You are on page 1of 3

RANCANGAN PERLAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

Nama pelatih : Nur Azlin Syahirah Binti Mohamad Adzali

Minggu : Ke-6

Tarikh dan Hari : 27/11/2019 (Khamis )

Masa : 8:30a.m – 9:00a.m

Umur Kanak-kanak : 4 tahun

Bilangan Kanak-kanak : 1

Pengetahuan sedia ada : Kanak-kanak dapat memegang objek menggunakan jari ( moto halus )
dengan baik.

Tajuk Mari mengenal konsep ruang & bentuk


Objketif Di akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat :
1. Mengenal bentuk segi empat sama, segi
empat tepat, bulat dan segi tiga.
2. Mencantum puzzle bentuk dengan
bimbingan seorang pendidik.
3. Meningkatkan kemahiran motor halus.
Bidang Pembelajaran Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran
Logik
Senarai bahan/alat  Puzzle saiz kadbod bentuk love – 1
 Gambar rujukan -1
 Mini bentuk – Segi empat sama (1)
- Segi empat tepat (1)
- Segi tiga(1)
- Bulat(1)

Ruang aktiviti Kawasan bilik tidur


Langkah –langkah Permulaan pengajaran :
perlaksanaan 1. Pendidik menyediakan bahan dan tempat
untuk membuat aktiviti.
2. Pendidik memastikan kanak-kanak tidak
mengalami sebarang masalah kesihatan.
3. Pendidik bersoal jawab tentang aktiviti yang
akan dibuat.

Kandungan Pengajaran :
4. Pendidik menunjukkan puzzle yang
berbentuk love kepada kanak-kanak.
5. Pendidik menerangkan dan menunjukkan
demontrasi aktiviti yang akan dilakukan
pada hari ini iaitu mencantumkan bentuk
sebagai sebuah puzzle dan mengenal bucu-
bucu ruang permukaan bentuk.
6. Pendidik meminta kanak-kanak melakukan
aktiviti tersebut.

Langkah kontigensi :
7. Pendidik memberi pujian dan tepukan
kepada kanak-kanak kerana telah berjaya
menyiapkan puzzle tersebut sepanjang
aktiviti.

Penutup :
8. Pendidik memberi saguhati kepada kanak-
kanak dan memberi kata-kata semangat
pada kanak-kanak tersebut.

Perhatian 3K
Keselamatan

 Pendidik memastikan ruang aktiviti yang digunakan adalah sesuai dan selesa untuk
kanak-kanak jauh daripada bahaya serta jauh daripada peralatan yang tajam bagi
mengelakkan kanak-kanak berlaku kecederaan.
 Pendidik perlu mengambil ruang aktiviti yang tenang supaya kanak-kanak boleh fokus
apa yang telah dipelajari.
 Pendidik perlu teliti ketika kanak-kanak membuat aktiviti agar tidak berlaku kecederaan
pada puzzle kadbod tersebut.
 Pendidik menggunakan ayat yang mudah difahami oleh kanak-kanak.

Kesihatan

 Pendidik memastikan kesihatan kanak-kanak sentiasa dalam keadaan yang sihat sebelum
memulakan aktiviti.
 Pendidik perlu menyiasat tentang kesihatan kanak-kanak jikalau mendapati penyakit
berjangkit yang merbahaya.
 Pendidik juga perlu memastikan tiada kanak-kanak tidak mempunyai kecederaan dan
sakit ketika melakukan aktiviti disebabkan dapat mengelakkan kanak-kanak daripada
dapat sakit yang berterusan.

Kebersihan

 Pendidik memastikan bahan atau alat yang digunakan ketika menjalankan aktiviti adalah
selamat, bersih dan sesuai dengan kanak-kanak.
 Pendidik perlu memantau kanak-kanak agar dalam keadaan bersih dari segi pakaian,
tangan dan tempat duduk agar dapat mengelakkan kanak-kanak daripada jatuh sakit.
 Pendidik juga perlu memastikan pendidik dalam keadaan yang sihat supaya aktiviti boleh
berjalan dengan lancar.
 Pendidik perlu memastikan bahan bantu mengajar dalam keadaan yang bersih dan tidak
kotor dari habuk yang boleh menyebabkan kanak-kanak terhidu dan termakan

You might also like