You are on page 1of 7

Istilah intervensi awal adalah merujuk kepada strategi pencegahan yang ditujukan

kepada seseorang atau sesuatu kumpulan orang yang berisiko menghadapi pelbagai
masalah seperti penyalahgunaan dadah, alkohol, merokok dan sebagainya. Manakala
intervensi awal kanak-kanak pula merujuk kepada perkhidmatan pendidikan atau
perkhidmatan teraputik (therapeutic services) yang diberikan kepada kanak-kanak
yang berada di bawah umur lapan tahun (Brunder, 2006). Menurut Sigel’s (1972)
intervensi awal kanak-kanak merujuk kepada perkhidmatan yang doisediakan kepada
kanak-kanak bermula daripada selepas dilahirkan sehingga umur di bawah lima tahun
berdasarkan Individuals with Disabilities Act (IDEA, 2004).
Terdapat beberapa golongan yang boleh memberi intervensi awal kepada kanak-
kanak. Antaranya ialah individu yang mempunyai lesen untuk menjalankan ujian,
guru pendidikan khas, ahli fisioterapi, pekerja sosial yang bertauliah, doktor dan
jururawat , orthopedik dan audiologis. Pakar-pakar yang memberi perkhidmatan
telah mengenalpasti tiga golongan kanak-kanak dari kumpulan ‘at risk’ yang
memerlukan perkidmatan.

Intervensi awal mempunyai beberapa tujuan iaitu untuk membantu ibu bapa untuk
mengawal dan menangani masalah anak mereka. Selain itu, ia dapat menyediakan kanak-
kanak untuk mengahadapi suasana pembelajaran yang sebenar dan juga dapat mengelakkan
perkembangan terbantut. Intervensi awal dapat menghalang kecacatan yang dialami
menjadi lebih teruk. Pakar juga akan dapat menentukan objektif dan rawatan yang
bersesuaian dengan kanak-kanak.

Rujukan

Jamila K.A. Mohamed, 2005, Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa, PTS
Professional, Kuala Lumpur.
http://www.scribd.com/doc/3991270/IP-tingkah-laku-teknik-modifikasi
http://peoplelearn.homestead.com/psychlearncontent2d.html
http://myais.fsktm.um.edu.my/4794/1/3.pdf

Berhubung dengan itu, Fallen dan Umansky pada 1985 menyatakan intervensi merujuk
kepada proses tentang gangguan hidup dari ketidakupayaan kanak-kanak dan keluarga kepada
tujuan untuk mengubah arah dan akibat dari ketidakupayaan atau perkembangan lambat (Richard
M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 46).
Seterusnya penilaian perkembangan ini adalah untuk digunakan oleh jururawat, pakar
pediatrik atau pakar kesihatan yang lain untuk tujuan merancang program yang
bersesuaian untuk kanak-kanak tersebut. Pakar bidang perubatan boleh memastikan kanak-
kanak tersebut mendapat bantuan yang benar-benar diperlukan mengikut jenis ketidakupayaan
yang dimiliki kanak-kanak itu. Penilaian perkembangan yang dirujuk itu membolehkan dia
membuat laporan tentang tahap-tahap yang dicapai oleh kanak-kanak mengikut domain-domain
(Judith Bondurant-Utz, 2002:77).

Intervensi Awal

Definisi & konsep intervensi awal

Ø Satu proses membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan sokongan kepada kanak-kanak yang
berisiko atau yang mengalami kelambatan dalam perkembangan fizikal atau mental yang akan
mempengaruhi perkembangan dan menghalang pembelajaran.

Ø Menurut Hanson & Lynch (1989), intervensi awal ialah gabungan usaha pendidikan, maklumat
tentang pemakanan, perkembangan kemahiran motor, penjagaan diri, interaksi sosial, dan sokongan
keluarga yang dilaksanakan sejurus ketidakupayaan dikenal pasti.

Ø Menurut Kail (2001), intervensi awal memberikan perkhidmatan rawatan, pemulihan, bimbingan,
dan khidmat nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa sebaik sahaja sesuatu kecacatan dikesan
atau dikenal pasti dialami oleh seseorang kanak-kanak.

Ø Sebagai contohnya, bagi kebanyakan murid sekolah rendah, masalah pemulihan menjadi jelas
apabila mereka gagal untuk menguasai kemahiran membaca, menulis, dan mengira.

Ø Tingkah laku yang sering dilihat ialah ketidakupayaan untuk memberi tumpuan.

Ø Lama-kelamaan kurikulum menjadi semakin susah apabila mereka dikehendaki mempelajari


bidang-bidang ilmu lain.

Ø Setelah beberapa tahun mengalami kegagalan dalam bidang akademik, masalah emosi mula
muncul yang menghalang interaksi dengan murid lain.

Ø Oleh itu, intervensi awal sangat penting untuk membantu kanak-kanak ini .

Ø Para ibu bapa dan guru tidak harus berputus asa terhadap kanak-kanak pemulihan.

Ø Sebaliknya, mereka harus memberikan sokongan sepenuhnya melalui usaha intervensi awal.
Tujuan

Wolfendale (1997) mengemukakan 4 tujuan utama intervensi awal:

Membekalkan sokongan kepada keluarga supaya berupaya menyokong perkembangan kanak-kanak.

meningkatkan perkembangan kanak-kanak dalam bidang utama seperti komunikasi dan mobiliti.

meningkatkan keyakinan kanak-kanak

mengelakkanberlakunya masalah pada masa hadapan

Kepentingan Intervensi Awal

• Memastikan kadar tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak berlaku dengan pesat sekali
pada peringkat usia di bawah lima tahun.

• Dapat menghalang masalah daripada menjadi lebih serius ataupun mengakibatkan timbulnya
masalah sekunder.

• Mengelakkan timbulnya masalah sampingan seperti masalah emosi, sosial dan kognitif yang
seterusnya menjejaskan bidang akademik.

• Meningkatkan kemahiran komunikasi kanak-kanak agar lebih berkesan serta menyeluruh.

• Memperkembangakan bahasa.

• Memperkembangan penguasaan kemahiran-kemahiran asas (3M) seperti membaca, menulis


dan mengira.

• Meneruskan pembelajaran ke kelas biasa.

• Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bergaul dengan rakan-rakannya.

• Membina keyakinan diri kanak-kanak.

Perlaksanaan intervensi awal


Ø Pemilihan pelaksanaan intervensi awal secara individu, secara kumpulan kecil atau seluruh kelas
bergantung kepada tahap keterukan sesuatu ketidakupayaan.

Ø Guru harus menentukan kesesuaian strategi-strategi tersebut ke atas seluruh kelas, sekumpulan
kecil atau orang perseorangan.

Ø Pemilihan ini bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk menilai strategi intervensi yang
terbaik mengikut jumlah pelajar dan jenis ketidakupayaan.

Intervensi Berpusatkan Guru

Ø Menurut Gersten (1998), intervensi berpusatkan guru adalah satu kaedah yang berkesan untuk
mengajar dan mengawal murid bermasalah pembelajaran dan tingkah laku.

Ø Golongan pendidik seharusnya sedar tentang peranan mereka yang tidak hanya terbatas untuk
memberi ilmu pengetahuan, tetapi mencegah sesuatu ketidakupayaan itu menjadi lebih kronik
apabila kanak-kanak tersebut sudah dewasa.

Ø Guru memainkan peranan utama dalam sesi pengajaran dan pemulihan.

Ø Dalam intervensi ini, guru menentukan jenis strategi yang perlu digunakan, model dan
demonstrasi, memberi arahan kepada kanak-kanak dan memantau kemajuan mereka.

Ø sesuai digunakan pada tahap pemerolehan pengetahuan dan kemahiran.

Intervensi Berpusatkan Murid

Ø Menurut Graham, Harris, dan Reid (1993), intervensi berpusatkan murid lebih sesuai bagi murid
yang berkemampuan mengawal tingkah laku sendiri.

Ø Apabila murid yang boleh mengawal tingkah laku sendiri dikenal pasti, barulah intervensi
berpusatkan murid dilaksanakan.

Ø Istilah ‘berpusatkan murid’ membawa imej tentang murid yang berdikari, bergantung pada diri
sendiri, dan berjaya mengendalikan proses-proses pemulihan dalam kelas biasa.

Ø Dalam intervensi berpusatkan murid, murid memainkan peranan utama tetapi masih mendapat
bimbingan dalam beberapa perkara daripada guru kelas.

Ø Murid akan diajar prosedur-prosedur kawalan diri, menentukan matlamat yang realistik,
menangani kekecewaan, dan cara mengatasi masalah.
Ø melatih murid supaya dapat ‘berdiri di atas kaki sendiri’.

Intervensi Berpusatkan Keluarga

Ø Dalam pendekatan intervensi berpusatkan keluarga, kanak-kanak dilihat sebagai sebahagian


daripada sistem sesebuah keluarga.

Ø Apabila ibu bapa dilibatkan dalam proses intervensi, keluarga itu akan menjadi elemen yang
mustahak dalam proses pemulihan kanak-kanak berkenaan.

Ø memperbaiki interaksi di antara kanak-kanak dengan golongan dewasa.

Ø Intervensi berpusatkan keluarga memerlukan komitmen yang tinggi daripada setiap ahli sesebuah
keluarga.

Pendekatan ini juga mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan meningkatkan kefahaman
tentang keperluan individu berkeperluan khas

BENTUK INTERVENSI YANG SESUAI

• Kanak-kanak yang dikenal pasti menghadapi masalah bahasa hendaklahlah diberi perhatian
untuk dipulihkan dengan segera.

• Tindakan awal untuk membantu memulihkan atau mengurangkan masalah yang dihadapi oleh
kanak-kanak ini dikenali sebagai intervensi.

• Apabila mengajar bahasa kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak masalah


pembelajaran, guru hendaklah menggunakan beberapa teknik pengajaran yang khusus bagi
memenuhi keperluan bahasa kanak-kanak tersebut.

• Dalam merangka intervensi pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada kanak-kanak masalah
pembelajaran, aktiviti hendaklah berfokuskan kepada mereka.

• Antara intervensi pengajaran bahasa yang mungkin dapat membantu kanak-kanak mengatasi
masalah penguasaan bahasa mereka

i. Ajar bahasa di dalam situasi


• Mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan akan membantu kanak-kanak memahami isi
pelajaran dan seterusnya menguasai kemahiran bahasa yang diajar.

• Contoh: mengajarnya ketika dia bermain sesuatu permainan

ii. Ikut urutan perkembangan bahasa normal

• Pengajaran bahasa hendaklah berdasarkan kemampuan berbahasa kanak-kanak mengikut


peringkat umur mereka.

iii. Guna strategi pengajaran yang khusus dan berkesan ketika memperkenalkan konsep baru

• Kini, pelbagai strategi pengajaran khusus boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak
masalah pembelajaran .

• Antara ialah:

-kaedah VAKT

-kaedah fonik dan sebagainya.

iv. Bercakap tentang apa yang mereka fikir atau lakukan

• Kanak-kanak mesti dilatih bercakap dan menyampaikan buah fikiran mereka.

• Satu cara mudah merangsang mereka bercakap adalah dengan meminta mereka bercakap
tentang apa yang mereka sedang fikirkan atau perkara yang mereka sedang lakukan.

vi. Gunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagi kemahiran bahasa yang khusus

• Menunjukkan contoh yang betul atau menggunakan teknik modeling supaya kanak-kanak
dapat meniru kemahiran bahasa yang betul.

• Kemahiran bacaan mekanis misalnya boleh dajar dengan cara guru menunjukkan cara bacaan
yang betul atau menayangkan rakaman pembaca berita TV yang sedang membaca berita.
vii. Menggunakan aktiviti harian dalam menyediakan latihan kemahiran-kemahiran bahasa dalam
lingkungan konteksnya

• Aktiviti harian kanak-kanak sama ada di rumah atau di sekolah boleh dimanfaatkan dengan
menyediakan pengalaman-pengalaman bahasa yang boleh mereka pelajari.

Selain itu, aktiviti harian pelajar juga boleh digunakan sebagai bahan atau tema bagi sesuatu
pengajaran bahasa.

You might also like