You are on page 1of 4

Kertas Kerja Projek Mengecat Taska

Oleh : Piravina A/P Manickavasagam Nur Shakila Thiruchelvi A/P Raja

Program Intership 2013 Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak.

1.0 Pendahuluan Internsip ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek / aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang menjadi amalan dan budaya taska. Pada peringkat dalam menjayakan program intership ini satu projek dikenal pasti sebagai satu aktiviti yang boleh dijalankan di taska. Projek ini dikenalpasti sebagai Projek Mengecat Taska yang membabitkan beberapa orang guru pelatih dalam menghias dan mengindahkan Taska Taman Asuhan Kanak-Kanak Ilham.

2.0 Objektif Melalui projek ini, kami semua dapat :1. Merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek yang dipersetujuai oleh pihak taska. 2. Menunjukkan komitmen yang tinggi kearah kecemerlangan, inisiatif dan integriti dalam melaksanakan tugas. 3. Menjadikan bilik darjah sebagai bilik yang cantik dan indah.

3.0 Tarikh / Tempoh / Masa Tarikh : 18 - 19 Disember 2013

Tempoh : 2 hari Masa : 11 pagi 7.30 malam

4.0 Jawantankuasa Pelaksana Penaung Projek Penyelaras Projek Pengerusi : Pn.Liana ( Guru Besar Taska Taman Asuhan Kanak-Kanak Ilham) : Cik.Piravina (Guru Pelatih) : Pn.Maleha (Pengasuh Taska Taman Asuhan Kanak-Kanak Ilham)

Timbalan Penasihat : Cik.Ina (Pengasuh Taska Taman Asuhan Kanak-Kanak Ilham) Setiausaha : 1. Cik.Thiruchelvi (Guru Pelatih) : 2. Cik.Nur Shakila (Guru Pelatih)

5.0 Anggaran Perbelanjaan Anggaran belanjawan adalah seperti berikut :-

Bil 1.

Perkara Cat Batu 1 Liter -Kuning -Merah Jambu

Kuantiti

Jumlah

3 3

RM 50.00 Rm 50.00

2.

Berus Cat -Roller Cat -Berus 4inci 4 4 RM 20.00 RM 30.00

6.0 Penutup Di harap melalui projek mengecat ini akan dapat mengeratkan kerjasama antara guru pelatih dan pengasuhpengasuh di Taska tersebut. Pelajar juga harap mempelajari sebanyak mungkin sumber ilmu yang ditemui sepanjang projek dan juga pengalaman yang amat berharga sebagai panduan menjadi guru suatu masa nanti. Pihak jawatankuasa juga memohon kerjasama dan tindakan dari pihak pengurusan Taska supaya mempertimbangkan permohonan projek mengecat ini. Kami dahului dengan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh , (Cik.Piravina A/P Manickavasagam) Penyelaras Projek Mengecat Program Intership Universiti Pendidikan Sultan Idris

Disahkan oleh ,

(Pn.Liana) Penaung Projek Mengecat Guru Besar Taska Taman Asuhan Kanak-Kanak Ilham

You might also like