You are on page 1of 6

Rancangan Pelaksanaan Aktiviti 1

Nama Pendidik : Saadiah binti Saihidin


Minggu : 4
Hari / Tarikh : Jumaat / 29 Julai 2015
Masa : 11.00 -11.30 pagi
Umur kanak-kanak : 4 Tahun
Bilangan Kanak-kanak : 11 0rang
Pengetahuan Sedia Ada : kanak-kanak pernah melihat ulat bulu sebelum
Tema : Haiwan (burung dan serangga)
Tajuk : the hungry caterpillar
Perkembangan pembelajaran
1 Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran
2 Perkembangan Bahasa dan Literasi Awal Kanak- Kanak
3 Perkembangan kreativiti dan estetika
Objektif : membolehkan kanak-kanak :
1 Melihat dan mendengar cerita the hungry caterpillar dengan teliti.
2 Menambah dan meningkatkan kosa kanak-kanak semasa sesi soal
jawab bersama pendidik.
3 Kanak-kanak boleh melakonkan watak the hangry caterpillar seperti
dalam cerita yang ditonton.
Bahan : the hungry caterpillar (youtube:
https://www.youtube.com/watch?v=2WKFgEz1q4g), laptop, speaker, kad
imbas makanan dan buah buahan ( epal, pisang, ais krim, kek, strawberi,
buah mangga)
Tempat/ ruang : ruang aktiviti

Langkah pelaksanaan aktiviti :


1 Pendidik mengajak kanak-kanak berkumpul dan beratur sambil
menyanyi lagu anak lipan kemudian masuk ke dalam bilik aktiviti.
2 Sebelum memulakan aktiviti, pendidik menerangkan aktiviti yang akan
dilakukan iaitu pendidik akan menceritakan sebuah cerita mengenai the
hungry caterpillar. Kemudian, pendidik memasang video cerita the
hungry caterpillar.
3 Pendidik meminta kanak-kanak menonton video tersebut sambil
bertanyakan beberapa soalan kepada kanak-kanak berdasarkan cerita
yang ditonton.
-Makanan apa yang dimakan oleh ulat?
-Kenapa ulat sakit perut?
-Kenapa ulat makan banyak?dan sebagainya
4 Pendidik menceitakan semula kisah the hungry caterpillar kepada
kanak-kanak dengan menggunakan versi sendiri. Pendidik menggunakan
kad imbas makanan dan memanggil seorang kanak-kanak untuk
melakonkan watak sebagai caterpillar,.
5 Pendidik menerangkan kepada kanak-kanak mengenai kehidupan seekor
ulat bulu yang mana ia akan bertukar kepada rama-rama. Pendidik turut
menyelitkan nasihat kepada kanak-kanak agar menjaga pemakanan
supaya kesihatan dapat dijaga.
6 Sebelum mengakhiri aktiviti, pendidik kemudian memberi pujian kepada
kanak-kanak di atas usaha dan kerjasama mereka sepanjang aktiviti
berlangsung.
Refleksi :

Rancangan Pelaksanaan Aktiviti 2

Nama Pendidik : Saadiah binti Saihidin


Minggu : 4
Hari / Tarikh : Jumaat / 29 Julai 2016
Masa : 11.30 pagi- 12.00 tengah hari
Umur kanak-kanak : 4 Tahun
Bilangan Kanak-kanak : 11 0rang
Pengetahuan Sedia Ada :
Tema : Haiwan (Burung dan serangga)
Tajuk : ulat bulu cantik!
Perkembangan pembelajaran :
1 Perkembangan Kreativiti dan Estetika
2 Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran
Objektif : membolehkan kanak-kanak :
1 Menghasilkan replika ulat bulu mengikut kreativiti masing-masing.
2 Mengenal pasti ciri fizikal ulat bulu berdasarkan apa yang mereka lihat.
Tempat/ ruang : ruang luar PAPN
Langkah pelaksanaan aktiviti :
1. Pendidik meminta kanak- kanak berkumpul di luar PAPN dan bersedia
untuk meneruskan aktiviti yang kedua iaitu membuat replika ulat bulu
yang cantik. Sebelum itu, pendidik menyediakan bahan yang akan
digunakan.
2. Sebelum memulakan aktiviti, pendidik meminta kanak-kanak membuat
pemerhatian di sekitar PAPN andai mereka ternampak alat gonggok yang
merayap di atas tanah atau rumput. (kanak-kanak dilarang sentuh andai

mereka ternampak serangga tersebut. Kanak-kanak hanya perlu


memaklumkan kepada pendidik).
3. Jika kanak-kanak terjumpa dengan ulat tersebut, pendidik boleh
berbincang dengan kanak-kanak mengenai ciri fizikal ulat bulu/ gonggok
tersebut seperti warna, saiz , jumlah kaki dan sebagainya yang dilihat oleh
kanak-kanak. Jika tidak, pendidik boleh menggunakan kad imbas sahaja.
4. Pendidik menunjukkan hasil ulat bulu yang telah siap dihasilkan kepada
kanak-kanak. Kemudian, pendidik memberikan bekas telur yang telah
dipotong panjang. Setiap orang kanak-kanak menerima bekas telur
tersebut.
5. Kanak-kanak bebas memilih warna yang mereka mahukan. Kanak-kanak
diminta mewarnakan keseluruhan bekas telur tersebut dengan
menggunakan berus warna. Selesai mewarna, bekas tersebut perlu
dikeringkan.
6. Kanak-kanak diminta menampal anggota muka ulat bulu seperti mata,
mulut dan hidung pada kedudukan yang betul.
7. Pendidik memberikan dawai berbulu kepada kanak-kanak dan kemudian
membengkokkan sedikit dawai tersebut dan diletakkan di bahagian bawah
untuk dijadikan kaki ulat bulu.
8. Sebelum mengakhiri aktiviti, pendidik mengajak kanak-kanak
mengemaskan semula barang dan peralatan yang mereka gunakan
semasa melakukan aktiviti tadi. Kemudian, pendidik mempamerkan hasil
kerja kanak-kanak di papan hasil kerja.
9. Pendidik memberikan pujian dan kata-kata semangat kepada kanak-kanak
kerana kerjasama yang diberikan sepanjang aktiviti berlangsung.
Refleksi :

You might also like