You are on page 1of 6

Tinjauan Kebolehbinaan Lokasi Tapak dan Bangunan Semasa merancang penubuhan sesebuah tadika, terdapat beberapa aspek yang

perlu ditekankan. Salah satu daripadanya ialah kesesuaian tapak dan lokasi tadika. Penentuan lokasi perlu mengambil kira keluasan kawasan untuk dijadikan tapak bangunan tadika. Mengikut Akta 267 (perancangan) Wilayah Persekutuan 1982

seksyen 19 di dalam laman web http://www.scribd.com/doc/55956436/Asgment-PRANov, sesebuah bangunan yang akan dijadikan pusat tadika tidak boleh digunakan serentak sebagai tempat kediaman, kedai atau klinik. Setiap bangunan tadika mestilah sesuai dari segi keselesaan, reka bentuk, struktur dan juga keselamatan.

Ini bermakna, tadika haruslah dibina di kawasan tanah yang rata dan jauh dari kesesakan lalu lintas. Ini adalah kerana, tadika yang dibina di tapak rata akan

mengelakkan daripada berlakunya keruntuhan bangunan. Selain itu, tadika yang dibina jauh daripada kesesakan lalu lintas berupaya mengelakkan risiko kanak-kanak daripada mengalami kemalangan. Lokasi pembinaan tapak tadika yang bersesuaian akan

membolehkan kanak-kanak tidak berasa terganggu ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan kerana jauh daripada bunyi-bunyi bising. Dengan itu, kanakkanak boleh melakukan aktiviti pembelajaran dengan perasaan seronok.

Tapak tadika ialah di atas sebidang tanah luas 800 meter persegi di Jalan Haji Iskandar, Ipoh, Perak. Tapak dan bangunan Tadika Mesra beralamat di No. 56, Fasa 3, Taman Pine Avenue. Untuk sampai ke Tadika Mesra ini, jika dari pusat Bandar,

selepas melalui lampu isyarat Jalan Tun Haji Bujang, terus memandu lurus dan belok ke kiri bersebelahan dengan Kuarters Bomba. Tadika Mesra disewa dengan kadar sewa sebanyak RM 950 sebulan.

Pelan Lantai Bahagian Dalam dan Luar Tadika Mesra

Pelan Lantai Bahagian Dalam Tadika Mesra

Dapur

Stor

L L P

Ruang Makan

Circle time

Petunjuk: Rak Meja guru Papan Kenyataan Pentas Meja murid Pintu masuk Pintu kecemasan Meja tunjang komunikasi Tempat meletak beg, cermin dan berus gigi Papan Putih

Pelan Lantai Bahagian Luar Tadika Mesra

Kelas Tadika Mesra

Padang

Petunjuk: Tempat permainan Tempat main air

Tempat main pasir

Pondok kecil

Kemudahan Kemudahan yang terdapat di luar Tadika Mesra ialah taman permainan seperti buaian, jongkang-jongket, gelongsor, tempat main pasir dan air, pondok menunggu, dan padang. Manakala contoh-contoh kemudahan yang terdapat di bahagian dalam kelas Tadika Mesra adalah seperti rak-rak yang diletakkan di sudut-sudut pembelajaran. Contohnya, rak buku, rak penyimpanan boneka dalam sudut komunikasi, rak penyimpanan alat muzik dan rak penyimpanan alat seni yang boleh didapati dalam sudut fizikal dan estetika. komputer. Kewangan Menerusi laman sesawang http://www.slideshare.net/saadahmaidin/slot-1Dalam sudut sains dan teknologi pula mempunyai kemudahan seperti

pengurusan-prasekolah-vistana menyatakan bahawa kewangan adalah satu bahan pengantaraan dan ditukar ketika membeli sumber yang diperlukan untuk membangun pusat pendidikan awal kanak-kanak. Untuk menukarkan idea menjadi tindakan yang akhir yang terbina pusat pendidikan awal kanak-kanak, beberapa jenis sumber perlu digabungkan dengan betul. Untuk mengendalikan sesebuah tadika, maka pengagihan kewangan perlu dilakukan dengan bijak. Kelalaian dalam membuat pengagihan dan mengurus kewangan akan mendatangkan masalah dan menjejaskan pelaksanaan pembelajaran di pusat pendidikan ini. Oleh itu pengurusan kewangan yang baik dan teratur hendaklah dirancang dan sentiasa dikemas kini.

Peruntukan yang digunakan untuk Tadika Mesra ialah sebanyak RM 40,000 pada peringkat permulaan. Tadika Mesra ialah hasil perkongsian 3 orang pemilik iaitu Fatma Zuhra, Liew Ven Fung dan Wong Min Yee.

Terdapat empat kategori sumber yang diperlukan untuk membina sebuah Tadika Mesra. Sumber pertama ialah bahan (material). Peruntukan duit sebanyak RM 40,000 telah digunakan untuk membeli bahan-bahan pembinaan seperti batu-bata, simen, pasir, mozek lantai dan cat-cat yang terdiri daripada pelbagai jenis warna.

Sumber kedua yang diambil kira dalam Tadika Mesra ialah peralatan (equipment). Duit yang diperuntukkan untuk membeli peralatan ialah sebanyak RM 2000. Ini kerana setiap peralatan yang disediakan mampu menggalakkan pembelajaran yang maksimum dalam kalangan murid-murid. Di dalam kelas Tadika Mesra dipenuhi contoh peralatan

seperti patung boneka, berus gigi, model gigi, sikat, komputer dan sebagainya. Peruntukan kewangan juga akan diambil kira untuk membina bahagian dapur dan tandas.

Sumber ketiga untuk membina Tadika Mesra ialah ruang. untuk setiap ruang akan dikira dengan teliti.

Ini bermakna badjet

Ruang-ruang yang dimaksudkan

termasuklah taman permainan dan susunan hiasan di sekitar Tadika Mesra. Duit yang diperuntukkan untuk membina ruang-ruang di Tadika Mesra ialah RM 2000.

Sumber terakhir yang perlu dititikberatkan dalam pengurusan kewangan ialah tenaga manusia. Oleh itu, 3 orang pemilik Tadika Mesra telah menggaji 10 orang

pekerja untuk membina Tadika Mesra. Organisasi pengurusan

Pengelolaan sesebuah tadika merupakan salah satu aspek penting bagi memastikan sistem organisasi tadika berada dalam keadaan yang teratur. Menerusi laman sesawang http://skdua.blogspot.com/2008_11_01_archive.html menjelaskan

pengelolaan bermaksud pengaturan, penyusunan dan pelaksanaan perancangan yang dibuat dan melibatkan pengembelengan semua elemen yang ada di sesebuah tadika yang terdiri daripada guru, murid-murid dan staf sokongan. Selain itu, elemen lain yang memerlukan pengurusan termasuklah bangunan tadika, kawasan, kewangan dan peralatan.

Di Tadika Mesra, seorang guru yang mempunyai bidang luas dalam pendidikan awal kanak-kanak akan diambil untuk mengajar murid-murid yang berumur antara 5-6 tahun. Guru yang mengajar Tadika Mesra akan dibantu oleh seorang pembantu Selain itu, tugas guru di Tadika Mesra bukan sahaja mengajar

pengurusan murid.

murid-murid, malah guru di Tadika Mesra bertanggungjawab memastikan kelas yang berada di bawah jagaannya berada dalam keadaan selamat, ceria dan semua

kemudahan peralatan yang digunakan berfungsi dengan baik. Guru juga berperanan sebagai pengurus kewangan dengan menguruskan duit pembiayaan kemasukan muridmurid dan mengutip dana untuk aktiviti tahun Tadika Mesra. Contohnya seperti aktiviti sukaneka, lawatan, sambutan hari jadi dan majlis konvokesyen murid-murid.

Manakala pembantu pengurusan murid di Tadika Mesra berperanan dalam menyediakan menu makanan setiap hari dan membantu mengurus diri murid-murid. Bukan itu sahaja, pembantu juga berperanan membantu guru menguruskan fail murid di Tadika Mesra.

Kebersihan dan keceriaan Tadika Mesra akan diuruskan oleh guru dan pembantu. Ini bermakna, Tadika Mesra akan menggunakan kudrat guru dan pembantu untuk menguruskan persekitaran Tadika Mesra.

You might also like