering mengemukakan idea yang
asli dan bukan diambil daripada lain-lain sumber. Idea mereka unik dan menarik tanpa unsur
ciplak. Hasil kerja mestilah berdasarkan cetusan rasa dan sering berbeza daripada biasa.
Proses yang terakhir adalah proses kepekaan yang bermaksud proses mempunyai daya
kepekaan yang tinggi terhadap rakan sebaya, ciptaan dan estetika. Dalam proses ini, ia
menggunakan semua deria pancaindera untuk membuat pengamatan dan merekod butiran
yang diperolehi. Individu perlu mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan
sekeliling termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria.

Beliau juga menyatakan bahawa sejak kecil lagi proses pembelajaran kanak-kanak ini
kebanyakannya dibantu dengan penggunaan alat sensori seperti peta, gambar-gambar dan
peralatan sains. Bagi beliau, pemikiran abstrak tanpa representasi visual bukanlah sesuatu
yang mudah untuk diatasi. Kanak-kanak ini semakin membesar, seni visualnya juga semakin
banyak membantu perkembangan minda yang lebih menyeluruh. Menurut Lowenfeld lagi,
bidang seni halus, pengetahuan teknik-teknik seni halus serta kemahiran memanipulasi ciri-
ciri lukisan dan seni dapat memberi sumbangan dalam meningkatkan kemahiran seni lukis
serta imej artistik yang dihasilkan dalam kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak lazimnya jarang
melukis dengan cara realistik dan tepat dari segi ruang. Kanak-kanak akan melukis berkaitan
dengan perkara yang mereka tahu bukan apa yang mereka lihat. Lowenfeld percaya bahawa
setiap kanak-kanak ini dilahirkan kreatif.

Lowenfeld dan Britain (1982) telah memperkenalkan teori perkembangan artistik kanak-kanak
yang merangkumi peringkat umur dari 2 hingga 14 tahun. Lima peringkat perkembangan
artistik yang diperkenalkan oleh Lowenfeld dan Britain (1982) ialah peringkat scribbling,
peringkat preschematic, peringkat schematic, peringkat dawning realism, peringkat pseudo
naturalistic dan peringkat adolescent art.

a) Peringkat Contengan (Scribbling: 2-4 Tahun)


Pada peringkat ini lanak-kanak pada usia 2-4 tahun
ini akan menghasilkan contengan secara rawak dan
tidak terkawal. Proses menconteng menyebabkan
pergerakan badan dan membangunkan koordinasi
otot motor tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu
menguasai pergerakan tangan dan badan mereka
mula melukis dari peringkat contengan kepada
lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis
bulatan. Contengan yang dibuat oleh kanak-kanak ini bukan secara suka-suka dan tanpa

2
NOORFAEZA BINTI ISMAIL (UFD180060)

sebarang tujuan. Kanak-kanak ini sebenarnya mempamerkan kesedaran tentang corak dan
koordinasi tangan-mata. Dalam jangka masa tertentu mereka boleh menamakan apa yang
telah mereka lukis sehinggalah umur mereka meningkat kepada umur 3 tahun, kanak-kanak
ini akan mula menambah maklumat dengan lebih terperinci. Mereka dapat bercakap tentang
lukisan mereka berdasarkan warna, bentuk dan sebagainya.

b) Peringkat Pra-skematik (Pre-schematic: 4-7 Tahun)


Pada peringkat ini berlaku peningkatan daripada
contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk
melukis objek yang terdapat di sekeliling mereka
dengan menggunakan garisan. Gambar yang dilukis
telah mula dikenali imejnya. Bentuk konkrit seperti
imej orang atau hal benda yang terdekat dan
berhubung rapat dengan mereka. Kebanyakan kanak-
kanak pada usia sebegini akan melukis gambar
bentuk orang seperti ibu bapa, adik-beradik dan rakan akan dilukis sebagai imej utama. Imej
digambarkan berasaskan apa yang mereka tahu dan bukan merupakan reprensentasi
tampak. Contoh ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai
karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang
berbeza-beza. Bermula dengan melukis satu bulatan kecil untuk kepala, satu bulatan untuk
badan dan dua garisan ke bawah untuk kaki. Selain itu kanak-kanak ini akan melukis tanda-
tanda kecil untuk mata, hidung dan mulut. Mereka sering melukis imej orang, kerana ia
merupakan imej terpenting bagi mereka. Malah kaki dan tangan juga merupakan imej yang
penting kerana bagi kanak-kanak kaki penting untuk berjalan dan tangan penting untuk
mereka makan. Pada peringkat ini lukisan mereka berciri simbolik di mana symbol-simbol
tersebut mewakili sesuatu objek. Selain itu, kanak-kanak pada peringkat ini juga telah mula
membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada dua bahagian
iaitu satah udara dan tanah. Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang
dan sama manakala objek udara pula dibiarkan kosong.

c) Peringkat Skematik (Schematic: 7-9 Tahun)


Pada peringkat usia 7-9 tahun kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek
berbanding pada peringkat awal. Lukisan yang dihasilkan mula mengikut skema atau konsep
tertentu. Perhatian dan penekanan lebih diberikan kepada penyusunan objek dalam imej
selain daripada imej manusia dan objek di sekelilingnya. Sebagai contoh, kanak-kanak mula

3
NOORFAEZA BINTI ISMAIL (UFD180060)

membuat percubaan dengan membahagikan ruang


pada kertas lukisan kepada dua bahagian iaitu satah
udara dan tanah. Bagi pemandangan satah tanah iaitu
bawah, objek disusun secara melintang dan sama
manakala objek udara iaitu satah atas pula dibiarkan
kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah
spontan, bebas dan berskala besar. Tidak peka
dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah dengan
lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi. Lukisan pada
tahap ini menunjukkan apa yang difikirkan berbanding dengan apa yang sebenarnya dilihat
oleh kanak-kanak. Pada peringkat ini juga penekanan lebih diberikan pada cara penyusunan
objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. Pada
tahap ini juga lukisan yang dihasilkan melibatkan bentuk lukisan x-ray iaitu lukisan yang
mempunyai ciri-ciri luaran dan dalaman sesuatu objek. Oleh itu, pada keseluruhannya
peringkat ini kanak-kanak melukis sesuatu yang mereka tahu melalui pengalaman. Sebagai
contoh, kanak-kanak pada usia ini jika mereka melukis lukisan sebuah kotak dan mereka juga
akan melukis isi di dalam kotak itu. Kanak-kanak ini akan melukis objek yang jauh dengan
saiz yang kecil dan objek yang dekat dengan saiz yang lebih besar. Ini menunjukkan
permulaan pemahaman konsep perspektif.

d) Peringkat Kesedaran Realisma (Dawning Realism atau The Gang Age: 9- 12


tahun)
Kanak-kanak pada peringkat ini melukis dengan
mengekalkan konsep dan skema tertentu. Perubahan
pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis
pada usia ini dilukis secara realistik dan teliti. Imej
lukisan yang dilukis mula mengecil dari segi saiz dan
kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikan dengan
hasil karya sendiri. Pada peringkat ini mereka mula
membandingkan karya mereka dengan karya rakan
sebaya. Oleh sebab itu, mereka akan melukis dengan lebih berhati-hati dan sedikit
individualistik serta menitik beratkan kualiti karya yang dihasilkan. Kanak-kanak pada
peringkat ini lebih cenderung melukis sesuatu objek seperti objek yang sebenar. Mereka akan
berasa kecewa sekiranya mereka gagal untuk menyamai ciri-ciri sebenar objek yang mereka
lukis. Oleh yang demikian kanak-kanak peringkat ini akan mula hilang minat untuk melukis
kerana mereka tidak puas hati dengan lukisan yang mereka hasilkan.

4
NOORFAEZA BINTI ISMAIL (UFD180060)

e) Peringkat Rasional (Pseudonaturalistic atau Reasoning: 12-14 Tahun)


Kanak-kanak pada tahap ini didapati mula peka
dengan konsep realistik dalam menghasilkan lukisan.
Mereka lebih menitik beratkan konsep kedudukan dan
saiz rasional imej. Kanak-kanak ini juga
kebanyakannnya lebih gemar melukis sesuatu melalui
konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata
berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi.
Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama
dengan rakan sebaya. Mereka akan berasa malu dan perasaan rendah diri akan timbul
sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik. Oleh sebab itu, lukisan yang dihasilkan oleh
kanak-kanak ini jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya.

f) Peringkat Remaja (Period If Decision atau Adolescent Art in High School 14-17
Tahun)
Pada peringkat ini, remaja telah mula membuat
kritikan diri, idealistik dan menyedari bahawa
peranannya dalam masyarakat. Lukisan mereka
adalah bersifat individualistik dan merasakan bebas
membuat keputusan sendiri. Mereka lebih kepada
memberi penekanan terhadap proses penghasilan
karya seni dan penciptaan objek. Didapati remaja
lebih matang dalam membuat keputusan dan
pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni.

Kefahaman mereka tentang ruang, objek dan perlambangan menjadikan lebih matang.
Lukisan mereka pada peringkat ini menjadi penting kepada mereka sebagai media untuk
meluah atau melahirkan emosi, perasaan dan respon terhadap sesuatu serta penyataan
fikirannya. Mereka mampu mengembangkan minat dan kemahuan untuk mendapatkan
kemahiran seni dan seuatu yang disuaki seperti batik, catan dan sebagainya. Mereka akan
mencari jalan untuk mempelajari teknik atau kemahiran untuk menghasilkan karya seni yang
memenuhi kepuasan diri jika mereka berminat terhadapnya. Pada peringkat ini juga mulanya
era memahami kehidupan sosial dan konsep seni yang berfungsi

Secara keseluruhannya, kanak-kanak pada peringkat tadika dan pra sekolah adalah kreatif,
ekspresif, dan aktif. Oleh itu, aktiviti pembelajaran yang bercorak perkembangan pemikiran,
penerokaan dan ciptaan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan
mereka menyatakan idea dan ekspresi diri.

You might also like