You are on page 1of 2

LANGKAH PERLAKSANAAN TERAPI PASIR

Aktiviti terapi pasir perlu dirancang dengan baik. Sebelum melakukan terapi pasir kita mestilah
mengutamakan keselamatan tempat terapi, bahan untuk bermain dan aktiviti yang dijalankan.
Terdapat beberapa fasa dalam menjalankan aktiviti terapi iaitu sebelum semasa dan selepas. Fasa
sebelum terapi ialah dari segi penyediaan bilik atau tempat yang sesuai dan kondusif untuk
menjalankan aktiviti. Seterusnya ialah penyediaan bahan atau alatan yang ingin digunakan serta
penyediaan bagi kanak-kanak yang mengikuti terapi pasir pada hari tersebut. Bagi pelaksanaan terapi
pasir, persekitaran bilik adalah amat penting dalam membenarkan kebebasan perluahan perasaan. Ini
bersesuaian dengan konsep utama terapi pasir. Selain itu, pemilihan bahan berdasarkan keupayaan
murid juga mestilah bersesuaian. Sebagai contoh penggunaan bahan permainan seperti cengkerang,
ikan, bangunan, binatang, kenderaan dan elemen yang dekat dengan persekitaran murid. Selain itu,
baldi kecil atau mangkuk juga boleh digunakan untuk mereka membina istana pasir.

Pengunaan bahan yang pelbagai bentuk dan jenis adalah bagi memudahkan murid meluahkan
perasaan mereka dengan bantuan dariapada alatan tersabut. Kesemua alatan ini hendaklah disusun
di atas rak atau dimasukkan di dalam bekas yang bersesuaian bagi memudahkan murid untuk memilih
bahan yang disukai. Setelah mendapatkan aktiviti yang sesuai untuk dijalankan bagi murid, aspek
keselamatan juga perlu di titik beratkan dalam menjalankan aktiviti terapi. Jika aktiviti terapi di
jalankan di dalam bilik, bilik yang digunakan mestilah bersesuaian dan pengunaan bekas meletakkan
pasir mestilah bersesuaian dengan bilangan orang murid. Elakkan pengunaan bahan yang mempunyai
buju yang tajam atau bahan yang akan mendatangkan kemudaratan kepada murid. Bagi terapi yang
dijalankan di tepi pantai, mestilah memastikan murid berada di kawasan yang ditetapkan sahaja.
Tentukan jarak yang mereka boleh bermain dan guru mestilah setiasa peka terhadap pergerakkan
murid. Guru juga perlu memastikan tiada objek tajam seperti besi atau kaca berhapiran kawasan
terapi.

Selain daripada itu, guru perlu menetapkan masa bagi menjalankan terapi pasir. Masa yang
ditetapkan hendaklah fleksibel kepada murid. Tambahan itu, guru juga boleh menyediakan berus dan
tuala yang digunakan untuk membersihkan alatan dan tangan mereka selepas aktiviti terapi tamat.
Penerapan kebersihan juga boleh diselitkan dalam aktiviti terapi kerana ini akan membantu murid
untuk lebih memahami tanggungjawab mereka.
Seterusnya ialah dalam fasa semasa. Semasa terapi dijalankan guru hendaklah
memperkenalkan pakar terapi yang mengikuti bersama-sama mereka. Ini adalah kerana murid perlu
tahu dan kenal siapakah orang yang akan bersama-sama mereka pada hari tersebut agar mereka tidak
berasa janggal apabila terapi berada bersama mereka. Selain daripada itu, guru juga boleh
memperkenalkan bahan yang akan digunakan semasa aktiviti dijalankan. Murid boleh memilih apa
sahaja bahan yang berada di dalam bekas yang disediakan. Guru juga boleh menunjukkan demostrasi
pengunaan bahan tersebut bagi murid-murid yang baharu untuk menjalani terapi pasir. Ini adalah
untuk memberikan gambaran awal tentang aktiviti yang akan dijalankan.

Bagi aspek keselamatan, guru perlu memberi penerangan kepada murid dengan jelas. Jika
menggunakan kawasan pantai, guru mestilah meletakkan tanda untuk memberi tahu murid agar
sentiasa berada di dalam kawasan tersebut. Bagi terapi yang dijalankan di dalam bilik pula, guru perlu
memberikan penerangan kepada murid hanya barang yang di ruangan ini sahaja yang boleh
digunakan. Pentingnya aspek keselamatan ini adalah untuk menjaga murid berasa dalam keadaan
yang tenang dan terjaga. Semasa menjalankan terapi pasir, murid akan diberi kebebasan mengikut
emosi dan kreativiti masing-masing dalam meluahkan perasaan mereka. Sebagai contoh mungkin ada
murid yang bermain pasir di pantai, bermain dengan pasir sambil menyusun objek, menambah
bilangan mainan sekiranya perlu, mengerakkan tangan dan membentuk apa jua yang dirasainya di
atas pasir. Pada situasi ini, gambaran yang di luahkan oleh murid dapat dilihat. Pakar terapi boleh
mengajukan soalan atau murid sendiri bercerita mengenai gambaran yang cuba dibuat.

Seterusnya ialah selepas terapi, di mana peranan pakar terapi adalah penting. Pakar terapi
berperanan untuk membuat kesimpulan dengan melihat kepada hasil terapi pasir yang dilakukan
murid. Guru juga boleh menyuruh murid untuk mengemas barangan permainan mereka dan
membersihakan alatan yang digunakan menggunakan tuala atau berus yang disediakan. Peralatan
mestilah disimpan di dalam bekas yang disediakan dengan keadaan yang baik. Murid juga perlu
membersihakan diri mereka daripada pasir sebelum memakai kasut. Selepas itu, pakar terapi akan
membuat sesi perbincangan bersama guru berkenaan terapi yang telah dijalankan.

You might also like