You are on page 1of 6

Kepentingan Seni Lukis kepada Kanak-kanak Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut

fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni lukis yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak- kanak. Kepentingan pengajaran mata pelajaran Seni Lukis kepada kanak-kanak terbahagi kepada Aspek Kognitif, Aspek Fizikal, Aspek Kreativiti, Aspek Persepsi serta Aspek Sosial dan Emosi.

6.1. Aspek Kognitif Perkembangan seni kanak-kanak amat dipengaruhi oleh aspek kognitif sama ada daripada segi gaya mahu pun kandungan. Penganjuran aktiviti seni yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Kanak-kanak melukis apa yang mereka tahu berdasarkan pengalaman kanak-kanak ditentukan oleh pengalaman mereka melihat, daya ingatan, imej dan kesan konsep ini dilukis di atas kertas. Perkembangan konitif kanak-kanak boleh dilihat melalui contengan yang mereka lakukan iaitu contengan tidak terkawal dan terkawal. Contengan tidak terkawal yang dihasilkan secara spontan, sembarangan, ringkas dan sekadar membuat garisan pada sebarang permukaan. Contengan terkawal pula lebih berorganisasi, berulang, penggunaan tangan lebih terkawal, boleh melukis dalam kertas yang disediakan dan lebih bervariasi dengan menunjukkan minat. 6.2. Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam seni memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata, kawalan motor halus, perkembangan otot kecil, kemahiran tangan, contengan dan melukis bentuk dapat dilihat bahawa batasan perkembangan fizikal boleh dilihat dengan jelas.

6.3. Aspek Kreativiti

Latihan

dan

projek

yang

bersifat

terbuka

dapat

membantu

murid

untuk

mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni lukis mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir.

Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak Melalui seni ini, kanak-kanak boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria. Seni menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka dengan menghasilkan lukisan berdasarkan kepada apa yang mereka fahami berbanding apa yang mereka lihat. Ini menyebabkan lukisan mereka sukar ditafsir tetapi yang lebih penting ialah mereka mampu melihat dunia menerusi kaca mata sendiri.

6.5. Aspek Sosial dan Emosi Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain dapat meningkatkan keyakinan diri. Seni juga mewujudkan kerjasama antara kumpulan yang dibentuk. Selain daripada interaksi dan aktiviti kumpulan, emosi kanak-kanak juga ditunjukkan menerusi kandungan dan gaya dalam hasil seni mereka. Kanak- kanak melukis peristiwa yang mereka lalui setiap hari, objek yang mereka sukai atau individu yang mereka sayangi. Cerita yang ingin disampaikan oleh kanak- kanak diperelokkan melalui penggunaan warna, saiz, bentuk dan garis yang sesuai akan menambah emosi kepada lukisan mereka. Perkembangan kanak-kanak tidak boleh dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang kecil, oleh itu kurikulum kanak-kanak juga tidak boleh dipisahkan secara entiti. Kurikulum kanak-kanak adalah saling berkaitan. kanak-kanak tidak mudah "tukar saluran" atau "menukar gear" untuk bergerak daripada matematik kepada pemikiran saintifik. pengetahuan dan kemahiran-kemahiran ini tidak tersusun dengan rapi mengikut matapelajaran tertentu. Disebabkan itu, matematik dan sains, komunikasi dan seni bahasa, dan seni ekspresif adalah digambarkan dengan bulatanbulatan yang bertindih. Pengalaman seperti memasak dan bermain adalah sangat

dicadangkan kerana mereka merentasi dan melibatkan pengajian dalam banyak, daripada kawasan-kawasan kurikulum itu walaupun tidak semua. Walaupun pemisahan kurikulum ini bagus secara analisis, tetapi kanak-kanak adalah holistik dan pembelajarannya juga secara holistik. Misalnya, mereka menceburi pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah yang boleh merentasi bidang matematik dan sains, seni, dan kajian sosial Pembelajaran kanak-kanak dalam Seni Lukis. Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Mengikut Woolfolk (1 980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru. Kurikulum merujuk kepada semua pembelajaran yang diperolehi kanak-kanak di dalam program yang ditetapkan. Hal ini merujuk kepada, pembelajaran kanak-kanak yang dirancang secara khusus melalui pengalaman samada secara langsung atau tidak langsung. Sebagai contoh, kanak-kanak belajar melalui konsep bermain. Kurikulum yang telah dibentuk adalah belajar sambil bermain. Pembelajaran yang diperolehi kanak- kanak adalah pengalaman mereka sepanjang proses pembelajaran berlangsung. Kanakkanak belajar mengenai haiwan peliharaan dan diberi peluang melihat kucing, arnab dan hamster. Dalam pembelajaran ini kanak-kanak menerima pembelajaran melalui pengalaman mereka bermain dengan haiwanhaiwan peliharaan itu.

7.1. Pendekatan bertema Tema menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia. Ia menunjukkan kekerapan manusia mengambil hal subjek yang sering diperkatakan. Dari idea yang berbagai, keunikan ciptaan berlaku dan akhirnya mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk. Dalam konteks yang lebih besar, jelmaan perasaan dalam berkarya mengguna alam sekitar menjadi suatu keunikan ciptaan dan mengwujudkan satu kekaguman. Wujudnya Non-objective Art,

Minimal Art misalnya adalah suatu aspek pengkaryaan yang berani, mencabar dan sanggup menerima rintangan. Pendekatan bertema bermaksud pengajaran yang disusun atau dirancang mengikut sesuatu konsep atau tema. Ianya merangkumi koleksi bahan, aktiviti, isi pelajaran serta teknik penyampaian. Pendekatan bertema memberi peluang kepada guru untuk menghubungkait mata pelajaran yang diajar dengan mata pelajaran lain. Penggabungjalinan beberapa mata pelajaran dalam sesuatu pengajaran ini memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang mengekspresikan sesuatu tema yang telah dirancangkan. Dalam pemilihan dan penentuan tema, guru haruslah mengambil kira beberapa aspek iaitu tema yang dipilih hendaklah berasaskan kepada kemahiran, pengalaman, serta pengetahuan sedia ada murid, tema yang dipilih berfokus kepada sesuatu isu. Sumber-sumber pengajaran dan bahan bantu mengajar mudah didapati dalam tema yang dipilih, guru perlu mempunyai banyak pengetahuan dalam tema yang dipilih, dan guru perlu memastikan tema pengajaran tersebut mempunyai peningkatan aktiviti dari yang mudah kepada yang lebih mencabar. Pendekatan bertema juga dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan adanya pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Ini disebabkan tema yang dipilih mempunyai beberapa kemahiran seperti kemahiran bertutur, membaca, menulis, asas matematik, berfikir, menyanyi dan mengekspresi bakat (melukis).

7.2. Penghubungjalinan Dengan adanya penghubungjalinan murid-murid akan belajar beberapa kemahiran dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada dapat memantapkan

perkembangan sosial, emosi dan intelek murid-murid, pengajaran berintegrasi seperti yang tersebut di atas dapat juga meningkatkan tahap perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif mereka. Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran penggabungjalinan ini lebih berkesan, guru-guru memainkan peranan yang paling penting selain kesedian murid- murid sendiri. Untuk aktiviti yang berkaitan dengan Seni lukis, murid-murid membuat model kenderaan dan mewarna hasil kerja mereka. Aktiviti ini dapat mengembangkan daya imaginasi murid-murid dan penajaman daya intuisi mereka. Murid-murid juga dapat berinteraksi dengan bebas sesama rakan sebaya. Mereka mencari pengetahuan dan memanipulasi benda-benda

menjadi sesuatu yang boleh dijadikan alat permainan mereka. Murid-murid juga akan dapat mewujudkan suasana yang dinamik dan interaktif dalam proses pembelajaran meraka. Dalam aktiviti nyanyian guru dapat membimbing murid kemahiran lisan mereka. Ia juga dapat membantu murid meluahkan perasaan berlandaskan pengetahuan dan pengalaman verbal dan bukan verbal samada berbentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaskan tema yang diberi. Ini menjadikan murid-murid lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan. Matematik boleh di gunakan di dalam seni. Kanak-kanak selalunya menjumlahkan bahan-bahan seni yang di gunakan. Mereka akan membandingkan alatan antara satu sama lain. Misalnya mereka membeza saiz krayon, kuantiti warna, bilangan berus dan banyak lagi. Kanak-kanak juga selalu menjumlahkan sesuatu yang mereka cipta atau lukis. Misalnya mereka melukis lukisan potret orang. Mereka akan memastikan bilangan mata, jari dan bahagian anggota lain. Selain itu mereka juga boleh mengenalpasti bentuk-bentuk geometri di dalam seni. Sains boleh digunakan dalam seni apabila kanak-kanak melakukan eksperimen dengan alatan atau bahan seni mereka. Misalnya tanah liat yang keras bila di jemur di tengah panas, krayon yang cair bila di tempat panas dan pemcampuran dua warna asaa yang menghasilkan warna kedua yang lain. Selain itu, kanak-kanak juga belajar tentang kepekatan cecair dan daya tekanan. Seni memberi peluang kepada kanak-kanak memberitahu sesuatu samada secara nonverbal atau grafik. Dengan galakan juga, kanak-kanak akan menceritakan kepada kita apa yang telah dicipta atau reka. Kanak-kanak membaca kerja seni mereka, sepertimana orang dewasa membaca buku. Dalam masa yang sama, kanak-kanak menikmati jalan cerita dan tajuk gambar mereka. Kanak- kanak digalakkan membacanya bersama-sama guru. Kanak-kanak yang lebih besar akan cenderung untuk mencetak perkataan sendiri sebagai jalan cerita. Mereka akan mencipta dan mengeja dengan salah. Ini yang sepatutnya terjadi kerana ia adalah peringkat terpenting untuk kanak- kanakbermula untuk menulis dan membaca. Menconteng, membuat tanda, dan mengecat adalah peringkat terpenting dalam perkembangan mewarna dan menulis. Disebabkan seni adalah luahan tanpa suara, ia tidak melibatkan bahasa dan tidak melibatkan kefahaman arahan pertuturan. Kanak-kanak boleh menyelesaikannya sendiri dan membuat pemerhatian antara satu sama lain. Seni adalah masa terbaik untuk kanak-kanak mempertingkatkan penggunaan bahasa mereka. Seni juga memberi

peluang kepada kanak-kanak untuk memperbanyakkan kosa kata mereka. Mereka dapat berbincang dan bertukar fikiran antara satu sama lain. Guru dapat membantu kanak-kanak menggunakan perkatan dengan betul.

You might also like