You are on page 1of 6

UCAPAN Y.B.

DATO’ SRI LIOW TIONG LAI


MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

PADA MAJLIS ANUGERAH MEDIA


KEMENTERIAN KESIHATAN

DI HOTEL HILTON, KUALA LUMPUR, 22 APRIL 2009

Y.B. Datuk Rosnah bt. Abd. Rashid Shirlin


Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia

YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Mohd Nasir bin Mohd Ashraf
Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia

Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Haji Mohd. Ismail bin Merican
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Y.Berusaha Dato’ Dr. Haji Ramlee bin Hj. Rahmat


Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam)
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk
Anugerah Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Timbalan – Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian,

Timbalan – Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan

Pengarah-Pengarah Kesihatan Negeri

Pegawai-pegawai Kanan Kementerian

Tetamu-tetamu khas Kementerian, iaitu wakil-wakil media cetak


dan media elektronik

Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan hadirin yang dihormati


sekelian,

Salam Sejahtera dan Selamat Petang.

1
1. Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih kepada
Y.Bhg. Dato’ Sri Dr. Haji Mohd Nasir bin Mohd Ashraf, Ketua
Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, serta Ahli
Jawatankuasa Penganjur kerana sudi menjemput saya untuk
menyampaikan sepatah dua kata pada majlis ini dan seterusnya
menyampaikan Anugerah Media Kementerian Kesihatan kepada
para pemenang.

2. Saya juga merakamkan ribuan terima kasih kepada tetamu-


tetamu istimewa Kementerian yang terdiri daripada pihak media
massa kerana telah sudi meluangkan masa untuk bersama-sama
kita pada malam ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

3. Anugerah Media Kementerian Kesihatan ini diperkenalkan


bagi mengiktiraf dan menghargai jasa serta sumbangan pihak
media dalam membantu menyebarluaskan hasrat dan matlamat
Kementerian Kesihatan kepada masyarakat. Penggunaan
pelbagai saluran media cetak dan elektronik menerusi hasil
penulisan kreatif dan penerbitan bahan odio-visual merupakan
salah satu pendekatan yang berkesan dalam menyalurkan
maklumat kesihatan kepada masyarakat. Kekuatan pengaruh
media dalam masyarakat kita telah mendorong Kementerian
Kesihatan untuk menggunakan media massa sebagai salah satu
saluran utama untuk mendidik masyarakat mengenai kesihatan.

2
4. Kementerian Kesihatan sememangnya sentiasa mengiktiraf
peranan yang dimainkan oleh pihak media, terutama dalam
membantu Kementerian Kesihatan mencegah dan mengurangkan
bebanan penyakit serta mengembang dan memperkasakan sistem
penyampaian perkhidmatan kesihatan. Siaran berita, hebahan,
rencana dan hasil kreatif di media cetak serta program kesihatan
melalui radio dan televisyen semestinya akan mempercepat dan
menghasilkan impak positif kepada masyarakat dalam membantu
Kementerian meningkatkan taraf kesihatan rakyat.

5. Dari segi penyampaian maklumat kesihatan kepada


masyarakat, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada
tahun 2006 mendapati 46% responden ada memperolehi
maklumat kesihatan dalam tempoh 1 bulan sebelum kajian.
Televisyen merupakan sumber utama masyarakat mendapat
maklumat kesihatan (36.4%), diikuti oleh akhbar (16.2%), radio
(11.4%), majalah (3.5%) dan risalah (2.4%).

6. Kajian juga mendapati 60.2% responden mengatakan


maklumat kesihatan yang diperolehi itu sentiasa mempengaruhi
mereka untuk mengambil tindakan, 35.4% mengatakan kadang-
kadang mempengaruhi, dan hanya 4.4% mengatakan ia tidak
langsung mempengaruhi tindakan mereka.

7. Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa media


memainkan peranan penting dalam membantu Kementerian
Kesihatan menyampaikan maklumat kesihatan kepada
masyarakat dan seterusnya mempengaruhi mereka untuk

3
mengambil tindakan yang disarankan. Kajian juga mendapati
65.6% masyarakat memilih televisyen sebagai saluran bagi
mendapat maklumat, diikuti radio (24.5%), akhbar (20.4%) dan
majalah (6.6%).

8. Pada masa ini, Kementerian Kesihatan telah mendapat


kerjasama yang baik daripada pihak media cetak dan media
elektronik. Selain daripada membuat liputan kepada program-
program Kementerian Kesihatan, pihak media juga telah
menyalurkan maklumat pendidikan kesihatan kepada masyarakat
seperti Kempen Cara Hidup Sihat, Promosi Pendermaan Organ,
Kempen Anti Merokok, Pencegahan Demam Denggi dan lain-lain
isu kesihatan.

9. Dari masa ke masa, anggota Kesihatan juga telah dijemput


secara berjadual untuk memberi ceramah dalam slot-slot
kesihatan yang disediakan di media elektronik seperti di
rancangan ’Selamat Pagi Malaysia’ dan ’Malaysia Hari Ini’ di
televisyen. Selain daripada itu, media elektronik juga menyiarkan
iklan-iklan berkaitan langkah-langkah pencegahan sesuatu
penyakit untuk mendidik orang awam.

10. Pihak media cetak juga tidak jemu-jemu menemuramah


anggota-anggota kesihatan bagi mendapat maklumat kesihatan
sebagai bahan mengisi ruangan kesihatan di akhbar atau majalah
yang diterbitkan.

4
11. Jalinan kerjasama antara Kementerian Kesihatan dengan
pihak media ini tidak terhad di peringkat nasional sahaja, malahan
akhbar dan radio di peringkat negeri juga telah menyediakan slot-
slot khas.

12. Menyedari kepentingan media dalam menyebarkan


maklumat kesihatan, pada tahun ini Kementerian Kesihatan telah
memperuntukkan sejumlah RM 34 juta untuk menjalankan kempen
media bagi pencegahan penyakit denggi dan penyakit HIV/AIDS,
kempen Tak Nak merokok, dan kempen cara hidup sihat.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

13. Anugerah-anugerah yang akan diumumkan sebentar nanti


adalah mencerminkan harapan dan keikhlasan pihak Kementerian
dalam usaha memupuk hubungan dan kerjasama yang lebih erat
dengan pihak media. Hubungan yang akrab antara Kementerian
dengan media adalah penting bagi memastikan rakyat mendapat
maklumat kesihatan dengan cepat dan tepat. Saya berharap,
jalinan kerjasama ini terus diperkukuhkan lagi pada masa
hadapan, khususnya dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang sihat dan sejahtera. Saya juga
yakin anugerah yang diterima pada malam ini akan memberi
dorongan kepada pemenang untuk memperhebatkan lagi usaha-
usaha menyalurkan mesej-mesej kesihatan dengan lebih menarik
kepada masyarakat.

14. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan

5
tahniah dan syabas kepada para pemenang. Semoga kejayaan
tuan-tuan dan puan-puan akan menjadi perangsang dan dorongan
untuk terus menabur bakti dalam membantu mencapai matlamat
agenda kesihatan negara.

15. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan


kepada Malaysian Press Institute, yang telah memberikan
sokongan dan kerjasama dalam menjayakan Anugerah Media
Kesihatan, Kementerian Kesihatan pada kali ini.

16. Akhir sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan dan tahniah kepada Jawatankuasa Induk yang telah
menganjurkan Malam Anugerah ini dengan jayanya. Sekian,
terima kasih.

You might also like