You are on page 1of 2

NOTA KULIAH MINGGU 8

Komunikasi
Bertulis
Ciri-Ciri
Penulisan

Penghasilan
Teks

Bahasa
Gramatis

Diksi
Sesuai

Ucapan

Taklimat

Stilistik

Format

Surat
kiriman

Laporan

Minit
Mesyuarat

Teks
Pengacaraan

Sajak
Cerpen

Rencana
Berita

Kesedaran
Khalayak

Pengenalan
Bentuk-bentuk komunikasi bertulis merupakan proses merakam atau menghasilkan sesuatu
pendapat, buah fikiran, idea, pengalaman, perasaan atau maklumat dalam bentuk tulisan atau grafik
untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri. Komunikasi bertulis mempunyai format
tertentu dan penggunaan bahasa mengikut laras yang sesuai. Antara bentuk-bentuk komunikasi
bertulis yang perlu dikuasai ialah penulisan teks ucapan, taklimat, surat kiriman, laporan, minit
mesyuarat, rencana, berita dan penulisan kreatif.
Dua aspek penting dalam komunikasi bertulis, iaitu:
a) Ciri-ciri penulisan
b) Penghasilan teks
Ciri-ciri penulisan yang baik dan berkesan merangkumi beberapa aspek berikut :
i. Bahasa yang gramatis iaitu hasil penulisan yang berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu
atau tatabahasa yang betul.
ii. Pemilihan diksi yang sesuai dalam menghasilkan tulisan.
iii. Bersifat stilistik, iaitu teknik penggunaan gaya bahasa yang berkesan dalam penulisan.
iv. Penulisan yang mengikut format yang betul seperti penulisan surat kiriman rasmi, laporan minit
mesyuarat dan penulisan kertas kerja.
v. Timbul kesedaran dan berupaya mempengaruhi pemikiran khalayak yang membaca hasil penulisan
berkenaan.

NOTA KULIAH MINGGU 8

Penghasilan teks
Jenis Teks
1. Surat kiriman rasmi
2. Ucapan
3. Taklimat
4. Laporan
5. Minit mesyuarat
6. Teks Pengacaraan
7. Rencana
8. Berita
9. Karya kreatif

Aspek yang dikaji

Jenis-jenis
Ciri-ciri
Struktur
Laras bahasa yang digunakan
Format

Latihan
1. Secara berpasangan, bincangkan format, ciri dan laras bahasa yang digunakan ;

surat kiriman rasmi


Taklimat
Laporan
Minit Mesyuarat
Berita

You might also like