You are on page 1of 15

TUGASAN 2 : ORIGAMI DALAM BINAAN TERKAWAL UNTUK KOMPONEN PENDIDIKAN SENI BAGI MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

(KBP6024) MODIFIKASI KURIKULUM DAN PENGAJARAN BAGI KANAKKANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

NAMA PELAJAR NOMBOR MATRIK FAKULTI SESI NAMA PENSYARAH

: : : : :

ROSNIYATI BINTI OSMAN M20122001605 PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA 2012/2013 DR. NOOR AINI BINTI AHMAD

1.0

KEMAHIRAN MOTOR

Kemahiran adalah satu tindakan, tugas atau corak tindak balas tertentu serta kebolehan dan kesanggupan yang diperkembangkan. Ini adalah satu sifat am yang bergantung kepada

faktor-faktor keturunan, persekitaran dan pembelajaran (Simon dan Muller, 2012). Kemahiran motor terbahagi kepada dua bahagian atau domain, iaitu (1) kemahiran motor kasar dan (2) kemahiran motor halus (Magill, 2007). Kemahiran motor kasar merupakan kemahiran yang menggunakan kumpulan otot-otot kasar atau besar yang melibatkan banyak anggota. Manakala kemahiran motor halus pula merupakan kemahiran yang melibatkan kumpulan otot-otot kecil atau halus dan sukar dilihat. Walaubagaimanapun, terdapat

kesukaran dalam mengaplikasikan sesetengah kemahiran bagi menentukan penggunaan kumpulan otot kasar atau otot halus. Ini kerana telah dapat dikenalpasti domain psikomotor adalah berhubung mengikut kemampuan motor atau motor abilities, ciri-ciri afektif dan kemampuan kognitif seseorang murid (Kunde et al. 2007). Berbeza pula dengan kanak-kanak Pendidikan Khas. Murid Pendidikan Khas adalah kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak sederhana ataupun biasa dalam ciri-ciri mental, keupayaan deria, ciri-ciri saraf dan otot ataupun fizikal, tingkah laku sosial ataupun emosi, keupayaan komunikasi dan pelbagai kekurangan. Antara kategori murid pendidikan khas ialah murid bermasalah pembelajaran. Di Malaysia, masalah pembelajaran ini

merangkumi perkembangan yang lewat bagi kanak-kanak yang berusia bawah tiga tahun seperti sindrom down, autisme, attention deficit and hyperactivity disorder, terencat akal yang berusia lebih tiga tahun dan masalah pembelajaran spesifik seperti disleksia, disgrafia, diskakulia dan lain-lain. Sebenarnya, kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran bukanlah bermaksud bodoh, lembab, malas atau tahap kecerdasan yang rendah ataupun berlaku akibat daripada perbezaan budaya, status sosial, kekangan ekonomi dan pengaruh persekitaran tetapi masalah pembelajaran bermaksud masalah khusus di dalam otak kanak-kanak seperti ini. Ianya boleh menjejaskan cara seseorang itu memproses dan bertindak balas terhadap sesuatu maklumat. Contohnya sesetengah kanak-kanak mungkin mempunyai beberapa masalah kemahiran motor yang akan memperlahankan kelajuan mereka dalam penulisan mahupun dalam aktiviti melukis. Masalah ini selalunya disebabkan oleh otot jari yang lemah. Menyedari begitu banyak perkara yang boleh menjejaskan kemampuan seseorang anak belajar, penilaian untuk mengatasi masalah pembelajaran perlu dilakukan dengan teliti.

1.1

KEMAHIRAN MOTOR HALUS

Menurut Nursalam (2005) perkembangan kemahiran motor halus adalah kemampuan anak untuk mengamati sesuatu dan melakukan gerak yang melibatkan bahagian-bahagian tubuh tertentu dan otot-otot kecil, memerlukan koordinasi yang cermat serta tidak memerlukan banyak tenaga. Ini bermakna motor halus juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya dengan mata. Keadaan ini berbeza bagi kemahiran murid bermasalah pembelajaran dalam menggunakan gerakan tangan dan jari untuk melakukan sesuatu aktiviti dan situasi ini dinamakan dexterity.Ini berkait dengan pergerakan yang dikawal oleh pelbagai jenis otot badan yang menghasilkan lakuan motor di mana pergerakan yang dicapai menerusi interaksi semua jenis lakuan motor yang mampu dihasilkan oleh sistem biologi (Magne dan Kelso, 2008). Oleh yang demikian, untuk merangsang kemahiran motor halus murid, aktiviti pengulangan perlu dititikberatkan dan hubungan ini berkait rapat dengan pengalaman mereka secara langsung dan mempertingkatkan perkembangan kemahiran motor (Magill, 2007). Ciri-ciri motor halus ini penting bagi kita khususnya dalam memahami perkembangan motor halus kanak-kanak. Selain itu, kita sebagai guru juga haruslah mengetahui faktorfaktor yang perlu dipertimbangkan dalam membuat perancangan pembelajaran kanak-kanak. Sekiranya guru mengetahui bahawa kanak-kanak masih diperingkat mengembangkan kemahiran mereka, guru ini akan mempertimbangkan beberapa penyelarasan dan penyesuaian bagi membantu kanak-kanak ini menghasilkan karya seni dengan baik.

1.2

AKTIVITI PERKEMBANGAN KEMAHIRAN MOTOR

Beberapa kajian telah dijalankan oleh Terry Johnston, Kansas, USA semenjak tahun 1981, anataranya beliau berjaya menggunakan origami bagi membantu kanak-kanak yang mengahdapi masalah kemahiran motor di samping masalah keyakinan diri yang rendah, kebimbangan, membina hubungan sosial dan lain-lain. Manakala seorang pakar Psikology Forensik dari Florida USA, Marilyn Lewis menganggap origami sebagai sekeping kertas yang menakjubkan apabila beliau berjaya menangani masalah kognitif dan theraputik, mengurangkan anxienty iaitu kebimbangan, mengurangkan sifat-sifat agresif dan

meningkatkan kebolehan dalam penyelesaian masalah.

Jadual 1.1 : Penambahan aktiviti origami di dalam Komponen Pendidikan Seni

OBJEKTIF 3.1 Menghasilkan binaan mengikut kreativiti

KANDUNGAN DAN CADANGAN AKTIVITI 3.1.3 Binaan terkawal Aktiviti Origami

Berdasarkan Jadual 1.1 Kurikulum pendidikan khas dicadangkan untuk melakukan penambahan aktiviti origami di dalam komponen Pendidikan Seni. Penambahan aktiviti ini adalah bersesuaian kerana mendapati melalui pengajaran origami, murid-murid bermasalah pembelajaran mampu meningkatkan perkembangan motor halus iaitu kemahiran jari-jemari murid ini dapat dipertingkatkan dengan keupayaan membina sesuatu yang lebih kreatif melalui origami. Menurut objektif 3.1. di dalam komponen Pendidikan Seni iaitu menghasilkan binaan terkawal mengikut kreativiti, murid akan berinteraksi bersama guru dan rakan-rakan untuk menyiapkan sesuatu binaan origami. Origami itu sendiri perlu dilaksanakan dengan mengikut langkah demi langkah di mana yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Dengan ini melalui aktiviti binaan origami juga akan meningkatkan kemahiran lain seperti kemahiran berkomunikasi dan emosi.

1.3

PERLAKSANAAN PEMBELAJARAN ORIGAMI

Merupakan seni melipat kertas dipercayai bermula seawall bermulanya kertas dicipta di Negara China. Origami di Negara Jepun yang telah mengembangkan seni ini hingga dikenali di seluruh dunia. Dengan pelbagai kaedah lipatan dan daya kreativiti, dari sekeping kertas boleh diubah kepada pelbagai bentuk. Tradisi melipat kertas telah diperturunkan dari

generasi ke generasi dan seterusnya menjadi sebahagian daripada pendidikan tidak formal kepada kanak-kanak( Sharida Shaharudin, 2010). Origami juga merupakan objek seni tiga dimensi yang bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah. Melalui seni tiga dimensi ini, kanakkanak dapat melihat menggunakan deria penglihatan dan merasai hasil seni mereka dengan

menggunakan deria sentuhan. Dalam memodelkan pemikiran kritis dan kreatif, penyelesaian masalah adalah hirarki tertinggi dalam kemahiran berfikir. Maka origami dapat

menggalakkan kanak-kanak ini menyelesaikan mana-mana hasil yang tidak diperolehi dengan membuka dan melipat semula bagi mendapatkan hasilnya.

1.4

JENIS-JENIS ORIGAMI

Terdapat enam jenis origami yang telah dikenalpasti iaitu (1)origami bergerak, (2)Origami Modular atau lebih dikenali sebagai bentuk tiga dimensi, (3)Origami Basah, (4)Origami Murni, (5)Origami Tesselasi dan (6)Origami Kirigami.

1.4.1 Origami Bergerak atau Action Origami Origami tidak hanya terdiri dari objek tetap atau diam, tetapi juga terdapat origami berbentuk bergerak. Biasanya gerakan origami dibantu dengan tangan untuk membuat gerakan seperti terbang, melayang, mengepakkan sayap, melompat, atau membuka mulut. Contoh origami aksi yang popular adalah origami katak yang dapat melompat jika hujung belakangnya di tekan dan pesawat terbang atau senjata rahsia ninja yang boleh terbang jika dilempar.

1.4.2

Origami Modular atau Modular Origami

Origami Modular atau lebih dikenali dengan sebutan origami tiga dimensi. Ianya adalah origami yang mencantumkan unit-unit yang sama bentuk dan saiz bagi menghasilkan satu objek origami. Dalam origami jenis ini, gam, pita perekat dan gunting dibenarkan. Namun begitu, ianya lebih menekankan dinamik unit-unit untuk bercantum dan juga dicantum mengunakan teknik gulungan. Contoh yang popular ialah angsa, dan bebola kusudama. Biasanya lipatan modular berbentuk sederhana, namun untuk menyusunnya menjadi objek tertentu biasanya agak sukar.

1.4.3 Origami Basah atau Wet-Folding Origami Origami basah adalah seni melipat kertas dimana kertas yang digunakan dilembabkan atau dibasahkan. Kertas dibasahkan bertujuan untuk memudahkan melentur kertas bagi mendapatkan bentuk objek yang lebih semulajadi. Teknik ini menjadikan origami lebih berdimensi. Setelah bentuk origami selesai dibentuk, barulah origami ini dibiarkan kering. Kertas yang lembab lebih mudah dibentuk menurut geometri yang lebih fleksibel

dibandingkan dengan kertas kering. Keterampilan seni origami basah tidak hanya melipat tetapi juga membentuk permukaan objek seperti lekukan dan bonjolan.

1.4.5

Origami Asli atau Pureland Origami

Origami Asli adalah jenis seni melipat kertas dengan aturan iaitu hanya boleh menggunakan lipatan secara terus . Origami jenis ini adalah origami yang mengikut syarat-syarat origami, di mana tiada gam, tiada gunting dan tiada pita pelekat digunakan sama sekali. Origami ini juga terhasil dengan hanya lipatan dari sekeping kertas. Origami ini juga hanya satu lipatan dibenarkan dalam satu-satu masa. Jenis origami ini dikembangkan oleh seniman origami Inggeris yang bernama John Smith pada tahuun 1970-an untuk membantu orang mempelajari origami atau bersesuaian dengan orang mempunyai keupayaan yang terbatas dalam kemahiran motor.

1.4.6 Origami Tesselasi atau Origami Tesselations Tesselasi adalah seni membentuk susunan jubin pada bidang dua dimensi sehingga membentuk bidang yang teratur. Origami Tesselasi adalah seni membentuk susunan jubin menggunakan kertas yang dilipat sedemikian rupa sehingga menghasilkan bidang yang teratur.

1.4.7 Origami Kirigami Dalam seni origami tradisional tidak dikenal istilah kirigami, istilah kirigami sendiri baru diperkenalkan pada abad ke-20. Kirigami adalah seni melipat dan memotong kertas untuk membentuk objek seni iaitu penghasilan daripada pop-up card. Sebahagian orang

memasukkan kirigami sebagai sebahagian dari origami kerana namanya mempunyai unsur melipat kertas pada seni ini. Mereka yang mahir dalam Origami Kirigami memiliki daya imaginasi yang tinggi.

Bentuk origami yang kebiasaannya sesuai digunakan untuk pengajaran murid-murid bermasalah pembelajaran adalah Origami Asli atau Pureland Origami. Melalui perlaksanaan yang telah dijalankan di sekolah origami jenis ini amat bertepatan kerana origami jenis ini tidak melibatkan bahan yang banyak pada satu-satu masa contohnya gam dan gunting yang akan mengganggu kosentrasi murid mendengar arahan lipatan ansur maju. Selain itu, origami

ini juga hanya membenarkan satu lipatan dalam satu-satu masa. Ini bertepatan dengan masalah ketidakupayaan murid bermasalah pembelajaran yang memerlukan langkah lipatan secara ansur maju secara perlahan-lahan. Kajian ini di sokong dengan pengenalan origami oleh seniman origami Inggeris yang bernama John Smith untuk membantu orang yang mempunyai keupayaan yang terbatas dalam kemahiran motor untuk mempelajari origami.

1.5

BENTUK-BENTUK KATEGORI ORIGAMI

Terdapat banyak sekali bentuk-bentuk yang boleh dibuat dengan menggunakan teknik origami iaitu dengan membentuk benda-benda hidup mahupun benda-benda bukan hidup. Benda hidup yang dapat dibentuk melalui origami adalah haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Manakala bentuk-bentuk benda bukan hidup pula adalah pakaian dan sebagainya.

Melihat dalam konteks pendidikan khas, sudah sedia maklum murid-murid ini amat ketara meminati sesuatu benda hidup yang mampu menarik minat mereka dan secara tidak langsung mereka mempelajari dan mengenali benda hidup tersebut. Pengajaran benda hidup pula dapat difokuskan kepada origami haiwan. Manakala kategori haiwan dapat dikelaskan kepada tiga bahagian iaitu (1) origami haiwan di darat, (2) origami haiwan di laut dan (3) origami haiwan di udara.

Setiap

satu

bahagian

pembentukan

origami

ini

pula,

pembelajaran

akan

memperkenalkan dua contoh haiwan mengikut pengkelasan tersebut. Origami haiwan di darat akan memperkenalkan bentuk haiwan singa dan zirafah. Pengkelasan kedua iaitu origami haiwan di laut murid berkeperluan khas akan diperkenalkan dengan bentuk origami ikan dan ketam. Manakala dua bentuk origami haiwan di udara pula, pembelajaran akan memperkenalkan bentuk origami rama-rama dan burung.

1.5.1 Origami Ikan Penghasilan origami ikan dapat meningkatkan daya kreativiti murid pendidikan khas dan dapat menguatkan kemahiran motor kasar dan motor halus murid bermasalah pembelajaran. Bahan-bahan yang diperlukan adalah kertas origami bersaiz empat segi sama atau dikenali kertas duo serta pensel warna, krayon atau pen marker. Rajah 1.1 menunjukkan contoh lipatan untuk menghasilkan origami ikan dalam kategori origami haiwan di air. Berdasarkan

langkah lipatan, perkara asas yang penting adalah lipatan pertama iaitu melipat bucu kertas dan mendapatkan empat bahagian kesan garisan sebagai garis panduan melangkah kepada langkah seterusnya. Murid perlu melipat kedua-dua bahagian mendapatkan lipatan berbentuk segitiga. Kemudian, satu bahagian akan dilipat bagi mendapatkan kesan ekor ikan. Gunakan marker pen untuk melukis bulatan bagi menghasilkan mata ikan. Murid juga boleh melukis corak sisik serta murid dapat mengenali insang pada ikan dengan bantuan guru. Secara tidak langsung, penghasilan origami ini akan melibatkan penggabungjalinan konponen sains kepada murid-murid bermasalah pembelajaran. Langkah demi langkah perlu murid ikuti dengan penglibatan pemerhatian mata dan mendengar arahan guru untuk melipat serta pergerakan melipat kertas secara serentak bagi melaksanakan praktikal melipat kertas menghasilkan origami ikan. Oleh itu, pembelajaran origami ini mampu memberikan daya tumpuan dari segi penggunaan koordinasi mata serta tangan yang akhirnya akan meningkatkan kemahiran motor murid ini.

Rajah 1.1

Lipatan Ansur Maju Dalam Menghasilkan Origami Ikan

Manakala Rajah 1.2 menunjukkan murid-murid mengekspresikan bentuk origami ikan dalam bentuk lukisan yang bermakna iaitu dengan menggunakan pelbagai teknik lain untuk menghasilkan hidupan ikan di dasar laut. Teknik lain yang diterapkan sekali adalah teknik membentuk iaitu koyakan serta guntingan kertas warna untuk menghasilkan bentuk-bentuk batuan, buih dan rumpai laut di dalam lukisan mereka. Keadaan ini melambangkan betapa murid-murid bermasalah pembelajaran mampu mencipta sesuatu yang baharu berdasarkan pengalaman yang mereka alami. Selain itu, melalui hasil origami yang kreatif, ia akan mewujudkan sensitiviti deria penglihatan dan deria sentuhan kanak-kanak terhadap persekitaran mereka. Ini ditunjukkan dengan kaitan origami yang dikaitkan dengan unsure alam laut.

Rajah 1.2 Penghasilan Origami Ikan oleh Murid Bermasalah Pembelajaran

1.6

JENIS-JENIS KERTAS ORIGAMI

Terdapat pelbagai jenis kertas boleh digunakan untuk membuat origami contohnya kertas surat khabar, kertas fotostat, kertas origami yang khusus dan pelbagai kertas lain. Model Origami atau hasil karya origami sangat ditentukan oleh jenis bahan yang digunakan. Perkara utama dalam penghasilan origami adalah kertas. Kertas origami terdapat dalam pelbagai warna, saiz, jenis, corak dan gred. Terdapat beberapa jenis kertas origami seperti kertas origami biasa, kertas duo iaitu satu warna dibahagian atas dan warna lain dibahagian bawah, kertas washi, kertas chiyogami dan kertas kajang.

1.6.1 Kertas Washi Rajah 1.3 menunjukkan jenis-jenis kertas yang biasa digunakan dalam membuat model origami adalah kertas washi iaitu kertas origami khas dari Jepun yang amat berkualiti tinggi. Namun begitu, harganya yang mahal menghadkan penggunaan kertas jenis ini. Pada kebiasaannnya, kertas ini digunakan untuk menghasilkan origami model patung.

Rajah 1.3 Kertas Washi

1.6.2 Kertas Origami Biasa Jenis kertas kedua adalah kertas origami biasa atau lebih dikenali dengan kertas duo. Rajah 1.4 menunjukkan kertas origami dengan bentuk persegi iaitu mempunyai 4 sisi yang sama panjang yang merupakan kertas yang dihasilkan bercorak atau pun tanpa corak. Kertas jenis ini selalunya mudah didapati dan pada kebiasaannya dijual dengan harga yang lebih murah. Terdapat pelbagai pilihan corak dan juga tanpa corak mengikut kesesuaian bentuk origami yang dipilih.

Rajah 1.4 Kertas Origami Biasa atau Duo

1.6.3 Kertas Chiyogami Jenis kertas lain yang biasa digunakan ialah kertas Chiyogami yang ditunjukkan pada Rajah 1.5 yang menunjukkan secara mata kasar motif kertasnya mirip kepada washi, tetapi jika

dibandingkan kertas chiyogami mempunyai tekstur lebih halus dan lebih cenderung seperti kertas photostat. Perbezaan ketara adalah tambahan emas dicoraknya.

Rajah 1.5 Kertas chiyogami 1.6.4 Gold Fail Paper Rajah 1.6 merupakan Gold Foil Paper iaitu salah satu jenis kertas yang digunakan dalam pembentukan origami. Namun begitu, kertas ini masih jarang ditemui di negara kita. Kertas ini selalunya bersaiz besar dan perlu dipotong terlebih dahulu. Walaubagaimanapun kertas ini dikatakan kurang berkualiti dalam pemilihan bahan untuk menghasilkan origami.

Rajah 1.6 Gold Foil Paper

1.7

PEMILIHAN

KERTAS

ORIGAMI

UNTUK

MURID

BERMASALAH

PEMBELAJARAN Sedia maklum, origami mampu dilaksanakan dengan apa pun jenis kertas yang dipilih. Namun apa pun pilihan kertas yang digunakan, ciri penting yang perlu di ambil kira dalam pemilihan kertas origami adalah kertas yang dipilih mestilah mudah dilipat serta tidak mudah koyak. Aspek ini amatlah perlu dititikberatkan dalam pengajaran yang melibatkan muridmurid bermasalah pembelajaran yang mana memerlukan kertas yang tahan lasak atau dengan erti kata lain tidak mudah koyak. Selain itu, pemilihan kertas yang tidak bercorak adalah amat bersesuaian untuk murid-murid pendidikan khas. Ini adalah kerana faktor kemahiran motor halus mereka masih di tahap yang rendah dan memerlukan koordinasi mata dan tangan

secara serentak dalam menghasilkan origami. Keterbatasan kemahiran motor halus inilah memerlukan pemilihan kertas yang amat bersesuaian kepada mereka.

Kertas yang dikenalpasti amat bersesuaian untuk murid pendidikan khas adalah kertas origami biasa atau dikenali sebagai kertas duo bersaiz empat segi sama tanpa corak. Namun begitu, kertas ini sebolehnya berwarna warni kerana warna amat memainkan peranan dalam menarik minat murid selain memberikan tumpuan kepada koordinasi mata dengan lebih tepat. Origami yang diajar akan melibatkan lipatan, maka elakkan kertas origami bercorak yang mengganggu koordinasi mata murid pada peringkat awal pengenalan kepada origami dalam sesuatu bentuk. Namun begitu, kertas bercorak boleh digunakan sekiranya asas lipatan telah dikuasai serta kertas sebegini juga boleh digunakan sebagai aktiviti pengukuhan di mana pengulangan aktiviti dalam bentuk latihan lipatan berterusan mampu meningkatkan

koordinasi mata dan secara langsung meningkatkan kemahiran motor khususnya motor halus dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran.

1.8

IMPLIKASI ORIGAMI TERHADAP KOMPONEN SENI

Lipatan origami memberikan implikasi tertentu selain penguasaannya meningkatkan kemahiran motor, seni origami juga mampu memberi ruang kepada murid untuk mengekspresikan luahan mereka.

1.8.1

Kesedaran Reflektif

Melalui seni origami, mampu mewujudkan kesedaran individu dalam setiap murid pendidikan khas berdasarkan pengalaman yang dilaluinya di mana mereka dapat berfikir semasa mengeluarkan idea. Mereka akan sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kerana pada peringkat umur tujuh ke sepuluh tahun, kanak-kanak mempunyai rasa ingin tahu yang mendalam. Melalui origami, kanak-kanak akan merasai keseronokan dalam membentuk bahan seni melalui lipatan kertas dalam bentuk yang pelbagai. Selain itu, melalui origami juga mampu memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan mereka bersosial sesama rakan-rakan. Malah melalui aktiviti yang dijalankan di dalam kelas, sedikit sebanyak dapat membantu mereka meningkatkan keyakinan diri. Secara tidak langsung semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan akan terbentuk. Sifat hormat menghormati dan bertoleransi juga dapat dipupuk di mana wujud usaha mereka dalam membantu rakan membina sebuah binaan origami.

1.8.2

Perkembangan Afektif

Merupakan satu perkembangan yang berkesan dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Murid-murid pendidikan khas dapat merasai pengalaman yang amat bermakna dalam diri mereka. Pada peringkat ini, pada kebiasaannya mereka mula mempelajari unsur seni secara konkrit dan seterusnya ke peringkat yang lebih abstrak apabila mencapai umur yang sesuai. Meskipun murid bermasalah pembelajaran telah mengalami perkembangan yang terlewat dari umur mereka, namun melalui origami mampu mengurangkan kelewatan perkembangan ini. Oleh itu dengan pengalamian mereka sendiri membina origami, mereka mampu merasai pengalaman tersebut.

1.8.3 Perkembangan Kreativiti Kreatif adalah mencipta sesuatu yang baharu berdasarkan pengalaman yang lepas. Kebiasaannya, kanak-kanak dilahirkan secara semulajadi mempunyai sifat kreatif yang pelbagai. Peningkatan pemikiran yang kreatif akan dapat dilahirkan melalui kaedah latih tubi dan cuba jaya. Oleh demikian, melalui binaan origami, murid bermasalah pembelajaran sememangnya didedahkan dengan lipatan secara ansur maju dan berulang, maka secara langsung mereka terdedah dengan ruang untuk berkreatif. Selain itu, penggunaan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan mengeluarkan idea mereka melalui hasil seni yang dipamerkan. Pengamatan mereka menyiapkan hasil origami yang kreatif, akan mewujudkan sensitiviti deria penglihatan dan deria sentuhan kanak-kanak terhadap persekitarannya.

1.8.4 Keupayaan Daya Imaginatif Murid Imaginasi member makna bayangan imej dalam bentuk buah fikiran iaitu mental. Setiap murid-murid mempunyai daya imaginasi mereka sendiri. Imaginasi adalah satu bentuk bayangan bahan origami yang akan dilaksanakan dalam imej mental sebelum proses sebenar membuat bahan origami dimulakan. Dalam hal ini, guru memainkan peranan di dalam memberi peluang kepada murid-murid menjana idea kreatif mereka melalui bayangan imej

dalam fikiran mereka sendiri. Oleh itu, melalui binaan origami, murid mampu mengasah minda imaginatif mereka menjadi kenyataan melalui lipatan kertas.

1.9

KESIMPULAN

Penghasilan origami dapat memberikan peluang kepada murid untuk meluahkan ekspresi mereka melalui guntingan dan lipatan kertas. Selain itu, ia juga mampu membina atau meningkatkan kemahiran motor halus murid di dalam proses menggunting, melipat dan membentuk. Pembentukan sikap dan penerapan nilai murni juga dapat dilakukan melalui proses penghasilan origami di dalam Program Pendidikan Khas Integrasi.

RUJUKAN
Bahagian Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Huraian Sukatan Pelajaran Sosial, Riadah dan Kreativiti Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah : Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Corcos, D. M., Shemmell, J., and Vaillancourt, D. E. (2008). Mechanism underlying shortterm motor learning, long-term motor learning and transfer. In M. Guadagnoli (Ed.), Human learning : Biology, brain and neuroscience (pp. 177-187). Amsterdam : Elsevier.

Haliza Hamzah (2008). Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kunde et al. (2007). No anticipation no action : The role of anticipation in action and perception. Cognitive Processes, 8, 71-78. Magill, R. A. (2007). Motor learning and control : Concepts and applications (8th ed.). Dubuque, IA:McGraw Hill.

Magne, C. and Kelso, J.A.S. (2008). A dynamical framework for human skill learning. In M. Guadagnoli (Ed.), Human learning : Biology, brain and neuroscience (pp. 189203). Amsterdam:Elsevier. Simon dan Muller (2012). A model for the Transfer of Perceptual Motor Skill Learning in Human Behaviors : American Alliance for Health, Physical Education.

Sulaiman Masri. (2003). Kaedah Penyelidikan Dan Penulisan. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

You might also like