You are on page 1of 3

RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

Tarikh / Hari
Masa
Umur 3 Tahun
Bilangan Kanak- 5 Orang
Kanak
Tema Buah-Buahan
Tajuk Menyanyi Lagu Berapa Buah Pisang
Bidang
Pembelajaran/ Perkembangan Kreativiti dan Estetika (Muzik)
Fokus
Pengetahuan Kanak-kanak sudah boleh menyanyi mengikut rentak dan pernah
Sedia Ada melihat buah pisang
Objektif 1. Kanak-kanak boleh menyanyi lagu ‘buah pisang’ mengikut
rentak (PKE)
2. Kanak-kanak boleh mengerakkan anggota badan untuk
membuat gaya semasa menyanyi (PF)
3. Kanak-kanak boleh menyebut lirik lagu ‘buah pisang’ dengan
betul (PBKLA)

Senarai  Komputer riba


Bahan/Alat  Pembesar suara
 1 biji buah pisang
 Manila Kad (Lirik lagu)

Tempat/Ruang Ruang Aktiviti


Aktiviti
1. Kanak-kanak dibawa masuk ke ruang aktiviti.
Langkah-
langkah 2. Pendidik bermesra dengan kanak-kanak
Pelaksanaan i. Ada tak yang sakit hari ini?

3. Kanak-kanak digalakkan untuk meneka jawapan teka-teki yang


disebut oleh pendidik.

Tahu tak adik-adik,


Saya sebiji buah, saya manis, isi saya lembut
Sekarang saya berwarna kuning,
Bentuk saya melengkung,
Cuba teka saya buah apa.
JAWAPAN : Pisang

4. pendidik menunjukkan buah pisang dan bertanya soalan


kepada kanak-kanak :
i. Siapa tahu, ini buah apa?
ii. Angkat tangan siapa suka makan buah pisang?
iii. Apa rasa buah pisang?

5. Kanak-kanak digalakkan untuk menyebut khasiat buah pisang


terlebih dahulu sebelum pendidik menerangkan khasiat buah
pisang tersebut.
i. Kenapa kita perlu makan buah pisang?
ii. Khasiat buah pisang
 Mencantikkan kulit
 Mengubati sembelit
 Memberikan tenaga

6. Pendidik menunjukkan video lagu berapa buah pisang kepada


kanak-kanak.

7. Pendidik menunjukkan lirik lagu kepada kanak-kanak dan


mengajar lirik lagu tersebut terlebih dahulu kemudian diikuti
oleh kanak-kanak.

Ku lihat 5 pisang
Ku makan 1 pisang
Sekarang tinggal 4 pisang dipiring

Ku lihat 4 pisang
Ku makan 1 pisang
Sekarang tinggal 3 pisang dipiring

Ku lihat 3 pisang
Ku makan 1 pisang
Sekarang tinggal 2 pisang dipiring

Ku lihat 2 pisang
Ku makan 1 pisang
Sekarang tinggal 1 pisang dipiring

Ku lihat 1 pisang
Ku makan 1 pisang
Sekarang tak ada pisang dipiring

8. Kanak-kanak dan pendidik menyanyi lagu dengan diiringi


muzik.

9. Pendidik menunjukkan cara membuat pergerakkan mengikut


lirik dan rentak lagu ‘buah pisang’.

10. Kanak-kanak digalakkan menyanyi sambil membuat


pergerakkan bersama-sama pendidik.

11. Kanak-kanak diberi peluang membuat persembahan menyanyi


dan membuat pergerakan di hadapan tanpa pendidik.

12. Jika kanak-kanak tidak dapat menyanyi lagu dengan sebutan


yang betul, maka pendidik akan bimbing dan nyanyikan lagu
tersebut semula bersama-sama.

Jika boleh, kanak-kanak tersebut digalakkan untuk membuat


persembahan di hadapan rakan-rakan dan pendidik.

13. Pendidik menanyakan semula soalan kepada kanak-kanak:


i. Tadi kita buat apa?

14. Kanak-kanak digalakkan untuk mengucapkan terima kasih


kepada pendidik dan mengemas ruang aktiviti bersama-sama.

Perhatian:
Keselamatan :
i. Pastikan ruang aktiviti selesa dan luas
ii. Pastikan komputer riba dan pembesar suara di simpan di
tempat yang tidak dapat di capai oleh kanak-kanak.
iii. Pastikan jarak kanak-kanak 1 meter antara satu sama lain bagi
mengelak kemalangan kecil.
Kebersihan :
i. Bersihkan dan kemaskan ruang aktiviti selepas digunakan.
Kesihatan :
i. Pastikan kanak-kanak sihat sebelum memulakan aktiviti.

Refleksi

You might also like