You are on page 1of 2

Laporan bengkel buku cerita

Pada 24 Julai 2014 yang lepas, satu bengkel buku cerita telah diadakan di
bilik bestari. Bengkel tersebut diadakan sempena pelaksanaan kerja kursus PRA
3083 yang memerlukan kami membuat sebuah buku cerita kanak-kanak. Semasa
menerima soalan tugasan, saya berasa bimbang kerana saya tidak pernah
menghasilkan buku cerita kanak-kanak. Penceramah bengkel tersebut ialah Puan
Anis Sanwani. Beliau berpengalaman dalam penghasilan buku cerita kanak-kanak.
Beliau telah berkongsi pengalamannya dengan kami dan menunjukkan beberapa
contoh buku cerita. Saya lebih yakin dan bersemangat selepas bengkel ini.
Semasa saya menerima soalan tugasan tersebut, saya langsung tidak
mempunyai gambaran bagaimana untuk menghasilkan buku cerita. Saya tidak
memahami apa itu yang dikatakan buku cerita bergambar, bagaimana ia dihasilkan,
apa yang kanak-kanak lihat dalam buku cerita bergambar dan kenapa kita menulis
dan mengillustrasi buku cerita bergambar. Puan Anis Sanwani telah menjelaskan
tujuan buku cerita bergambar kepada pembelajaran kanak-kanak. Kanak-kanak
harus banyak diberi peluang untuk membaca buku cerita supaya perbendaharaan
kata mereka dapat bertambah.
Puan Anis Sanwani juga menjelaskan bagaimana mendapatkan idea untuk
menghasilkan sebuah buku cerita bergambar yang baik dari segi pengalaman,
emosi , konsep, nilai nilai hidup melalui kefahaman dan pemerhatian. Beliau telah
menunjukkan beberapa jenis buku cerita. Buku cerita yang paling menarik perhatian
saya ialah buku cerita yang berbentuk kura-kura diperbuat daripada kain. Saya tidak
pernah melihat buku cerita jenis ini sebelum ini. Melalui bengkel ini, saya lebih
memahami pelbagai jenis-jenis buku cerita bergambar. Saya sedar buku cerita
bukan sahaja boleh dihasilkan dengan kertas, tetapi juga boleh dengan bahanbahan lain.
Selain itu, Puan Anis Sanwani juga menerangkan cara mengarang cerita dan
storyboard. Cerita kanak-kanak dibahagikan kepda tiga tahap, iaitu tahap mudah,
tahap sederhana dan tahap susah. Beliau telah menunjukkan bagaimana
mengembangkan ayat mudah kepada ayat susah dengan menambah beberapa
perkataan sahaja. Beliau juga menunjukkan beberapa contoh buah cerita kanak-

kanak. Saya telah menulis sebuah cerita yang bertajuk Keluarga Saya. Beliau sudi
membantu saya memeriksa dan membetulkan cerita saya.
Melalui bengkel ini, banyak pengetahuan telah saya perolehi di samping
meningkatkan pemahaman tentang buku-buku cerita kanak-kanak di Malaysia. Saya
berasa lebih yakin dan bersemangat untuk menghasilkan buku cerita saya.
Walaupun ini kali pertama, tetapi saya akan cuba sedaya upaya untuk menghasilkan
sebuah buku cerita yang dapat menarik perhatian kanak-kanak.

You might also like