You are on page 1of 1

Peranan komuniti dalam pendidikan awal kanak-kanak Komuniti memainkan peranan penting dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Antaranya ialah yang bermanfaat untuk kanak-kanak seperti kempen membaca untuk kanak-kanak. Dengan adanya kempen,hal menyokong program ini secara tidak langsung dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan kesedaran kepada kanak-kanak dan ibu bapa tentang kepentingan membaca. Selain itu,komuniti perlu juga perlu menyokong program intervensi awal yang dilaksanakan oleh kerajaan. Intervensi awal ialah merupakan satu sistem perkhidmatan berstruktur yang membantu mempertingkatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak serta sokongan terhadap keluarga pada tahun-tahun awal yang kritikal bagi seseorang kanak-kanak berkeperluan khas. Gabungan antara ibu bapa dan ahli profesional akan dapat membantu kanak-kanak, keluarga dan komuniti keseluruhannya. Perkhidmatan intervensi awal disampaikan dalam konteks mempertingkatkan perkembangan serta pendidikan kanak-kanak dan mengurangkan perbelanjaan pendidikan khas, rehabilitasi dan keperluan kesihatan. Intervensi awal juga dilaksanakan untuk mengurangkan perasaan keseorangan, tekanan dan kekecewaan yang mungkin dialami oleh keluarga dan membantu kanak-kanak membesar dengan menjadi individu yang produktif dan mampu berdikari.

Lebih awal kanak-kanak berkeperluan khas dikesan dan dibantu dalam bentuk intervensi maka lebih awal kanak-kanak ini dan keluarga mendapat sokongan. Perkhidmatan sokongan ini akan dapat membantu kanak-kanak berkeperluan khas ke arah kualiti hidup yang lebih baik di samping meningkatkan pendidikan awal mereka.

You might also like