You are on page 1of 23

1.

0 PENGENALAN
Perkembangan seseorang individu berlaku secara berterusan.Namun, proses
perkembangan setiap individu adalah berbeza-beza mengikut umur.Komponen
perkembangan kognitif adalah menjadi fokus utama dalam pendidikan awal
kanak-kanak kerana keupayaan kognitif amat mempengaruhi semua aktiviti
pembelajaran.Selain memupuk sifat positif, penguasaan asas kemahiran ini amat
penting bagi mereka memahami sesuatu konsep.
Kemahiran kognitif merangkumi daripada kemahiran pengelasan, konsep
ruang, konsep nombor, proses sains dan cara untuk menyelesaikan sesuatu
masalah.

Penyelesaian masalah adalah kedudukan yang paling tinggi dalam

kemahiran kognitif.Semua ini bergantung pada keputusan berasaskan naluri dan


sebab yang dapat diterima dan menilai keputusan yang seharusnya diambil.
Oleh kerana kanak-kanak sedang mengalami proses perkembangan,
penguasaan kemahiran kognitif adalah lebih berkesan dengan melalui interaksi
sebenar dengan menggunakan bahan maujud atau konkrit yang mudah didapati
di sekeliling mereka serta mampu memahami dan menimba pengalaman dalam
pembelajaran.

2.0 KONSEP DAN PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


2.1 Konsep Perkembangan Kanak-kanak
Santrock

(2008)

dalam

Haliza

Hamzah

dan

Joy N.

Samuel

mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi,

kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat


percambahan sehingga ke akhir hayat.
Menurut Dr. Ragbir Kaur (2008), perkembangan boleh didenifnisikan
sebagai

perubahan-perubahan

sistematik

yang

berterusan

dalam

seseorang daripada tarikh lahir hinggalah kematiannya. Perubahanperubahan ini adalah perubahan kualitatif yang berlaku secara progresif
dalam diri manusia.
Mengikut Mok Soon Sang (2009), perkembangan merupakan satu
proses yang berterusan daripada peringkat lahir hingga peringkat
kematangan. Konsep perkembangan pada asasnya ialah perubahan
tingkah laku mental.
Gesell (1949) menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang
benar-benar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal
cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanakkanak.
Berdasarkan

pencarian

saya

dalam

laman

sesawang

http://www.scribd.com/doc/14682336/Perkembangan-kanakkanak,
terdapat juga beberapa orang tokoh yang mengemukakan pandangan
mereka tentang perkembangan kanak-kanak. Antaranya ialah:
Menurut Crow dan Crow pula dalam laman sesawang, perkembangan
merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih
baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.
Manakala dalam laman ini juga turut mengemukakan pandangan Karl
E. Garrison dengan menyatakan bahawa perkembangan terhasil daripada
tindakan

yang

saling

berkait

antara

perkembangan

jasmani

dan

pembelajaran Semua perkembangan, sama ada berbentuk struktur,


kemahiran satu siri tingkahlaku ataupun keseluruhan sahsiah, adalah
mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Secara
ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling
2

berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju


ke arah tertentu dan yang dijangkakan.
Selain

itu,

D.S.

Wright

dan

Ann

Taylor

turut

mentakrifkan

perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat


(baka) dan organisasi kepada struktur organism dalam keadaan yang
saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur.
Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif.Ia
tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah
berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal.
Tambahan pula, perkembangan sentiasa berlaku secara berterusan dari
permulaan percambahanhingga ke akhir hayat organisma.Ini bermakna,
perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organism ke peringkat
matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun peringkat
kematangan dilampaui.
Kesimpulannya

perkembangan

dapat

ditakrifkan

sebagai

satu

perubahan kualitatif dari awal hingga akhir hayat sesuatu organisma dan
berlaku secara berterusan meliputi aspek biologi, kognitif dan sosioemosi.
2.2 Prinsip Perkembangan Kanak-kanak
Menurut Mok Soon Sang (2009), pertumbuhan berlaku dalam dua arah
iaitu dari atas ke bawah dan dari tepi ke tengah. Pertumbuhan struktur
fizikal

akanmendahului

kemahiran

fungsinya

dan

berlaku

secara

menyeluruh. Selain itu, corak pertumbuhan dan perkembangan adalah


sama tetapi kadarnyaadalah berbeza pada setiap individu. Pertumbuhan
berlaku hingga satu tahap dan akan berhenti apabila mencapai tahap
tertentu, tetapi perkembangan berlakusecara berterusan hingga akhir
hayat. Pertumbuhan dan perkembangan setiap individu saling berinteraksi
antara satu sama lain. Pertumbuhan jasmani yang kurang sihat pulaboleh
menjejaskan perkembangan rohani,emosi dan sosial.
Antara

ciri-ciri

pertumbuhan

dan

mengikutperingkat-peringkat berikut:
3

perkembangan

boleh

ditentukan

Peringkat
Umur
Peringkat pralahir (prenatal)
(dalam kandung 9 bulan)
Peringkat bayi
(0-2 tahun)
Peringkat awal kanak-kanak
(2-6 tahun)
Peringkat pertengahan kanak-kanak
(6-9 tahun)
Peringkat akhir kanak-kanak
(9-11 tahun)
Peringkat awal remaja
(11-15 tahun)
Peringkat pertengahan remaja
(16-18 tahun)
Peringkat akhir remaja
(18-21 tahun)
Peringkat dewasa
(21-60 tahun)
Peringkat tua
(60 tahun ke atas)
Rajah 1.2: Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan boleh ditentukan
mengikut peringkat-peringkat berkut.
Manakala perkembangan mental bermula daripada konkrit kepada abstrak.
Mengikut Dr. Ragbir Kaur (2008),Perkembangan fizikal, kognitif dan
sosial manusia berlaku pada kadar yang berlainan disebabkan oleh
pertumbuhandan kematangan. Kematangan adalah perubahan dalam
tingkah laku manusia yang berlakusecara semulajadi spontan dan tidak
berada dalam kawalanmanusia.Manakala pertumbuhan ialah perubahan
fizikal

yang

boleh

dilihat

seperti

ketinggiandan

pertumbuhan

rambut.Pertumbuhan berlaku daripada umum kepada terperinci.Selain itu,


pertumbuhan

dan

perkembangan

menunjukkan

pertambahan

dalamkompleksiti organ dan sistem saraf manusia dan berlaku dalam satu
susunan yang boleh diramal serta berlaku secara perlahan-lahan.
Manakala Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009) berpendapat
bahawa prinsip-prinsippertumbuhan dan perkembangan berlaku mengikut
aturan.

Contohnya, seseorang bayi pada peringkat awal boleh duduk

dengan bantuan, kemudian merangkak diikuti dengan kebolehan berdiri


dan seterusnya berjalan.Perkembangan juga bermula daripada konkrit
kapada abstrak.Hal ini dapat dilihat khususnya dalam perkembangan
kognitif dan bahasa.Selain itu, pertumbuhan dan perkembangan juga
berubah daripada umum kepada yang lebih spesifik. Misalnya, seorang

bayi

akan

terlebih

dahulu

menggenggam

objek

sebelum

belajar

menggunakan jari tangan.


Di samping itu juga, perkembangan dari segi kemahiran dalam diri
seorang kanak-kanak juga akan bertambah.

Mereka sememangnya

mempunyai kemahiran asas yang sedia ada dan kemahiran tersebut akan
digunakan oleh mereka untuk mencapai kemahiran-kemahiran baru.
Walaupun corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi
terdapat perbezaan pada kadar perkembangan manusia bagi setiap
individu. Oleh itu, tidak semua kanak-kanakmencapai titik perkembangan
yang sama pada umur yang sama Contohnya, ada sesetengah kanakkanak dapat berjalan pada umur 10 bulan dan ada sesetengah pada umur
18 bulan.
Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel,perkembangan juga
adalah

hasil

interaksi

pembelajaran.Kematangan

di

adalah

antara

kematangan

kemunculan

potensi

yang

dan
sedia

adadalam seseorang individu, misalnya merangkak, duduk, berjalan


dankemudian berlari.Ia dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik. Manakala
pembelajaranadalah

hasil

daripada

latihan,

proses

peniruan

atau

identifikasi danmemerlukan usaha.Potensi yang sedia ada dalam diri


kanak-kanak

mampu

dikembangkan

melalui

proses

pembelajaran.

Misalnya jika seseorang itu mampu bermain alat muzik, mereka boleh
bermain dengan baik dan sempurna sekiranya mendapat latihan yang baik
atau meniru cara-cara bermain alat muzik.

3.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAKKANAK


Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan
kepada 5 aspek iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani.Kelimalima aspek ini pula adalah berasaskan kepada 2 faktor yang utama iaitu
dipengaruhi oleh faktor baka dan faktor persekitaran.Faktor baka terdiri daripada
pengaruh genetik, perbezaan fizikal,perbezaan kognitif dan perbezaan emosi
dalam diri manusia. Manakala faktor persekitaran pula terdiri daripada keluarga,
rakan sebaya, budaya,teknologi, guru dan sekolah, media massa serta
masyarakat. Faktor keluarga terdiri daripada faktor suasana rumah, pemakanan
dantaraf status ekonomi serta kebudayaan keluarga tersebut.Kedua-dua faktor
baka dan persekitaran adalah penting dalam membentukpertumbuhan dan
perkembangan seseorang individu.
3.1 Baka
Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri biologi dan perwarisan yang
dimiliki anak-anak melalui ibu bapa mereka.Ciri-ciri tersebut termasuklah
warna kulit, warna mata, serta saiz fizikal.Baka yang diperturunkan adalah
melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak mereka dan boleh menguasai
penyuburan fizikal dan mental. Baka yang diwarisi juga akan menentukan

had keupayaan seseorang individu termasuklah kemampuan mental sama


ada pandai atau tidak pandai.
Faktor baka atau pengaruh genetik ini dikenali sebagai gen yang terdiri
daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan
Nukleoprotein terletak di atas lokus kromosom, ia merupakan benang
halus yang terdapat dalam nukleus sel sperma (jantan) juga sel ovum
(betina). Menurut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA
dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat
baka.Perkembangan manusia dikuasai oleh gen dan gen ini juga akan
memberikan sifat unik kepada setiap manusia
Setiap

individu

mempunyai

kecerdasan

dan

intelek

yang

berbeza.Perbezaan kecerdasan diantara individu boleh diperhatikan


melalui prestasi pelajar dalam sesuatu kelas.Kajian ahli-ahli psikologi
sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu
bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang bijak pandai akan melahirkan
anak-anak yang juga bijak pandai. Selain itu, emosi seseorang juga
diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai
emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak
yang agresif dan autokratik.
3.2 Persekitaran
Faktor kedua pula ialah persekitaran. Faktor ini merujuk kepada
keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak. Ini termasuklah
pengalaman sebelum dan selepas lahir. Keadaan sebelum lahir merujuk
kepada corak pemakanan, gaya hidup dan kesihatan si ibu. Keadaan
selepas lahir pula adalah dipengaruhi oleh cara pemakanan, sosio
ekonomi, tahap pendidikan, keluarga, rakan-rakan, amalan, media massa
dan persekitaran dunia.

Terdapat lima jenis sistem ekologi yang mempengaruhi dalam


perkembangan kanak-kanak

iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem,

makrosistem, dan kronosistem.


Mikrosistem merujuk kepada persekitaran terdekat dimana kanakkanak lebih banyak menghabiskan masa dan interaksi secara langsung di
dalam persekitaran itu.Sebagai contoh hubungan interaksi secara
langsung antara kanak-kanak dengan ibu bapa, guru dan rakan-rakan.
Mesosistem pula merujuk kepada kaitan antara perhubungan dengan
dua

mikrosistem.

Hal

ini

bermaksud

satu

mikrosistem

boleh

mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan


yang berlaku di rumah boleh mempengaruhi sikap atau tingkah laku di
sekolah dan sebaliknya.Oleh itu, kanak-kanak yang diberikan galakan
untuk berinteraksi dan berkomunikasi dalam mesosistem ini menunjukkan
prestasi yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang tidak diberikan
galakan.
Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak
melibatkan kanak-kanak secara langsung tetapi keputusan yang diambil
dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut.
Misalnya, kita boleh melihat bagaimana kanak-kanak didedahkan dengan
jiran tetangga, tempat kerja ibu bapa, rakan-rakan ibu bapa dan institusi
sosial lain.
Makrosistem pula merujuk kepada pengaruh hubungan kanak-kanak
dengan persekitaran yang jauh lebih besar. Hubungan ini termasuklah
sistem nilai sosial, perubahan sejarah, polisi sosial dan media massa.
Menurut

Bronfenbrenner

dalam

laman

sesawang

http://notapismp

.blogspot.com/2009/04/konsep-dan-prinsipperkembangan-kanak.html, teori
yang dikemukakan oleh beliau bersandarkan tanggapan bahawa faktor
persekitaran

tidak

sepenuhnya

memainkan

peranan

kepada

perkembangan kanak-kanak tetapi antara keduanya saling berkait


rapat.Kanak-kanak tidak lari daripada berhadapan dengan persekitaran
8

sosial mereka setiap hari yang mana ini secara tidak langsung dapat
mempengaruhi perkembangan mereka.
Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu
tempoh masa.Sebagai contoh, kita dapat melihat bahawa perkembangan
zaman kanak-kanak pada ketika dahulu lebih gemar bermain di
persekitaran rumah berbanding kanak-kanak pada masa ini yang lebih
berfokus kepada permainan-permainan komputer.
Secara

keseluruhannya,

kelima-lima

aspek

ini

adalah

saling

berinteraksi antara satu sama lain dan tahap perkembangan setiap


induvidu yang berbeza-beza adalah dipengaruhi oleh setiap unsur-unsur
ini.

4.0 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK


Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009) menyatakan bahawa kemahiran
kognitifmerupakan kebolehan individu berfikir, memberi pendapat memahami,
mengingatiperkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia
melibatkan aktivit imental seperti ingatan, merancang, menaakul, menyelesaikan
masalah,mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif penting untuk
kelangsunganhidup seseorang individu.
Mok Soon Sang (2009) pula menyatakan, maksud kognitif adalah berkait
rapatdengan kognisi, iaitu aktiviti atau proses memperolehi ilmu secara taakulan
ataupemikiran melalui deria. Maka perkembangan kognitif kanak-kanak adalah
berkait rapat dengan perkembangan otaknya serta interaksi sosial, khasnya
dengan rakansebaya yang lebih berpengalaman. Dengan perkataan lain,
perkembangan kognitifkanak-kanak adalah bergantung kepada perkembangan
otak atau sensorimotor (fizikal)serta interaksi dengan orang yang lebih
berpengalaman, iaitu perkembangan sosial.
Menurut Nani Menon dan Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah (2004) dalam
bukunya Panduan Kognitif Kanak-kanak Prasekolah, terdapat seorang tokoh
yang bernama Spodek menyatakan bahawa perkembangan kognitif menfokuskan
cara kanak-kanak belajar dan memproses maklumat. Dengan kata lain ia adalah
suatu proses memperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan kanakkanak.
Kesimpulannya, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah perkembangan
pemikiran kanak-kanak tersebut dalam mengenal,membanding beza dan berfikir
tentang sesuatu.

4.1 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

10

Berdasarkan

laman

sesawang

http://ipgmkdriprasekolah.blogspot.com /2010/01/ perkembangan-kognitifkanak-kanak.html, Jean Piaget ( 1896-1980) telah menjelaskan tentang


kaedah manusia mempersepsi ilmu dan membina hipotesis. Beliau juga
menjelaskan bagaimana minda manusia membentuk skemata dan
melaksanakan proses akomodasi dan asimilasi dalam membina ilmu.
Piaget berpendapat proses pemikiran individu dipengaruhi empat faktor
yang saling berkaitan antaranya adalah kematangan biologi iaitu proses
pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka atau genetik. Kedua adalah
interaksi individu dengan persekitaran yang juga merupakan salah satu
proses yang dilalui oleh manusia untuk memahami perkara-perkara yang
berlaku.Ketiga

adalah

pengalaman

sosial

yang

juga

merupakan

perkembangan kognitif yang dipengaruhi oleh individu dalam pergaulan


dengan

orang-orang

di

sekelilingnya.

Manakala

keempat

adalah

keseimbangan iaitu satu cara yang digunakan oleh individu untuk


mengadaptasi dengan situasi yang baru dialami.
Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melaluiperingkat-peringkat
perkembangan kognitif yang samatetapi pada usia yang berbeza-beza.
Beliau

berpendapatpersekitaran

tidak

membentuk

kognitif

kanak-

kanak,sebaliknya, kanak-kanak membina pengetahuan merekasecara aktif


untuk memahami persekitarannya. Keadaanini berlaku melalui pelbagai
proses penerokaan,manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya. Oleh
itu, Piaget memperkenalkan empat konsep utama iaitu Skema (Schema),
Penyerapan(Assimilation),

pengubahsuaian

(Accomodation)

dan

keseimbangan(Equilibrium).
Skema merupakan struktur kognitif atau mental yang membolehkan
individu

mengurusdan

menyesuaikan

diri

dengan

keadaan

persekitaran.Apabilaseorang bayi dilahirkan, bayi tersebut mempunyai


skema umum dan semakin bayi itu membesar, skema yang diperoleh
11

semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi. Skemaadalah


proses

mencipta,

memperhalus,

membuat

perubahan,

menyusun

danmengurus.
Asimilasi

merupakan

proses

kognitif

iaitu

seseorang

menyatukanmaklumat-maklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru


ke dalam skema yang sedia ada.

Asimilasi berlaku sepanjang masa

kerana manusia sentiasa menerimapelbagai maklumat dan pengalaman.


Akomodasi merujuk kepada penyesuaian diri dan menghasilkan
perubahan kualitatif serta perkembangan skema. Segala maklumat akan
diserap ke dalam skema sekiranya maklumat yang diterima itu
bersesuaian dengan skema yang ada. Manakala maklumat akan diubah
suai atau ditolak sekiranya tidak bersesuaian dengan skema yang ada.
Oleh itu, skema yang sedia ada diubah suaiuntuk digabungkan dengan
maklumat-maklumat

atau

pengalaman-pengalaman

baru.bagi

meningkatkan tahap skema sedia ada.Proses ini berlaku secara


berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahappemahaman yang
stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu.
Keseimbangan merupakan proses meyeimbangkan proses penyerapan
dan pengubahsuaian. Misalnya seorang kanak-kanak akan menyerapkan
maklumat baru ke dalam skema mereka. Sekiranya mereka tidak
mencapai proses keseimbangan, maka maklumat itu akan diubahsuai atau
mencipta skema yang baru. Proses ini berlaku secara berterusan bermula
daribayi sehingga dewasa.
Menurut Nani Menon dan Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah (2004),
dalam buku mereka yang bertajuk Panduan Kognitif Kanak-kanak
Prasekolah, melalui kajian dan pemerhatian Piaget,beliau mendapati
bahawa perkembangan kognitifmanusia berlaku dalam peringkat turutan
yang

ketara. Piaget membahagikan

empat peringkat ini

sebagai

peringkatsensori motor, praoperasi, operasi konkrit dan operasi formal.


4.2 Peringkat-Peringkat Perkembangan Kognitif
12

a) Peringkat Sensori Motor(0-2 tahun)


Perkembangan kognitif kanak-kanak bermula pada peringkat
ini.Pemahaman

bayi

pada

dunia

adalah

berasaskan

dengan

pergerakan spontan tanpa mempelajarinya seperti memegang, melihat


dan menghisap.Piaget berpendapat bahawa bentuk pemikiran bayi
adalah berdasarkan aktiviti sensori dan motor.

Pengalaman-

pengalaman yang dikesan melalui lima deria merupakan aktiviti


sensori. Manakala aktiviti motor merupakan hasil tindak balas fizikal
terhadap objek iaitu pengalaman semasa bermain.
b) Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun)
Pada peringkat ini perkembangan kognitif kanak-kanak bermula
apabila mereka menggunakan skima berasaskan penggunaan bahasa
dan

bentuk-bentuk

menyelesaikannnya.

perwakilan
Walau

symbol

yang

bagaimanapun,

lainserta

Piaget

mampu

berpendapat

bahawa pemahaman kanak-kanak pada ketika in masih lemah dan


tidak dapat menguasai konsep kekekalan yang melibatkan jisim, isi
padu, dan nombor.Walaupun bentuk sesuatu jasad itu berubah, namun
kuantiti sesuatu jasad itu masih kekal sama. Hal ini adalah kerana
pemikiran mereka dipengaruhi oleh apa yang mereka lihat.
c) Peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun)
Walaupun pemikiran kanak-kanak masih terikat dengan situasi
yang konkrit namun, mereka sudah mampu berfikir secara logik. Selain
itu, mereka juga mulai menguasai proses pengelasan iaitu mampu
mengklasifikasikan sesuatu objek dalam sesuatu kumpulan dan boleh
menguasai

proseskebalikan

prosessongsangan.

Namun,

dan
mereka

akhirnya
masih

mengamati

tidakmempunyai

kebolehan untuk berfikir secara abstrak dan tidak dapat menyelesaikan


masalah yang sukar.

13

d) Peringkat Operasi Formal (11 tahun ke atas)


Kanak-kanak pada peringkat ini sudah boleh melakukan proses
mental dan membuat andaian berdasarkan fakta serta mampu berfikir
secara abstrak dan boleh membuat hipotesis.

Selain itu, apabila

mereka mula tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka sendiri,


egosentrik mereka akan mula muncul. Oleh itu, mereka susah untuk
menerima pendapat orang lain.

5.0 UJIAN KONSERVASI PIAGET


Piaget telah menjalankan pelbagai ujian untuk memahami keupayaan
kognitif dan perspektif kanak-kanak. Berdasarkan Ujian Konservasi Piaget, kami
telah menjalankan kajian terhadap kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan
empat dan tujuh tahun bagi menilai keupayaan kanak-kanak memahami
pengekalan ciri-ciri bahan yang terdiri daripada:
a) Pengekalan kuantiti atau bilangan

14

Soalan pada rajah 1: Adakah sama bilangan duit di setiap baris?


Soalan pada rajah 2: Sekarang adakah bilangan duit masih sama ataupun
ada yang lebih banyak?

b) Pengekalan ruang
1

B
A

Soalan pada rajah 1: Adakah setiap lembu memakan jumlah rumput yang
sama?
Soalan pada rajah 2: Mana satu jumlah rumput yang banyak dimakan lembu?
15

c) Pengekalan isipadu
1

Soalan rajah 1: Adakah kedua-dua air di dalam bekas adalah sama?


Soalan rajah 2: Sekarang adakah jumlah air di dalam bekas masih sama atau
salah satunya lebih banyak?

d) Pengekalan berat
1

Soalan rajah 1: Adakah jumlah plastisin pada setiap bola adalah sama?
Soalan rajah 2: Adakah jumlah plastisin masih sama atau salah satunya lebih?

Kami telah menjalankan kajian terhadap kanak-kanak bernama Nurshafiqah Binti


Hussein

yang

berumur

tahun

dan

16

Danishah

Leong

yang

berumur

tahun.Manakala pasangan seterusnya adalah berumur 4 tahun iaitu Wong Jing Yee
dan Chuah Poh Wei yang berumur 7 tahun. Respon mereka adalah seperti berikut:
Ujian

Nombor
Syiling

Kawasan
Rumput

Cecair
Air

Jisim
Plastisin

Nama
Nursyafiqah

Tidak sama.

Lembu C

Tidak sama,air

Tidak sama.

(4)

Baris C lebih

makan lebih

dalam A lebih

Plastisin C

banyak.

banyak

banyak.

lebih berat.

Danishah (7)

Tidak

rumput.
sama. Lembu

Baris C lebih makan


banyak.
Wong Jing Yee Tidak
(4)

Wei (7)

rumput.
sama. Lembu

Poh Tidak

banyak
rumput.
sama. Lembu

Baris C lebih makan


banyak

banyak

sama.

lebih dalam C lebih Plastisin

banyak.

lebih berat.

Tidak

Tidak

Baris C lebih Cmakan lebih sama,airdalam


banyak.

Chuah

banyak

C Tidak sama, air Tidak

sama.

Palastisin

A lebih banyak. lebih berat.


C Tidak sama,air Tidak

sama.

lebih dalam A lebih Plastisin


banyak.

lebih berat.

rumput.
Jadual 5.0 : Respon kanak-kanak terhadap kajian yang dilakukan.
Berdasarkan kajian tentang pengekalan nombor iaitu syiling, kesemua
kanak-kanak memilih baris C lebih banyak sedangkan jumlah syiling pada kedua-dua
baris A dan B adalah sama. Manakala dari segi pengekalan ruang iaitu rumput,
kesemua kanak-kanak memilih lembu Cmemakan lebih banyak rumput.

Hal ini

menunjukkan bahawa pemikiran mereka hanya dipengaruhi oleh apa yang mereka
lihat dengan mata kasar.
Berdasarkan kajian yang kami jalankan mengenai pengekalan kuantiti
terhadap syiling, kedua-dua pasangan menyatakan bahawa dalam rajah 1 jumlah
syiling adalah sama. Setelah menunjukkan mereka seperti dalam rajah 2, kesemua
17

mereka menyatakan bahawa jumlah syiling yang ada pada baris C lebih
banyak.Manakala berdasarkan ujian terhadap pengekalan ruang, kesemua kanakkanak menyatakan bahawa lembu C makan lebih banyak rumput.Kemudian adalah
ujian pengekalan isipadu terhadap air. Pada pasangan pertama, Nurshafiqah (4
tahun) menyatakan bahawa air dalam A dan B adalah tidak sama dan menyatakan
air dalam A lebih banyak. Manakala Danishah (7 tahun) pula menyatakan bahawa
air dalam A adalah lebih banyak. Pasangan kedua iaitu Wong Jing Yee (4 tahun) dan
Chuah Poh Wei (7 tahun) juga berpendapat bahawa jumlah air tersebut tidak sama
dan menyatakan bahawa air dalam A lebih banyak.

Ujian yang terakhir adalah

mengenai pengekalan jisim.Kedua-dua kanak-kanak yang berumur 4 tahun


menyatakan plastisin B lebih berat. Namum berbeza pula bagi kedua kanak-kanak
yang berumur 7 tahun yang menyatakan bahawa plastisin A lebih berat.
Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat praoperasi masih tidak
dapat menguasai konsep kekekalan yang melibatkan jisim, isi padu dan nombor.
Contohnya dalam ujian yang dijalankan, dua botol mengandungi air yang sama
isipadunya ( A dan B ). Kemudian, air dalam botol B dituangkan ke dalam bekas C.
Seorang kanak-kanak menjawab bahawa air dalam bekas C lebih banyak manakala
kanak-kanak yang lain menjawab pada botol A kerana kelihatan tinggi. Berdasarkan
ujian

tersebut,

saya

mendapati

bahawa

ketiga-tiga

kanak-kanak

ini

lebih

menumpukan perhatian kepada air yang berada dalam botol daripada kualiti yang
kurang nyata seperti dalam bekas C. Sebenarnya, isi padu air pada kedua-dua
bekas dalam botol A dan bekas C adalah sama. Mereka gagal menjawab persoalan
ini kerana lebih cenderung menumpukan perhatian kepada satu ciri masalah dan
tidak tidak menghiraukan aspek lain. Selain itu, kanak-kanak ini juga tidak mampu
menukar balikan sesuatu tingkah laku secara mental. Mereka tidak mampu berfikir
bahawa apa yang akan terjadi sekiranya air dalam bekas C dituangkan semula pada
bekas B.
Manakala ujian terhadap plastisin pula, kanak-kanak berumur 4 tahun
menyatakan plastisin yang tidak dibujurkan lebih berat manakala kanak-kanak yang
berumur 7 tahun pula menyatakan bahawa plastisin yang telah diuli adalah lebih
18

berat.Setiap kanak-kanak ini adalah egosentrik dan hanya menerima pendapat


mereka sendiri. Kanak-kanak yang berumur 7 tahun telah melihat dengan mata
mereka sendiri bahawa plastisin B telah dibujurkan dan berpendapat bahawa
plastisin yang dibujurkan adalah lebih berat maka mereka berpegang kepada
kenyataan ini walaupun sebenarnya plastisin A dan plastisin C mempunyai berat
yang sama.
Di sini saya dapat merumuskan bahawa kanak-kank ini tidak dapat
menyelesaikan konsep kekekalan disebabkan oleh pemusatan iaitu kecenderungan
hanya menumpukan perhatian pada satu-satu perkara tanpa menghiraukan aspek
lain, ketidakbolehbalikan dan egosentrik.
6.0 IMPLIKASI

PERKEMBANGAN

KOGNITIF

KANAK-KANAK

KE

ATAS

PROSESPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Seseorang kanak-kanak belajar sangat bergantung kepada personaliti


dan keadaan sekelilingnya kerana setiap mereka adalah unik dan mempunyai ciri-ciri
tertentu.Mengikut teori pembelajaran Kognitif Piaget, isi pelajaran hendaklahdisusun
mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu daripadakonkrit kepada
abstrak, daripada dekat kepada jauh, daripada pengalaman yangsedia ada kepada
pengalaman baru dan daripada kasar kepada halus mengikutperkembangan fizikal
individu.Oleh kerana itu, gaya pembelajaran yang berkesan bagi guru tidak
semestinya sesuai untuk murid yang lain. Justeru, guru harus mengenalpasti gaya
pembelajaran kanak-kanak dan tidak memaksa mereka belajar dengan satu-satu
cara yang ditetapkan.
Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan, saya berpendapat bahawa
guru mampu mengajar murid-murid mengikut tahap kemampuan mereka.Seperti
yang kita sedia maklum, kognitif kanak-kanak pada ketika ini sedang berkembang.

19

Oleh hal yang demikian, guru seharusnya

tidak mengajar atau

mendedahkan

mereka tentang sesuatu yang kompleks atau jauh dari akal pemikiran mereka.
Berdasarkan teori Piaget tentang menguasai konsep kekekalan yang
melibatkan jisim, isi padu, dan nombor masih lemah.Oleh itu, guru boleh
menggunakan bahan-bahan maujud atau konkrit berbanding dengan pengajaran
yang hanya tertumpu kepada papan tulis bagi mengilustrasikan sesuatu yang
kompleks

agar

kanak-kanak

mampu

memahami

dengan

lebih

baik

dan

berkesan.Walau bagaimanapun, bahan tersebut adalah tidak asing bagi kanakkanak.

Sebagai contoh, dalam pengajaran subjek matematik mengenai nombor

lima, guru boleh menggunakan bahan-bahan yang 3-dimensi untuk menunjukkan


nombor lima berbanding dengan hanya menulis nombor lima di papan tulis. Hal ini
mampu memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menimba pengalaman agar
bersedia kearah pembelajaran yang lebih kompleks.Kebiasaannya kanak-kanak
pada peringkat praoperasi susah memahamisesuatu perkara dari sudut pandangan
orang lain.

Sewaktu di sekolah, guru harus berhati-hati dengan menggunakan

perkataan.

Kanak-kanak pada peringkat ini kerana kadang-kala menganggap

sesuatu perkataan tersebutmembawa makna yang lain atau sesuatu perkataan boleh
membawa pelbagaimakna. Pada peringkat ini, guru perlumemberi arahan yang
pendek dan memberi contoh kepada murid seperti arahanuntuk beratur di luar kelas
atau bagaimana untuk menjalankan sesuatu aktivitidiberi dengan menggunakan ayat
yang mudah dan jelas. Di samping itu, guru juga bolehmelakukan demonstrasi
sebelum menyuruh kanak-kanak memcuba sesuatu.
Selain itu, guru boleh menggalakan pelajar dengan melakukan aktiviti
yang memberikan mereka peluang untuk mencari altenatif dalam menyelesaikan
sesuatu masalah dan membuat hipotesis sendiri. Sebagai contoh, guru memberikan
peluang kepada murid-murid menghasilkan sesuatu berdasarkan doh yang diberi,
kemudian mereka akan menggunakan kreativiti dan teknik mereka sendiri untuk
menghasilkan sesuatu daripada doh tersebut.

20

Di samping itu, implikasi pembelajaran kognitif yang lain ialah isi-isi


pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak.Hal ini
demikian kerana, pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak berbeza mengikutumur
atau pun tahap masing-masing. Contohnya,di prasekolah ia lebih kepada bermain
sambil belajar serta cenderung kepada pengetahuan asas tentang kemahiran 3M
dengan itu guru hendaklah mengajar murid-murid tersebut mengikut peringkat
perkembangan mereka dan bukannya mengajar mereka dengan menggunakan
sukatan pelajaran sekolah rendah.
Pada

peringkat

operasi

formal

iaitu

berumur

11

tahun

dan

keatas,pembelajaran mereka telah meningkat dari senang ke tahap yang susah.


Kanak-kanak

pada

tahap

ini

akan

memahami

pelajarannya

apabila

guru

menggunakanbahan yang konkrit untuk mengilustrasikan konsep yang lebih


kompleks sepertimenggunakan bahan 3D, model, carta, rajah, pengalaman pelajar
sendirisebagai permulaan kepada pengajaran yang lebih kompleks. Dalam kelas,
guru-guru

harus

memberi

peluang

kepada

pelajar

untuk

meneroka

jalan

penyelesaian dan membuat hipotesis dalam menyelesaikan masalah sertamemberi


sebab kepada penyelesaian yang dikemukakan. Dalam pengajaran,guru digalakkan
mengemukakan konsep yang luas dan tidak hanya terikatdengan fakta-fakta dan
biarkan pelajar meneroka dan mengkaji sendiri konseptersebut
Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam
proses pengajarandan pembelajaran murid-murid iaiah membantu murid-murid
mengingat semula. Olehkerana pembelajaran kognitif ini menekankan kepada
perubahan-perubahan yang berlakudalam cara manusia berfikir dari peringkat bayi
sehingga ia dewasa. Maka mereka akan belajar mengkut tahap kemampuan mereka
dan

bergantung

kepada

bagaimana

kanak-kanak

tersebut

memperolehi

pengetahuan mereka. Misalnya, kanak-kanak tadika memperolehi pengetahuan


melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Dengan itu, apabila kanakkanak tersebut melalui zaman persekolahan ia akan membantu murid-murid semula

21

tentang apayang mereka telah pelajari selama ini terutama sekali pengetahuan yang
mereka milikiketika di prasekolah.
Kesimpulannya, setiap guru atau bakal guru perlu menerokai dan
mempelajarai kepentingan perkembangan kanak-kanak agar mampu menghasilkan
pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan mudah difahami sesuai dengan
kefahaman dan tahap pemikiran kanak-kanak.

7.0 RUMUSAN DAN CADANGAN


Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan
bersifatkualitatif namun jelas berubah melalui peredaran masa.Tingkah laku
seseorang juga akan berubah berlaku secara berterusan mengikut peringkatperingkat kematangan dan mengikut keadaan di persekitarannya.

Baka dan

persekitaran merupakan antara faktor yang mempengaruhi perkembangan


seseorang.Baka

menentukan

had

perkembangan

manakala

persekitaran

akanmembantu individu mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Corak


perkembangan berbeza-beza di mana semua kanak-kanak mencapai titik
perkembangan yang sama pada umuryang sama. Perkembangan berlaku
mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi,kanak-kanak, remaja, dewasa
dan seterusnya.
Oleh itu, pertumbuhan dan perkembangan fizikal dan kognitif kanakkanak sememangnyaharus diberi tumpuan utama kerana kanak-kanak pada
peringkat ini mudahmenerima dan menginterpretasikan sesuatu perkara dengan
cepat. Piaget telah menyatakan bahawa tahap-tahap kognitif kanak-kanak

22

termasuklah sensori motor, tahap praoperasi, tahap operasi konkrit dan


formal.Justeru, ibu bapa dan guru merupakan orang yang paling dekat dengan
kanak-kanak dan seharusnya membimbing mereka untuk membantu mereka
meningkatkan lagi perkembangan kognitif dan pemikiran mereka.Proses kognitif
juga adalah termasuk persepsi, perhatian, ingatan dan menguji hipotesis yang
saling berkait di dalam proses pengembangan bahasa khususnya kemahiran
membaca.
Teori perkembangan intelektual memberi inspirasi dan panduan
berguna kepada pendidik kerana memberikan gambaran yang menakjubkan
berkenaan dunia pemikiran murid.Sekiranya guru dapat mengesan dan
membantu murid untuk mengatasi kekurangan atau kelemahan di dalam
perkembangan pemikiran mereka, maka proses pengajaran dan pembelajaran
menjadi

lebih

berkesan.

Teori

Jean

Piaget

dapat

membantu

guru

mengembangkan konsep pemprosesan maklumat kerana perkembangan kognitif


individu dapat digambarkan sebagai suatu proses perkembangan yang
berterusan. Kecemerlangan kognitif kanak-kanak bukan sahaja dapat dilihat
dalam bentuk hitungan nombor sahaja, malah tetap diperlukan di dalam bidang
sastera, budaya dan sosial serta lebih banyak berkaitan dengan kreativiti.
Oleh yang demikian, untuk memastikankesinambungan pertumbuhan
dan perkembangan kanak-kanak, persekitaran yangpositif adalah amat penting
untuk melahirkan insan yang cemerlang, gemilang danterbilang.Maka, guru
haruslah sentiasa bersedia dan membuat perancangan yang teliti terutamanya
dalam menyediakan bahan yang ingin digunakan untuk sesuatu aktiviti kerana
perancangan yang baik membantu kelancaran pengajaran dan pembelajaran.

23

You might also like