You are on page 1of 65

JAMINAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARA

PANDUAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARA

2017

Disediakan oleh Jawatankuasa Jaminan Kualiti PERMATA Q

Unit Jaminan Kualiti PERMATA Q


Jabatan Perdana Menteri
Aras 3, Blok Podium
Menara Usahawan
Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya
SENARAI KANDUNGAN

MUKA
BIL PERKARA
SURAT

1 Pengenalan 1

2 Objektif Panduan Kualiti Kurikulum PERMATA Negara 1

3 Huraian Standard Kualiti (SQ) Kurikulum PERMATA Negara 2

SQ 1: Amalan Rutin dan Pengasuhan Kanak-kanak 3 - 13

SQ 2: Pembelajaran dan Pentaksiran Kanak-kanak; 14 - 27

SQ 3: Asuhan dan Penilaian Bayi; 28 - 42

SQ 4: Keselamatan Fizikal dan Sumber Pembelajaran; 43 - 51

SQ 5: Sumber Manusia 52 - 56

SQ 6: Pengurusan. 57 - 63
PANDUAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARA

1. PENGENALAN

1.1 Panduan Kualiti Kurikulum Permata Negara (disebut “Panduan Standard


Kualiti atau Panduan SQ” selepas ini) dikeluarkan oleh pihak berkuasa
Jawatankuasa Kualiti PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri, 2014.

1.2 Panduan SQ ini merupakan dokumen rujukan bagi TASKA yang berdaftar di
bawah Akta TASKA 1984 dan TASKA di bawah kelolaan agensi awam untuk
merangka dan melaksanakan program Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-
kanak secara teratur dan menepati piawai kualiti yang telah ditanda aras
amalan baik antarabangsa.

1.3 Panduan SQ ini juga merupakan dokumen rujukan dalam pensijilan


PERMATA Q yang digunakan bersama Peraturan untuk Persijilan PERMATA
Q dan Instrumen Penilaian dan Pelaporan PERMATA Q.

1.4 PERMATA Negara adalah program pendidikan awal dan jagaan kanak-kanak
di bawah umur empat (4) tahun yang dikendalikan di bawah program
PERMATA mengikut kelulusan Jemaah Menteri bertarikh 24 Oktober 2008.

1.5 Kurikulum PERMATA Negara telah diterima pakai sebagai Kurikulum


Kebangsaan mengikut pindaan Peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012.

1.6 Sijil Perakuan PERMATA Q dianugerahkan kepada TASKA yang telah


melalui proses Jaminan Kualiti Permata Q dan mencapai hasrat dan matlamat
Kurikulum PERMATA Negara.

2. OBJEKTIF PANDUAN KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARA

Panduan Kualiti Kurikulum PERMATA Negara bertujuan:

2.1 Membantu TASKA yang menggunapakai Kurikulum PERMATA Negara


memenuhi semua aspek kualiti pengasuhan dan pembelajaran yang ditanda
aras amalan baik antarabangsa.

1
2.2 Membantu TASKA membuat penilaian kendiri dan bersedia untuk penilaian
validasi.

2.3 Membantu TASKA mengenalpasti amalan-amalan baik yang sudah wujud di


TASKA dan mengambil tindaka memperkukuhkan amaln-amalan tersebut

2.4 Membantu TASKA mengenalpasti kelemahan dan memupuk budaya menilai


dan menambaik mutu pendidikan dan asuhan kepada kanak-kanak sebagai
kitaran kualiti secara berterusan dan sukarela.

3. HURAIAN STANDARD KUALITI (SQ) KURIKULUM PERMATA NEGARA

3.1 Panduan SQ mencakupi aspek-aspek penting yang ditekankan dalam Kurikulum


PERMATA Negara. Aspek-aspek ini dinyatakan sebagai “standard kualiti atau SQ”
yang merangkumi enam perkara berikut:

3.1.1 SQ 1: Amalan Rutin dan Pengasuhan Kanak-kanak;


3.1.2 SQ 2: Pembelajaran dan Pentaksiran Kanak-kanak;
3.1.3 SQ 3: Asuhan dan Penilaian Bayi;
3.1.4 SQ 4: Keselamatan Fizikal dan Sumber Pembelajaran;
3.1.5 SQ 5: Sumber Manusia; dan
3.1.6 SQ 6: Pengurusan.

3.2 Setiap aspek penilaian dibahagikan kepada beberapa SQ yang dihuraikan secara
terperinci sebagai panduan untuk dilaksanakan oleh TASKA.

3.3 Panduan SQ ini bukan panduan muktamad dan akan kaji semula dan dikemaskini
dari masa ke semasa mengikut keperluan dan perkembangan baru.

2
AMALAN RUTIN DAN PENGASUHAN KANAK-
KANAK
1.1 Pengendalian Aktiviti Rutin PERMATA
1.1.1 Menyambut Ketibaan
1.1.2 Circle Time / Perjumpaan Pagi
1.1.3 Makan Dan Minum
1.1.4 Kecergasan
1.1.5 Kebersihan Diri Kanak-kanak
1.1.6 Keselamatan
1.1.7 Rehat Dan Tidur
1.1.8 Pulang
1.2 Penerapan Nilai Murni Dan Tingkah Laku Positif Dalam
Asuhan
1.3 Bimbingan Kanak-kanak Yang Mempunyai Masalah Tingkah
Laku

1.1 Pengendalian Aktiviti Rutin PERMATA

Pendidik/Pengasuh bertanggungjawab melaksanakan amalan rutin dan asuhan yang


memupuk tingkah laku kanak-kanak sehingga menjadi kebiasaan atau tabiat (habit) yang
positif seperti mencuci tangan dengan betul sebelum dan selepas makan. Semua proses
ini merupakan langkah-langkah pengasuhan rutin memastikan kanak-kanak dididik
menjadi individu berdisiplin, tertib, mulia dan dapat hidup secara berdikari. Amalan
rutin juga memastikan kanak-kanak dalam keadaan sihat untuk mengikuti pembelajaran
di TASKA.

Antara amalan rutin yang baik adalah seperti berikut:-

1.1.1 Menyambut Ketibaan


Pendidik mesti menyambut ketibaan kanak-kanak dengan gembira, mengucap
salam dan bersalaman dengan kanak-kanak, sambil bertanya khabar dan kanak-
kanak memberi respons kepada salam dengan gembira. Pendidik juga berbual
3
(bertanya khabar) dengan ibu/bapa mengenai kanak-kanak, sambil ibu/bapa
menandatangani Buku Kehadiran dan memulangkan Buku Log Harian Anak
PERMATA. Pendidik menyemak barangan peribadi yang dibawa dan memastikan
barangan peribadi yang dibawa dalam keadaan bersih. Sekiranya ibu-bapa
membekalkan ubat-ubatan, pendidik perlu mendapat arahan terperinci daripada
ibubapa tentang pengambilan ubat tersebut.

Pendidik hendaklah memeriksa keadaan kanak-kanak di hadapan ibu/bapa untuk


memastikan tiada sebarang tanda-tanda penyakit/demam atau tanda-tanda lebam
atau luka. Selepas itu, kanak-kanak bersalam dengan ibu/bapa dan membawa
begnya masuk ke kelas.

1.1.2 Circle Time / Perjumpaan Pagi

Aktiviti ‘Circle Time’ adalah sangat penting di mana semua kanak-kanak diasuh
untuk berkumpul (sebagai satu komuniti), dimulakan dengan doa, dan diikuti
dengan nyanyian lagu NegaraKu, lagu Kebangsaan Negeri, Lagu PERMATA, lagu-
lagu patriotik dan membaca Ikrar Anak PERMATA. Bendera Malaysia hendaklah
dikibarkan semasa menyanyikan lagu NegaraKu. Pendidik hendaklah
menerapkan ciri-ciri patriotik dan memastikan kanak-kanak berdisiplin dan berdiri
tegak menghormati Bendera Malaysia/Negeri yang dikibarkan atau dinaikkan
semasa menyanyikan lagu NegaraKu/Negeri.

Pendidik memanggil nama kanak-kanak dengan mesra dan kasih sayang,


seumpama mengambil kedatangan untuk membolehkan kanak-kanak saling
mengenali di antara satu sama lain. Pendidik digalakkan bertanya khabar dengan
kanak-kanak. Pendidik memberi pujian dan dorongan untuk membantu kanak-
kanak berasa dihargai dan dikasihi. Selepas bertanya khabar, pendidik boleh
mengadakan senaman atau pergerakan kreatif, samada di dalam atau di luar

4
TASKA. Circle time dilaksanakan dalam masa tidak lebih daripada 30-40 minit
sahaja.

1.1.3 Makan dan Minum


1.1.3.1 Pemakanan

TASKA mematuhi Garis Panduan Pemberian Makanan Bayi dan Kanak-Kanak


Kecil, Bahagian Permakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia 2008, (Kurikulum
PERMATA Negara 2013, m.s.36-39), Akta TASKA 1984 (Pindaan 2007) Peraturan-
peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012 Bahagian XIII; perenggan 43 (1)(2) (a-
b) yang menyatakan:

“Jadual Makan: 43 (1) Pengusaha, pengurus atau penyelia, mengikut


mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyediakan Jadual makan
bagi kanak-kanak di Taman asuhan kanak-kanak. (2) Jadual makan
hendaklah disediakan mengikut: (a) skala diet yang dinyatakan dalam
Jadual Keempat; dan (b) kaedah penyusuan yang dinyatakan dalam
Jadual Kelima.”

TASKA menyediakan pemakanan sihat dan seimbang mengikut modul Pendidik


Permata 2013, m.s 100-113.

Pendidik wajib tahu jika ada kanak-kanak yang mengalami alahan terhadap sesuatu
jenis makanan.

1.1.3.2 Adab makan

Pendidik menjadikan suasana makan sebagai waktu yang sangat ditunggu-tunggu,


waktu yang sangat gembira, waktu untuk bersyukur dan berterima kasih. Suasana
makan mestilah ceria dan teratur, tidak bising atau kelam kabut.

5
Pendidik memastikan kanak-kanak beratur, menunggu giliran untuk membasuh
tangan, mengambil makanan sendiri, duduk dengan tertib, menunggu rakan-rakan
semua duduk dan membaca doa sebelum dan selepas makan.

Pendidik memastikan kanak-kanak bersopan santun, mengikuti tata tertib semasa


makan. Pendidik memastikan kanak-kanak menggunakan pinggan-mangkuk,
sudu, garpu, dan bekas minuman yang sesuai bagi kanak-kanak.

Pendidik membimbing kanak-kanak untuk berdikari dan makan sendiri dengan


cermat dan tertib mengikut adab makan seperti tidak bercakap semasa makanan di
dalam mulut, makan dengan tangan kanan, menghabiskan makanan dan
mengambil makanan yang dekat dengannya sahaja.

Pendidik duduk bersama kanak-kanak semasa makan sambil bercerita atau


menerangkan tentang zat makanan, atau sebagainya dan menggalakkan kanak-
kanak menghabiskan makanan. Pendidik perlu prihatin bahawa kanak-kanak telah
makan dan minum secukupnya. Pendidik perlu juga menggalakkan kanak-kanak
minum air kosong.

Selepas makan, pendidik menggalakkan kanak-kanak meletakkan pinggan dan


cawan masing-masing ke dalam bekas yang disediakan, membersihkan meja dan
menyusun kerusi yang telah digunakan.

1.1.4 Kecergasan

Pendidik memastikan aktiviti jasmani seperti senaman, tarian, pergerakan kreatif,


permainan bebas dilakukan oleh kanak-kanak setiap hari pada masa-masa sesuai
contohnya semasa/selepas circle time dan sebelum pulang.

6
1.1.5 Kesihatan dan Kebersihan Diri Kanak-kanak

Kanak-kanak berisiko tinggi dijangkiti penyakit di TASKA kerana pergaulan


sesama mereka. Pendidik sentiasa mengamalkan peraturan-peraturan kebersihan
dan kesihatan di TASKA mengikut Buku Modul Latihan (m.s. 512-525), untuk
mengelakkan kanak-kanak dijangkiti penyakit.

1.1.5.1 Pemeriksaan kesihatan

Pihak TASKA menjemput pegawai perubatan dan pergigian kanak-kanak ke


TASKA secara berkala dan memastikan ibu-bapa membawa kanak-kanak untuk
pemeriksaan lanjut jika perlu.

Semua rekod kesihatan kanak-kanak (imunisasi dan vaksinasi, carta pertumbuhan


gigi, rekod Indeks BMI, rekod alahan, kecacatan, dan penyakit yang pernah atau
sedang dialami) disimpan secara sulit, sistematik, kemaskini dan mudah diakses.

Pendidik mengasingkan kanak-kanak yang sakit dan menghubungi ibubapa kanak-


kanak tersebut untuk membawa pulang anak mereka.

1.1.5.2 Amalan Membasuh tangan

Pendidik hendaklah mengajar kanak-kanak membasuh tangan dengan cara yang


betul. Ini termasuk kanak-kanak membasuh tangan dengan cermat menggunakan
air semasa membilas dicelah-celah jari dengan menggunakan sabun. Selepas itu
mereka mengelap tangan dengan tuala kering yang disediakan atau dengan tuala
sendiri. Semua kanak-kanak membasuh tangan setiap kali sebelum dan selepas
makan. Pendidik memastikan kanak-kanak membasuh tangan sendiri selepas

7
semua aktiviti terutama selepas bermain di luar kelas, samada bermain fizikal, main
air, main pasir, nature walk, atau selepas berkebun dan sebagainya.

1.1.5.3 Gosok Gigi

Setiap kanak-kanak mempunyai bekas (kit) menyimpan berus dan ubat gigi sendiri.
Kanak-kanak diajar menunggu giliran untuk menggunakan sinki. Sebelum mandi,
semua kanak-kanak menggosok gigi menggunakan berus gigi sendiri dengan
dipantau oleh Pendidik supaya memberus gigi dan berkumur dengan betul.

1.1.5.4 Mandi

Kanak-kanak dikehendaki mandi sekurang-kurangnya sekali sehari dan mengikut


keperluan. Kanak-kanak menggunakan bilik mandi berasingan di antara laki-laki
dan perempuan atau mengambil giliran mengikut gender. Kanak-kanak 2 hingga 4
tahun menanggal pakaian sendiri, mandi sendiri menggunakan sabun dan syampu
dengan penyeliaan pendidik. Kanak-kanak tidak membazirkan air. Selepas mandi,
kanak-kanak mengelap badan dengan tuala sendiri, memakai pakaian baru yang
bersih dan mengemas diri sendiri seperti menyikat rambut dan sebagainya. Pakaian
kotor dimasukkan ke dalam beg untuk dibawa pulang. Pendidik membimbing
secara konstruktif, menyuruh kanak-kanak melakukan mengikut cara-cara yang
betul.

1.1.5.5 Latihan ke Tandas

Pendidik mengesan tanda-tanda kanak-kanak sudah bersedia untuk ke tandas.


Pendidik memastikan kanak-kanak menjalani latihan ke tandas sekurang-
kurangnya tiga (3) kali sehari iaitu selepas minum pagi, sebelum mandi dan selepas
bangun tidur. Pendidik melatih kanak-kanak menggunakan potty atau tandas
kanak-kanak. Pendidik memantau semasa kanak-kanak ke tandas, memastikan

8
kanak-kanak membersihkan diri, mengepam tandas dan mencuci tangan dengan
cara yang betul.

1.1.5.6 Barangan Peribadi

Pendidik memastikan barangan peribadi kanak-kanak seperti tuala, berus gigi,


sikat, shampoo, sabun dan lain-lain sentiasa bersih, dilabel dengan nama kanak-
kanak dan tidak dikongsi dengan kanak-kanak lain. Pastikan tuala yang sudah
digunakan disidai dan dikeringkan sebelum digunakan semula pada hari tersebut.
Pakaian bersih dan kotor diasingkan. Pakaian kotor dimasukkan ke dalam beg atau
plastik beg pakaian kotor yang disediakan dan dipulangkan kepada ibu bapa
kanak-kanak setiap hari.

1.1.5.7 Ruang Tidur

Pendidik memastikan ruang tidur kanak-kanak sentiasa berada dalam keadaan


bersih. Peralatan tidur kanak-kanak seperti stackable cot/tilam, cadar, bantal, sarung
bantal dan selimut dibersihkan sekurang-kurang seminggu sekali (atau bila-bila
masa yang perlu).

1.1.6 Keselamatan Kanak-kanak

Pendidik memahami dan melaksanakan langkah-langkah pencegahan kecederaan


dan kemalangan kanak-kanak di TASKA.

Pendidik sentiasa mengawasi keselamatan kanak-kanak semasa makan dan


minum, menukar pakaian, mandi, tidur dan semasa menjalankan aktiviti di dalam
dan di luar TASKA. Pendidik memastikan peralatan mainan kanak-kanak selamat
(tidak tajam, tidak terlalu kesat, tidak berkarat, tidak mudah tanggal) dan tidak
toksik.

9
1.1.7 Rehat dan Tidur

Kanak-kanak perlu diasingkan di antara laki-laki dan perempuan semasa tidur.


Kanak-kanak perlu dipastikan berpakaian bersih sebelum tidur. Mereka perlu
digalakkan menyediakan tempat tidur sendiri, membaca doa sebelum tidur dan
selepas bangun. Pendidik/pengasuh memalapkan lampu bilik tidur,
memperdengarkan muzik atau zikir yang menenangkan dalam volume yang
rendah. Kanak-kanak mengemas tempat tidur setelah bangun. Bagi kanak-kanak
yang tidak mahu tidur, Pendidik hendaklah membacakan buku cerita atau bermain
games yang senyap dengannya sehingga kanak-kanak tertidur atau dapat berehat.

1.1.8 Pulang

Semasa hendak pulang, kanak-kanak bersalam dengan Pendidik. Kanak-kanak


mengambil semua barang dan pakaian kotor untuk dibawa pulang. Pendidik
memastikan ibu/bapa mengambil balik Buku Log Anak PERMATA yang telah
dilengkapkan oleh Pendidik.

1.2 Penerapan Nilai Murni dan Tingkah Laku Positif Dalam Asuhan

Dalam menjalankan aktiviti rutin dan pembelajaran, pendidik sentiasa menerapkan 11


nilai murni PERMATA berikut bagi memupuk budi pekerti kanak-kanak. Nilai-nilai
tersebut ialah:-

 Kepercayaan kepada Tuhan


 Berdisiplin dan yakin diri
 Baik hati
 Berani mencuba
 Rajin
 Hormat
 Kasih sayang

10
 Berbudi bahasa
 Jujur
 Daya tahan diri (Resilience)
 Bertanggungjawab

Pendidik sendiri menjadi role model dalam memupuk tingkahlaku positif dengan
bercakap dengan sopan, berkelakuan baik dan beradab, memberi pujian, ganjaran yang
bersesuaian dengan situasi. Contohnya kepercayaan kepada Tuhan diterapkan melalui
amalan seperti berdoa sebelum dan selepas makan, sebelum dan selepas tidur dan
bersyukur.

Hasil bimbingan pendidik dilihat apabila kanak-kanak bercakap dengan sopan,


berkelakuan baik dan beradab, mengucapkan salam kepada guru, ibu bapa dan tetamu,
mengucapkan terima kasih apabila diberikan sesuatu atau apabila menerima sesuatu
bantuan atau pertolongan dari pendidik atau rakan-rakan, berdoa sebelum dan selepas
makan, sebelum dan selepas tidur dan bersyukur. Kanak-kanak juga suka membantu,
bekerjasama, memujuk kawan, bertolak ansur dan meminta izin daripada pendidik jika
ingin keluar, bertanya atau bercakap.

1.3 Bimbingan Kanak-Kanak Yang Mempunyai Masalah Tingkah Laku

Pendidik perlu mengunakan beberapa pendekatan untuk menyelesaikan masalah


tingkah laku kanak-kanak. Setiap kanak-kanak adalah individu yang berbeza, oleh
itu tiada satu cara yang sama boleh digunakan untuk semua kanak-kanak. Antara
tingkah laku bermasalah yang perlu diurus oleh Pendidik ialah kanak-kanak terlalu
aktif, sangat pemalu, murung, mengamuk (temper tantrum) dan bergaduh.

Pendidik mengelak daripada melabel kanak-kanak.

11
1.3.1 Mengurus Kanak-Kanak Terlalu Aktif

Pendidik mengamalkan cara berikut: Membawa kanak-kanak ke satu ruang atau


sudut untuk kanak-kanak ini bermain sendiri dengan alat mainan yang
menggalakkannya menumpu perhatian. Pasang muzik yang menenangkan untuk
membantunya relaks; usap kepala atau belakangnya untuk menenangkan,
bercakap dengan suara yang tenang dan lembut, pujuk supaya kanak-kanak tidak
mengganggu kanak-kanak lain. Pandang pada matanya dan minta kanak-kanak
pandang pada mata pendidik semasa bercakap. Ajar kanak-kanak menarik dan
melepaskan nafas yang panjang beberapa ketika. Suruh kanak-kanak berzikir
bersama Pendidik.

1.3.2 Mengurus Kanak-Kanak Sangat Pemalu

Malu ialah satu ciri personaliti yang normal, ia bukan satu kecacatan atau
kelemahan. Pendidik perlu menanam sifat yakin diri pada kanak-kanak melalui
galakan untuk kanak-kanak bermain bersama-sama kanak-kanak lain, selalu
berikan pelukan; dengar dengan sabar; kerap memberi pujian terutama di hadapan
rakan-rakannya.

1.3.3 Mengurus Kanak-Kanak Murung (Depression)

Pendidik memahami kemurungan adalah simptom/tanda kanak-kanak


mengalami stress atau perasaan tidak selesa, tidak gembira, tidak sihat dan tidak
bermaya. Ini menyebabkannya kanak-kanak tidak mahu terlibat dalam aktiviti
pembelajaran di Taska. Tanda-tanda lain ialah kanak-kanak tidak berselera makan,
sukar tidur dan menarik diri dari rakan-rakan dan suka duduk bersendirian.

Pendidik perlu membantu kanak-kanak yang murung dengan mengajak mereka


membuat aktiviti-aktiviti tertentu seperti melukis, main peranan dan main bebas.

12
Semasa melakukan aktiviti, pendidik menggalakkan kanak-kanak meluahkan
perasaan, mendengar dengan sabar dan berempati, pegang tangannya dan duduk
dekat dengannya.

Apabila kanak-kanak ini sudah menunjukkan keinginan untuk bersama kembali ke


dalam aktiviti yang sedang dijalankan, pendidik menggalakkan kanak-kanak lain
untuk bermain bersama kanak-kanak murung itu.

1.3.4 Mengurus Kanak-Kanak Mengamuk (Temper Tantrum)

Pendidik perlu memahami bahawa kanak-kanak ini sedang belajar mengurus


emosinya. Pendidik mesti tenang, bersabar dan berempati dan tidak perlu menurut
kehendak kanak-kanak. Pendidik mengasingkan kanak-kanak yang masih
mengamuk ke suatu sudut untuk menenangkannya buat sementara waktu.
Pendidik mengalih perhatian kanak-kanak kepada aktiviti/mainan lain. Pendidik
memuji kanak-kanak apabila berkelakuan baik.

1.3.5 Mengurus Kanak-Kanak Bergaduh

Pendidik perlu mengajar kanak-kanak cara-cara menyelesaikan pergaduhan


sesama sendiri (conflict resolution) contohnya berebut mainan, mengigit, tolak-
menolak dan sebagainya. Pendidik membawa kanak-kanak ke satu sudut yang
lebih sunyi dan berbincang apakah masalah yang dihadapi. Pendidik memberi
peluang setiap pihak menceritakan kes masing-masing. Pendidik mencadangkan
penyelesaian yang adil dan mendapatkan persetujuan kanak-kanak. Pendidik
menyuruh kanak-kanak bermaafan, bersalaman atau berpelukan dan ucap maaf
apabila kes sudah selesai.

13
PEMBELAJARAN DAN PENTAKSIRAN
2.1 Prinsip Pedagogi PERMATA
2.2 Aktiviti Pembelajaran PERMATA
2.3 Pemerhatian Dan Pentaksiran Perkembangan

2.1 Prinsip Pedagogi PERMATA

Pendidik memahami konsep whole brain learning yang menjadi teras kepada pedagogi
PERMATA dan menunjukkan pemahaman ini melalui pengintegrasian 6 bidang
pembelajaran PERMATA dalam kesemua aktiviti-aktiviti pembelajaran. Bidang
pembelajaran Permata adalah seperti berikut:

 Perkembangan Sahsiah, Sosio-emosi dan Kerohanian

 Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal

 Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik

 Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran

 Perkembangan Fizikal dan Psikomotor

 Perkembangan Kreativiti dan Estetika

2.1.1 Pengintegrasian Whole Brain Learning Dalam Setiap Aktiviti

Pendidik mengetahui/memahami bahawa pengintegrasian berlaku dalam sesuatu


aktiviti pembelajaran dan mempunyai tujuan untuk mengembangkan semua atau
beberapa daripada bidang perkembangan kanak-kanak. Contohnya dalam bermain

14
doh (play dough) untuk mencipta haiwan atau buah-buahan, pendidik memahami
bahawa aktiviti bermain doh boleh membantu:
 Perkembangan fizikal kanak-kanak dari segi motor halus, koordinasi mata-
tangan.
 Perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian dari segi konsentrasi,
bekerjasama, iltizam, yakin dan bersyukur.
 Perkembangan awal matematik dari segi membahagikan banyak atau sedikit
bahan doh untuk membuat bahagian-bahagian tertentu objek yang sedang dibina.
 Perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran dari segi kesedaran
kanak-kanak tentang rupa bentuk buah atau haiwan dan sebagainya.
 Perkembangan kreativiti dan estetika dari segi kebolehan kanak-kanak
mengimaginasi buah atau haiwan yang hendak dibentuk, menghayati hasil
ciptaan sendiri dan rakan-rakan.
 Perkembangan komunikasi dari segi kebolehan kanak-kanak menceritakan
perihal hasil ciptaan mereka kepada guru atau kanak-kanak lain.

2.1.2 Peka Kepada Perbezaan Perkembangan

Pendidik prihatin kepada perbezaan perkembangan, minat dan bakat antara kanak-
kanak dan merancang aktiviti yang sesuai bagi membina kebolehan ke tahap
potensi yang boleh dicapai.

Pendidik memahami gaya belajar kanak-kanak, dan menggunakan pelbagai teknik


dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang merangsang visual, auditori, spatial
dan kinestetik kanak-kanak untuk belajar sambil bermain.

15
2.13 Kaedah 3E dan Projek
Pendidik menggunakan projek STEM mengikut modul Pembelajaran STEM
PERMATA bagi memperkenalkan Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik
kepada kanak-kanak.

Pendidik menekankan kaedah 3E (explore, experiment and experience) semasa


melaksanakan aktiviti pembelajaran bagi merangsang penglibatan aktif kanak-
kanak serta menggalakkan sifat iltizam (persistence and focused on task).

Pendidik menyediakan kaedah 3E secara hands-on dan dalam konteks sebenar


untuk membolehkan kanak-kanak mengalami (experience) penerokaan sendiri.

Pendidik bersikap fleksibel dan membenarkan kanak-kanak meneroka dan


mengeksperimen mengikut kreativiti mereka sendiri dan tidak terlalu terikat
kepada jadual waktu.

Pendidik merangsang rasa ingin tahu, menggalakkan kanak-kanak bertanya soalan,


melahirkan pendapat, meneroka, menyiasat, menguji, mengeksperimen,
merungkai, membina dan merekacipta. Pendidik menggalakkan kanak-kanak
memerhati, meramal, membuat keputusan, merumus hasil dan bercerita tentang
aktiviti yang mereka lakukan.

Contoh penggunaan kaedah 3E dalam konteks sebenar adalah semasa bermain air
dimana pendidik memberi tugasan kepada kanak-kanak untuk “menyiasat air” dan
menyoal kanak-kanak tentang:

 Kuantiti & sifat-sifat air, apa air boleh buat, apa yang boleh atau tidak boleh
dilakukan dengan air, apa air tidak boleh buat.
 Apa yang berlaku kepada benda-benda jika dimasukkan ke dalam air.

16
 Mengapa baju menjadi basah apabila terkena air.
 Apakah benda-benda lain yang boleh menjadi basah apabila terkena air.
 Kanak-kanak mengeksperimen benda-benda yang boleh basah (menyerap air)
misalnya kertas, buku, kotak, kasut yang diperbuat dari kanvas, dan lain-lain.
 Kanak-kanak mengeksperimen benda-benda yang tidak boleh basah (water
proof) apabila dicurah dengan air, misalnya plastik, cermin mata, toys yang
dibuat dari plastik, botol mineral, besen, dan lain-lain.

2.1.3 Learning Is Fun

Pendidik memastikan dan kanak-kanak kelihatan gembira semasa bermain.


Pendidik menggunakan juga aktiviti ini sebagai terapi untuk membina self esteem
yang menghasilkan karakter dan kanak-kanak kelihatan yakin, ceria, berpersonaliti
positif dan terbuka.
.
2.1.4 Hubungan dan Interaksi

Pendidik membina hubungan intim dan mesra dengan kanak-kanak melalui


interaksi yang positif dan konstruktif antara kanak-kanak dengan pendidik dan
rakan-rakan.

Pendidik memastikan suasana bermain dalam semua aktiviti pembelajaran


PERMATA memberikan keseronokan.

Hubungan mesra dalam semua aktiviti dilihat dari tingkah laku kanak-kanak yang
membina konsep kendiri dan bermain dengan rasa selamat, yakin, berani berfikir,
berimaginasi, bertanya, merespon, meneroka dan mencuba bagi menyelesaikan
masalah.

Pendidik memberi dorongan dan motivasi dan kanak-kanak kelihatan terus


berusaha, bersemangat menyiapkan kerja/tugasan yang dijalankan dan memahami
dunia persekitaran mereka.

17
Dalam membina hubungan mesra, pendidik bertutur dengan lemah lembut dan
menggunakan bahasa yang mudah supaya senang difahami dan kanak-kanak
menunjukkan sopan santun dalam pertuturan.

Pendidik sentiasa mengguna ayat yang lengkap dan kanak-kanak bertutur dalam
ayat yang lengkap untuk membina kosa kata.

Pendidik mendengar apabila kanak-kanak bercakap dan kanak-kanak juga


mendengar apabila orang lain bercakap.

Pendidik menggalakkan kanak-kanak berinteraksi dengan pendidik dan rakan-


rakan, memberi pujian kepada tingkah laku positif (contohnya cara duduk,
bertutur, menunggu giliran) dan kepada usaha, tidak hanya kepada hasil.

Kanak-kanak menunjuk empati dan membina kebolehan berkomunikasi dan


bersosial.

Pendidik menerima kesilapan kanak-kanak, memberi tunjuk ajar dan meleraikan


konflik di kalangan kanak-kanak secara baik.

Pendidik melayan semua kanak-kanak sama rata.

2.2 Aktiviti Pembelajaran PERMATA

Pendidik melaksanakan aktiviti pembelajaran PERMATA melalui aktiviti - aktiviti


yang mengintegrasikan 6 bidang pembelajaran PERMATA yang tersebut di atas.

2.2.1 Main Bebas (Dalam Atau Luar)


Pendidik memastikan semua kanak-kanak diberi peluang untuk bermain bebas. Ia
boleh dilakukan di waktu pagi semasa baru tiba ke TASKA atau sebelah petang
semasa menunggu untuk pulang.

18
Kanak-kanak diberi peluang memilih barang permainan dan sudut bermain yang
mereka sukai. Mereka boleh menukar alat mainan apabila merasa jemu.

Pendidik hendaklah menggalakkan kanak-kanak menyatakan mengapa mereka


memilih permainan atau alat mainan tersebut dan membantunya membina
pemahaman dan perbendaharaan kata yang berkaitan.

Pendidik hendaklah sentiasa peka dengan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak
kerana ini mungkin mencerminkan minat dan bakat yang ada padanya.

2.2.2 Main Pasir


Pendidik menjalankan aktiviti ini dalam dua keadaan sama ada menggunakan pasir
basah atau pasir kering. Aktiviti ini bertujuan merangsang perkembangan sensori
dan psikomotor kanak-kanak, disamping membina daya imaginasi dan kreativiti
untuk merekacipta.

Pasir basah boleh dipadatkan dan dibentukkan mengikut acuan, manakala pasir
kering membolehkan kanak-kanak merasai tekstur pasir tersebut. Pasir boleh
diganti dengan garam untuk menggalakkan kanak-kanak merasa tekstur.

Aktiviti penerokaan dan eksperimen semasa main pasir ialah: menggali,


mencurah, menapis dan menceduk pasir; membina istana pasir, menggali
terowong, atau membina zoo, dan sebagainya; mengisi pasir ke dalam bekas,
corong atau botol; menulis dan melukis atas permukaan pasir; membuat pelbagai
bentuk, dengan tangan atau acuan seperti cawan, mangkuk, sudu dan penutup
botol; dan lain-lain aktiviti yang difikirkan sesuai mengikut kreativiti kanak-kanak.

Kanak-kanak terlibat dalam mengemas dan membersihkan kawasan bermain pasir


setelah selesai bermain.

19
Pendidik mengawasi dan memastikan kanak-kanak membersih tangan dan kaki
setelah selesai bermain.

Pendidik mengawasi dengan rapi dan sentiasa mematuhi peraturan keselamatan


semasa aktiviti main pasir dijalankan.

2.2.3 Main Air

Pendidik memastikan main air dijalankan dengan pengawasan rapi melalui main
buih sabun, mencuci pakaian, sayur-sayuran, alat mainan, buah-buahan, menuang
dan menceduk air dari bekas besar ke bekas kecil, memerah air dari span dan lain-
lain.

Pendidik menggalakan kanak-kanak bereksperimen dan mempelajari pelbagai


konsep sains seperti kosong-penuh, sebelum-selepas, cetek-dalam, berat-ringan,
timbul-tenggalam, atas air - dalam air, basah - kering, serap - tidak serap, larut -
tidak larut, cair - beku dan perkataan seperti corong, permukaan, terapung,
berpusar, mengalir, berkocak, memercik dan melimpah.

Pendidik melibatkan kanak-kanak dalam mengemas dan membersihkan kawasan


bermain air setelah selesai bermain.

Pendidik mengawasi dengan rapi dan sentiasa mematuhi peraturan keselamatan


semasa aktiviti main air dijalankan.

2.2.4 Nature Walk

Pendidik membawa kanak-kanak berjalan di taman, di sekitar TASKA atau di


kawasan berdekatan bagi memberi pengalaman langsung dalam penggunaan
semua deria iaitu penglihatan, sentuhan, rasa, bau dan pendengaran.

20
Pendidik memupuk kebolehan memerhati, imaginasi, kreativiti dan menanamkan
rasa cinta kanak-kanak kepada alam sekitar. Pendidik melatih kanak-kanak
mencintai alam sekitar dan menghargai kebesaran ciptaan Tuhan.

Pendidik menggalakkan kanak-kanak meneroka, memeriksa, mengalami sendiri


dan membuat eksperimen dengan objek-objek yang terdapat di persekitaran.
Contohnya pendidik membimbing kanak-kanak meneroka dan memeriksa:

 Tumbuh-tumbuhan: bentuk-bentuk batang, daun dan buah, warna, saiz;


merasai tekstur dan bau, dan sebagainya.
 Haiwan dan serangga: melihat pelbagai jenis, bentuk, anggota badan dan
membuat perbandingan.
 Batu-batan: memeriksa batu, saiz, warna dan sebagainya.

Pendidik memberi galakan kepada kanak-kanak yang membuat penemuan baru,


inferen dan mengumpul koleksi bahan-bahan yang dijumpai di persekitaran.

Pendidik mengawasi dengan rapi dan sentiasa mematuhi peraturan keselamatan


semasa aktiviti nature walk dijalankan.

Pendidik mengawasi kanak-kanak membersih tangan dan kaki dan tukar pakaian
jika perlu.

2.2.5 Aktiviti Manipulatif

Pendidik mengguna alat-alat mainan yang sesuai untuk perkembangan motor


halus, koordinasi mata tangan, deria, dan daya tumpuan.

21
Kanak-kanak digalakkan melakukan aktiviti seperti menyusun blok/bongkah,
mencantum puzzle, menguntai manik, membina struktur, mengasing mengikut saiz,
bentuk dan warna, dengan menggunakan bahan seperti daun, ranting dan bahan
kitar semula seperti kotak, kadbod, batu, tin, tali, perca kain, botol plastik dan
sebagainya.

Pendidik menggalakkan kanak-kanak meneroka, berfikir untuk memanipulasi


bahan, menggunakan idea dan kreativiti sendiri untuk membuat projek,
pertukangan, perkebunan dan merekacipta serta menyelesaikan masalah melalui
proses cuba jaya (trial and error).

2.2.6 Aktiviti Seni Kreatif Dan Kraf

Pendidik melaksanakan aktiviti seni dan kraf untuk meningkatkan kemahiran


motor halus, membina kreativiti dan estetika kanak-kanak dengan mengguna
bahan seperti water colour, berus besar, crayon bersaiz jumbo, easel rendah, tepung,
span, cop pelbagai bentuk dan jenis, pelbagai jenis kertas (kecuali kertas surat
khabar) dan lain-lain.

Kanak-kanak mengguna bahan seperti kerincing, gendering, kompang, kastenet


dan bahan semulajadi seperti tempurung, daun kelapa, batang padi, kulit kerang
bagi meneroka bunyi-bunyian.

Pendidik memberi peluang kanak-kanak mengekpresikan diri dan melahirkan idea


dalam bentuk contengan, lakaran, lukisan, capan, binaan, kraf, ukiran, guntingan,
lipatan, tampalan, kolaj, dan lain-lain.

Kanak-kanak terlibat dalam mengemas dan membersihkan tempat setelah selesai


aktiviti. Pendidik mengawasi dan memastikan kanak-kanak membersih tangan dan
kaki dan tukar pakaian jika perlu.
22
Pendidik mengawasi dengan rapi dan sentiasa mematuhi peraturan keselamatan
semasa aktiviti dijalankan.

2.2.7 Aktiviti Fizikal (Permainan Luar)

Pendidik menjalankan aktiviti fizikal bagi meningkatkan kemahiran motor kasar


dan motor halus, kordinasi deria yang menyumbang kepada kesihatan dan
kecergasan tubuh badan kanak-kanak.

Pendidik beri peluang kanak-kanak melakukan aktiviti berikut:


 Merangkak ke dalam terowong
 Melompat tali
 Berlari dan mengejar
 Main gelongsor
 Main buaian
 Memanjat pokok
 Meniti jambatan
 Menendang bola
 Mengayuh basikal
 Senamrobik

Pendidik memilih aktiviti mengikut kesesuaian umur dan taraf kesihatan kanak-
kanak (contohnya asma, atau lain-lain penyakit yang tidak membenarkan aktiviti
senaman yang berat/meletihkan).

Pendidik menerapkan nilai murni seperti bersabar menunggu giliran, bekerjasama,


tolong menolong, bersikap sederhana dan saling hormat menghormati semasa
kanak-kanak bermain.

Pendidik mengawasi dengan rapi dan sentiasa mematuhi peraturan keselamatan


semasa aktiviti dijalankan. Pendidik mengawasi kanak-kanak membersih tangan
dan kaki setelah selesai aktiviti dan tukar pakaian jika perlu.

23
2.2.8 Aktiviti Bahasa Dan Literasi Awal (Membaca, Menulis, Bercerita, Dan
Menyanyi)

Pendidik melaksanakan aktiviti seperti membaca, menulis, bercerita, dan menyanyi


untuk meningkatkan perkembangan bahasa dan literasi awal kanak-kanak.

Kanak-kanak menunjuk kebolehan berkomunikasi melalui perbualan, bercerita,


bermain teka teki, berpantun, rhyming, menyanyi, berlakon dan sebagainya.

Pendidik menjalankan aktiviti ini setiap hari dengan cara yang menyeronokkan.
Semasa bercerita Pendidik memberi peluang kanak-kanak meningkatkan
kemahiran mendengar, memahami, berfikir, menguasai bahasa, mencerita semula
dan berkongsi cerita dengan rakan-rakan. Pendidik memupuk minat membaca dan
menulis serta menggalakkan kanak-kanak mereka cerita sendiri.

Pendidik mendedahkan kanak-kanak kepada penggunaan teknologi ICT.

2.2.9 Aktiviti Kesenian Dan Kebudayaan

Pendidik menjalankan aktiviti seni muzik, tarian, nyanyian, permainan dan


pergerakan kreatif bagi meningkatkan kreativiti kanak-kanak serta apresiasi
kepelbagaian kesenian dan kebudayaan negara.

Kanak-kanak berpeluang melakukan aktiviti berikut:


 Menyanyi lagu tradisional kanak-kanak seperti enjit-enjit semut, rasa sayang,
ikan kekek.
 Bermain permainan tradisional kanak-kanak seperti congkak, lompat tali,
teng-teng dan sorok-sorok.
 Menari tarian tradisional seperti kuda kepang, sumazau, ngajat dan tarian lain
yang mencerminkan kepelbagaian budaya Malaysia.

24
Pendidik melaksanakan aktiviti yang berkaitan perayaan kaum di Malaysia seperti
menggalakkan kanak-kanak memakai pakaian tradisional, menyediakan makanan,
menghasilkan kraf seperti anyaman ketupat, tanglung, kolum, menyanyi lagu-lagu
perayaan, dan mempamerkan tarian seperti tarian naga.

Bagi kanak-kanak beragama Islam pendidik menggalakkan berzikir dan bernasyid.

Pendidik memastikan kanak-kanak bekerjasama semasa aktiviti-aktiviti ini bagi


membina harga diri (self esteem), keyakinan diri dan sifat positif dan terbuka.

2.2.10 Main Peranan

Pendidik menjalankan aktiviti main peranan bagi membantu kanak-kanak


memahami antara fantasi dan realiti serta menggalakkan kreativiti dan imaginasi.

Pendidik membenarkan kanak-kanak memilih sendiri peranan yang disukai dan


melakonkan watak tersebut. Contoh main peranan termasuk bermain masak-
masak, melakonkan watak-watak dalam keluarga (seperti ibu, ayah, datuk/nenek,
abang dan adik), doktor dan pesakit, penjual dan pembeli, cikgu dan murid, dan
sebagainya.

Pendidik menyediakan prop dan ruang untuk kanak-kanak berlakon peranan.


Pendidik memastikan suasana bermain dapat memberikan keseronokan,
meningkatkan konsep kendiri, empati serta keyakinan diri kanak-kanak, disamping
membina kebolehan berkomunikasi dan bersosial.

2.3 Pemerhatian dan Pentaksiran Kanak-Kanak

Pentaksiran dan penilaian merupakan instrumen penting untuk mengumpul maklumat


berkaitan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak, kesihatan dan tingkahlaku

25
dalam merancang pembelajaran yang bersesuaian untuk kanak-kanak. Pentaksiran
kanak-kanak hendaklah dijalankan secara berterusan melalui pemerhatian semasa
mereka menjalani aktiviti dan rutin harian.

2.3.1 Indikator Rekod Pemerhatian & Pentaksiran kanak-kanak


Pendidik menyediakan Log Harian Anak PERMATA yang mencatatkan perkembangan
yang dicapai atau masalah yang dihadapai oleh kanak-kanak pada hari tersebut. Log
Harian hendaklah dibincang dan diserahkan kepada ibu bapa untuk semakan. Log
Harian itu dikembalikan semasa kanak-kanak datang ke TASKA keseokan harinya.

Pendidik mengambil ukuran berat badan dan kepanjangan (length) kanak-kanak setiap
tiga bulan dan memetakan kepada carta tumbesaran (growth chart) dan BMI.

Pendidik menyediakan senarai semak PERMATA yang lengkap untuk merekodkan


status pencapaian setiap kanak-kanak pada masa semakan itu dibuat. Pendidik sentiasa
mengemaskini rekod perkembangan kanak-kanak dalam senarai semak perkembangan
kanak-kanak PERMATA.

Pendidik menyediakan portfolio untuk setiap kanak-kanak yang mengandungi profil,


rekod tumbesaran dan perkembangan, hasil kerja kanak-kanak & gambar aktiviti dan
dipamerkan di dalam kelas.

Pendidik menyediakan lain-lain rekod seperti rekod anekdot apabila sesuai untuk
merekodkan sesuatu kejadian/event dalam perkembangan kanak-kanak dan membuat
persampelan peristiwa (event sampling).

2.3.2 Indikator Pentaksiran


Pendidik membuat pentaksiran perkembangan kanak-kanak berdasarkan semua
maklumat yang dikumpul dan dapat menentukan tahap perkembangan normal dan
keperluan khas kanak-kanak.

26
Pendidik berbincang dengan ibu-bapa hasil pengesanan keperluan khas yang dibuat dan
menasihat dirujuk kepada pakar perubatan/pakar kanak-kanak.

Dari masa ke semasa pendidik berbincang dengan ibu bapa tentang perkembangan
kanak-kanak, membuat perjumpaan formal sekurang-kurangnya tiga kali setahun dan
menyerahkan porfolio dan laporan perkembangan kanak-kanak.

Dalam membuat taksiran, Pendidik mendapatkan input daripada pendidik lain, ibu bapa
dan agensi sokongan.

Pendidik menyimpan maklumat pentaksiran kanak-kanak dalam kabinet berkunci


untuk menjamin kerahsiaan.

27
ASUHAN DAN PEMBELAJARAN BAYI
3.1 Amalan Rutin Asuhan Bayi
3.2 Pembelajaran Bayi
3.3 Pemerhatian dan Pentaksiran Bayi

Pendidik/Pengasuh bertanggungjawab melaksanakan amalan rutin dan asuhan secara


konsisten dan selaras dengan falsafah dan matlamat kurikulum PERMATA dalam
persekitaran yang menggalakkan untuk memastikan (i) keperluan asas bayi dipenuhi,
(ii) pembelajaran dan perkembangan bayi berlaku secara holistik dan (iii) pentaksiran
terhadap perkembangan bayi dijalankan secara berterusan.

3.1 Amalan Rutin Asuhan Bayi

Peranan pendidik/pengasuh adalah untuk menjamin kebersihan, kesihatan serta


keselamatan fizikal dan emosi bayi. Pendidik/pengasuh perlu menyediakan
persekitaran yang bersih dan selamat.

3.1.1 Hubungan dan Interaksi

Pendidik/pengasuh hendaklah menyedari akan kepentingan belaian dan kasih


sayang dalam membina hubungan rapat (attachment) dan kejelekitan (bonding)
untuk menjamin kestabilan emosi bayi. Komunikasi dan interaksi pendidik dengan
bayi boleh dilakukan melalui dakapan, sentuhan, pertembungan mata serta
perbualan dan nyanyian dengan nada suara yang lembut. Bayi bersedia dari aspek
emosi dan didapati terurus, selesa, tenang dan ceria.

28
Pendidik/pengasuh sentiasa berada bersama bayi untuk memastikan keselamatan
mereka.

Pendidik/pengasuh dapat mengesan bayi berkeperluan khas.

3.1.2 Menyambut Ketibaan Bayi

Pendidik/pengasuh mesti menyambut ketibaan bayi dengan gembira. Semasa


menyambut ketibaan bayi, pendidik/pengasuh perlu bertanya khabar tentang
kesihatan bayi, memastikan kehadiran dicatatkan, menerima buku log harian anak
PERMATA dan menyemak barangan peribadi yang dibawa dan memastikan
barangan peribadi yang dibawa dalam keadaan bersih. Sekiranya ibubapa
membekalkan ubat-ubatan, pendidik/pengasuh perlu mendapat arahan terperinci
daripada ibubapa tentang pengambilan ubat tersebut. Pendidik hendaklah
memeriksa keadaan bayi di hadapan ibu/bapa untuk memastikan tiada sebarang
tanda-tanda penyakit/demam atau tanda-tanda lebam atau luka.
Pendidik/pengasuh memastikan susu ibu yang dibekalkan dilabel dengan nama
bayi dan disimpan di dalam peti sejuk khas.

3.1.2 Circle Time / Perjumpaan Pagi

Aktiviti ‘Circle Time’ adalah sangat penting di mana semua kanak-kanak dan bayi
diasuh untuk berkumpul (sebagai satu komuniti), dimulakan dengan doa, dan
diikuti dengan nyanyian lagu NegaraKu, lagu Kebangsaan Negeri, Lagu
PERMATA, lagu-lagu patriotik dan membaca Ikrar Anak PERMATA. Bendera
Malaysia hendaklah dikibarkan semasa menyanyikan lagu NegaraKu. Pendidik
hendaklah menerapkan ciri-ciri patriotik dan disiplin dalam diri kanak-kanak
seperti berdiri menghormati bendera dan lagu Kebangsaan.

29
Pendidik memanggil nama kanak-kanak dan bayi seumpama mengambil
kedatangan untuk membolehkan kanak-kanak dan bayi saling mengenali di antara
satu sama lain. Pendidik hendaklah menunjukkan kemesraan dan kasih sayang
kepada kanak-kanak dan bayi. Selepas bertanya khabar, pendidik melibatkan bayi
dalam aktiviti senaman atau pergerakan kreatif, samada di dalam atau di luar
TASKA. Circle time dilaksanakan dalam masa tidak lebih daripada 30 - 40 minit
sahaja.

3.1.3 Makan dan Minum


3.1.3.1 Pemakanan

TASKA mematuhi Garis Panduan Pemberian Makanan Bayi dan Kanak-Kanak


Kecil, Bahagian Permakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia 2008, (Kurikulum
PERMATA Negara 2013, m.s.36-39), Akta TASKA 1984 (Pindaan 2007) Peraturan-
peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012 Bahagian XIII; perenggan 43 (1)(2) (a-
b) yang menyatakan:

“Jadual Makan: 43 (1) Pengusaha, pengurus atau penyelia, mengikut


mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyediakan Jadual makan
bagi kanak-kanak di Taman Asuhan Kanak-Kanak. (2) Jadual makan
hendaklah disediakan mengikut: (a) skala diet yang dinyatakan dalam
Jadual Keempat; dan (b) kaedah penyusuan yang dinyatakan dalam
Jadual Kelima.”

TASKA menyediakan pemakanan sihat dan seimbang mengikut modul Pendidik


Permata 2013, m.s 100-113. Pendidik/pengasuh wajib tahu jika ada bayi yang
mengalami alahan terhadap sesuatu jenis makanan. Jenis alahan di catatkan di
tempat yang mudah dilihat oleh pendidik/ orang lain (Contoh: notis board di tempat
makan).

TASKA menggalakkan penyusuan susu ibu secara eksklusif bagi enam bulan

30
pertama selaras dengan syor World Health Assembly 2001 dan cadangan Garis
Panduan Permakanan Bayi dan Kanak-kanak, KKM 2008.

Susu hendaklah diberi mengikut keperluan individu bayi. Bagi bayi yang menyusu
susu ibu, pendidik/pengasuh menyemak nama bayi yang dilabel di botol susu
sebelum memanaskan susu bagi bayi tersebut. Cara penyediaan susu perlu
mengikut SOP (sila rujuk muka surat 41 buku rujukan SOP). Baki susu yang berada
pada suhu bilik yang melebihi tiga (3) jam tidak diberikan semula kepada bayi.
Pendidik/pengasuh mengalas dada bayi sebelum menyusukan bayi.

Di samping susu ibu, bayi yang berumur enam bulan perlu dilengkapkan dengan
pemberian makanan pepejal. Makanan pelengkap yang sihat perlu mengandungi
pelbagai jenis makanan bagi membekalkan tenaga, protein, vitamin dan mineral
yang diperlukan oleh bayi. Contoh Makanan Pepejal Untuk Bayi adalah:

 Bijirin dan hasil bijirin, Contoh: nasi, bubur, roti dan ubi membekalkan tenaga.
 Ikan, ayam, telur dan daging membekalkan protein.
 Buah - buahan dan sayur - sayuran membekalkan vitamin dan galian.

Pendidik/pengasuh memastikan setiap bayi disediakan sudu dan mangkuk


berasingan dan tidak menyuapkan makanan menggunakan sudu dan mangkuk
yang sama sekiranya menyuapkan makanan kepada lebih daripada seorang bayi.

3.1.5 Kecergasan

Pendidik/pengasuh memastikan aktiviti jasmani seperti senaman, tarian,


pergerakan kreatif, permainan bebas dilakukan oleh bayi setiap hari pada masa-
masa sesuai contohnya semasa/selepas circle time dan sebelum pulang.

3.1.6 Kesihatan dan Kebersihan Diri Bayi

Bayi berisiko tinggi dijangkiti penyakit di TASKA kerana pergaulan sesama


mereka. Pendidik sentiasa mengamalkan peraturan-peraturan kebersihatan di

31
TASKA untuk mengelakkan bayi dijangkiti penyakit. Pelbagai amalan kebersihan
TASKA dan kesihatan bayi diberikan dengan terperinci dalam Buku Modul Latihan
(m.s. 512-525).

3.1.6.1 Pemeriksaan kesihatan

Pendidik/pengasuh sentiasa mengamalkan peraturan-peraturan kesihatan dan


kebersihatan di TASKA untuk mengelakkan bayi dijangkiti penyakit seperti
terkandung di dalam Buku Modul Latihan (m.s. 512-525). Pendidik/pengasuh
memastikan bayi menjalani pemeriksaan kesihatan mengikut jadual dan
memastikan ibu-bapa membawa bayi untuk pemeriksaan lanjut jika perlu. Semua
rekod kesihatan bayi disimpan secara sulit, sistematik, kemaskini dan mudah
diakses. Rekod-rekod yang perlu wujud adalah rekod imunisasi dan vaksinasi,
carta pertumbuhan gigi, rekod Indeks BMI, dan rekod alahan, kecacatan, dan
penyakit yang pernah atau sedang dialami.

Pendidik mengasingkan bayi yang sakit dan menghubungi ibubapa kanak-kanak


tersebut untuk membawa pulang anak mereka.

3.1.6.2 Kebersihan Oral

Mulut dan gusi bayi dibersihkan dengan mengelap mulut dengan kain bersih,
lembut dan basah setiap kali selepas makan atau minum susu walaupun bayi masih
belum tumbuh gigi. Tangan bayi dibasuh setiap kali selepas makan.

3.1.6.3 Mandi

Pendidik/pengasuh memandikan bayi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan


sabun bayi. Bahan kebersihan diri seperti mandian/sabun bayi dan shampoo
sentiasa ada dan mencukupi. Cara memandikan bayi perlu mengikut SOP (sila
rujuk muka surat 10-11 buku rujukan SOP). Selepas mandi, pendidik mengelap
badan bayi dengan tuala bayi sendiri. Pendidik/pengasuh memilih pakaian bersih

32
dan sesuai dengan keadaan cuaca, suhu dan aktiviti. Pendidik/pengasuh
mengemas pakaian kotor dan memasukkan ke dalam beg untuk dibawa pulang.

3.1.6.4 Menukar Lampin Bayi

Pendidik/pengasuh memastikan bayi sentiasa memakai lampin yang bersih


supaya bayi merasa selasa. Pendidik menukar lampin dengan segera mengikut
SOP (sila rujuk muka surat 38-39, buku SOP) apabila basah atau ada najis untuk
mengelakkan bayi daripada mendapat ruam atau lain-lain penyakit kulit.

Pastikan lampin pakai buang yang telah digunakan dibuang di tong sampah yang
bertutup dan diuruskan dengan betul. Lampin yang belum digunakan disimpan di
dalam almari/bekas bertutup untuk mengelak daripada habuk.

3.1.6.5 Barangan peribadi

Pendidik/pengasuh memastikan barangan peribadi bayi seperti tuala, lampin,


botol susu, sikat dan lain-lain sentiasa bersih, dilabel dengan nama bayi dan tidak
dikongsi dengan bayi lain. Pastikan tuala yang sudah digunakan disidai dan
dikeringkan sebelum digunakan semula pada hari tersebut. Pakaian bersih dan
kotor diasingkan. Pakaian kotor dimasukkan ke dalam beg atau plastik beg pakaian
kotor yang disediakan dan dipulangkan kepada ibu bapa bayi setiap hari.

3.1.6.6 Ruang Tidur

Pendidik memastikan ruang tidur bayi sentiasa berada dalam keadaan bersih.
Peralatan tidur bayi seperti stackable cot/tilam, cadar, bantal, sarung bantal dan
selimut dibersihkan sekurang-kurang sekali seminggu (atau bila-bila masa yang
perlu).

3.1.7 Mengurut Bayi

Pendidik/pengasuh perlu mengurut bayi sebagai satu rutin yang diamalkan untuk
perkembangan emosi (memberi ketenangan dan merapatkan hubungan di antara
bayi dan pendidik/pengasuh), fizikal bayi (penghadaman, pertumbuhan dan
33
koordinasi anggota badan dan mengelakkan kembung perut (colic), meningkatkan
kepekaan deria sentuh bayi dan menggalakkan perkembangan minda.
Pendidik/pengasuh mengaplikasikan teknik urutan yang betul dan
mengaplikasikan belaian dan sentuhan yang lembut supaya tidak mendatangkan
kecederaan kepada bayi. Ketika mengurut, pendidik/pengasuh berusaha
mengesan bayi keperluan khas seperti gerakan dan pantulan (refleks) yang luar
biasa dan autisma.

3.1.8 Keselamatan

Pendidik/pengasuh memahami kecuaian mereka mendedahkan bayi terhadap


risiko kecederaan dam kemalangan. Pendidik/pengasuh melaksanakan langkah-
langkah pencegahan kecederaan dan mengawasi bayi pada setiap masa di TASKA.

Pendidik/pengasuh sentiasa mengawasi keselamatan bayi semasa menyusu,


makan, menukar lampin, memandikan bayi, tidur dan semasa menjalankan aktiviti
seperti merangkak dan bermain (di dalam dan di luar TASKA).

Pendidik/pengasuh memastikan peralatan mainan bayi selamat (besar, tidak tajam,


tidak terlalu kesat, tidak berkarat, tidak mudah tanggal) dan tidak bertoksik.

3.1.9 Rehat dan Tidur


Pendidik perlu memastikan bayi cukup tidur dan rehat. Bayi berpakaian bersih dan
selesa sebelum tidur. Pendidik/pengasuh perlu memastikan tempat tidur bayi
bersih dan selamat. Pendidik/pengasuh memalapkan lampu bilik tidur, membaca
doa tidur dan mempendengarkan alunan zikir/muzik yang menenangkan dalam
volume yang rendah.

3.1.10 Pulang
Semasa hendak pulang, pendidik/pengasuh hendaklah menyerahkan bayi, semua
barang dan pakaian kotor untuk dibawa pulang. Ibu/bapa mengambil balik Buku
Log Harian Anak PERMATA yang telah dilengkapkan oleh pendidik/pengasuh.

34
3.2 Pembelajaran Bayi

Pendidik/pengasuh melaksanakan aktiviti pembelajaran PERMATA yang bertujuan


untuk perkembangan enam bidang pembelajaran PERMATA iaitu (i) sahsiah, sosio-
emosi, kerohanian (ii) bahasa, komunikasi dan literasi awal (iii) awal matematik dan
pemikiran logik (iv) deria dan pemahamana dunia persekitaran (v) fizikal dan
psikomotor (vi) kreativiti dan estetika. Pendidik/pengasuh melaksanakan aktiviti yang
sesuai mengikut umur bayi dan mengintegrasikan enam bidang tersebut berpandukan
prinsip pedagogi PERMATA.

3.2.1 Pedagogi

Pendidik/pengasuh menekankan penggunaan kaedah 3E (explore, experiment, and


experience) yang merangsang fitrah bayi untuk meneroka, menyiasat, menguji dan
mengalami. Semasa bayi bermain, pendidik hendaklah turut ‘bermain’ bersama
dan berinteraksi, berbual, bercerita dan sebagainya. Pendidik/pengasuh
berinteraksi secara positif dan konstruktif supaya dapat membimbing bayi berfikir
secara logik dan kreatif.

Pendidik berperanan sebagai pembimbing (scaffolder) semasa bayi melaksanakan


aktiviti. Semasa membimbing bayi dalam pelaksanaan aktiviti, pendidik
hendaklah mempamerkan sifat berikut:

 Sentiasa ceria, positif, sabar, tenang, berinisiatif, rajin dan jujur.


 Prihatin kepada bayi.
 Berinteraksi dengan bayi dengan cari memberi: sentuhan, dakapan, pelukkan,
galakan, ransangan, menepuk tangan dan memberi pujian apabila bayi berjaya
melakukan sesuatu, berbual dengan mesra, soal jawab dan sebagainya.
 Menyediakan bahan yang bersesuaian dengan aktiviti dan kebolehan bayi.
 Melaksanakan aktiviti secara kreatif dan bersesuaian dengan perkembangan
individu bayi.
 Memastikan bayi terlibat dalam aktiviti dan memberi peluang sama rata.

35
 Sentiasa menjalankan pemerhatian terhadap perkembangan bayi.
 Boleh menyelesai masalah tingkah laku bayi.

3.2.2 Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian

Pendidik/pengasuh mengagah bayi, membuat pelbagai bunyi, suara, menyanyi,


selawat dan zikir. Ketika memegang bayi, ayunkan bayi secara perlahan dan
nyanyikan pelbagai jenis lagu (seperti azan, zikir nasyid, lagu rakyat, klassik, dsb)
yang menenangkan perasaannya dan merangsangkan pendengaran bayi.

Pendidik/pengasuh menggalakkan bayi menerokai diri melalui bermain dengan


anggota badan dan cermin. Beri peluang kepada bayi untuk bermain sendiri ketika
meneroka sesuatu barang permainan dan pendidik/pengasuh memberi bantuan
apabila bayi menunjukkan isyarat memerlukan bantuan. Pendidik/pengasuh
sentiasa mengawasi bayi untuk memastikan keselamatan fizikal dan emosi.
Pendidik/pengasuh memberi peluang kepada bayi untuk berkenalan dengan
orang lain. Walau bagaimanapun, pendidik/pengasuh tidak perlu memaksa bayi
sekiranya mereka menunjukkan ketidakselesaan atau perasaan takut ketika
diperkenalkan.

Pendidik/pengasuh sentiasa mengawasi bayi untuk memastikan keselamatan


fizikal dan emosi.

3.2.3 Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal

Pendidik/pengasuh peka kepada komunikasi bukan lisan bayi dan segera


memenuhi keperluan bayi secepat mungkin sekiranya bayi merengek. Misalnya,

36
memberi susu sekiranya bayi lapar atau mendakap dan menidurkannya sekiranya
bayi mengantuk.

Pendidik/pengasuh merangsangkan perkembangan bahasa dan komunikasi secara


memanggil nama bayi dan bercakap ketika memberi susu/makanan. Mereka
meniru bunyi yang dibuat oleh bayi.

Pendidik/pengasuh menamakan bahagian badan bayi sambil menyentuhnya,


seperti mulut, telinga, hidung, jari, dsb ketika aktiviti rutin seperti mandi, menukar
lampin, membersihkan mereka dan memakai baju.

Pendidik/pengasuh menamakan barang yang ada dalam persekitaran bayi ketika


bercakap dengan bayi pada masa makan, menukar lampin, mandi dan membawa
mereka berjalan-jalan.

Pendidik/pengasuh memupuk minat membaca bayi dengan menyedia serta


membacakan pelbagai jenis buku yang bersesuaian dengan umur bayi seperti buku
bergambar yang pelbagai tekstur, bunyi dan bau.

3.2.4 Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik

Pendidik menggalakkan bayi untuk memegang, memerhati, meneroka dan meneliti


saiz, bentuk, warna dan pola yang terdapat pada objek seperti bola, tayar, kereta,
buah-buahan serta blok/bongkah, shape slotters, puzzle, daun, kotak, kadbod, tin, tali,
perca kain, botol plastik dan sebagainya dengan bimbingan pendidik. Pendidik
bercakap dan merangsang bayi untuk berfikir sambil memanipulasi bahan dan
menyelesaikan masalah.

Mereka menggalakkan bayi menggerakkan badan dan meneroka dalam ruang yang
lapang, bersih dan selamat, sambil bercakap dengan bayi tentang apa lakukan.

37
Pendidik/pengasuh menggalakkan pemahaman konsep object permanence melalui
bermain “ciku-cak” atau permainan yang lain ketika pengasuh hilang dan timbul di
depan bayi.

Pendidik/pengasuh mendedahkan bayi kepada peraturan - peraturan yang mudah;


menggunakan perkataan “boleh” and “jangan” dengan nada suara, wajah, dan
reaksi berbeza (tegas, tetapi tidak menakutkan). Mereka menerangkan mengapa
“boleh” atau “tidak boleh, serta memberitahu “kenapa” apabila dihalang daripada
meneroka sesuatu dalam persekitaran yang merbahaya, seperti saluran elektrik,
mesin, dan lain-lain.

3.2.5 Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran

Pendidik/pengasuh merangsang perkembangan deria dengan meletakkan barang


mainan yang pelbagai warna, bunyi dan bentuk di tempat yang mudah untuk
dicapai dan disentuh oleh bayi (seperti digantung atas katil supaya dapat dilihat
ketika baring atau di depan bayi yang sedang meniarap).

Pendidik/pengasuh menyediakan permainan yang mengeluarkan bunyi, seperti


patung atau itik yang berbunyi bila ditekan. Mereka membunyikan alat mainan
yang berbunyi seperti kerincing di sebelah telinga kiri telinga kanan dan belakang
bayi, untuk melatihkan pendengaran dan menggalakkan bayi mencari punca
bunyi.

Pendidik/pengasuh menggalakkan bayi meneroka pelbagai tekstur objek dengan


meramas, memicit, menepuk dan menekan. Contoh, meneroka tepung yang telah
dibancuh dengan air dalam pelbagai kepekatan atau memegang makanan seperti
makaroni, spaghetti dan lain-lain.

Pendidik/pengasuh melaksanakan aktiviti bermain air bersama bayi seperti


menuang, menceduk, memerah air dengan menggunakan span atau kain,

38
meneroka bahan tenggelam, timbul dan terapung dan mengalami konsep mengenai
air seperti berpusar, mengalir, berkocak, memercik, melimpah, memenuhi bekas
dan lain-lain aktiviti yang difikirkan sesuai mengikut kreativiti
pendidik/pengasuh.

Pendidik/pengasuh mendokong atau meletakkan bayi dalam kereta sorong untuk


meneroka alam persekitaran: melihat keindahan alam seperti pokok-pokok, langit,
awan, ayam, lembu; menghirup udara bersih dan menghidu wangi-wangian daun,
bunga; mendengar pelbagai jenis bunyi haiwan; menyentuh pelbagai tekstur yang
tidak tajam atau beracun seperti daun, batang, buah dan batu-batan.

Pendidik/pengasuh sentiasa mengawasi dan berbual dengan bayi semasa aktiviti


dijalankan.

3.2.6 Perkembangan Fizikal dan Psikomotor

Pendidik/pengasuh menyediakan tempat yang luas dan selamat untuk bayi


menggapai, mengesot, merangkak dan belajar berdiri. Pendidik/pengasuh
merangsang kemahiran motor kasar seperti mengiring, menjulur, membalikkan
badan dan meniarap menggunakan objek mainan.

Pendidik/pengasuh menggerakkan anggota bayi sambil melakukan senaman pagi;


meletakkan bola atau barang mainan yang bergolek apabila disentuh di hadapan
bayi untuk menggalakkan bayi bergerak ke depan atau ke tepi.

Pendidik/pengasuh merangsang kemahiran motor halus seperti membuka tangan,


memegang, menggenggam, mengutip, mencungkil dan menggunakan objek
mainan.

39
3.2.7 Perkembangan Kreatif Dan Estetika

Pendidik/pengasuh memperdengarkan pelbagai melodi serta ritma lagu kanak-


kanak dan zikir. Mereka menggerak-gerakkan anggota bayi mengikut alunan
muzik, sambil mendengar muzik/ menyanyi/berselawat.

Pendidik/pengasuh melaksanakan aktiviti seni dan kraf untuk bayi menggunakan


alat dan bahan yang sesuai seperti cat air (water colour), berus besar, crayon bersaiz
jumbo, easel rendah, tepung, span, cop pelbagai bentuk dan jenis, pelbagai jenis
kertas (kecuali kertas surat khabar) dan lain-lain. Aktiviti yang sesuai untuk bayi
ialah mengecat, mengecop, mengoyak, merenyuk, menconteng, menggaul dan
menguli.

Pendidik/pengasuh menggalakkan bayi bermain peranan dan imaginasi yang


mudah seperti berlakon bercakap-cakap dalam telefon.

3.3 Pemerhatian dan Pentaksiran Bayi

Pentaksiran dan penilaian merupakan instrumen penting untuk mengumpul maklumat


berkaitan perkembangan dan pembelajaran bayi, kesihatan dan tingkahlaku dalam
merancang pembelajaran yang bersesuaian untuk bayi. Pengumpulan data termasuk
gambar dan video tentang pembelajaran dan perkembangan bayi hendaklah
berdasarkan kepada Kurikulum PERMATA Negara. Pentaksiran bayi hendaklah
dijalankan secara berterusan melalui pemerhatian semasa mereka menjalani aktiviti dan
rutin harian.

3.3.1 Rekod pemerhatian dan pentaksiran bayi

Pendidik/pengasuh menyediakan Log Harian Anak PERMATA yang


mencatatkan perkembangan yang dicapai atau masalah yang dihadapai oleh bayi
pada hari itu. Log Harian hendaklah dibincang dan diserahkan kepada ibu bapa

40
untuk semakan. Log Harian itu dikembalikan semasa bayi datang ke TASKA
keesokan harinya.

Pendidik/pengasuh mengambil ukuran berat badan dan kepanjangan (length)


bayi setiap tiga bulan dan memetakan kepada carta tumbesaran (growth chart) dan
BMI.

Pendidik menyediakan Rekod Anekdot apabila sesuai untuk merekodkan sesuatu


kejadian/event dalam perkembangan bayi (persampelan peristiwa atau event
sampling).

Pendidik menyediakan senarai semak PERMATA yang lengkap untuk


merekodkan status pencapaian bayi pada masa semakan itu dibuat. Pendidik
sentiasa mengemaskini rekod perkembangan bayi dalam senarai semak
perkembangan kanak-kanak PERMATA.

Pendidik menyediakan portfolio untuk setiap bayi yang mengandungi profil,


rekod tumbesaran dan perkembangan, hasil kerja bayi, gambar aktiviti dan
mempamerkan di dalam kelas.

3.3.2 Pentaksiran bayi

Pendidik/pengasuh membuat pentaksiran perkembangan bayi berdasarkan semua


maklumat yang dikumpul bagi menentukan tahap perkembangan normal dan
keperluan khas bayi. Pendidik dapat membuat pengesanan awal untuk mengesan
perkembangan bayi dan berbincang dengan ibu bapa hasil pengesanan yang dibuat
supaya dapat dirujuk kepada pakar perubatan/pakar bayi.

Dalam membuat taksiran, pendidik/pengasuh mendapatkan input daripada


pendidik lain, ibu bapa dan agensi sokongan.

41
Dari masa ke semasa pendidik/pengasuh berbincang dengan ibu bapa tentang
perkembangan bayi, membuat perjumpaan formal sekurang-kurangnya tiga kali
setahun dan menyerahkan porfolio dan laporan perkembangan bayi.

Pendidik/pengasuh menyimpan maklumat pentaksiran bayi dalam kabinet


berkunci untuk menjamin kerahsiaan.

42
KESELAMATAN FIZIKAL DAN SUMBER PEMBELAJARAN
4.1 Keselamatan Fizikal
4.1.1 Peraturan dan Polisi Keselamatan di TASKA
4.1.2 Latihan Staf
4.1.3 Persekitaran Fizikal Luaran
4.1.4 Persekitaran Fizikal Dalaman
4.2 Persekitaran Pembelajaran
4.2.1 Ruang dan Kemudahan Pembelajaran
4.2.2 Ruang dan Peralatan Umum
4.2.3 Peralatan dan Sumber Pembelajaran

4.1 Keselamatan Fizikal

Aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian oleh pihak TASKA untuk memastikan
keselamatan bayi dan kanak-kanak ialah:

 Menyediakan Peraturan dan Polisi Keselamatan di TASKA


 Menyediakan persekitaran dan peralatan yang selamat dan bersih untuk bayi dan
kanak-kanak.
 Melaksanakan peraturan keselamatan secara konsisten dan setiap masa.

4.1.1 Peraturan dan Polisi Keselamatan

TASKA mempunyai polisi yang jelas mengenai Keselamatan TASKA dan kanak-
kanak berasaskan buku SOP Pusat Anak PERMATA Negara (Bahagian Permata
JPM, 2008), Peraturan-peraturan Keselamatan seperti termaktub dalam Akta
TASKA pindaan 2012 dan peraturan perlesenan.

Dasar ini mengandungi langkah-langkah yang diambil oleh pendidik yang


bertanggungjawab dengan mengambil kira umur dan perkembangan kanak-kanak
dan bayi dan disediakan dalam bentuk senarai semak dan strategi menghadapi
risiko-risiko keselamatan. Dasar dan peraturan dipamerkan dengan jelas,
contohnya:

43
 Jadual tutup dan buka pintu pagar TASKA.
 Peraturan menghantar dan menjemput anak.
 Peraturan mengenai penggunaan bahan-bahan tumbuhan atau haiwan, dll.
 Prosedur menghubungi ibu-bapa bayi atau kanak-kanak atau pihak
hospital jika berlaku kemalangan.
 Prosedur rawatan awal kecederaan jika berlaku kecederaan atau
kecemasan sebelum kedatangan ibubapa atau pakar perubatan.
 Prosedur pemeriksaan kesihatan, pendidik/ pengasuh dan tukang masak
(suntikan typhoid).

Pendidik dan ibubapa perlu memahami peraturan dan polisi tersebut.

TASKA mematuhi semua peraturan keselamatan yang dikeluarkan oleh Pihak


Berkuasa Tempatan, Bomba, Jabatan Kesihatan, dan memastikan terdapat alat
pemadam api yang diperiksa oleh Bomba secara berkala. TASKA mempunyai peti
rawatan kecemasan yang lengkap dan tidak luput tarikh.

4.1.2 Staf terlatih tentang keselamatan

TASKA mengadakan latihan keselamatan yang bersesuaian secara berkala


terutamanya menggunakan alat-alat keselamatan (fire drill). Pendidik yang
bertanggungjawab memahami langkah-langkah dalam senarai semak dan strategi
menghadapi risiko-risiko keselamatan dengan mengambil kira umur dan
perkembangan kanak-kanak dan bayi.

Setiap staf TASKA memahami dan dapat melaksanakan langkah-langkah


pencegahan kecederaan bayi dan kanak-kanak di TASKA. Contohnya:

 Pendidik/pengasuh mengawasi keselamatan kanak-kanak dalam lingkungan


penglihatan atau pendengaran pendidik sepanjang masa.

44
 Pendidik/pengasuh sentiasa mengawasi keselamatan bayi dan kanak-kanak
semasa menyusu, menukar lampin, memandikan bayi, dan semasa
menjalankan aktiviti-aktiviti rutin lain seperti makan, tidur, dan ke tandas.
 Pendidik/pengasuh mematuhi peraturan keselamatan kanak-kanak semasa
menjalankan aktiviti fizikal, seperti bermain di playground, merangkak di
dalam dan di luar TASKA, serta aktiviti pembelajaran seperti bermain
air/pasir, dan menggunakan peralatan tajam, dsb).

TASKA mempunyai prosedur rawatan awal kecederaan jika berlaku kecederaan


atau kecemasan. Pendidik memahami dan dapat melakukan kaedah first-aid dan
prosedur rawatan awal dan prosedur semasa kecemasan sebelum kedatangan
ibubapa atau pakar perubatan. Pendidik mengetahui prosedur menghubungi ibu-
bapa bayi atau kanak-kanak atau pihak hospital jika berlaku kemalangan.

Pendidik, Pembantu Pendidik dan tukang masak di TASKA mendapat suntikan


mencegah typhoid dan membuat pemeriksaan kesihatan diri secara berkala.

4.1.3 Keselamatan fizikal luaran

TASKA memastikan pintu pagar sentiasa terkunci dan kunci berada di tempat letak
kunci.

TASKA memastikan persekitaran seperti longkang, jenis-jenis pokok dan


tumbuhan hiasan yang ditanam di sekitar TASKA hendaklah bukan dari jenis
berduri atau beracun.

Semua peralatan permainan yang disediakan adalah dalam keadaan baik, selamat
dan bersih, misalnya lopak pasir (sand pit), kolam, terowong, gelongsor, buaian,
jongkang-jongket, jambatan, pondok, dan lain-lain.

4.1.4 Keselamatan fizikal dalaman

Pendidik/TASKA memastikan susun atur persekitaran dalaman tidak


membahayakan atau boleh mengganggu pergerakan bayi dan kanak-kanak. Semua
45
peralatan dan ruang-ruang aktiviti bayi dan kanak-kanak adalah selamat, tidak
berair dan licin, kemas dan teratur, mempunyai pencahayaan yang baik, dan suhu
yang bersesuaian. Tidak terdapat perabot atau peralatan yang rosak yang boleh
mendatangkan bahaya kepada bayi dan kanak-kanak.

Peralatan elektrik diletak di tempat yang jauh dari jangkauan bayi dan kanak-
kanak.

Kanak-kanak dilarang memasuki dapur.

4.1.5 Kebersihan TASKA

Pihak TASKA mengambil langkah berikut untuk menjaga kebersihan:

 Membersih dan membuat nyahkuman (sanitasi) setiap hari ke atas semua


ruang dan lantai yang digunakan oleh bayi dan kanak-kanak, seperti
ruang/sudut pembelajaran, tempat makan dan tidur, tempat menukar lampin
bayi, laluan dan tangga, ruang susunan kasut dan beg kanak-kanak.
 Memvakum hamparan (permaidani) dan tikar (floor mat) dan mencuci cermin
dan tingkap, tombol pintu, dan lain-lain setiap hari.
 Memastikan tandas dan bilik mandi sentiasa kering dan tidak berbau.
 Memastikan kebersihan peralatan dapur, peti sejuk dan stor penyimpanan
bahan makanan bagi mengelakkan berlaku keracunan makanan.
 Membuang sampah dan sisa makanan kanak-kanak setiap hari bagi
menghalang penyebaran penyakit, dan mencegah bau yang tidak
menyenangkan. TASKA mestilah sentiasa bersih dari lalat, semut, lipas dan
tikus.
 Membuang serta-merta item kotor, contohnya lampin pakai buang, sarung
tangan, kertas tisu ke dalam bekas sampah yang bertutup.
 Memastikan longkang di sekeliling sentiasa bersih.

46
4.2 Persekitaran Pembelajaran

Persekitaran pembelajaran untuk kanak-kanak dan bayi merupakan satu aspek


penting, yang mempunyai kesan mendalam serta mampu mempengaruhi
pembentukan intelek, fizikal, sosio-emosi, peribadi dan sahsiah semua kanak-
kanak. Tiga komponen ditekankan: (i) ruang dan kemudahan pembelajaran di
dalam dan luar TASKA (ii) ruang dan peralatan umum TASKA (iii) peralatan dan
sumber pembelajaran.

4.2.1 Ruang dan Kemudahan Pembelajaran (dalam & luar TASKA)


Kanak-kanak di TASKA harus berpeluang menikmati pengalaman pembelajaran
dalam ruang yang selesa untuk pergerakan bebas dan penerokaan serta kondusif
untuk pembelajaran sesuai dengan tahap perkembangan bayi dan kanak-kanak,
mengikut Peraturan 24(1), (2) dalam Peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak (di
Institusi) 198, yang menggariskan bahawa seorang kanak-kanak perlu mempunyai
ruang seluas sekurang-kurangnya 3.5 meter persegi di TASKA.

TASKA mempunyai ruang-ruang dalaman untuk pembelajaran PERMATA seperti


ruang/sudut khas untuk bacaan, aktiviti manipulatif, main peranan, aktiviti seni
dan kreativiti, teknologi dan dll.

TASKA mempunyai kemudahan luaran seperti Taman Permainan, ruang main air,
ruang main pasir, persekitaran untuk menjalankan aktiviti meneroka (terowong,
jambatan, gua buatan, dan lain-lain); dan ruang/sudut permainan fizikal
(playground).

TASKA menyusun atur persekitaran pembelajaran yang menyegarkan kanak-


kanak berasaskan konsep persekitaran semulajadi, sesuai dengan ciri-ciri alam
sekitar kanak-kanak, misalnya penggunaan bahan-bahan dengan warna yang

47
lembut, ceria dan pencahayaan semula jadi yang baik, tanpa terlalu banyak
bergantung kepada pencahayaan dari sumber elektrik.

TASKA menyusun atur perabut dan peralatan dengan kemas bagi memberikan rasa
selesa kepada kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti dalam suasana yang
menyegarkan untuk pertumbuhan sihat bayi dan kanak-kanak.

4.2.2 Ruang dan Kemudahan Umum

TASKA menyediakan ruang-ruang seperti dapur, bilik air dewasa, ruang


menunggu, ruang pejabat, stor, bilik guru, bilik penyelia dan bilik rundingan bagi
tujuan perbincangan bersama ibu bapa, Pakar Psikologi, Pakar Perubatan dan
sebagainya.

TASKA menyediakan kemudahan pejabat seperti komputer, laptop, kabinet fail,


kerusi dan meja, pejabat, sofa dan kabinet berkunci.

TASKA mempunyai ruang untuk mempamerkan hasil kerja yang menunjukkan


‘learning journey’ kanak-kanak.

TASKA menyediakan ruang makan, ruang penyusuan bayi, ruang rehat/tidur,


bilik air kanak-kanak serta kelengkapan lain seperti pondok, bangku, meja, rak
buku, rak penyimpanan mainan, rak kasut, stackable cot, cermin dan sinki yang
kondusif dan bersesuaian dengan umur dan perkembangan kanak-kanak.

TASKA mempunyai sick bay/bilik sakit atau ruang pengasingan.

4.2.3 Peralatan dan sumber Pembelajaran PERMATA

TASKA mempunyai peralatan dan sumber pembelajaran yang dapat merangsang


perkembangan menyeluruh potensi kanak-kanak melalui whole brain learning ke
tahap optimum berdasarkan kepada enam bidang pembelajaran PERMATA.

48
TASKA menggunakan bahan-bahan semulajadi yang terdapat dalam persekitaran
kanak-kanak secara kreatif contohnya batu-batuan kecil (pebbles) yang boleh
didapati dari sungai, tempurung kelapa, kulit siput/cengkerang laut, ranting, daun
dan bahagian-bahagian tumbuhan kering, pelbagai jenis biji benih, tanah liat dan
sebagainya.

TASKA menyediakan peralatan dan sumber pembelajaran seperti berikut:

4.2.3.1 Peralatan Muzik

TASKA menyediakan peralatan muzik seperti kompang saiz kanak-kanak,


tambourine, castanets, xylophone, kayu tiktok, maracas, hand bell dan gendang bagi
membantu konsentrasi, mententeramkan jiwa dan merangsang kreativiti kanak-
kanak.

4.2.3.2 Peralatan Manipulatif

TASKA menyediakan peralatan manipulatif seperti blok binaan, cantuman bentuk,


puzzle, manik besar, skru, doh, mainan pertukangan kayu dan lain-lain perlulah
mengikut umur kanak-kanak untuk membantu kanak-kanak memanipulasi bahan
atau objek semasa bermain.

4.2.3.3 Peralatan Kognitif (Awal Matematik dan Awal Sains)

TASKA menyediakan peralatan pembelajaran kognitif seperti human torso, model


gigi besar serta berus gigi besar, kanta pembesar, glob, span nombor, jam besar,
butang dan manik pelbagai bentuk, saiz dan warna, dan stacking blocks untuk
meransang pemikiran logik (contohnya membuat perbandingan, pengelasan) dan
penyelesaian masalah dalam permainan domino, binaan, padanan, susunan,
seriasi, pola dan lain-lain.

49
4.2.3.4 Peralatan Main Peranan

TASKA menyediakan peralatan main peranan seperti patung sarung tangan,


patung boneka, set permainan kosmetik, permainan dapur, permainan doktor,
pakaian seragam pekerjaan, model buah-buahan dan sayuran, model haiwan dan
model makanan bagi memberikan keseronokan dan meningkatkan konsep kendiri
serta keyakinan diri kanak-kanak, di samping dapat menyuburkan sahsiah dan
kemahiran sosial mereka.

4.2.3.5 Peralatan Main Air dan Main Pasir

TASKA menyediakan peralatan permainan air dan pasir seperti botol dan bekas
pelbagai saiz, penyodok pasir, penapis, corong, tiub getah, jug, bekas siraman dan
lain-lain.

TASKA yang tidak mempunyai prasarana untuk main pasir dan air boleh
menggantikan dengan bekas yang bersesuaian.

4.2.3.6 Peralatan Fizikal dan Senaman

TASKA menyediakan peralatan fizikal dan senaman seperti basikal, climber, tunnel,
gelongsor, playard dan bola berwarna, balancing beam, bean bag, gelung, paracut, alas
senaman, tali lompatan, trampoline, jongkang-jongkit, soft gym, dan lain-lain.

4.2.3.7 Bahan Bahasa, Bacaan dan Literasi

TASKA menyediakan bahan bahasa, bacaan dan literasi seperti cantuman ABC,
CD/VCD cerita/lagu kanak-kanak, kad padanan, buku cerita, buku agama, buku
bergambar, buku besar, soft book dan board book untuk bayi, buku-buku sensori, dan
bahan-bahan bacaan lain dalam bahasa Melayu dan Inggeris bagi menggalakkan
kanak-kanak berkomunikasi, bertutur dan mendengar melalui permainan seperti
perbualan, bercerita, tunjuk dan cerita (show and tell), rhyming, atau meniru tingkah
laku yang diperhatikan.

50
4.2.3.8 Peralatan Seni dan Kraf

TASKA menyediakan peralatan seni dan kraf mencukupi untuk setiap kanak-kanak
seperti cat air, berus, crayon, easel, tepung, span, cop pelbagai bentuk dan jenis,
pelbagai jenis kertas, tanah liat, acuan, kertas warna, gunting, apron dan lain-lain.

4.2.3.9 Peralatan Teknologi dan ICT

TASKA menyediakan peralatan Teknologi dan ICT seperti LCD, komputer, laptop
dan printer, tablet, televisyen, pemain cakera padat, mesin pengimbas, xerox,
kamera, blender, glue-gun, peralatan pertukangan, peralatan perkebunan, dan lain-
lain.

Adalah wajib bagi setiap TASKA PERMATA menyediakan sekurang-kurangnya


sebuah komputer atau laptop untuk digunakan oleh pendidik dan kanak-kanak.

51
SUMBER MANUSIA
5.1 Kelayakan, Pelantikan dan Perkembangan Staf
5.2 Nisbah Pendidik:Kanak-Kanak Dan Bayi
5.3 Amalan Profesional Dan Etika
5.4 Menerima Kepelbagaian (Pendidikan Inklusif)
5.5 Patriotisme

Kurikulum PERMATA Negara menekankan ‘setiap anak Permata Negara’ perlu dididik
dengan baik, agar dapat digilap potensi mereka untuk kejayaan masa hadapan. Pendidik
adalah individu yang paling rapat dengan kanak-kanak dan merekalah yang
menentukan kejayaan kanak-kanak masa hadapan melalui pelaksanaan Kurikulum
PERMATA Negara. TASKA perlu membuat pelantikan staf yang berkelayakan,
mempunyai nisbah pendidik: kanak-kanak dan bayi yang bersesuaian, memastikan
amalan professional dan beretika yang dapat membentuk individu yang bersahsiah
mulia, berdikari, berintelek tinggi, patriotik dan dapat menyesuaikan diri dengan
kemajuan teknologi moden dan persekitaran pelbagai budaya dalam negara dan
antarabangsa.

5.1 Kelayakan, Pelantikan dan Perkembangan Staf

5.1.1 Kelayakan

Pendidik mempunyai kelayakan akademik, sekurang-kurangnya atau sebaik-


baiknya setaraf peringkat Diploma.

52
Pendidik telah lulus kursus KAAK/KAP dan berdaftar sebagai
pengasuh/pendidik mengikut Akta TASKA 1984 (pindaan 2007) dan Peraturan-
peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012: Bahagian VI – 14 (1-3), perenggan 14
(1) subperenggan (3) dalam pelantikan pekerja yang menyatakan:

”Pengusaha hendaklah mengambil bekerja atau melantik apa-apa bilangan pengasuh yang
berdaftar seperti berikut: 14(2) adalah seorang warganegara Malaysia, berumur 18 tahun
dan ke atas, telah lulus kursus KAAK/KAP, dan berdaftar sebagai pengasuh/pendidik
kanak-kanak di bawah Peraturan 16.”

5.1.2 Pelantikan

Pendidik menerima kemudahan kebajikan pekerja (EPF,PERKESO), insuran dan


lain-lain mengikut dasar yang ditetapkan kerajaan.

Pendidik menerima gaji minimum yang setimpal dengan tanggungjawab.

5.1.3 Latihan Perkembangan Profesional

Pendidik telah mengikuti atau menghadiri kursus perkembangan profesional atau


menghadiri seminar/persidangan/bengkel yang berkaitan secara berterusan untuk
meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mengenai pendidikan awal kanak-
kanak.

5.2 Nisbah Pendidik: Kanak-Kanak Dan Bayi

TASKA mematuhi peraturan Kurikulum PERMATA Negara dan Garis Panduan


Bahagian PERMATA mengenai nisbah pendidik: kanak-kanak dan bayi dengan
mengelompokkan kanak-kanak dan bayi mengikut umur sesuai dengan Modul
PERMATA 1 hingga 6.

53
Bilangan Bilangan Pengasuh/
Kategori kanak-kanak Umur
Kanak- Pengasuh Berdaftar
Kanak
0 - 1 tahun 3 1
Kanak-Kanak Normal 1 – 2 tahun 5 1
3 – 4 tahun 10 1
0 - 1 tahun 3 2
Kanak-Kanak Kurang Upaya 1 – 2 tahun 5 2
3 – 4 tahun 10 3

5.3 Amalan Profesional dan Etika

5.3.1 Kompetensi

Pendidik mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi tentang


asuhan dan didikan kanak-kanak dan bayi serta memahami falsafah, prinsip,
konsep dan kandungan Kurikulum PERMATA Negara serta peraturan-peraturan
TASKA.

Pendidik melaksana tugas dan tanggungjawab berdasarkan kurikulum dan


peraturan Permata Negara secara baik, benar, komited, amanah, cekap dan
bertanggungjawab tanpa prejudis dan diskriminasi.

5.3.2 Kemasan Diri (personal grooming)

Pendidik/pengasuh memastikan diri sentiasa berada dalam keadaan bersih dan


kemas.

54
5.3.3 Sifat Peribadi

Pendidik/pengasuh bersifat penyayang, mesra kanak-kanak, berempati, adil,


sentiasa menjaga maruah dan harga diri bayi dan kanak-kanak serta sensitif
kepada kepelbagaian kebolehan, minat dan bakat kanak-kanak.

Pendidik mengamalkan sikap yang positif dan saling menghormati dalam


hubungan dengan rakan sekerja dan membina suasana kerja yang harmoni.

Pendidik melayani ibu bapa dan komuniti dengan hormat dan berbudi bahasa
dalam memberi nasihat dan maklumat tepat tentang perkembangan kanak-kanak
dan bayi

5.3.4 Penambahbaikan Diri

Apabila berhadapan masalah, pendidik memahami limitasi diri dan merujuk


kepada pihak pengurusan sebelum membuat sebarang keputusan terutamanya
yang menyentuh dasar berkaitan kanak-kanak dan ibubapa.

Pendidik/pengasuh proaktif dan bermotivasi tinggi untuk penambahbaikan diri


secara berterusan agar lebih profisyen dan kompeten dalam bidang asuhan dan
pendidikan awal kanak-kanak.

5.4 Menerima Kepelbagaian (Pendidikan Inklusif)

5.4.1 Meraikan Kepelbagaian


Pendidik/pengasuh memahami bahawa mereka berkhidmat dalam keluarga yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan agama yang mempunyai budaya/cara hidup
atau adat resam sendiri, amalan ibadat dan kepercayaan, makanan dan pantang
larang yang perlu difahami.

55
Pendidik menghormati kepelbagaian ini dengan dan mengadakan aktiviti yang
meraikan kepelbagaian, contohnya menyambut hari-hari perayaan kaum bersama
kanak-kanak dan keluarga di TASKA.

Pendidik menggalakkan kanak-kanak dan bayi bersikap positif terhadap


kepelbagaian budaya dan kaum yang terdapat di Malaysia dan menerapkan
pemahaman dan menanam nilai-nilai perpaduan di kalangan mereka.

5.4.2 Tidak Bias


Pendidik tidak membuat tanggapan yang akan menjejaskan hubungan di antara
pengasuh, ibubapa dan keluarga mereka.

5.5 Patriotisme

5.5.1 Role Model

Pendidik menunjukkan ciri-ciri patriotik sebagai role model seorang rakyat yang taat,
yakin membina harga diri (self esteem) dan berani mempertahan Negara dari kejian.

5.5.2 Aktiviti Patriotisma

Pendidik bercerita tentang sejarah dan kesejahteraan Malaysia bagi menanam


perasaan cintakan negara.

Pendidik menggalakkan kanak-kanak dan bayi menyanyi lagu Negaraku, berikrar


Rukun Negara, menyambut Hari Kebangsaan bagi membina perkembangan
sahsiah, sosio-emosi dan kerohanian dan juga membina keyakinan diri dan harga
diri (self-esteem) tinggi, keberanian dan patriotisma.

56
PENGURUSAN
6.1 Visi, Misi dan Matlamat
6.2 Perancangan Aktiviti
6.3 Pengendalian Maklumat dan Rekod
6.4 Pengurusan Sumber Manusia
6.5 Pengurusan Kesihatan Dan Keselamatan
6.6 Kolaborasi Dengan Ibubapa Dan Komuniti

Penyampaian perkhidmatan asuhan dan didikan awal kanak-kanak bergantung kepada


pengurusan TASKA secara cekap dan berkesan. Ia bermula dengan penentuan visi, misi
dan matlamat dan diikuti oleh strategi pelaksanaan untuk mencapai visi, misi dan
matlamat tersebut. Strategi-strategi pelaksanaan merangkumi perancangan aktiviti
tahunan, bulanan, mingguan dan harian, pengendalian maklumat dan rekod,
pengurusan sumber manusia, pengurusan kesihatan dan keselamatan serta kolaborasi
dengan ibubapa dan komuniti.

6.1 Visi, Misi dan Matlamat

6.1.1 Kejelasan Visi, Misi & Matlamat

TASKA mempunyai visi, misi dan matlamat bagi memastikan pengoperasian dan
pengurusannya berjalan dengan lancar sepanjang masa.

TASKA mempamerkan visi, misi dan matlamat tersebut di tempat yang mudah
dilihat oleh pendidik dan ibubapa.

6.1.2 Organisasi Pengurusan

TASKA mempunyai organisasi TASKA yang jelas termasuk Ahli Lembaga


dan/atau Penasihat organisasi TASKA yang jelas.

57
TASKA mempamerkan carta organisasi, logo, tagline dan tanda nama dengan jelas.

6.2 Perancangan Aktiviti

TASKA membuat perancangan tahunan, bulanan, mingguan dan harian yang mereflek
visi, misi dan matlamatnya.

TASKA mempamerkan takwim tahunan dan bulanan untuk perhatian ibu bapa, penyelia
dan/atau pelawat mengenai program dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di TASKA.

6.3 Pengendalian Maklumat dan Rekod

6.3.1 Jenis Rekod mengikut peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012

TASKA menyimpan sijil pendaftaran TASKA

TASKA menyimpan rekod kanak-kanak yang mengandungi:

 Latar belakang
 Kedatangan
 Kesihatan
 Pihak yang bertanggungjawab menghantar dan menjemput kanak-kanak
 Pihak yang perlu dihubungi semasa kecemasan

TASKA menyimpan rekod kakitangan yang mengandungi:

 Kelayakan akademik
 Latihan & perkembangan professional
 Pengalaman bekerja
 Gaji
 Maklumat kesihatan

58
 Cuti
 Pelanggaran disiplin
 Anugerah
 Alamat
 Orang yang boleh dihubungi jika berlaku kecemasan

TASKA menyimpan rekod pengurusan yang termasuk:

 Rekod kewangan
 Rekod inventori dan asset
 Rekod perancangan tahunan, bulanan, mingguan, (takwim)
 Rekod harian/menu
 Rekod latihan kebakaran
 Rekod Pelawat
 Rekod penglibatan ibubapa secara sistematik

6.3.2 Kelengkapan, Kemaskinian dan Kerahsiaan Rekod


TASKA dapat memberi maklumat terkini tentang semua perkara berkaitan kanak-
kanak, staf atau urusan pentadbiran, terutama apabila berlaku sesuatu kecemasan
atau kemalangan.

TASKA menyimpan rekod sulit di dalam kabinet berkunci.

6.4 Pengurusan Sumber Manusia

6.4.1 Pelantikan

TASKA mempunyai kriteria dan prosedur melantik pendidik/pengasuh mengikut


Akta TASKA 1984 (pindaan 2007) dan Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-
kanak 2012: Bahagian VI – 14 (1-3), perenggan 14 (1) subperenggan (3) dalam

59
pelantikan pekerja yang menyatakan: warganegara Malaysia, berumur 18 tahun
dan ke atas, mempunyai sekurang-kurangnya diploma, telah lulus kursus
KAAK/KAP, dan berdaftar sebagai pengasuh/pendidik kanak-kanak di bawah
Peraturan 16 Taman Asuhan Kanak-kanak 2012: Bahagian VI – 14 (1-3), perenggan
14 (1) subperenggan (3).

TASKA mempunyai cara dan rekod untuk memastikan tidak ada syak wasangka
pendidik mendatangkan risiko kepada keselamatan kanak-kanak dan dia adalah
seorang yang boleh dipercayai dan bertanggungjawab untuk menjaga dan
melindungi kanak-kanak dari sebarang kecederaan atau kesusahan.

6.4.2 Syarat Perkhidmatan


TASKA memberi gaji minimum yang setimpal dengan tanggungjawab dan
kemudahan kebajikan pekerja (EPF,PERKESO), Insuran dan lain-lain mengikut
dasar yang ditetapkan kerajaan.

TASKA memberi insentif sebagai saguhati kepada staf yang menunjukkan prestasi
cemerlang sebagai motivasi dalam mempertingkatkan kecemerlangan mereka.

6.4.3 Perkembangan professional


TASKA menggalakkan pendidik/pengasuh mengikuti program latihan
perkembangan professional dan bengkel secara sistematik dan berterusan untuk
menambahbaik pengetahuan mereka dalam bidang yang berkaitan selain dapat
meningkatkan keterampilan diri mereka sebagai pendidik/pengasuh PERMATA.

60
6.5 Pengurusan kesihatan dan Keselamatan

6.5.1 Kerjasama dengan pihak lain


TASKA menjalin kerjasama dengan penyedia perkhidmatan di komuniti seperti
Bomba, Polis, Pejabat Pos, Klinik/Poliklinik, Hospital atau Pusat Perubatan.

TASKA mematuhi semua peraturan keselamatan yang dikeluarkan oleh Pihak


Berkuasa Tempatan, Bomba, Jabatan Kesihatan.

6.5.2 Kesihatan dan pemakanan kanak-kanak


TASKA memastikan kanak-kanak telah diberi vaksinasi mengikut jadual
Kementerian Kesihatan sebelum diterima masuk ke TASKA.

TASKA menyemak dan mengemaskini rekod vaksinasi untuk memastikan ibu


bapa meneruskan pemberian vaksinasi kepada kanak-kanak.

TASKA mengguna rekod kedatangan kanak-kanak untuk membuat perancangan


aktiviti dan sajian makanan setiap hari.

6.6 Kolaborasi Dengan Ibubapa Dan Komuniti

6.6.1 Kerjasama dengan ibu bapa


Ibu bapa datang daripada berbagai pengalaman dan kepakaran yang boleh
dikongsi bersama kanak-kanak. Penglibatan ibu bapa akan menyemai rasa
kepunyaan, menghormati dan menghargai sumbangan yang diberikan oleh
pendidik kepada anak-anak mereka.

61
TASKA mewajibkan penglibatan ibu bapa/penjaga dalam aktiviti TASKA
sekurang-kurangnya 1 jam seminggu atau 4 jam sebulan.

TASKA membuat perancangan (sejak awal tahun) untuk memastikan ibu bapa tahu
bila mereka diperlukan hadir dan apakah aktiviti yang dapat mereka sumbangkan
di TASKA.

TASKA menggalakkan penubuhan Persatuan Ibu Bapa bertujuan mengendalikan


aktiviti TASKA contohnya hari sukan dan sambutan perayaan. Persatuan Ibu Bapa
juga digalakkan mengendali aktiviti hujung minggu contohnya lawatan ke tempat
tertentu dan juga untuk memberi sokongan sesama.

TASKA mengguna pelbagai cara untuk perhubungan, termasuk e-mail, pesanan


ringkas atau surat rasmi, melalui kanak-kanak atau berbincang terus dengan ibu
bapa/penjaga semasa mereka menghantar dan mengambil anak di TASKA.

6.6.2 Kerjasama dengan Masyarakat


Kurikulum PERMATA Negara mengiktiraf kepentingan komuniti dalam
membangunkan generasi bangsa Malaysia masa hadapan. Kolaborasi daripada
masyarakat setempat dan ahli komuniti adalah sangat besar dan berkesan terhadap
perkembangan kanak-kanak yang kelak akan menjadi ahli dalam komuniti
berkenaan.

TASKA menjalin hubungan yang baik antara TASKA dan masyarakat setempat
seperti Majlis Daerah atau Perbandaran, Ketua Kampung atau Penghulu, JKKK,
Wakil Rakyat, Ahli masyarakat biasa, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Badan-
Badan Berkanun, Sekolah, Perpustakaan, Institusi Pengajian Tinggi, Kilang

62
Perindustrian, Supermarket, Syarikat Perniagaan, Masjid/Rumah-Rumah Ibadat,
Kedai, Pasar, Muzium, Zoo, Taman Bunga/Rekreasi dan sebagainya.

Ahli komuniti boleh terlibat dalam berbagai aktiviti pembelajaran kanak-kanak di


TASKA PERMATA secara langsung atau tidak langsung, melalui sokongan
kepakaran, peralatan, kewangan atau kesukarelawanan yang ada dalam
kemampuan mereka.

TASKA menganjurkan atau mengambil bahagian dalam aktiviti secara bersama


sekurang-kurangnya sekali setahun.

TASKA menjalin hubungan yang baik dan mendedahkan Program PERMATA dan
keistimewaan yang terdapat dalam program ini kepada masyarakat.

63

You might also like