You are on page 1of 24

PEMARKAHAN

PPGPJJ SEMESTER 3 SESI 2013


KBK 3073 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

TAJUK ESEI ILMIAH TUGASAN 2: TEORI PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK DAN ANALISIS LUKISAN FIGURA KANAK-KANAK

DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK

MAIMUNAH BINTI HAMID

D 055458

PUSAT PEMBELAJARAN : EL-A30 NAMA TUTOR E-LEARNING : HASHIMAH BINTI HUSSEIN

TARIKH SERAH : 3 MEI 2013

Bil 1.0 2.0 Pengenalan

Topik

Halaman 3 4-7

Teori Perkembangan Artistik Oleh Victor Lowenfeld 2.1 Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-Kanak Mengikut Teori Victor Lowenfeld 2.2 Pengenalan Teori Victor Lowenfeld

3.0

Teori Perkembangan Artistik Oleh Hurwitz Dan Day 3.1 Pengenalan Teori Hurwitz Dan Day

8-11

4.0 5.0 6.0

Analisa Lukisan Figura Berdasarkan Perkembangan Artistik Kanak-Kanak Rumusan Bibiliografi

12-20 21

1.0

PENGENALAN

Kanak-kanak memang suka berkhayal. Imaginasi kanak-kanak dapat membantu mereka untuk belajar. Setiap kanak-kanak belajar daripada persekitaran dan pengalaman. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik. Kebiasaannya lukisan kanak-kanak dapat dilihat di sekolah-sekolah tadika, sekolah rendah dan menengah. Tidak banyak para pendidik seni di Malaysia memikirkan perkembangan lukisan kanak-kanak tersebut. Di Barat tokoh-tokoh pendidik seni telah banyak membuat kajian lukisan kanak-kanak itu. Di antaranya ialah Rhodda Kellog, Victor Lowefeld, Hebert Read, Brent & Majorie Wilson, Me Fee dan lain-lain lagi. Menurut pendidik-pendidik seni di Barat lukisan kanak-kanak memperlihatkan perkembangan psikologi dan intelek kanak-kanak. Mereka membesar bersama imej lukisan yang di lahirkan. Dalam tugasan ini juga, saya akan membuat analisa lukisan figura berdasarkan peringkat perkembangan lukisan kanak-kanak yang melibatkan lukisan kanak-kanak dari umur 3 tahun hingga ke 12 tahun. Sebanyak 10 lukisan kanak-kanak telah digunakan sebagai sampel analisa mewakili setiap peringkat perkembangan seni kanak-kanak. Kajian ini dapat menunjukkan bahawa perkembangan seni kanak-kanak yang berkembang dari satu peringkat ke peringkat yang lain terutamanya aspek-aspek kemahiran penggunaan bahan dan media serta pendedahan kepada persekitaran mereka.

2.0

TEORI PERKEMBANGAN ARTISTIK OLEH VICTOR LOWENFELD (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Pernyataan ini

Lowenfeld

disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Victor Lowenfeld (1975) turut menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran iaitu secara spontan serta pantas , fleksibel iaitu mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi, keaslian dengan mencari idea baru dan asli, kepekaan berdasarkan penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa, mendengar, menghidu, dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagai proses pengamatan dan merekod.

Victor Lowenfeld dalam bukunya Teori Perkembangan Kanak-kanak menulis tentang terapi seni ini di mana kecenderungan seorang kanak-kanak yang melukis figura ibunya lebih besar dari ayahnya, mempunyai maksud tersirat. Gambaran sebenarnya memperlihatkan kasih sayang kanak-kanak itu lebih pada ibunya, sebab itu figura ibunya diberi penekanan sebegitu rupa. Victor Lowenfeld telah mengkaji beribu-ribu lukisan yang memberi pengertian yang tersurat dan tersirat. Penyelidikan ini menolong ahli bidang psikologi mengakui kepentingan terapi seni dalam merawat kesan psikologi terhadap pelajar-pelajar.

2.1

PERINGKAT PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK MENGIKUT TEORI VICTOR LOWENFELD

Victor Lowenfeld telah membuat kajian beribu-ribu lukisan kanak-kanak dan telah menentukan tahap-tahap perkembangan artistik mereka. Enam tahap-tahap ini adalah seperti berikut:

PERINGKAT SCRIBBLING (2-4 TAHUN)

PERINGKAT PRE-SCHEMATIC (4-7 TAHUN)

PERINGKAT SCHEMATIC (7-9 TAHUN)

PERINGKAT DAWNING REALISM/ THE GANG AGE (9-12 TAHUN)

PERINGKAT PSEUDO-NATURALISTIC/ REASONING (12-14 TAHUN)

PERINGKAT PERIOD IF DECISION/ ADOLESCENT ART IN HIGH SCHOOL (14-17 TAHUN)

Rajah 1 : Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-Kanak Mengikut Teori Victor Lowenfeld

2.2

PENGENALAN TEORI VICTOR LOWENFELD

Lowenfeld dan Britain (1982) telah memperkenalkan teori perkembangan artistik kanak-kanak yang merangkumi peringkat umur dari 2 hingga 14 tahun. Peringkat perkembangan artistik mereka merangkumi lima peringkat utama iaitu peringkat scribbling, peringkat preschematic, peringkat schematic, dawning realism, peringkat pseudonaturalistic dan peringkat adolescent art.

Peringkat Scribbling (2-4 tahun) Kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Proses menconteng menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan koordinasi otot moto tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan dan badan, mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan.

Peringkat Pre-schematic ( 4-7 Tahun ) Memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek disekelilingnya dengan menggunakan garisan Contoh :Ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-beza.

Peringkat Schematic ( 7-9 Tahun ) Kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan pada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. Contoh : Kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada 2 bahagian iaitu satah udara dan tanah. Bagi pemandangan satah bawah objek
6

disusun secara melintang dan sama manakala objek udara pula dibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. Tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi

Peringkat Dawning Realism / The Gang Age ( 9-12 Tahun ) Kanak-kanak melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitik beratkan kualiti karya yang dihasilkan.

Peringkat Pseudo-naturalistic / Reasoning ( 12-14 tahun ) Kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik dalam menghasilkan lukisan . Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata dengan lukisan menerusi imaginasi. Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik

Peringkat Period If Decision / Adolescent Art In High School ( 14-17 tahun ) Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni.

3.0

TEORI PERKEMBANGAN ARTISTIK OLEH HURWITZ DAN DAY

Menurut Loy Chee Luen (2011), teori yang dipelopori oleh Hurwitz dan Day (1995) telah membahagikan perkembangan artistik kepada tiga peringkat. Stages of artistic development are useful norms that can enlighten the teacher, but they should not be considered as goals for education. - Hurwitz dan Day (2001)

PERINGKAT MANIPULATIF DAN ZAMAN AWAL KANAK-KANAK (2-4 TAHUN)

PERINGKAT MEMBUAT SIMBOL (6-9 TAHUN)

PERINGKAT PRAREMAJA (10-13 TAHUN)


Rajah 2 : Peringkat Perkembangan oleh Hurwitz dan Day (1995)

3.1

PENGENALAN TEORI HURWITZ DAN DAY

Peringkat manipulatif dan zaman kanak-kanak (2-4 tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan kerana usia mereka yang masih muda, selalunya di dalam lingkungan umur dua hingga lima tahun. Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon, pensil serta bahan-bahan lain.Penghasilan karya pada usia ini tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. Pada usia ini, kanak-kanak lebih gemar untuk mencuba dan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkan melalui pelbagai media. Secara umumnya terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal dan contengan rupa.

Contengan garisan tidak terkawal berlaku kerana kanak-kanak tidak mempunyai daya kawalan dan garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang. Di peringkat contengan garisan terkawal pula garisan yang dihasilkan lebih menampakkan kawalan yang matang dibandingkan dengan peringkat pertama. Sementara itu, contengan rupa terkawal

memperlihatkan kebolehan kanak-kanak yang mula melukis rupa dan mengulanginya mengikut kehendak mereka. Akhir sekali adalah contengan rupa, di mana pada peringkat ini kanak-kanak berupayamengenal pasti rupa dan menyebut rupa yang dihasilkan. Pada peringkat ini juga lukisan yang dihasilkan adalah lebih kepada kepuasan dan keseronokan kerana mereka diberi peluang untuk melukis dan menggunakan alatan melukis seperti pen dan pensil.

Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah cara kanak-kanak memegang alatan untuk melukis. Pada usia ini alatan tulis yang dipegang adalah mengikut keupayaan cara dan gaya yang disukai oleh mereka. Keupayaan menconteng sangat bergantung kepada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi di antara mata dan tangan. Fokus imej yang dihasilkan pada peringkat ini adalah lukisan garisan yang pelbagai.

Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun) Daripada peringkat lukisan contengan, kanak-kanak mula beralih ke peringkat

menghasilkan simbol. Peringkat penghasilan simbol bermula pada umur empat sehingga kanak-kanak berumur lapan tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya.

Persekitaran memainkan pengaruh besar dan lukisan yang biasa dihasilkan adalah seperti rumah, kereta, bunga, alat permainan dan sebagainya. Imejan dalam lukisan figura merupakan imej yang paling dominan. Simbol dan imejan yang dilukis oleh kanak-kanak ini biasanya didahului dengan imej mereka sendiri, kemudian diikuti dengan keluarga terdekat seperti ibu bapa diikuti rakan-rakan. Pada peringkat ini juga, simbol yang dihasilkan oleh kanak-kanak mudah untuk dikenal pasti kerana kanak-kanak mempunyai kawalan yang seimbang dan teratur dari segi pergerakan tangan.

Di peringkat awal penghasilan imej simbolisma, imej-imej yang dihasilkan melalui lukisan terdiri daripada pelbagai saiz. Umumnya, seseorang yang penting di dalam kehidupan kanak-kanak tersebut digambarkan lebih besar saiznya berbanding dengan imej figura yang lain. Sebagai contoh, bapa digambarkan lebih besar daripada imej ahli keluarga yang lain melambangkan kekuasaan dan kekuatan yang di miliki oleh bapa selaku ketua keluarga. Dalam sesetengah keadaan, imej diri kanak-kanak itu juga mempunyai saiz yang lebih besar berbanding dengan imej figura yang lain.

Pada permulaan peringkat pertama simbolisma ini, penggunaan warna terhadap imej tidak menjadi fokus utama dan tidak ketara. Pada peringkat kedua pula, penggunaan warna ke atas imej mula diperlihatkan. Sebagai contoh, imej langit dikaitkan dengan warna biru, warna kuning untuk matahari dan warna hijau bagi menggambarkan rumput atau tumbuhan. Pada peringkat ketiga simbolisma, lukisan yang dihasilkan lebih menumpukan kepada imej yang konkrit iaitu imej yang dilihat berbanding imej yang mereka tahu.

10

Pra-Remaja (10-13 Tahun) Peringkat Pra-remaja dikatakan peringkat transisi zaman kanak-kanak ke zaman remaja. Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul. Lukisan figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek. Sebagai contoh, figura manusia mula dilukis dengan melihat kadar banding pada objek tersebut tanpa membuat penambahan. Lukisan pada peringkat ini dikatakan lebih rasional kerana selain daripada kedudukan dan saiz figura yang betul, mereka juga telah mula mementingkan warna yang tepat selain dari memasukkan bayang-bayang pada objek supaya imej yang dihasilkan seolah-olah nampak realistik. Pada peringkat ini juga, mereka mula menggunakan kaedah perspektif bagi membezakan saiz imej di mana mereka cuba memahami konsep ruang iaitu objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding dengan objek yang lebih dekat.

Kesimpulan Berdasarkan teori perkembangan artistik Al Hurwitz dan Michael Day (1995) serta Viktor Lowenfeld (1947), perkembangan artistik kanak-kanak boleh dikesan melalui lukisan figura yang mereka hasilkan. Dalam teori perkembangan artistik Al Hurwitz dan Michael Day (1995), Terdapat beberapa peringkat lukisan kanak-kanak berdasarkan teori ini. Peringkat lukisan kanakkanak berkembang daripada peringkat contengan sehingga kepada peringkat yang paling matang dalam lukisan kanak-kanak, iaitu melibatkan unsur-unsur penggunaan ruang, bayangan dan kesempurnaan pembentukan objek atau figura. Sementara itu, teori perkembangan artistik Viktor Lowenfeld (1947) pula, telah digariskan enam tahap atau peringkat. Tahap-tahap ini secara umumnya berbeza namun mempunyai corak perkembangan yang lebih kurang sama. Antara persamaan yang ketara ialah perkembangan artistik kanak-kanak bermula daripada peringkat contengan (scribbling).

11

4.0

ANALISA LUKISAN FIGURA BERDASARKAN PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK

Tugasan ini melibatkan 10 lukisan kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 3-12 tahun. Analisa ini bertujuan untuk melihat sejauh mana perkembangan lukisan kanak-kanak dalam keadaan normal mengikut perkembangan atau kematangan umur mereka. Lukisan-lukisan di analisa dengan cara menghurai dan merumus mengikut 8 matrik yang di tetapkan :

Muhammad Fakrul Amin Bin Mohd Daud ( 3 tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan kerana usia mereka yang masih muda, selalunya di dalam lingkungan umur dua hingga lima tahun. Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon, pensel warna serta bahan-bahan lain.Penghasilan karya pada usia ini tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. Pada usia ini, kanak-kanak lebih gemar untuk mencuba dan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkan melalui pelbagai media.Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah cara kanak-kanak memegang alatan untuk melukis. Pada usia ini alatan tulis yang dipegang adalah mengikut keupayaan cara dan gaya yang disukai oleh mereka. Keupayaan menconteng sangat bergantung kepada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi di antara mata dan tangan. Fokus
12

imej yang dihasilkan pada peringkat ini adalah lukisan garisan yang pelbagai. AdikFakrul ini merupakan kanak-kanak yang mampu berdikari sendiri apabila beliau bermain. Beliau tidak banyak bercakap tetapi mampu membawa diri disekeliling persekitarannya. Apabila diminta melukis beliau mengambil warna pensel dan terus membuat lukisan. Hasil lukisan diatas memberi maksud kepadanya adalah seekor ikan, ini kerana sewaktu lukisan ini dijalankan dia melihat kakak-kakaknya sedang melukis gambar ikan di dalam laut. Disini dapat dilihat bahawa kanak-kanak mempunyai imaginasi untuk menghasilkan lukisan dan pembentukan imej bergantung kepada peringkat perkembangan usia kanak-kanak.

Shamsol Danish Bin Shamsol Kamal (4 Tahun) Karya ini telah dihasilkan oleh adik Danish yang baru berusia 4 tahun. Menerusi garisan, warna dan simbol lukisan yang dihasilkan, perkembangan intelektual dan kemahiran emosi seseorang kanak-kanak dapat dikenal pasti (Koppitz, 1984; Yavuzer, 2000). Oleh yang demikian, berdasarkan hasil karya adik Danish ini, garisan yang digunakan adalah garisan tebal bagi membentuk figura di dalam imaginasinya. Figura yang dihasilkan adalah jenis contengan rupa, di mana adik Danish berupaya mengenal pasti rupa dan menyebut rupa yang dihasilkan iaitu adiknya yang sedang menghisap puting susu.. Menurut Lowenfeld (1982) pada usia 4 tahun, iaitu
13

peringkat Preschematic, kanak-kanak cenderung mencuba melukis objek di sekeliling dengan menggunakan garisan dan bulatan. Ciri ini jelas dapat dilihat pada lakaran yang dihasilkan oleh adik Danish. Aktiviti melukis telah memberikan kepuasan dan keseronokan kepada adik Danish kerana dia diberi peluang untuk melukis dan menggunakan alatan melukis seperti pensil. Dari aspek psikomotor, penggunaan pensel sebagai alat melukis menunjukkan kemahiran genggaman adik Danish tidak kuat dan kawalan psikomotor juga kurang baik. Menurut Bensur, Eliot, & Hedge, 1997; Cox, 1992; 1993; 2005; Cherney et al., 2006, kanak-kanak prasekolah yang berumur 4 tahun sudah boleh melukis lukisan figura kerana pada peringkat ini sistem mental dan motor mereka semakin matang dan berupaya meluahkan perasaan mereka menerusi lukisan yang dihasilkan. Lukisan figura kanak-kanak merupakan salah satu medium yang boleh digunakan untuk menilai tahap perkembangan intelektual dan kemahiran emosi kanak-kanak. Ini adalah kerana kanak-kanak selalu menggunakan lukisan untuk menyampaikan perasaan mereka.

Dinie Ukhmila Binti Zamzuri (5 Tahun) Karya ini menggunakan krayon sebagai medianya. Melalui karya ini dapat dipastikan

pelukisnya mungkin dalam peringkat Preshcematic iaitu 4 7 tahun, mengikut Lowenfeld. Krayon mungkin sesuai dari segi pengendaliannya sebagai media kering tetapi agak kurang
14

sesuai dari segi saiznya. Saiznya yang kecil menyebabkan kesukaran kanak-kanak memegang atau menggenggam. Bagaimanapun, kecekapan genggaman dapat meningkatkan keyakinan

kanak-kanak dalam pengawalan psikomotor mereka. Peringkat preschematic mempunyia ciri-ciri seperti kecenderungan pelukis melukis objek yang terdapat dipersekitarannya. Figura dalam lukisan adik Dinie mempunyai karakter tangan dan kaki yang dilukis seolah-olah terapung dengan saiz imej yang berbeza-beza. Adik Dinie juga belum dapat menggunakan garisan

horizon. Menurut Mok Soon Sang (2011), pada peringkat perkembangan fizikal (sensori-motor), kanak-kanak 3 4 tahun sudah boleh melukis gambar orang serta mengorganisasi lukisan secara terperinci pada usia 6 8 tahun. Dinie dilihat sudah boleh bereksperimentasi dengan warna dalam lukisannya, contohnya bunga dengan warna merah, matahari berwarna kuning dan jingga, dan awan yang berwarna biru. Emosi yang dipamerkan melalui karya ini mungkin boleh ditafsirkan tentang kerinduan pelukis terhadap rumah serta suasananya.

Fatin Syahfinas Binti Safarizan (6 Tahun) Bermulanya bentuk konkrit dan kanak-kanak peringkat ini kebiasaannya melukis bentuk-bentuk yang terdapat di persekitarannya.Persekitaran memainkan pengaruh besar dan lukisan yang biasa dihasilkan adalah seperti rumah, kereta, bunga, alat permainan dan sebagainya. Gambar yang dilukis telah mula dikenali imejnya seperti objek awan, matahari, pokok dan sebagainya. Imej
15

yang digambarkan berasaskan apa yang mereka tahu bukan merupakan representasi tampak. Objek yang dilukis di mana-mana sahaja pada ruang lukis. Di peringkat awal penghasilan imej, imej-imej yang dihasilkan melalui lukisan terdiri daripada pelbagai saiz. Unsur ruang cuba dinampak kan iaitu berdasarkan objek-objek penyokong yang diletakkan di sekeliling objek pertama (imej pokok). Ruang ini dinamakan ruang badan.Kanak-kanak yang tinggal di kampung dengan nilai masyarakatnya menjadi sebahagian daripada cara dan sikap mereka pada seni dan persekitaran. Adik Fatin merupakan kanak-kanak yang sangat petah bercakap. Beliau menghasilkan lukisan ini dan menjadikan pengalamannya untuk menghasilkan lukisan di atas, ini kerana beliau cuba untuk melukis persekitaran rumahnya. Melalui lukisannya di atas beliau sedang mencuba dan menghasilkan pemandangan mengikut imaginasi yang terlintas olehnya walaupun imej yang terhasil adalah tidak logik bagi orang dewasa.Menurut teori Victor Lowenfeld tanda-tanda contengan mula hilang dan bentuk-bentuk yang dihasilkan adalah rumah, pokok, matahari, kereta. Imej yang pertama dihasilkan adalah adalah rumah kerana ianya adalah objek yang menjadi tempat tinggal ianya sekeluarga. Perhatikan objek-objek yang dilukis beliau memang terdapat dalam pelbagai saiz.

Nur Farzana Binti Musa (7 Tahun) Kanak-kanak pada peringkat ini mula dapat mencipta bentuk-bentuk yang terdapat di sekelilingnya. Tanda contengan mulai hilang dan bentuk-bentuk yang dihasilkan adalah orang, pokok dan rumah. Adik Farhana telah menggunakan warna yang cerah dan menarik antara
16

warna asas serta sejuk menambahkan nilai astetik karya ini. Keadaan persekitaran kampung yang menjadi imaginasinya diperkuatkan dengan penggunaan warna hijau, biru coklat, jingga dan merah. Dari segi penggunaan garisan, objek yang dilukis berfokus kepada yang dilukis untuk mewujudkan outline. Rupa objek yang dilukis seperti burung dan air terjun digunakan untuk mewujudkan kesan pergerakan (movement). Rupa burung yang dilukis dengan aksi yang berbeza untuk menampakkan lagi kesan pergerakan lebih jelas. Penegasan ditegaskan melalui aspek garisan, rupa, warna yang difokuskan dan menjadi tumpuan oleh pemerhati. Subjek merangkumi aspek persekitaran yang terhasil daripada pengalaman langsung pelukis dengan menegaskan subjek seperti rumah, sawah padi, bukit-bukau, pokok dan air terjun. Aspek imbangan dimanfaatkan dengan bentuk-bentuk seperti rumah, sawah padi dan pokok. Secara keseluruhannya lukisan adik Farhana adalah menyeluruh dari aspek kesatuan meskipun masih muda bakatnya dalam melukis memang diperakui.

Puteri Nurul Umayrah Bin Syed Umar (8 tahun) Kanak-kanak diperingkat ini tertarik melukis gambar manusia dan objek-objek yang menarik perhatian mereka. Lukisan adik Umayrah ini banyak menggunakan bentuk geometri seperti bujur, empat segi, dan tiga segi. Lukisannya banyak bersifat hiasan (dekoratif). Adik Umayrah merupakan kanak-kanak yang aktif dan petah bercakap. Lukisan adik ini menggambarkan keadaan pemandangan rumahnya ini kerana rumahnya baru siap diubahsuai secara tidak langsung beliau menjadi teruja untuk menggambarkan rumahnya di dalam bentuk lukisan. Beliau
17

banyak menggunakan alat pembaris bagi menghasilkan bentuk geometri empat segi seperti bentuk rumah dan juga pasu bunga. Dalam teori Victor Lowenfeld, objek yang dilukis adalah berskala besar. Pernyataan ini amat jelas dilihat kerana rumah yang dilukis oleh adik ini hampir memenuhi ruang kertas lukisan. Teori Victor Lowenfeld yang menjelaskan tentang analisis kanak-kanak ketika 7-9 tahun ini jelas dan tepat kerana seandainya dilihat adik Umayrah terus mengambil pensel dan melakar lukisan serta mewarnakannya. Caranya memegang pensel dan mewarnakan lukisan ini begitu jelas bagaikan minda beliau telah menetapkan apa yang perlu dilukis tanpa mengambil masa yang lama untuk berfikir.

Nadiah Farhanah Binti Sulaiman (9 Tahun) Mengikut Viktor Lowenfeld, peringkat skematik diambil dari perkataan skema yang bermaksud sebagai suatu konsep dan ianya diulang-ulang. Karya yang berikutnya ialah lukisan adik Nadiah, berumur 9 tahun. Adik Nadiah menggunakan garisan mudah dan halus bagi menghasilkan rupa dan bentuk objek di dalam lukisannya. Dia juga menggunakan garisan condong bagi menghasilkan rupa paying dan awan. Penggunaan warna pula terdapat warna panas dan warna sejuk digunakan. Warna panas terdiri daripada warna merah, hitam manakala warna sejuk terdiri daripada warna biru dan oren. Adik Nadiah turut mencampurkan warna bagi menghasilkan ton supaya ia lebih menyerlah. Ruang yang digunakan kebanyakannya mendatar. Jika dilihat, Adik Nadiah menggunakan simbol senyum pada awan bagi melahirkan makna yang tertentu. Menurut

18

Lowenfeld (1975), penggunaan simbol di dalam lukisan kanak-kanak merupakan suatu konsep yang dibuat oleh kanak-kanak tetapi sifatnya tidak tekal. Ianya akan berubah mengikut tahap perkembangan kanak-kanak itu sendiri. Simbol-simbol juga merupakan perlambangan tentang apa yang mereka lihat dan mereka rasai serta keupayaan mereka. Kanak-kanak di peringkat ini tertarik melukis gambar manusia dan objek-objek yang menarik perhatian mereka. Misalnya, lukisan figura manusia yang dilukis oleh adik Nadiah yang tidak secara berlebihan dan menunjukkan saiz perbezaan manusia yang normal menunjukkan tahap perkembangan yang baik. Adik Nadiah menceritakan keadaan dia dan ibunya semasa hari hujan. Kehadiran paying di dalam lukisannya mungkin menunjukkan keadaannya yang berasa selamat daripada terkena hujan dan seterusnya dapat mengelak daripada terkena penyakit.

Puteri Nuremylia Binti Harun (10 Tahun) Lukisan kanak-kanak adalah sangat bermakna walaupun sekali pandang ada yang membuatkan saya tertawa. Lihat sahaja pada lukisan adik Puteri ini, semuanya mempunyai makna yang tersendiri. Contohnya pada lukisan keluarga saya, saiz manusia yang dilukis oleh kanak-kanak mempunyai perbezaan mengikut kepentingan. Ibu murid hasil daripada lukisan kanak-kanak ini menunjukkan ibunya mempunyai kepentingan yang lebih dalam hidup murid ini, dapat dilihat daripada saiz ibunya lebih besar daripada anggota keluarga lain. Pada peringkat ini, sudah kelihatan perubahan terhadap imej iaitu lukisan lebih bersifat realistik dan teliti. Imej lukisan juga nampak lebih kecil daripada lukisan sebelumnya yang mana menunjukkan sifat kritkal dengan hasil karya yang dihasilkan. Meskipun demikian, mengikut Lowenfeld (1975), kanak19

kanak melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Selain itu, kita boleh lihat pada penggunaan warnanya, kanak-kanak suka menggunakan warna panas seperti merah, jingga, kuning, pada objek dan pakaian supaya dapat mewujudkan suasana keluarga dan rumahnya yang gembira, ceria dan bertenaga.

Nur Ain Fatihah Binti Mohd (11 tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak mula menyedari tentang diri sebagai seorang ahli rakan sebaya dan masyarakat. Kumpulan rakan sebaya lebih menarik perhatian mereka. Perbezaan jantina mula dirasakan dan sebab itu mereka mula bergerak mengikut rakan sebaya sama jantina. Lukisan mereka juga menampakkan ciri-ciri perbezaan jantina melalui ciri rambut dan pakaian. Objek atau gambar yang dilukis berdasarkan kepada kesedaran tampak sahaja bukan melalui pengamatan. Menggunakan warna bagi menggambarkan sesuatu objek seperti hijau untuk pokok, biru untuk awan dan sebagainya. Kanak-kanak pada tahap ini memasukkan lebih banyak objek dalam lukisan mereka.Garisan yang digunakan oleh adik Fatihah bagi menghasilkan lukisannya ialah garisan halus dan juga garisan tebal. Garisan tebal yang digunakan bertujuan untuk memberi fokus kepada objek yang dilukis didalam garisan tersebut. . Penggunaan warna pula ialah warna-warna yang menunjukkan suasana ceria, terdapat juga warna-warna panas seperti merah, jingga dan kuning digunakan serta warna sejuk seperti warna biru. Warna yang digunakan juga merupakan warna yang harmoni. Adik Fatihah ini menggunakan pemandangan
20

pantai kerana kampungnya berdekatan dengan pantai lalu melalui imaginasinya beliau melukis pemandangan sebuah keluarga yang sedang berkelah di tepi pantai sambil memberi ikan-ikan makan.

Farizirah Binti Safarizan (12 tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak lebih menyedari tentang bentuk-bentuk sebenar seperti apa yang diperhatikan. Peringkat ini peralihan zaman kanak-kanak ke zaman remaja dan bersifat lebih kritikal. Lukisannya diolah lebih natural dan mula memahami konsep ruang. Objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding yang dekat.Adik ini merupkan seorang yang sangat aktif di sekolah mempunyai stamina yang cergas. Adik Farizirahturut menghasilkan lukisan yang bertema persekitaran alam semula jadi. Dalam lukisan adik ini beliau membahagikan ruangruang tertentu seperti sawah padi, dan gunung yang menampakkan harmoni bagi pemandangan di kampung. Ruang objek dibuat mengikut saiz dan jarak. Disini dapat dilihat adik ini begitu gemar kepada pemandangan alam semulajadi kerana beliau juga telah membesar di persekitaran yang sedemikian.

21

5.0

RUMUSAN

Setelah dianalisis berdasarkan kepada contoh-contoh lukisan dari pelbagai peringkat umur, jelas menunjukkan bahawa perkembangan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan suasana mereka dibesarkan. Di mana persekitaran yang sihat dapat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak dengan cara yang positif. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Menurut Koster (2001), hasil kerja seni berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak yang akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga dia membesar.

Menurut Victor Lowenfeld, aktiviti seni dapat disesuaikan mengikut perkembangan kreatif dan mental dan seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Pengetahuan sedia ada boleh diaktifkan melalui cara-cara yang sesuai kepada tahap perkembangan dan pertumbuhan yang sihat dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, intelek dan estetik. Dengan ini perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak akan berlaku dengan sihatnya tanpa disedari. Dari faktor inilah, pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak penting bagi guru seni sebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti. Kesemua pengetahuan yang merangkumi umur, tahap kanak-kanak serta kemampuan mereka perlu difahami supaya guru-guru khususnya untuk pendidikan seni visual berupaya merancang aktiviti yang sesuai dengan tahap kanak-kanak.

22

BIBLIOGRAFI RUJUKAN BUKU Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya & Fawziah Yahya (2005). Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan Bentong, Pahang. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Burton, J.M. (2000). The configuration of meaning: Learner- centered art education. Studies in Art Education. New York. Clark, G.A. (1993). Judging childrens drawing as measures of art abilities. Studies in Art Education. New York.

Chetelat, RJ. (1981). Visual arts education for the gifted elementary level art student. Gified Child Quarterly, Chang Hon Woon (2008), Teori Seni Visual Edisi Kedua, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Dr.Haji Abdul Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat dan Zuraimi Zakaria (2011). HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak.OUM. Meteor Doc.Sdn.Bhd. Ee Ah Meng (1992). Pedagogi Satu Pendekatan Bersepadu. Kuala Lumpur.Fajar Bakti Sdn. Bhd. Iberahim Hassan (2000). Pendidikan Seni : Matlamat dan Kepentingannya, (Kumpulan Esei Pilihan Seni dan Muzik). Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim. Kamus Dewan (2002), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kathleen Chee (2012). Pendidikan Seni Visual. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd: Bangi, Selangor. Loy Chee Luen (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2008), Perkembangan Kanak-kanak, Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd Mohd. Azhar Abd. Hamid (2001) Publication: Skudai, Johor ; Universiti Teknologi Malaysia,
23

Prof Dr Hj Abdul Shukor Hashim dan rakan (2011). HBAE1203 Perkembangan seni Kanak. Kanak. Meteor Doc. Sdn. Bhd.: Seri Kembangan, Selangor Zulkifli Yaakob, Mohd Jamel Ismail (2010). HBEF 1403 Seni Dalam Pendidikan. Meteor Sdn. Bhd: Seri Kembangan, Selangor RUJUKAN INTERNET Tiada nama pengarang. Dilayari pada 20 April 2013 di URL http://rujuknota.blogspot.com/2011/11/perkembangan-artistik-kanak-kanak.html Tiada nama pengarang. Dilayari pada 20 April 2013 di URL http://norlizasamzakaria.blogspot.com/2012/12/ekspresi-kreativiti-kanak-kanakTiada nama pengarang. Dilayari pada 20 April 2013 di URL
http://assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/700203015788_158362_fin

24

You might also like